Tuesday, November 30, 2010

pernah guna status "open relationship"?

Oke post kali ni aku nak share pasal status yang kita guna kat FB tuh.Kalau aku no prob la sebab aku memang guna status single je,entah bile nak tukar status tuh.Aku share ni buat panduan kepada semua kalau kalau korang tak tau ape maksud open relationship yang ada kat bahagian status dalam FB tuh.Buat yang sedang guna status tuh sila tukar ye kalau rasa status tu takde kene mengena dengan anda.Aku share ni sebab aku concern dengan semua orang especially followers aku yang ciput amat tuh tapi terima kasih sebab follow aku,hehe.muax,lots of xoxoxo.


Oke,ni dipetik dari satu post kat fb dan bukan aku yang wat research;



Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

Oke,menurut pemerhatian aku yang berdasarkan beberapa websites sebagai rujukan,open relationship ni adalah pasangan yang setuju bersama,tetapi tak kisah dengan kehadiran orang ketiga.Kiranya,dyeorang tak kisah dengan hubangan bersegi sesi ni.Kiranya lagi,tak kisah lah dengan main kayu tiga,sebab atas persetujuan antara pasangan tuh.Jadi,kalau korang yang mase tuh single buat status ni tak sesuai la,sebab ni atas persetujuan dengan pasangan anda.


Open relationship juga digunakan untuk orang yang nak kapel (bahasa muda mudi) dengan anda,tapi dalam masa yang sama nak kapel ngan orang lain gak dan dye pun tak kisah anda nak kapel dengan orang lain masa anda kapel dengan dye.Hah.!Hambek kau,paham paham sendiri la ye.Bersegi segi sungguh percintaan itu..dan macam WTF (what the fish) la kan.Kesian gila sape yang involved dengan percintaan epik itu.Ish ish..Nauzubillahi minzalik.

Senang senang takpayah buat la status open relationship ni,macam nak galakkan aktiviti curang la pulak.Cuba bayangkan kalau bini orang buat status ni,tak ke tuh macam menggalakkan lelaki lelaki bukan mahram lain mendekati si isteri sedangkan dye masih bersuami.Jadi,status open relationship ni kira boleh jadi faktor keruntuhan institusi rumah tangga la kan.

Baiklah,renung renungkan dan selamat beramal.!(erk,macam trademark seseorang je).


hah.!nak ke orang fikir kau camni?

p/s:kepada sesiapa yang tahu siapa yang tulis itu info sila inform saya oke,saya nak credit kepada hamba Allah itu,tapi taktau siapa.hehe.Sian dye tulis dan researched penat penat tapi tak di credit.


2 comments:

  1. saya pon ade org bgtau, kalo nk tau lagi detail. n supaya org tak slah aggap. tgk la sini. :)

    http://www.urbandictionary.com/define.php?term=open+relationship

    ReplyDelete
  2. tuh la,,aku da cari da..hehehhe..nway.thx pateh..ahakz.!

    ReplyDelete

peninggal komen: