Tuesday, November 30, 2010

pernah guna status "open relationship"?

Oke post kali ni aku nak share pasal status yang kita guna kat FB tuh.Kalau aku no prob la sebab aku memang guna status single je,entah bile nak tukar status tuh.Aku share ni buat panduan kepada semua kalau kalau korang tak tau ape maksud open relationship yang ada kat bahagian status dalam FB tuh.Buat yang sedang guna status tuh sila tukar ye kalau rasa status tu takde kene mengena dengan anda.Aku share ni sebab aku concern dengan semua orang especially followers aku yang ciput amat tuh tapi terima kasih sebab follow aku,hehe.muax,lots of xoxoxo.


Oke,ni dipetik dari satu post kat fb dan bukan aku yang wat research;



Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

Oke,menurut pemerhatian aku yang berdasarkan beberapa websites sebagai rujukan,open relationship ni adalah pasangan yang setuju bersama,tetapi tak kisah dengan kehadiran orang ketiga.Kiranya,dyeorang tak kisah dengan hubangan bersegi sesi ni.Kiranya lagi,tak kisah lah dengan main kayu tiga,sebab atas persetujuan antara pasangan tuh.Jadi,kalau korang yang mase tuh single buat status ni tak sesuai la,sebab ni atas persetujuan dengan pasangan anda.


Open relationship juga digunakan untuk orang yang nak kapel (bahasa muda mudi) dengan anda,tapi dalam masa yang sama nak kapel ngan orang lain gak dan dye pun tak kisah anda nak kapel dengan orang lain masa anda kapel dengan dye.Hah.!Hambek kau,paham paham sendiri la ye.Bersegi segi sungguh percintaan itu..dan macam WTF (what the fish) la kan.Kesian gila sape yang involved dengan percintaan epik itu.Ish ish..Nauzubillahi minzalik.

Senang senang takpayah buat la status open relationship ni,macam nak galakkan aktiviti curang la pulak.Cuba bayangkan kalau bini orang buat status ni,tak ke tuh macam menggalakkan lelaki lelaki bukan mahram lain mendekati si isteri sedangkan dye masih bersuami.Jadi,status open relationship ni kira boleh jadi faktor keruntuhan institusi rumah tangga la kan.

Baiklah,renung renungkan dan selamat beramal.!(erk,macam trademark seseorang je).


hah.!nak ke orang fikir kau camni?

p/s:kepada sesiapa yang tahu siapa yang tulis itu info sila inform saya oke,saya nak credit kepada hamba Allah itu,tapi taktau siapa.hehe.Sian dye tulis dan researched penat penat tapi tak di credit.


Monday, November 29, 2010

slurpee pun kalah

Lepas je aku abes bayar yuran pengajian aku,ibu suh singgah 7e,suh beli kudap kudap ke minuman ke untuk si budak yang mengikut sekali.Si budak tuh nak slurpee.Aku pun beli la untuk si budak tu slurpee cukupcukup je untuk dye sebab aku tanya ibu nak ape ape tak,ibu jawab tak nak ape ape.Pas bayar masuk kete kami pun bergerak pulang ke home sweet sour home.


Oke cerita belum abes,sebab belum cerita kenapa slurpee pun kalah.Jadi otw pulang ke home sweet sour home,si budak ni pelawa la si baby setahun 7bulan air slurpee dye.Si baby ni sangat la suka slurpee sampai taknak lepaskan slurpee tuh.Maka,si budak ni pun meronta ronta la nak slurpee dye balek,tapi tak dipedulikan oleh si baby.Tuh la lupa si baby da besar gigi hampir penuh dan selera makin meningkat.Lupa nak beli untuk si baby.Ish ish ish.


hadap la kau,takpayah rebut rebut


Maka berlanjutan la kedegilan si baby untuk lepaskan slurpee dan kemerontaan si budak supaya dapat slurpee dye balek.Bermacam caralah aku dan ibu guna nak dapatkan balek slurpee tuh supaya si budak tak meronta dan bising bising.
Last last ibu guna satu taktik berkesan,berupaya dapatkan balik slurpee si budak.Nak tau cara tuh?!


inilah si baby


Jeng jeng jeng (cheh.!),ianya adalah SUSU IBU.hahahahhahaha.Akhirnya si baby tewas juga bila ibu sebut "nak susu tak?",hahahahha.Apedaa tak tahan godaan.Tuh la kata,slurpee pun kalah dengan susu ibu.hahahahha..Tu la,kau bagi la susu lembu cap POWER,HEBAT,GENIUS harga mahal setin,tapi tetap tak boleh lawan susu ibu.hehe..


kalah la kau.

aku cool.aku gelabah.

Mulamula tepuk tangan.Yeah.!Akhirnya aku berjaya post sesuatu setelah sekian minggu lamanya..Banggabangga.!Nvm,takde kene mengena ngan entri.Ini aku nak kasi cerita la sama kauorang,ini mende baru berlaku petang tadi la.Takde,mende ni boleh jadi pengajaran supaya jangan kau berani berlagak dah lain kali buat bende fikir betul betul...Uish.!Panjangnya ayat yang boleh diringkaskan itu.


Oke oke,kembali kepada cerita.Camni,tadi kawankawan aku tanya la dengan ayat berbunyi begini,"Ain,kau da bayar ke yuran kau".Aku jawab dengan coolness nyer aku tak bayar lagi,bayar ari rabu nanti sambil dalam otak berfikir,buat apa nak bayar awal awal sedangkan nak masuk sem baru ari khamis ni,so ada la masa baki 3 hari lagi. Masa tuh bongkak lagi. Lepas tuh kawan aku yang sorang lagi tanya aku dengan soalan yang sama,dan aku jawab dengan jawapan yang sama dan masih berfikir dengan mende yang sama.Cool kan aku.


Yeah..right.!(snerk)

Pastu dye dengan izin dan kuasa Allah cakap kat aku,"kau tak bayar lagi?Bukan ke kalau nak daftar online boleh buat selepas 2 hari pembayaran.2 hari selepas,2 hari selepas.!!Oke Ain,stop echoing,dyeorang paham 2 hari selepas.Ini bermaksud kalau aku bayar hari Rabu,maknanya aku boleh daftar online hari Jumaat,sedangkan hari pendaftaran pengajian ialah Khamis.Dan ini bermaksud lagi,aku takkan dapat daftar pengajian kalau aku daftar online hari Jumaat,kalau aku tak daftar pada hari Khamis tuh,maknanya aku tak dapat belajar..Fuuhhh..ayat yang penuh dengan perkataan hari dan daftar.Sori kalau pening.Ulang baca kalau tak paham.Hehehe.


Jadi aku dengan penuh kewarasan,menoleh ke arah jam dinding (sedangkan laptop sudah ada jam di taskbar),tengok sudah pukul 3.50 iaitu waktu genting untuk pergi ke bank sebab bank sini tutup pukul 4.45-5.00,terus ajak ibu pergi bank,nak buat pembayaran yuran.Habis terbang segala keegoan dan ke coolness an aku.Gelabah aku.!Bawak kereta lajulaju sebab dari tempat aku nak pi ke bandar yang ada bank lebih kurang 40minit.Tapi tadi aku speeding gila babas kalau ada surat saman sampai tuh I'm sorry,sempat la aku pi dalam masa 1/2jam je.Fuuhhhh.Sempat bayar aku punyer yuran,dan ini bermaksud sempat la aku daftar pada hari sepatutnya.


haaa.gelabah kau.!


So,moral of the story,laen kali,rajin rajin la jenguk website tengok ada ape ape information in case kau nyanyuk walaupun nak masuk kali ke-3 kau mendaftar.Dan jangan tau berlagak cool kalau tak tau ape ape,sebab kau mungkin akan gelabah di kemudian hari.

Saturday, November 13, 2010

cicak for sale

Macammacam sekarang nih.Korang mesti perasan kan,yang sekarang ni berita paling hot bukan lagi jatuh kepada buah naga hot dipasaran,pokok gaharu menguntungkan,atau projek cacing yang boleh bawa untung beriban riban ringgit.Tapi sekarang ni semua orang (atau sesetengah orang yang amek kesah),sebuk cerita pasal cicak Tokek yang boleh ubati penyakit HIV dan boleh mencapai nilai jutaan ringgit.Bapok ganas cicak nih.!Hidup Tokek.!Tapi yang jadi persoalannya,betulkah?!


Cicak Tokek


Kalau terbuktilah secara perubatan,den kayo.!den kayo.!Sebab belakang umah aku belambas kot si Tokek nih..Dan kalau betullah berita tuh,cicak sedunia seharusnya gerun dan perlu bertindak dengan segera.Kalau akulah jadi cicak tuh,dah lama aku cabut,pergi antartika ke,berhibernasi kat sana..hehehehe..Sejak berita ni keluar,mengubah aktiviti pakcik pakcik yang selama ni duk melepak kat kedai kopi nge teh sambil bergosip pasal isu semasa.Meraka tidak lagi melepak kerana mencari si tokek malang ni..Naseb kau la Tokek..


mati den.!!(begitulah kata si Tokek)


Camne si Tokek ni boleh ubati penyakit HIV?Camni,si cicak Tokek ni lepas dah semakin membesar dan memberat sehingga 350 gram,ia akan setat keluarkan/hasilkan enzim yang boleh mengubati HIV/Aids,yang kita ketahui takde ubat yang boleh hilangkan penyakit nih.Dan bila si Tokek ni dah cecah berat 500gram,bolehlah dijual dengan harga RM 3 juta.. 3juta?! waddehek.?! Den kayo,den kayo..


memberi sinar baru kepada pesakit HIV/Aids

agak kalau besar ni berapa juta boleh dapat?


Kisah aku dan si Tokek;


Oke,actually,ni bukan kesah aku,tapi kesah adek aku.Kisah adek aku dan si Tokek ni diceritakan kembali oleh ibu aku.Ibu aku ade cerita yang adek aku,pernah terjumpa si Tokek ni,kat belakang umah aku.Tapi masa tu si Tokek ni belum popular lagi,so adek aku tak amek port la.Sebelah mata pun tak  pandang.Baru baru ni yang lepas keluar berita sal cicak mahal ni baru la adek aku terkejut beruk (beruk pon tak terkejut lebih dari dye).Yelah,mane taknya,kalau tau si Tokek tuh mahal,sah sah la adek aku simpan si Tokek tuh,bagi makan banyakbanyak lepastuh cepat gemuk.Den kayo.!den kayo.!Tapi nak buat camne,nasi dah jadi bubur.Try again next time keh.!


p/s:Sebelum ni kalau jumpa cicak kita lastik,tapi pasni memang cicak ditatang bagai minyak yang penuh la nampaknya..hehehe..(oke,cicak kat ceiling rumah tuh boleh terus dilastik ea.)

rumah:pros and cons

Yeahh,cuti sem (kalau yang sekolah lagi,cuti sekolah la) adalah saatsaat yang ditunggutunggu..Yelah,time tuh lah nak jumpa kawankawan lama,nak gi jalanjalan,santai ngan family,cerita katon (aik?!masuk list gak?!)..Hehehehhe.Tapi aku sem nih cuti sekejap je,,sedih..Huaa~~Bulan doblas kena masuk balek...


masa ni la nak jalan jalan.!

jakun ooooo O.o

ni yang paling penting..Makan.!!Oke,dengan family.!!

Oke,lupakan cerita hard feeling aku,kembali kepada entri.Bila dah cuti duk umah memang best an.Sape setuju angkat siku..Haaa,,ramai angkat siku tuh,nanti akak belanja cekedis durian 20sen..hehe.Tapi dalam seronotseronot duduk kat rumah,ada gak mende yang kita tak suka an,yang kita panggil cons (bukan konkon yang kita jumpa kat tepi jalanraya tuh),tapi kontra atau negative side dye..hehehhe..


semua tengah telan air liur ea tgk ni???hehe


Okey ni aku nak list apa yang pros dulu ea duk kat umah;
  1. Boleh buli adek
  2. Okey,pedulikan num 1 tadi,maksud aku luang masa ngan family,bila lagi?
  3. Tak payah turun cafe beli makanan,mak dah siap masak
  4. Jimat duet
  5. Dapat tengok tv 24h(oke,tipu)
  6. Online FB memanjang
  7. Takpayah buat assignment(takkan mak kasi assignment)
  8. Gaduh dengan adek beradek pastu menang
  9. Bole arah adek buat keje keje
  10. makan best best
Oke,ni cons dye;
  1. Gaduh ngan adek,pastu kalah
  2. Kene tolong itu ini itu ini (tapi bukan memasak)
  3. Tak aktif
  4. Tak boleh bangun lambat(buat la kalau nak kene ceramah bebas) 
  5. Kena amek adik kat sekolah (nih kalau cuti sem setat masa belum cuti sekolah)
  6. Kena jaga adek (arghhhh)
  7. Berebut channel tv
  8. Kalau yang ada anak sedara,time tuh la adek beradek hantar kat umah suruh jaga tak berbayar (nih berdasarkan pengalaman kawan)
  9. Tak boleh rehat rehat je goyang kaki
  10. Adek mintak itu ini itu ini
  11. Orang buat perbandingan (-) dulu dan sekarang (konon dah lama tak jumpa,nampak sangat perubahannya,cheh.!)
  12. makin gendut sebab makan best best
leceh uh kene rebut channel.!

Nampak macam cons lebih dari pros.Nvm,walauapapun,aku tetap suka suka suka sangat cuti sem sebab boleh duduk rumah.!!Rauuuurr.!!

Thursday, November 11, 2010

pengalaman vs logik

Sebenarnya aku baru terfikir nak post mende alah ni beberapa saat tadi..Tetibe beb.!!Spontan betul.!Mende alah ni popped out dari fikiran aku pas aku teringat sal kesah boyfriend-girlfriend kawan aku..Well,aku sebenarnya bukanlah ada pengalaman sangat pasal mende nih (oke,sebenarnya takde langsung.!).Tapi itu bukanlah alasan aku untuk tidak meneruskan perancangan untuk post mende alah ini...


be logical


Aku punya kesedaran yang seseorang tidak memerlukan pengalaman untuk mengomen/menulis tentang benda yang dia tidak pernah alami..Contohnya macam aku sendiri,walaupun aku takde pengalaman pasal cinta monyet,cinta pandang pertama mahupun caracara nak buat mee cintan,kawankawan aku selalu minta pandangan aku untuk settle kan masalah dyeorang. Apa yang penting adalah logik akal.


logik kan?but no bf no experiences(macam aku)

Tak percaya?Oke,contohnya kalau kawan aku ngadu kat aku probs dye ngan bf dye,dyeorang gaduh gila babas la kan.Takkan lah aku nak jawab kau ajak la dye main polis sentri sah probs korang settle..Duh.!Sangat slenge jawapan tadi dan tak dapat diterima logik akal.Apa yang aku boleh cadangkan adalah perbincangan lambat (slow talk) dengan bf dye tuh,jangan maen cacamarba je dalam wat keputusan..See?Senangkan dengan logik akal,takda pengalaman pun bole..hehehehe..


Kalau semua nak ada pengalaman,maknanya kaunselor tuh kena buat probs dulu untuk dapatkan pengalaman baru dye boleh kaunselingkan orang..Tak gitu??Jadi,konklusinya,logik akal boleh mengatasi pengalaman..Tapi aku tak cakap yang pengalaman tuh tak bagus.Sebab pengalaman pun banyak mengajar manusia..Tapi,takde pengalaman pun manusia boleh berfikir secara logik kan.??


Macam mana nak bagi otak fikir secara logik?Senang je,minumlah susu Enfagrow..Hahahahah..LMAO...Sebab sel sel otak kita perlu bergabung untuk berfikir..Hahahahahahah..Tak caya lagi?Tengok iklan tv banyak banyak,khususnya iklan susu baby (sebab iklan susu dewasa banyak cerita sal osteoporosis)..


presenting,NEURON.!!!


p/s:senang nak fikir secara logik,tapi susah nak  laksanakan.!

mengerikan.!!

Tu dia.....Entri mesti nak kasi saspen..Ala bende yang aku post ni mungkin tak menyaspenkan korang,tapi amat mengerikan bagi aku...Aku paling takut mende nih..Tapi dalam ketakutan tuh masih takde kesedaran untuk mengelakkannya..Aku sangat down sekarang..Pada sapa mahu mengadu?(Cheh.!padahal dah post ni kira mengadu la kan,gedik nyer.!)..

gemuk kaki pendek yang comel

Apa yang membuatkan saya menjadi mengerikan (bukan saya mengerikan,tapi saya ngeri), adalah masalah ke debab an.!Arggghh.!!Baru aritu aku perasan yang aku semakin meningkat berat badan lepas rasa yang seluar aku makin mengetat di bahagian pinggang.!!Cheh.selama ni tandatanda punya la banyak muncul,lagi mau kata baru perasan.!Oke,that's not the point...The point is i'm getting fatter,chubbier...NIGHTMARISH.!

Masalah utama sekarang ni ialah,walaupun aku tau berat badan aku dan pengembangan badan aku semakin meningkat,perasaan aku terhadap makanan tak pernah pudar,walau seinci.!Aku ni kan food lover..Dan aku adalah pencinta yang setia...Jadi walau macam mana pun aku kata TAK NAK,aku tak boleh elak jugak nak melahap nikmat duniawi tu..

bahagia.!!

Arghhh,,nafsu makan yang memudaratkan..Tapi syukur juga la daripada takde nafsu makan,lantas daripada seorang yang berbadan sihat menjadi anorexia...Lagi nightmare..Bagai rangka hidup.!Tapi still kena jaga pemakanan Ain.!Insyaallah,satu hari nanti akan ku elak makanan memudaratkan itu....Tapi bilakah?Bilakah mahu menjalani gaya hidup sihat?

bolehkah jadi se HOT ini walaupun anarox?

Dulu aku pernah menjalani gaya hidup sihat ni..Maksud aku bukan dari segi pemakanan...(Arghh,sekali lagi.!Food lover punyer pasal). Aku penah la amalkan aerobic..LMOA..Ain penah senamrobik?!Oh gosh.!Yela time tuh dapat CD free,sebab beli susu ANLENE tak silap..Senamrobik 45 minit kut..hahahhaha..Time tuh setiap ari aku wat..Perghh,memang memberi kesan la..Tak lama,pastu aku dah stop aerobic sebab CD tuh bercalar dan rosak..Setiap kali pasang mesti tersekat,pastu keluar gambar yang scratch tuh..hahahahahha...

Wednesday, November 10, 2010

bab 1:Keperibadian Ain Najlaa

Entri boleh bikin panas je..Belajar pasal aku la kunun..Hey.!Suka hati la,ini blog saya,saya bebas nak post apa apa..Oke disebabkan aku tak ngantok lagi,chih.!Padahal mata da minta ditutup,tapi atas sebab keberatan hati dan semangat satu malaysia,satu blogger,aku nekad nak teruskan penulisan aku nih...


Ain Najlaa


Okay biarpun aku bukan seorang yang popular,yang mungkin takde sorang pun nak amik tau pasal hidup aku dan diri aku,aku tetap nak tulis perkara perkara yang kauorang perlu tahu pasal aku..Ape salahnya,sekali sekala nak gak merasa macam artis,orang tulis pasal kita.(cheh padahal diri sendiri yang tulis.)..Arghhh persetankan.!Aku nak tulis gak walau mungkin ada yang mencaci cela.Lumrah manusia..Hohohhohoho.(apa motif ketawa)
  1. Aku seorang yang baik(LMAO)
  2. Aku baik(LOL)
  3. Kalau aku diam tibatiba,maksudnya aku marah/kecewa/terasa
  4. Aku suka buat lawak
  5. Aku takut jalan depan laki(serious ni)
  6. Aku takut bila orang minta num masa chatting sebab aku takut aku bukan la orang yang dia expect
  7. Aku tak pernah berpasangan(atau bahasa budak->kapel)
  8. Aku tegas dengan keputusan aku,tapi cepat terpengaruh
  9. Aku jarang dapat terus mesra alam dengan orang baru kenal
  10. (dari 9),lebihlebih lagi kalau dye laki
  11. Aku selalu ada perasaan aneh kalau aku jalan depan laki dyeorang kutuk aku
  12. Aku suka buat benda last minute
  13. Aku suka menyonteng
  14. Aku tak selesa kalau cakap sambil pandang mata aku
  15. Pelupa
Fuhh,banyak lagi kot..Tapi memang tak lah nak list kan semua..hahaha..Tu yang basic je tuh..hehehehhe..Wahh,seronotnya perasaan cam artis ni..lalalalalalla...

AKHIRNYA penantian itu terhenti jua..

Yay.!Arini aku gembira sangat amat terlalu.!!Maksud aku,akhirnya aku dapat jugak mende yang aku tunggu nih...Aku dapat mende nih lebih kurang pukul 12 tadi,masa tuh tengah lipat kain,banyak kain,sebab adik beradik,eh?!terlebih detail dah nih...Oke,aku dapat mende tuh pas pakcik posmen jerit "POSTOR.!POSTOR.!!",eh pembetulan,dye jeritkan hon motorsikal dye "PON,PON"..Rupanya ada satu bungkusan berat yang dibungkus atau diletak dalam pos xpress punya envelope..hehehehe...Berbunga bunga hati aku mencapai bungkusan itu...


Lantas aku berlarilari menuju ke bilik,dengan rakus aku mengeronyok sampul tersebut,lalu kubuka,dan kutemui.....




tada.!

Ianya sebuah buku contengconteng..ahakz u olz.!Suka tau..siyes comel jalan cerita dye.!I loike.!hahahahahahah...Haaa,,yang ini aku punya,takboleh pinjam,kalau nak sila la pergi order sendiri kat sini:


Kalau korang beli sure pakwe/makwe, mak/abah, adik/kakak/abang, jiran, kawankawan anda jeles.!Dengan rekaan yang menarik,lukisan yang cute,sure punya lah.!Saya dah ada.Anda bila lagi?!

tips tak guna:buku ini boleh dijadikan sebagai penghibur anda tatkala anda boring dengar lecturer anda lecture sebab buku ni tak macam komik,boleh jadi macam buku rujukan olok olok..(oke,siyesly,jangan buat ini,im just kidding peeps.!)

bila ABAH mula bercerita

Perkara bila abah mula bercerita nih baru je terjadi kat aku..Baru je,baru je,baru jee(echoing,tak tau ape sebab)..Masa tu otw nak balik keratong my current hometown..Macam biasa la kami anak beranak,duk dalam kereta berborak,mengutuk,kena kutuk (selalunya aku la kena kutuk tuh),isu semasa,cerita hal orang kampung,and yang paling berguna tapi membosankan adalah cerita fizik+chemist dari abah..


presenting:EN ROSDAN


Taktau la mungkin silap aku tertanya kat abah,"eh,asap apa tuh,nak kata kebakaran bukan,asap jernih(putih) jep.".Pastu abah menoleh,asap kilang sawit tuh.Abah explain pasal asap tuh bukan asap bakar,tapi asap kesan dari proses steaming.Mulamula tu masuk lagi la dalam kepala otak food tech aku nih..


Tapi beberapa saat kemudian,bila abah setat cakap pasal chemical reaction,CO+ CHO HO + Carbon monoxide,bla bla bla...arghhh.!!!!Yang bole aku buat hanya angukanguk,pastu senyum kambing,buatbuat paham,best actress kot..!LMOA..Kalau nak tau ni sebenarnya yang bermain dibenak fikiran aku;



→≈¿²ᴣ₂₃⌂√⅍⌡∏

yang bermaksud,aku takfaham apa apa..

Hey,come on peeps,aku da lama kot tak bukak buku chemistry,since SPM ritu..cheh (padahal baru 2 tahun berlalu),tapi still lama kot.!hahahahhau.!Yela,lama la bagi budak otak mudah karat kalau biar ilmu tu lamalama tak diusik dalam otak aku..Yela,coarse aku amek skang memang la ada chemist,tapi mostly fasal Food Chemist,reaction memang ada,tapi takda la ada kena mengena ngan asapmasap tuh..

Tuh oke lagi,bila abah setat bukak pasal hukum fizik lagi parak.!Aku memang lupa gila doe..hahahahha....masa dye cite sal hukum hukum fizik,prinsip fizik,fikiran aku melayang ke lain,sebagai contoh,terberangan nak post citer yang aku tulis nih,Alhamdullillah ianya menjadi kenyataan..hahahahaha...Ditambah lagi aku bukanlah pecinta fizik dari zaman aku sekolah dulu.!

Part paling best,abah berenti cerita and then pusing pandang kat aku pastu tanya; "paham tak?"...reaksi aku mudah je,,geleng,geleng dan geleng..Tapi abah takmarah..hahahah...Tu la abah saya..Biar macam mana pun kita tak paham,tapi dye tak bosan nak suh kita layan cite science dye...hehehehehhe..

Haaa,,korang ada ke abah camtu?Maksud aku abah yang boleh jadi nerd (bukan la nerd,tapi topik tuh macam dorky kan.?),pastu boleh bagi nasihat,boleh jadi garang,boleh jadi seorang yang coolness,boleh buat lawak,boleh bersukan..Semua ciriciri tuh bergabung dan menjadilah seorang abah saya.(ayat mintak pelempang kalau tunjuk kat ex cikgu BM anda)...

the coolness of my abah

Apa apa pun,abah the BEST lah.!

anat beranat.baju plkn tuh gedabak oke,bukan saiz saya.!

Berbalik kepada cerita asal,konklusinya,ada harga yang perlu dibayar jika anda adalah anak seorang insiyur(jurutera), iaitu, anda harus menadah telinga (dan ilmu walaupun tak masuk) mendengar cerita cerita fizik,math,chemist dengan penuh semangat...

p/s:calon laki nak macam abah,(melampau la kau nok.!)

masalah AKU

Aku kecawa tol la dengan diri aku sendiri..Sebab idea nak post mendemende menarik mesti datang time aku tak ready..Yang selalu kena idea menjelma time aku dalam kereta otw nak pi somewhere, mencurahcurah idea,bagai coklat yang mencurahcurah ke ladang gandum,puff(sound effect),jadilah koko crunch.!Tapi pas balik rumah,on laptop,log in blogger,puff(sound effect lagi),hilang idea aku yang mencurahcurah tuh...


senangsenang buat cam mamat nih,takpayah dipinta,ada saje ide


Tapi time aku bosan takde mende nak buat takdelah pulak lampu atas kepala muncul (ikon idea)...XERAMM.!!Walhal time tuh takde ape pun nak buat dalam FB sebab tengok notification (0),nak main approve kawan pun friend request (0),msg takyah cakap lah messages (0)...


Aku pelik tul la cara otak aku operate,,memang sengaja tau cari masa tak sesuai untuk pop out the ideas untuk ceritas menarik..menci.!!Arghhh...


Okey,post nih macam saje je nak menunjukkan aku cari alasan sebab apa selalu lambat/lama baru nak update...TAK LAH,mana ada nih alasan...erghh,okay,aku mengaku,memang pun ini alasan.!arghhh,,!(tibatiba tension)