Saturday, November 13, 2010

cicak for sale

Macammacam sekarang nih.Korang mesti perasan kan,yang sekarang ni berita paling hot bukan lagi jatuh kepada buah naga hot dipasaran,pokok gaharu menguntungkan,atau projek cacing yang boleh bawa untung beriban riban ringgit.Tapi sekarang ni semua orang (atau sesetengah orang yang amek kesah),sebuk cerita pasal cicak Tokek yang boleh ubati penyakit HIV dan boleh mencapai nilai jutaan ringgit.Bapok ganas cicak nih.!Hidup Tokek.!Tapi yang jadi persoalannya,betulkah?!


Cicak Tokek


Kalau terbuktilah secara perubatan,den kayo.!den kayo.!Sebab belakang umah aku belambas kot si Tokek nih..Dan kalau betullah berita tuh,cicak sedunia seharusnya gerun dan perlu bertindak dengan segera.Kalau akulah jadi cicak tuh,dah lama aku cabut,pergi antartika ke,berhibernasi kat sana..hehehehe..Sejak berita ni keluar,mengubah aktiviti pakcik pakcik yang selama ni duk melepak kat kedai kopi nge teh sambil bergosip pasal isu semasa.Meraka tidak lagi melepak kerana mencari si tokek malang ni..Naseb kau la Tokek..


mati den.!!(begitulah kata si Tokek)


Camne si Tokek ni boleh ubati penyakit HIV?Camni,si cicak Tokek ni lepas dah semakin membesar dan memberat sehingga 350 gram,ia akan setat keluarkan/hasilkan enzim yang boleh mengubati HIV/Aids,yang kita ketahui takde ubat yang boleh hilangkan penyakit nih.Dan bila si Tokek ni dah cecah berat 500gram,bolehlah dijual dengan harga RM 3 juta.. 3juta?! waddehek.?! Den kayo,den kayo..


memberi sinar baru kepada pesakit HIV/Aids

agak kalau besar ni berapa juta boleh dapat?


Kisah aku dan si Tokek;


Oke,actually,ni bukan kesah aku,tapi kesah adek aku.Kisah adek aku dan si Tokek ni diceritakan kembali oleh ibu aku.Ibu aku ade cerita yang adek aku,pernah terjumpa si Tokek ni,kat belakang umah aku.Tapi masa tu si Tokek ni belum popular lagi,so adek aku tak amek port la.Sebelah mata pun tak  pandang.Baru baru ni yang lepas keluar berita sal cicak mahal ni baru la adek aku terkejut beruk (beruk pon tak terkejut lebih dari dye).Yelah,mane taknya,kalau tau si Tokek tuh mahal,sah sah la adek aku simpan si Tokek tuh,bagi makan banyakbanyak lepastuh cepat gemuk.Den kayo.!den kayo.!Tapi nak buat camne,nasi dah jadi bubur.Try again next time keh.!


p/s:Sebelum ni kalau jumpa cicak kita lastik,tapi pasni memang cicak ditatang bagai minyak yang penuh la nampaknya..hehehe..(oke,cicak kat ceiling rumah tuh boleh terus dilastik ea.)

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: