Thursday, December 30, 2010

trend baru:coli laser.wadehel wadehel

inspirasi:fashion of the year.tapi ni lagi dasyat O.o.buta terus kalau dipancar


Yeah yeah rimau menang.!Aummm.Sebenarnya bukan excited sebab apa,pasal Malaysia menang bola semalam.Tapi excited sebab Malaysia menang the PM bagi cuti ari esok.!Gumbira la,,extra cuti balek kampung.!Tibe tibe je dapat cuti yang tak catat dalam kalender.HAHAHAHAHHA.Ni rasa nak XOXOXO PM ni..WADD DE???urkkkk.abaikan.Apa apa pun,tahniah Malaysia menjadi juara melalui agregat 4-2.!Malaysia deserve victory.!


OKey,tinggalkan pasal kemenangan Malaysia semalam.Dalam banyak banyak cerita pasal 2nd leg ni,satu yang menarik perhatian aku adalah cerita pasal minah kerek Indo yang bajet terrer.terrer ape?TERRible ade lah...(haa,piki cepat pernah dengar kat mana).Hadeke dye buat statement nak curi tumpuan pemain Malaysia dengan laser,oke bukan calang calang laser.Tapi COLI LASER.Sakit hati benarlah tuh dengan isu laser.ROFL.


Korang mesti sedia maklum kan sape beliau.Alah sape lagi kalau bukan Julia Perez sigh sigh.Atau nama femes dye Jupiter ke hape ea?Ouh Jupe.Gila 'cute' nickname kau.


Jupeter.edit sehabis boleh.


Gila la dye punyer taktik nak balas dendam terhadap pancaran laser yang dikenakan pada kepala licin golkeeper garuda.hahahha.LEMAU."Knock knock.Who is it?Jupe.Jupe who?Jupe the coli loser attacker".pfft.Watashem.
*take note:loser,not laser.i'm not typo*


keratan akhbar.kredit to fitrihadi.com


Tapi memang malang ah sebab hasrat "murni" dye tak tercapai setelah dibantai teruk oleh orang  Indo yang amek kesah.Kalau tak memang cuci mata la tengok dye melaser.hahaahhahahha.Buat malu je kau ni.Lelaki please don't get a little too upset,korang bertuah sebab kauorang takdapat dosa free malam tuh nway.Jupe,apa dye hengat aset dye menarik sangat gamoknyer. Cara murahan untuk mendapat publisiti murahan.Oh pleaseee.Don't act like a bitch even if you are.


Apa apa pun aku rasa Malaysia takkan ter effect dengan laser sebab Malaysia bukan nyer pampered baby yang cepat merengek bila kene teasing dengan pancaran laser.!Nak nak kalau coli laser.Jadi bahan lagi ade la.Masa tuh baru la kau nak sebut"demit,demit".Pffffft.


p/s:Kenapa tak kasi cuti seminggu terus?nih la yang dikatakan bak pepatah; beri kungfu tapak tangan nak kamehamehaa.

Wednesday, December 29, 2010

janin janan janun

Oke hari ni bukan nak belajar abjad ke ape he.Takde,tadi aku boring boring kelas habis awal dah takde lepas tuh,jadi aku decide nak pi tengok wayang ngan Nana.Jadi kami pon ke GSC untuk menonton JANIN.Mule mule excited gila la nak tengok cerita hantu oooo.Dua sahabat yang sinonim dengan penakut,oke,mostly aku,tengok cerita hantu ooo..Ni kali kedua aku tengok wayang cerita hantu. Peewit peewit,berani gile aku.!


muka aku tido lambat lagi seram ah wei.!!!


Dengan skrin yang besar dan audio yang kuat anda memang tak dapatlah nak sorok kegelisahan dan keperanjatan anda serta tak dapat nak kaver macam anda tuh berani sangat la,bila keluar muka hantu dengan musik seram tibe tibe,tak dapat lari dengan muka terkejut plus tersentak.!Oh,lupa nak bagitau.Excited pergi hari rabu sebab dapat half price.!peewit peewit.!


So,sesudah masuk ke dewan wayang(pfffft),maksud aku panggung,memang harapan agar dapat tengok cerita yang super seram la sebab kononnya aku sedia hadapi saat saat ke tandas keseorangan atas pukul 12 selepas menonton JANIN.Tapi,hampeh,takde la seram sangat pon seram lagi Jangan Pandang Belakang Congkak(wadehel).tsk tsk.Memang dem it la citer ni,kalau nak tengok citer ni jangan pasang niat:"aku nak tengok cerita paling seram Malaya.",sebab memang kau takkan dapatlah.!


so,ni konklusi daripada citer ni,berdasarkan pandangan aku la:
  • Jangan pakai gelang masa tidur kalau taknak tangan hilang keesokannya.
  • Bukan peragut je boleh buat anda hilang tangan yang dipenuhi gelang,coz toyol does it better.
  • Kalau susah tido takpayah makan pil tidur,sebab effect kesihatan anda,just pakai gelang banyak banyak(again),tunggu toyol datang dan hisap ibu jari kaki anda.Kemudian anda dapat tidur dengan nyenyaknya serta gelangs anda turut hilang.2 in 1.
  • Jangan pakai gelangs masa menggiling cili.Can attract toyol.Effect dari bunyi gelangs berlaga masa tangan menggiling.
  • Jangan sesekali sentuh/guna pasu bunga jiran anda.
  • Jangan biarkan pemikiran jiran anda yang narrow minded mempengaruhi anda,sekalipun dye cakap suami anda sangat hensem gila khinzir dan digilai ramai orang,dan suami anda berpotensi untuk curang.
  • Jangan bawa anak anda sekali jika anda mengayuh sampan sendiri ketika hendak meng spy suami anda.
  • Jangan percayakan pengetua sekolah yang cakap dye tak percaya pada benda tahyul
note:konklusi yang dibuat adalah berdasarkan scenes yang terdapat dalam movie.

Lastly,jangan tengok cerita ini bersama pakwe jika anda harapkan boleh buat aksi pakwe please protect me,dan aksi bajet takut dan peluk saya kalau awak takut.Because it will never happen.Teletubbies lagi menakutkan.Sekian.

Monday, December 27, 2010

BOLA: mentaliti laser

LOL.ROFL.LEMAU,eh silap LMAO.hahahaha.Ouh.mula mula nak ucap tahniah kat team bola rimau malaya,sebab menang 3-0.Yehuuuu.Aku dapat tahu berita ni pon dalam FB.(tak tengok sebab dewan TV ramai dak laki,sampai dyeorang menjerit pon aku dengar sampai ke blok aku,which is SERAM).


Sejak semalam kecah pasal Malaysia menang sebab penonton meLASER pemain Indo.Waloa.!Memang kecah se kecah kecah nya lebih lebih lagi dikalangan rakyat Indo samada yang berada di Indo atau yang ada di Malaysia.Apa yang menyebabkan mereka kecah?Pertama,sebab mereka tak menang seperti dijangkakan.Kedua,mereka anggap timnas mereka tak menang sebab pancaran LASER oleh penyokongs Malaysia.Macam wadehel la kan?


Hahahahaha.Oke,disini aku nak usulkan kenapa mereka tak patut kecah kecah,hina hina dan bising bising pasal isu LASER ni;



  • Ingat tak masa Malaysia lawan Indonesia di Senayan yang mana Malaysia kalah 5-1.Masa tu golkeeper Malaysia kena laser masa Irfan Bachdim buat gol ke 5 beliau.So,sekarang bila dilaser balik,Indo sepatutnya tak melatah la kan?Kaji dulu beb.
  • Aku rasa kebanyakkan surat khabar,rakyat,pemimpin,bla bla blah sana bangkitkan isu laser ni sebab dyeorang nak kaver malu dyeorang pasal terlalu mengangkat team dyeorang sebelum perlawanan.Terlampau yakin dan sombong bodoh sehingga semua mende tuh makan diri dey ol balek.Tuh yang dey ol taknak ngaku salah team sendiri,tapi rakyat Malaysia di babi kan.Vavi betol.!
  • Kononnya ada bukti gambar penonton Malaysia menembak laser,yang sah sah bukan menunjukkan ciri ciri penyokong Malaysia.Frankly,even Kelantanese pon tak pakai serban pi stadium masa tengok team bola dyeorang lawan.
  • TAK PATUT laser dijadikan isu sebagai pematah semangat Indonesia lawan Malaysia.Hello?!Adakah sangat parah bila dilaser oleh laser 20posen sehingga menyebabkan kemalangan jiwa?Takkan lah sebab laser tiba tiba kau rasa "Ouc,aku dilaser,sakit dan takdapat main dengan betul".Very wadehel.
  • Ketiga tiga gol yang dijaringkan Malaysia berlaku SELEPAS insiden melaser,bukan SEMASA golkeeper Indo dilaser.
see?itu golkeeper Malaysia
adakah rakyat Malaysia sudah habis dikacukkan dengan Arab Maghribi?


saat dilaser 4:06 dan keatas

Tak boleh ke biarkan saja team rakyat Malaysia menikmati kemenangan terunggul sebab jarang jarang kadang kadang je team kami boleh menang?Tak boleh ke biar kami perasan macam team kami tuh team Spain yang menang FIFA aritu?Perlu ke iri sedangkan korang dah menang 5-1 aritu.Amboi,baru kalah sket nak bising.Kami yang selalu kalah ni tak kecah pon dengan negara korang,kecah dalam negara je,tak main libat libat orang lain.Very immature.

Yang Malaysia pon,jangan cepat riak,baru 1st leg bro,2nd bakal mari...Kang buat team Indonesia pasang buluh runcing disana kang,tak ke naya.2nd leg disana,bukan disini.Hehehehehe.Apa apa pun,main secara sehat,jangan cepat melatah atas apa yang terjadi.Dan yang penting,kaji kesalahan diri sendiri,bukan kaji untuk mengambing hitamkan orang lain bagi menutup kesalahan diri.

hasil edit rakyat Indo sendiri.dyeorang meme kreatif.

Oke la,taknak kutuk tulis banyak banyak.Nanti kena hack dengan blogger Indonesia.Wuuuu ~~Takutnya takutnya...Renung renungkan dan selamat beramal! =) dan XOXOXOXO <-wadehel buat smiley face,siap kisses and hugs.!dem it!

lagi kredit di sini

Wednesday, December 22, 2010

nak tunjuk OTAI biarlah bertempat

Wahhh.Entri macam nak cari gaduh jek.Well,memang nak cari gaduh,tapi bukan aku yang nak cari gaduh,tapi orang yang tak dikenali yang macam nak cari gaduh dengan aku.Sebelum,start bergosip memberi teladan,izinkanlah aku yang tak brape nak lurus ni bagi nasihat yang sangat pendek,iaitu,nak tunjuk otai biar bertempat.(erk,pendek ke?).Yelah,tak kesah la kalau kau tuh otai di kampung kau ataupun otai dikalangan orang orang yang kau kenal,tapi bile berada di kawasan awam bersama orang awam (orang yang kau tak kenal),sila kurangkan perangai otai anda.


trade mark nyer.


Apa itu OTAI?Otai itu adalah perkataan yang dipinjam dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Old Timer,iaitu orang yang lebih makan garam,berpengalaman macam ayah dan mak mak kita.So?Orang yang macam nak cari gaduh ngan aku tuh peringkat umur ibu abah aku la?Bukan.Sebab perkataan otai yang aku pinjam digunakan untuk mewakili orang bajek bagus diva kampung sebelah.Arghhhhh.!


respect the old timer.


Oke.Habis dengan pengenalan.Sekarang,baru aku boleh cerita.Pada sekian hari seperti dijadualkan oleh kampus aku,blok aku DIWAJIBKAN turun masjid untuk solat berjemaah.Sapa yang tak pergi,maka dye tak boleh tick untuk kedatangan ke masjid,dan sapa yang tak tick maka dye kantoi tak pergi masjid,dan bila dye kantoi tak ke masjid,maka dye dicatat kesalahan tak turun masjid.


Alkisah sesudah kami selesai solat berjemaah tuh,maka aku pun berpusu pusu lah nak men tick nama aku supaya kedatangan aku diambil,maka aku tak dicatat kesalahan tak turun masjid.Masa aku siap pegang pen nak tick nama aku,tiba tiba ada sorang yang tak dikenali ni,rampas kertas kedatangan dari aku dengan selamber otai diva nya,belek belek nak cari nama dye.Dan aku macam .......... wadehel?HALLO???Tak nampak ke saya sudah hampir nak tick nama saya?Dan kenapa awak tibe tibe boleh rampas kertas itu.


Tak habis disitu,sedang dye belek belek,dye dengan kasarnya cakap "bak sini pen tuh" sambil ambil terus tanpa sempat aku hulurkan.Oh,terima kasih,sebab kau,aku dah boleh list satu lagi sifat manusia yang pernah aku jumpa dalam hidup aku.Masa dye ambil pen tuh dari aku,aku ingatkan dye dah dapat cari nama dye,dan aku macam,Alhamdullillah,cepat cepat la dye dapat cari nama dye,dan cepat cepat la dye boleh bla dan habiskan drama indon ini.


Rupa rupanya,seperti dijangkakan,drama indon mana boleh habis setakat 32 episod macam drama korea,paling kurang mahu 100++ episod,termasuk babak muka dekat mata dijegilkan 10minit serta flashback dan monolog dalaman 15minit.Arghhh,rupanya dye masih belum dapat mencari namanya.Belek punya belek,last last dye give up,dan trus belah.Mungkin faktor give up dibantu apabila ada orang bunyi bunyi dibelakang.


drama indon,bawang putih bawang merah yang tersangat panjang.Zzzzz


Wadehel?!Kenapa give up?Kau da la habiskan masa aku sedangkan aku hampir hampir nak tick nama aku.Hanya sebab lagak otai kau yang tak bertempat tuh,memang layak lah kau dimaki dan tolonglah jangan buat lagi kalau sekadar nak tunjuk otai tapi menyusahkan aku.Please dong ah.!

Saturday, December 18, 2010

baby baby oh~~~~ILYSM

Oke,entri kali ni bukan nak bagi lirik Baby-Justin Bieber ke hape ke. Dan bukan nak cerita pasal baby=sayang,bi,intan,payung,abang,.watsoeva.Ini baby real punya baby.Baby yang selalu keluar iklan Diapers,Mamy Poko,yang orang tak termuntah walaupun tunjuk bahagian punggung licin.Ataupun yang comel comel pandai pandai dalam iklan Anmun,Fernleaf,Dutch.Yeah.!Ini cerita pasal insan istimewa yang berumur lingkungan 0bulan-3tahun,yang layak dipanggil bayi.Dan lebih istimewa ni adalah cerita pasal baby aku,yeah,baby aku,Hannah Humairah.!Ah~sarangae~~~ <3 <3 <3


 Hannah Humairah


Hannah tersangat la istimewa dalam hati aku yang kecil dan suci ini.Sila lari ke bilik air jika ingin muntah.NVM.Insan kecil ni hadir dalam hidup aku masa aku umur 18tahun,yeah,sangat tua untuk mempunyai seorang lagi adik.Tetapi disebabkan ibu sangat produktif dan masih mampu mengandung setelah 6 tahun ketiadaan bayi,maka Hannah hadir dalam hidup kami.






Recall:Masa tuh aku dalam form 4.Persekitaran masyarakat sekililing aku adalah warga warga emas yang tidak mampu untuk memberanak.Dan rakan rakan aku kebanyakannya anak bongsu.Cipoet(ciput) je anak sulung seperti aku.Jadi,bila mendapat tahu ibu mengandung lagi,agak malu sebab mereka ingat emak saya sebaya dengan emak mereka.Dan mereka juga sering membuat muka terkejut bila dapat tahu adik beradek aku 8orang,and I'm the eldest,ya,saya adalah seorang kak long mithali.Ready ditepi sinki jika muka anda sudah hijau.




 

Tapi semua itu diketepikan selepas Hannah dilahirkan.Masa tuh aku kat PLKN,berkhidmat untuk negara walaupun naluri memberontak.Aku tahu ibu due 8/4/09,tapi aku saja call awal 7/8/09 untuk tanya khabar ibu.Bila aku telefon,dyeorang cakap ibu dah selamat memberanakkan seorang bayi perempuan 6/4/09,awal sungguh budak tuh keluar.!Gelejoh betul.!Dan nasib baek aku telefon.!So,abah pun amek aku pas aku mintak kebenaran cuti 4hari melawat ibu aku.muehehehe.Adek baru.!






Sekarang ni,walaupun aku kadang kadang je jumpa Hannah sebab sambung belajar,Hannah tetap manja dengan aku.Syukur.!Adek baru kadang2 jumpa masih ingat aku. Sekarang Hannah dah besar+nakal+gedik+comel comel+suka joget kalau dengar atau tengok lagu korea/banyak celoteh.!Time aku balek,dye slalu suruh aku lukis dan nyanyi lagu kanak kanak tuh.Alah,yang ni:


bulat kecil,bulat kecil,
bulatan besar,
sayang mama sayang papa,sayang semua,
6 darab 6,36,
toleh kiri toleh kanan,
anak beruang.! <3


lagu 'anak beruang'
 macam sodap....
dan ngap.!hamek kau.!

Tengok.!Lagu pun nak lagu matematik,tak bole bla part:6 darab 6=36.Gheghe. Selalunya dye suh aku nyanyi sampai la dye bosan,tapi selalunya dye tak bosan bosan.Aku yang bosan,sampai kena buat helah,macam,suruh dye kacau KOKO(kucing belaan).Pastu memang dye tertumpu kepada KOKO la.Sebab dye suka buli KOKO walaupun KOKO sunbae setahun lagi tua dari dye.Disobey punya junior.Mana taknya,junior lagi gabak dari senior.


prey and predator 
cubaan menaik
arhhh,dapat.!

Favourite dye bukanlah drama slot samarinda,tetapi hanyalah lagu TV3 yang selalu keluar sebelum rancangan start,alah yang "kau sinari,kau bla bla"(tak ingat).Kalau alih memang guling guling jerit jerit la dye.Dye suka korean songs yang rancak rancak dan joget joget.Groups yang dye suka adalah wondergirls, SNSD,dan kadang kadang KARA.Kalau aku buka lappy,mesti dye lari lari sambil jerit "elmi,elmi".Yang bermaksud dye nak tengok Tell Me-Wondergirls.


Yang paling aku suka bila dye panggil aku dengan suara yang suwet tuh, "AYOONGG.!".arghhhhh,cair...Lagi cair dari dengar Adam Lambert gay nyanyi.bahagia =) ...


Hannah,kak long love u,,aaahhhhhh... ;)


p/s: dah macam blog mak mak,nak post pasal baby.

Friday, December 17, 2010

buta ke rabun?

Kenapa??Kenapa selama ni aku tak perasan mende yang ada kat depan aku?Depan aku,depan aku,depan aku.Stop echoing.Sumpah mende tuh depan aku je tapi selama ni aku tak sedar pon.Sadis kan aku?Buta ke rabun aku ni?


Padahal selama ni mende tuh selalu disamping aku,dekat dengan aku.Tapi kenapa aku tak nampak mende yang jelas tuh. T_T.Aku kecewa dengan diri aku. huuuu~~


Oke,tuh sekadar monolog dalaman je yang baru aku alami beberapa jam yang lalu.Betapa baghal nyer aku tak nampak benda yang ada depan aku.Tapi,kenapa mula mula cerita dah nak emo.hahhaahahahaha..Rilek rilek suda.Ni bukan nye nak cerita pasal hati dan perasaan ke hape ke.Ni cuma nak cerita pasal ni:


kenape dengan ini?

Baru aku perasan.!!Hahahahahah.Yang selama ni tudung aku sama ngan baju aku.Coraknya.see,see?Hahahahahahaha.Kenapa baru sekarang aku perasan.Memang buta dan rabun betul aku ni bila bukak lemari aku sampai tak perasan benda itu.Padahal benda itu sudah bersama selama hampir setengah tahun.Haha.

excited tibe tibe bila dah perasan -.-"

Tuh je yang aku nak share.Hahahahaha.Dasar perempuan,benda sekecil ni pon nak tulis.hahahahah..Sukati aku la.!

Thursday, December 16, 2010

me:reality VS fantasy

Cheh.Entri nak gempak.hahahahha.Sebenarnya apa yang aku nak tulis ni bukan gempak pon.Sebab menurut beberapa blogger terkenal,untuk attract ramai pembaca/visitor ke blog kita,entri mesti gempak,biarpun isi tak gempak.Oke yang bahagian isi tuh aku yang tambah sendiri,blogger popular tak cakap pun camtu.muehehehe.Oke,tuh baru mukadimah.Ini pengisian yang sebenar.Start.!


Takdelah,aku cuma nak kongsi ngan korang pasal life aku la kan. Tunggu.! Jangan keluar dari blog ini dulu hanya kerana awak menyampah,baca la dulu..Ala,alang alang da masuk,baca la sampai abis dulu ye. ;) ..Gedik gila buat kenyit kenyit mata.hahahaha.Bukan apa,aku cuma nak tulis,aku kat dalam alam siber(fantasi yang tak berapa fantasi) dan aku kat alam nyata memang berlainan.


Kalau aku kat alam fantasi,memang ade je lah orang nak mintak nombor (selalunya lelaki tak pernah pulak pompuan mintak,kecuali kawan) la berbagai la,say hi la kat aku ni.Kalau chat tuh,last kali mesti selit,ada nombor tak?Ingat aku ni agen sport toto ke nak nombor berbagai.Tapi selalunya aku akan tolak secara jenaka la.Bukan gedik nak jual mahal ke apa,tapi aku sedar diri.Aku lagi suka berkenalan dengan rapat secara realiti,bukan dalam telefon ke berbagai.Sebab semua mende tuh boleh tipu dan tertipu.


Semua menda ni memang opposite gile dengan real life aku.Aku di alam nyata ni,jangankan nak mintak nombor, orang tak dikenali nak cakap hi! tibe tibe bila lalu sebelah pun jarang sekali.hahahahahha.Yang selalu dapat hi! adalah kawan yang jalan sebelah aku.
split personality.lebih kurang la dengan aku.

Jadi betapa kontra nya kehidupan ain di alam siber dan ain di dunia nyata.Taktau la pulak kalau aku di alam siber sangat berbeza dengan aku di dunia nyata.Oke,berbeza kot.!hehe.


Wah,bajet macam split identity la kot.!Identiti yang berbeza dalam dua alam yang berbeza.hahhahaha.


Oke la.tak nak cakap panjang panjang pasal aku.daaa~~~

kfc whipped potato wannabe

Wah..Excited nyer rasa bila nak cerita pasal makanan..Sampai dah rasa macam kat tekak dah mende tuh..nyum nyum.!Biasa la kalau da debab tuh semua benda pasal makanan mesti dah terbayang bayang,sampai meleleh saliva,yucks.!haha. Oke,trus kepada entri.fokus ain fokus ain.Bukan apa,ni aku nak story,aritu masa aku cuti balek rumah,si angah menggedik gedik mintak ibu buatkan whipped potato ala ala KFC.Gedik gila,sampai nak ala ala KFC.huh.!


Maka,pada sekian sekian hari,ibu pun bercadang la nak tunaikan harapan dan impian angah tuh.Si angah pon janji nak tolong ibu buat.Tapi last last hampeh keluar ngan kawan kawan dye,last last aku yang ingatkan nak lari dari tanggungjawab ni pun terpaksa la menolong.Dasar pemalas.!Nak nak disebabkan si baby asik mengendeng ngendeng kat ibu,jadi,ibu hanya beri arahan dan aku lah yang tukang menyukat,mengacau,mengupas,so on.


Sambil sambil tuh aku bermonolog dalaman marah pada si angah,sebab aku yakin dan pasti muka dye mesti aku terpacul saat kfc whipped potato wannabe tuh dah siap.Huh.!Biasalah,iri hati terhadap adik tak pernah hilang.muehehehe. Jahat punya statement. 


And buat punya buat punya buat,jadilah KFC WHIPPED POTATO WANNABE.Rasa nyer?Rasa nyer oke la,tak de la sejibik cam whipped potato KFC tuh.Alah,nama pon wannabe dan ini first time pun kami buat.haha.Lagipun,bukan ke KFC guna berbagai jenis rempah ratus rahsia,secret recipe punyer la ape la hingga menjilat jari la,eh,chop,tuh fried chicken dye la.Oke nvm..Janji aritu dapat makan my handmade (tangan sendiri buat) version whipped potato,oke,walaupun bukan 100% my handmade.


the gravy.nampak macam almost the same kan?
ini angah punya.

Ouh,lupa nak bagitau,kredit kepada blogger ini sebab kasi resepi cambest.Terima kasih awak.!

Tuesday, December 7, 2010

pertama kali dalam hidup KOT.!

Assalamualaikum dan salam satu blogspot buat readers yang terdiri dari followers,mahupun rakan rakan blogwalking.!Oke,kita setat dengan semua orang.Aku percaya dan amat yakin 1000% yang semua orang ada saat saat pertama kali dalam hidup.Yelah,takkan keluar keluar dari perut emak dah pakai baju,mesti ada saat pertama kali pakai baju dalam hidup kan.Tak pun takkan hidup di muka bumi ni memang dah pandai bawak kereta,mesti ada saat pertama kali belajar bawa kereta.Oke oke,sudah dengan contoh yang banyak.


maafkan kualiti hp cikai 2.0mp


Disini aku ingin announce kan yang buat kali pertamanya dalam hidup aku,semalam aku tengok wayang.!Eh eh,tak abes lagi...WAYANG 3D,3D,3D..stop that annoying echoing.!Yeah.!Akhirnya saat saat yang aku impikan dah tercapai jua,boleh potong itu dalam wish list.Cuma nak melancong ke ISS macam Dr SMS je tak tercapai lagi,cewah.!Tak mampu....


Semalam aku dan ex classmate,si mak ngah (nama timangan yang sweet n sour) bercadang outing habiskan masa ala muda mudi menontong movie..teng teng teng..jangan jeles bagi yang berkenaan,aku tengok cerita RAPUNZEL uh.!First, cerita ni best sebab takpayah tengok spesies annoying couple yang berpelukan/bersandaran bahu/bergeselan sesama sendiri..Yang ada cuma budak budak dan mak budak bersandaran atas bahu bapak budak.Kalau ada pun couple,tak sempat nak bergeselan sebab sayang tiket mahal dan takut terlepas scene menarik memandangkan ianya 3D.muehehehe.


cool nya.Nanti nak beli kacamata itu.

O.o tudung pun serabut sebab tak reti duduk diam
Overall,oke la,memandangkan ianya 3D,dan first time aku tengok sesuatu movie yang 3D.Jadi keterujaan tuh 80% disumbangkan oleh faktor 3D.Oh yeah.!

lakukan penghijrahan...

Assalamualaikum w.b.t...Firstly,aku nak ucapkan selamat tahun baru bagi semua umat islam,salam maal hijrah.!!Alhamdullillah,kita dah selamat memasuki tahun baru dalam kalendar Islam.hehehhe.Sebagai umat Islam,kita patut tahu yang Maal hijrah ini adalah peristiwa bersempena dengan penghijrahan Rasullullah swt dari Mekah ke Madinah yang dikenali sebagai Yathrib pada masa tu.Baiklah,pada Maal hijrah ini,terdapat beberapa siri penghijrahan dalam hidup aku.Yang pertama,aku dah berhijrah ke blok baru,yang lebih selesa dan lebih baik rupanya.


ihsan GOOGLE


Yang kedua,yeah,yang ni the hardest thing la kiranya yang baru baru berlaku dalam kehidupan seorang pelajar aku.Kenapa terjadinya perpisahan disaat kita baru nak berintim.Ceh.!Ayat nak berintim,tak bley blah kau.!hahahahha.Okey,jangan salah sangka disebabkan ayat itu.Apa yang aku maksudkan adalah perpisahan dengan kawan sekelas/sekuliah dengan aku,sebab aku TERpaksa berhijrah kelas. T-T ...Sungguh sedih.!Tapi mungkin ade udang di sebalik mee,eh eh,silap perumpamaan,mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Mungkin aku akan bertambah baek dari segi prestasi,kendiri,dll lah kan.Apa apa pun,,naseb kau la labuuuu.


Okey,disini aku ingin list kan  beberapa penghijrahan dari segi mentaliti dan perangai yang aku nak lakukan,insyaallah =) ;



  1. Nak duduk barisan depan dalam bilik kuliah
  2. Nak tumpu perhatian dalam kelas
  3. Hindari syaiton tenggek atas mata (mengantuk dalam erti laen)
  4. Taknak buat vandalisme (conteng meja)
  5. Taknak buat lawak bodo acapkali
  6. Nak selalu update blog
  7. Catat apa yang lect cakap,bukan bergantung pada kawan
  8. Taknak study last minute,sekurang kurangnya seminggu sebelum,bukan seminit sebelom exam bermula.
  9. Nak rajin memasak,dan lain lain kerja rumah
  10. Nak menyimpan uang <-kalau mampu buat aku memang terror.!
  11. Etc etc etc,kalau listkan takkan abes
Okey,tuh aku punya siri penghijrahan dan list penghijrahan,korang bagaimana??

Thursday, December 2, 2010

yang wajib wajib tukar

Sila sebut yang wajib wajib tukar tuh dengan nada lagu yang sedang sedang saja (dangdut).Geli oh.!hahahahha.Oke,nvm.Ouh,sebelum tulis pasal entri,aku nak bagitau walaupun korang tak nak ambil tahu,yang aku dah selamat daftar sem baru,yeah,sem 4.!(kecoh).Dan buat pertama kalinya dalam banyak banyak sem yang tak seberapa banyak,aku dapat roommate senior a.k.a akak.Show off duh.!Yelah,selama ni menumpang kawan aku punyer akak roommate je,skang ni aku plak ade akak..wahwah.Bragging yang ntah hape hape.


akak rumate aku macam tudung biru tuh.yee.!

Cukup dengan kelalutan yang melampau.!Entri yang aku tulis kali ni bukan ade kene mengena dengan benda wajib wajib tukar time raya macam cat,perabot,pinggan,bini?! whatsoeva.Entri kali ni of coz la bincang pasal bende yang aku wajib wajib tukar setiap kali masuk sem baru.!

Seriously,aku tak perasan pon benda ni aku wajib wajib tukar setiap sem.Baru je terlintas semasa aku menyeterika bajuan kurungan,selain daripada baru terlintas sebab aku terlupa nak bawak benda tuh sampai aku kene pi jamban pakai crocs sebab ianya adalah satu satu nya kasut getah kalis air yang aku ada.


Haaa.Da dapat hint bukan?Yeahhh.Benda tuh adalah SELIPAR JAMBAN. Btw,selipar jamban tuh bukanlah nama yang sesuai sebab aku selalu pakai selipar itu untuk ke cafe,ke cyber cafe,koperasi,etc etc,memandangkan aku bukanlah jenis yang cerewet seperti sesetengah perempuan yang memakai wedges didalam kampus/asrama/kolej.


selipar getah cap PANDA


Nvm again,berbalik kepada topik.Aku perasan setiap kali masuk sem baru,selipar jamban aku mesti bertukar wajah.!Dari coklat ke biru,dari adidas ke asadi ke yin yin (jenama china). Berbagai?!Alkisahnya terjadi penukaran ni mestilah ada kisahnya sebab aku bukanlah sengaja nak bazirkan duit parents,gedik gedik nak tukar selipar jamban acap kali.wadehek.!


Alkasih,toib,maka setiap kali habis sem dan bermula cuti sem aku mesti bawak balik selipar jamban aku supaya aku boleh pakai kat rumah sekadar untuk menyidai kain atau dipakai ke pasar.Tapi setiap kali aku bawak balik tuh la ada aje kes selipar aku tinggal sebelah je taktau yang lagi sebelah tercampak mana,selipar aku jadi buruk sebab adik bawak main baling selipar,adik pakai sampai rabak tapak sebab basikal brek tak makan lalu selipar dijadikan brek,dan 1001 alasan.


permainan yang boleh bawa gaduh


Maka terpaksalah aku menukar selipar untuk setiap sem.Toib.!Cerita ini adalah cerita benar.Aiiwaa.!

Wednesday, December 1, 2010

aku pandai masak part II

Oke.ini bukan kesinambungan daripada entri aku yang lepas,aku pandai masak.Bukannya tentang aku nak belebey pasal masak untuk laki kau,maid,bla bla bla.Ini pasal aku memang dah pandai masak.!!Yeayyy.!Belum abes lagi la.Pasal aku pandai masak/buat karipap.Haahahahhahaha.Cheh.!Tuh pun dibawah pantauan mem (maam) besar,siapa lagi kalau bukan chef Balkhis.

Sapa kata tak best masak?!Best la.Nak nak buat karipap tadi.Sape kata meng uli tuh memenatkan dan melecehkan.Oke,memang penat.Tapi best la,sambil uli tepung sampai jadi doh tu,kalau kau ada dendam kesumat terpendam dalam hati,masa ni la kau bole lepaskan.Masa uli tuh kau bayangkan manusia yang kau tengah marahkan tuh sebagai doh yang kau uli.So,time tuh la kau boleh tenyeh tenyeh,tumbuk tumbuk,tekan tekan,tengking tengking (kalau rasa perlu lah) kat 'manusia' tuh tadi.Selain daripada boleh lepaskan geram,tindakan menenyeh dengan kuat tuh boleh hasilkan doh yang mantop.

pelbagai bentuk dan saiz O.o

Oke,selesai dengan uli.Pas uli,steps yang seterusnya adalah masukkan inti dan kelepetkan atau bahasa baku kelimkan karipap kau supaya ia tak bocor dan inti bersepah time kau goreng.Well,part nak gelek doh dan acukan jadi bulat aku serah kepada mem besar.Aku cuma buat part kelepet karipap.Seronok kot.Kelepet kelepet.Kalau kelepet tuh cantik lagi seronok.hehe.Kelepet yang aku buat bolehlah tahan.mwehehehe.Tapi tak boleh celen (challenge) mem besar punya kelepet.hehehe..Biasalah old timer.

tangan saya tuh tengah kelepet karipap
aku kelepet
mem besar kelepet. beza kan.

Oke,lastly,time untuk goreng.!Sory,gambar goreng tak disertakan sebab tak sempat nak tunggu abes goreng,dah licin pinggan.Laku sungguh.!Kalau bukak gerai karipap pun laku..Cheh.!Angkat bakul sendiri.

aku pandai masak

Gila ke hape kau ni ain,entri nak puji diri sendiri.hahahaha.Ekceli,aku bukanlah pandai masak sangat,macam chef wan atau paling top macam ibu aku.Tapi bolehlah nak harap ke aku kalau setakat nak masak air,masak nasi,masak megi,rebus telur,goreng telur.hahahahha.Entah ape ape.Basic pun nak masuk kategori boleh diharapkan,kalau setakat tuh,budak darjah 5 pun tau.hehe.Yela,kalau dulu mungkin susah la nak masak/tanak nasi tuh,sebab dulu dulu masak pakai arang/kayu api gitu gitu lah.Pastu bukan boleh main letak pastu tinggal je,kena gak tengoktengok,takut kang kalau terlebih lama hangit,terkurang masak kang nasi mentah.Kita skang maen pakai periuk nasi karen,dah masak tutup  letrik,selesai.


cooking


Bila aku nak pandai masak nih.Aku benar benar maksudkan nih.Aku nak pandai masak.!!Gila,kalau nak pandai masak belajar la,tuh pun nak kecoh.Aku tau tuh yang terlintas dihati korang an.Tapi kalau malas camne?Tak bole ke kalau tak belajar masak pastu terus pandai masak.Another stupidol question.Jangan jawab dalam hati kalau meluat.Tuh hanya angan angan aku.


Oke.Terus kepada main point.Jangan melalut,nanti korang meluat nak baca yang selanjut (aku dapat rasakan yang ada orang cakap "dah meluat dah pun").Nvm.Sebenarnya,aku ada plan ni.Aku nak attend kelas memasak bila aku cuti sem 4.Kenafe sem 4?Sebab sem 4 aku cuti panjang,weepee.!Cheh,tanya and jawab sendiri.Kelas memasak celah mana tu?Kelas memasak kat rumah aku la,oleh chef Balkhis.Grand gile..hahaha.


masa kecik rajin la,da besau...


Oke.Yang tuh aku masuk dalam wish list aku la,merangkap azam tahun 2011.Harap harap azam tahun 2011 boleh tercapai memandangkan azam dulu dulu sebagai contoh nak berlakun dalam mana mana cerita Disney Movie,nak terbang dengan penyapu terbang macam HP,dan nak karoake depan peeps sekalian masa majlis hari guru TAK TERCAPAI.


Yelah,bagi aku walaupun terlalu awal nak fikirkan (terlalu awal bagi orang zaman sekarang) pasal kemahiran memasak ni,tapi kita kena la prepare awal awal dulu kan.Cuba bayangkan,betapa malunya sebagai seorang menantu pergi rumah mertua bila diajak ke dapur tak reti nak buat apa apa.Atau betapa malunya bila seorang suami yang ada bini (nama pun suami,bukan duda/bujang) tapi hari hari makan/tapau makanan luar.Bagi aku,walau se ranggi,se kaya,se besar mana pun pangkat,sebagai isteri,kene la bertanggungjawab prepare segala makan pakai keluarga kan.


Takkan la kau nak harap laki kau hire seorang pembantu rumah atau bibik atau apa apa je la yang kau panggil.Pastu dye la yang masakkan makanan untuk laki kau untuk anak kau.Perghhh.Habis?Baik pembantu rumah tu je jadi bini kepada laki kau,sebab dye yang laksanakan tugas sebagai seorang isteri,ibu.Yelah,kena faham gak pasal pembantu tuh,mungkin nak ringankan beban,nak nak yang bekerja,anak pulak ramai,nasib baikla perempuan boleh kawen satu je,kalau suami pun ramai,aku tak tau la.Yang kalau busy tahap gaban tuh,boleh la difahami.Ni kalau yang sesaja nak perabih duit laki suh upah pembantu sedangkan mampu buat sendiri segala kerja tuh memang melampau la.hahahha.Takpelah kalau kau dah kaya sangat, tapi takut terjadi 'sesuatu' kang.
dapat maid camni,memang bermadu la kau
kalau camni lagi parah,keje joget 24 jam.membazir je hire

Dah,sudah melalut.Aku memang selalu camtu.Oke,yang penting aku tetap nak belajar memasak dengan ibu aku.Sematkan dalam hati,jadikan satu tekad.Wuaahh,ayat nak vasssssss.Haaahahha.Sem 4,insyaallah. =)

Tuesday, November 30, 2010

pernah guna status "open relationship"?

Oke post kali ni aku nak share pasal status yang kita guna kat FB tuh.Kalau aku no prob la sebab aku memang guna status single je,entah bile nak tukar status tuh.Aku share ni buat panduan kepada semua kalau kalau korang tak tau ape maksud open relationship yang ada kat bahagian status dalam FB tuh.Buat yang sedang guna status tuh sila tukar ye kalau rasa status tu takde kene mengena dengan anda.Aku share ni sebab aku concern dengan semua orang especially followers aku yang ciput amat tuh tapi terima kasih sebab follow aku,hehe.muax,lots of xoxoxo.


Oke,ni dipetik dari satu post kat fb dan bukan aku yang wat research;



Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

Oke,menurut pemerhatian aku yang berdasarkan beberapa websites sebagai rujukan,open relationship ni adalah pasangan yang setuju bersama,tetapi tak kisah dengan kehadiran orang ketiga.Kiranya,dyeorang tak kisah dengan hubangan bersegi sesi ni.Kiranya lagi,tak kisah lah dengan main kayu tiga,sebab atas persetujuan antara pasangan tuh.Jadi,kalau korang yang mase tuh single buat status ni tak sesuai la,sebab ni atas persetujuan dengan pasangan anda.


Open relationship juga digunakan untuk orang yang nak kapel (bahasa muda mudi) dengan anda,tapi dalam masa yang sama nak kapel ngan orang lain gak dan dye pun tak kisah anda nak kapel dengan orang lain masa anda kapel dengan dye.Hah.!Hambek kau,paham paham sendiri la ye.Bersegi segi sungguh percintaan itu..dan macam WTF (what the fish) la kan.Kesian gila sape yang involved dengan percintaan epik itu.Ish ish..Nauzubillahi minzalik.

Senang senang takpayah buat la status open relationship ni,macam nak galakkan aktiviti curang la pulak.Cuba bayangkan kalau bini orang buat status ni,tak ke tuh macam menggalakkan lelaki lelaki bukan mahram lain mendekati si isteri sedangkan dye masih bersuami.Jadi,status open relationship ni kira boleh jadi faktor keruntuhan institusi rumah tangga la kan.

Baiklah,renung renungkan dan selamat beramal.!(erk,macam trademark seseorang je).


hah.!nak ke orang fikir kau camni?

p/s:kepada sesiapa yang tahu siapa yang tulis itu info sila inform saya oke,saya nak credit kepada hamba Allah itu,tapi taktau siapa.hehe.Sian dye tulis dan researched penat penat tapi tak di credit.