Wednesday, December 22, 2010

nak tunjuk OTAI biarlah bertempat

Wahhh.Entri macam nak cari gaduh jek.Well,memang nak cari gaduh,tapi bukan aku yang nak cari gaduh,tapi orang yang tak dikenali yang macam nak cari gaduh dengan aku.Sebelum,start bergosip memberi teladan,izinkanlah aku yang tak brape nak lurus ni bagi nasihat yang sangat pendek,iaitu,nak tunjuk otai biar bertempat.(erk,pendek ke?).Yelah,tak kesah la kalau kau tuh otai di kampung kau ataupun otai dikalangan orang orang yang kau kenal,tapi bile berada di kawasan awam bersama orang awam (orang yang kau tak kenal),sila kurangkan perangai otai anda.


trade mark nyer.


Apa itu OTAI?Otai itu adalah perkataan yang dipinjam dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Old Timer,iaitu orang yang lebih makan garam,berpengalaman macam ayah dan mak mak kita.So?Orang yang macam nak cari gaduh ngan aku tuh peringkat umur ibu abah aku la?Bukan.Sebab perkataan otai yang aku pinjam digunakan untuk mewakili orang bajek bagus diva kampung sebelah.Arghhhhh.!


respect the old timer.


Oke.Habis dengan pengenalan.Sekarang,baru aku boleh cerita.Pada sekian hari seperti dijadualkan oleh kampus aku,blok aku DIWAJIBKAN turun masjid untuk solat berjemaah.Sapa yang tak pergi,maka dye tak boleh tick untuk kedatangan ke masjid,dan sapa yang tak tick maka dye kantoi tak pergi masjid,dan bila dye kantoi tak ke masjid,maka dye dicatat kesalahan tak turun masjid.


Alkisah sesudah kami selesai solat berjemaah tuh,maka aku pun berpusu pusu lah nak men tick nama aku supaya kedatangan aku diambil,maka aku tak dicatat kesalahan tak turun masjid.Masa aku siap pegang pen nak tick nama aku,tiba tiba ada sorang yang tak dikenali ni,rampas kertas kedatangan dari aku dengan selamber otai diva nya,belek belek nak cari nama dye.Dan aku macam .......... wadehel?HALLO???Tak nampak ke saya sudah hampir nak tick nama saya?Dan kenapa awak tibe tibe boleh rampas kertas itu.


Tak habis disitu,sedang dye belek belek,dye dengan kasarnya cakap "bak sini pen tuh" sambil ambil terus tanpa sempat aku hulurkan.Oh,terima kasih,sebab kau,aku dah boleh list satu lagi sifat manusia yang pernah aku jumpa dalam hidup aku.Masa dye ambil pen tuh dari aku,aku ingatkan dye dah dapat cari nama dye,dan aku macam,Alhamdullillah,cepat cepat la dye dapat cari nama dye,dan cepat cepat la dye boleh bla dan habiskan drama indon ini.


Rupa rupanya,seperti dijangkakan,drama indon mana boleh habis setakat 32 episod macam drama korea,paling kurang mahu 100++ episod,termasuk babak muka dekat mata dijegilkan 10minit serta flashback dan monolog dalaman 15minit.Arghhh,rupanya dye masih belum dapat mencari namanya.Belek punya belek,last last dye give up,dan trus belah.Mungkin faktor give up dibantu apabila ada orang bunyi bunyi dibelakang.


drama indon,bawang putih bawang merah yang tersangat panjang.Zzzzz


Wadehel?!Kenapa give up?Kau da la habiskan masa aku sedangkan aku hampir hampir nak tick nama aku.Hanya sebab lagak otai kau yang tak bertempat tuh,memang layak lah kau dimaki dan tolonglah jangan buat lagi kalau sekadar nak tunjuk otai tapi menyusahkan aku.Please dong ah.!

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: