Saturday, November 5, 2011

klise #3

Berita Utama hari ni:


Highlight #1 : Pihak kerajaan mahupun pembangkang menentang sekeras-kerasnya Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan. Ini kerana penganjuran program tersebut nyata sekali telah menghina agama Islam dan negara Malaysia yang nyatanya adalah sebuah negara Islam berintegriti.


Highlight #2 : Lintas langsung dari PWTC,Kuala Lumpur untuk Anugerah Skrin. Fasha Sandha anggun mempamerkan rekaan dari pereka bla bla bla di red carpet untuk majlis malam ini.


Ohh,,common peeps,Anugerah Skrin pada bulan ini dan esok (5hb) wukuf.Macam mana menda ni tak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam yang berintegriti?Or at least, takkan tak tunggu PM and the clanz selesai ibadah haji untuk join majlis tu?

klise #2

"Kecantikan adalah hak milik setiap insan (sambil memegang sebotol jamu cap Kacip Sireh)."kata aktres jelita yang baru memenangi anugerah bintang paling meletops di alam semesta.


"And...cut!,bagus."sahut tuan director.


"Ooo emm jey,penatnya kena senyum.Hurm, macam mana tadi?Lightning okay tak?I taknak muka I nampak gelap, nanti tak cantik, and another thing, nanti edit sikit, ambil angle yang menampakkan I kurus, being gemuk is a nightmare!" arah aktres tersebut.




FIN.

klise

"Baguslah si Sham Kamikaze tu dah berubah ke arah kebaikan. Aku tengok ramai dah artis Malaysia ni yang dah berubah, ramai yang dah pakai tudung, yang jadi pendakwah apatah lagi." kata Pak Abbas.


"Tu lah, sekurang-kurangnya dapatlah jadi idola pada budak remaja zaman sekarang ni." sampuk Cik Din Peot.


"Yelah din, apapun, jadi tak kita malam ni?"tanya Pak Abbas.


"Jadi sangatlah. Aku ada jumpa port baru, dengarnya kat pekan seberang ada bukak pusat dangdut baru, segar-segar lagi perempuannya.Hakhakhak."jawab Cik Din Peot.


"Elok sangatlah tu,hakhakhak."sambung Pak Abbas diselangi hilai tawa mereka berdua.


End.

Thursday, October 6, 2011

rotten apple

Assalamualaikum w.b.t.


Steve Jobs (1955 - 2011)






rotten Apple without Steve Jobs.



Monday, October 3, 2011

konon konon punya review:Hantu Bonceng

Assalamualaikum w.b.t. Rasanya agak terlambat aku menyuarakan pendapat aku a.k.a noob review pasal filem meletupzz Hantu Bonceng yang berjaya mengutip RM 8++juta. Tetapi memandangkan Astro First masih menjual filem ni,aku rasa aku masih agak tidak terlambat. Huh?Ayat k*ling.






Pertama-tamanya, aku sarankan kepada sesiapa yang masih belum tengok filem ni, marilah jangan beli tiket atau beli melalui Astro First citer ni melainkan ko free download dari jiwang.org atau ko mempelesitkan hasil download kawan ko. Sebab memang tak berbaloi!!!


Kedua-duanya, aku rasa filem ni bodoh dan memperbodohkan orang sebab pi tengok sampai cecah 8juta++ kutipan. Padan muka sapa yang tengok kat wayang.Hakhakhak!!


Ketiga-tiganya, filem ni 90% menceritakan pasal rebut mat rempit ,nasi kangkang, peha dan leher Juliana Evans dan selebihnya 10% pasal hantu bonceng.10% peratus beb!!Walhal tajuk filem ni HANTU BONCENG,bukannya nasi kangkang mahupun lagenda cinta rempit.


Keempat-empatnya,filem ni menggunakan bajet yang rendah serta lawak yang murah. Yang boleh jualnya aku rasa Zizan je kut, tu pun aku banyak tak ketawa tengok cite ni, tak tau la sebab aku memang seorang yang susah nak ketawa ataupun memang lawak tu tak lawak. Bagi aku menonton Hantu Bonceng ni ibarat tengok persembahan Amir ML, banyak depress daripada geli hati.


Secara keseluruhan, baik tengok Mr Bean kat Disney Channel kerana sesungguhnya lawak Mr Bean  yang aku duk tengok semenjak 1997 lagi lawak dari Hantu Bonceng.


p/s: sekian.

aib orang sebatu nampak,aib sendiri tak nampak

Assalamualaikum w.b.t. Aku tengah depress. Jadi aku tulis mende yang membawa depression kepada orang yang bakal butthurt. Biar semua depress.


Aku rasa takpayah la duk sebok nak like like kempen menutup aurat. sebelum like kempen tu baik ko tubuhkan kempen menutup mata. 




Apa guna kalau like fanpage kempen ni sambil berhasrat suh anak orang tutup aurat tapi setiap malam ko layan 3gp Maria Ozawa. Atau awek ko sendiri pakai baju tak tutup buntut.Atau kau sendiri suka usya cleavage amoi masa makan kat KFC.


Kalau setakat tekan button like dan berhujah dengan hadis hadis yang dikopi pes dari website keagamaan serta memkhinzirkan orang yang tak tutup aurat dengan betul sekalipun diri ko sendiri pun tak betul,baik tak payah la.


Iman naik turun atau konsisten. Mana ko nak tau kot kot si pemakai legging tu bakal berjubah dan berpurdah. Dan mana ko nak tau entah esok lusa tulat ko yang 'berserban' tu bakal kecundang?Baik berdiam daripada kata-kata memakan diri.


Kempen ni tak salah,tapi kalau yang duk like atau berhujah tu tak semengah mana,trimas je la.Amar maaruf nahi munkar. Tapi start dengan diri sendiri dulu. Takpayah nak hebat berkempen sangatlah.


p/s:post ni macam mengayat dalamkan lelaki.Tak adil?So what?

Wednesday, August 17, 2011

'Tuang' puasa

Assalamualaikum w.b.t. Tuang atau nama lebih dikenali sebagai ponteng. Aku bukan nak gebang mende sangat pasal tuang puasa ni, cuma nak pesan;


kepada yang diberi pelepasan sah untuk tidak meneruskan berpuasa, agak-agak lah untuk men'cover' diri anda.


Janganlah sampai kantoi tak puasa sebab kawan tegur ada biji lada lekat celah gigi, atau bibir berminyak lain macam sangat. Muka pun janganlah segar sangat. Janganlah mentang-mentang dapat cuti menunjuk sangat awak tu tak puasa.






Takde sape yang nak tahu awak tak puasa, okey..


Ok, ini peringatan untuk diri sendiri, takda kene mengena dengan orang lain.


selamat menyambut Nuzul Quran...

Tuesday, August 16, 2011

La Tahzan (Love is depression?)

Assalamualaikum w.b.t. La tahzan, maksudnya jangan bersedih. Korang- korang yang sedang atau pernah bercinta ni mesti pernah sedih dalam percintaan. Eleh, tipu sangat la kalau kata tak pernah. Mesti pernah layan syahdu dengar lagu Arrow, Spin, Newboyz, dan Iklim sambil mengenangkan nasib percintaan. Nampak macam poyo bukan? Tapi itulah realitinya. 






Tapi pernah tak korang terfikir, "apa perlunya aku sedih gila vavi frust menonggeng sambil depress sebab bercinta?". Yeah,,sangat benaran apa yang anda fikirkan itu, Lads and Gents. Untuk apa???? Whyy??? Untuk apa korang nak stress sampai rambut gugur macam orang baru pekena rawatan chemo? Sayangilah rambut anda lebih dari anda sayang boy/girlfriend/s.Sebab rambut adalah eset bernilai untuk anda hadiahkan buat tatapan husband/wife-to-be anda. 






Mungkin korang boleh cakap, "ek eleh,  ko tak bercinta, boleh la ko nak komen lebih-lebih, ko tak rasa apa yang kitaorang rasa". Here is the point, orang yang tak bercinta lebih waras daripada orang yang sedang bercinta, sebab cinta (selain daripada cinta kepada Allah, RasulNya, dan parents) adalah buta dan membutakan. Orang yang bercinta ni macam ada penyakit katarak. Yang kadangkala tak boleh nak bezakan mana satu realiti dan delusi ciptaan sel-sel otak.


free your mind


Jadi sebagai orang yang tak bercinta dan tak berkatarak, (buat masa sekarang, of course) aku nak nasihat La Tahzan apabila menghadapi masalah dalam hubungan percintaan. Bukanlah aku nak kata jangan bersedih langsung, yang tu memang tak dapat dihalang, dah nama pun manusia makhluk yang berhormon, dan of course hormon pemangkin emosional dalam diri manusia. Tapi, maksud aku, jangan tersangat-sangat sedih sampai effect real life korang.






Sedih sangat sampai masa tolong mak potong kacang pajang, terpotong jari sampai menitik darah dalam makanan, pastu abis satu keluarga tumbuh siung. Sedih sangat sampai depress pastu tak boleh siapkan assignment sebab seharian berulangkali termenung dan menangis, lepas tu terkebil-kebil bila lecturer taknak terima assignment tu. C'mon peeps, tolong jangan sedih sangat dengan mende yang ain't real at all. Benda yang belum tentu jadi masa depan ko.






Korang pasti ke, b/gf yang korang sedihkan sangat tu adalah future korang, sampai sanggup membelakangi sebagai contohnya, pelajaran, yang sememangnya future korang. Pada pendapat aku, jangan nak create benda alah angan-angan di atas angin masa bercinta, macam "aku yakin dialah bakal suami aku",atau "nanti masa kahwin Jamil janji nak hadiahkan  I sebiji Lamborghini sebagai hantaran".


Sebab nanti ayat-ayat frust yang akan keluar kalau hubungan tak kesampai adalah seperti "aku dah menaruh harapan, dialah bakal suami aku, tapi tiba-tiba ada orang ketiga,kuciwaa!!","Kenapa dia meminang Jamilah Lopeh tu!Melepas Lamborghini aku!!".. Ya, ayat-ayat kecewa.




Masa bercinta, ikut je flow dia, jangan duk merancang sangat. Sebab yang duk merancang sangatlah yang akan kecewa lebih bila mende tak jadi, sebab plan rosaklah, memikir sangatlah,etc etc. 




Kalau hubungan tak kekal, jangan terus bersedih. InsyaAllah, akan datang yang lebih baik, anggap saja hubungan sebelum ni sebagai pengalaman, jangan asyik nak cakap rugi masa bla bla, sebab mungkin mende tu korang boleh kutip sebagai pengalaman,jumpa pelbagai ragam manusia, belajar sikap manusia dsb. Love is not depression, love is funnnnnnn...


I don't give a damn if you want to say/post/blog million mushy cheesy stuff in Facebook,etc etc about your lover, cakaplah sampai nak muntah, aku tak kesah. Tapi janganlah nak duk bercerita 7 hari 7 malam pasal kesedihan putus kasih dengan kekasih. Sebab,takde maknanya. Aku cakap awal-awal, silap aribulan korang akan termalu dengan sendirinya bila dah sampai fasa kesedaran, dan korang mungkin akan, "Whattttt??the hell is wrong with me?".






Cinta datang dan pergi, kadangkala kekal, kadangkala pergi, kadangkala U-turn , dan kadangkala berganti. Perasaan cinta tu semua tiupan Allah kedalam hati kita,dan ya,kita cuma pinjam dari Allah, sebab tu dalam sebuah Kalamullah, yang lebih kurang begini;"kalau sayang seseorang, jangan terlalu menyayangi,kelak kau akan membencinya,kalau membenci seseorang, jangan terlalu membenci, kelak kau akan menyayanginya." (betulkan kalau aku salah).Jadi jangan melebih-lebih sebab semuanya dari Allah. 






Mungkin 2 tahun, 2 bulan atau kurang dari tu, korang akan jumpa cinta baru. Life unexpected. Mungkin masa tu, memori korang dengan yang 'dulu' tetap akan disimpan rapi dalam hippocampus korang, bukan sebagai ratapan, tapi sebagai pengajaran untuk hubungan jangkamasa panjang.


Itu saja dari akakkkss dr cintanz! XOXO,muacks!


in the end
warn love to not hurt ya!

Monday, August 15, 2011

kesian

Assalamualaikum w.b.t.


Semakin aku blogging, semakin hilang tujuan asal aku buka akaun blogger. Aku tak pernah impi nak jadi blogger popular apatah lagi celebrity blogger. Aku tak pernah mimpi nak kumpul followers mencecah angka ++k. Aku cuma nak kongsi segala mende yang ada dalam kefala utak aku kedalam medium yang sepatutnya. Tapi semakin lama aku blogging, semakin cetek akal nak menulis. 


Jadi sebagai konklusi, aku kena minum banyak Dumex supaya sel sel otak bergabung. pfffttt.


p/s:selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan yang tinggal separuh je lagi. Selamat berjuang semua!!

Maaf

Assalamualaikum w.b.t.


Maaf, banyak lab report, banyak assignment, banyak kerja untuk final project, banyak test, banyak kuiz, dan yang paling penting, sikit idea untuk entri. Maaf.

Friday, July 22, 2011

personality disorder

Assalamualaikum w.b.t. Pernah tak dalam sesuatu masa, wujud konflik dalam diri korang contohnya macam, "eh,kenapa budak tuh pandang aku lain macam, huduh sangat ke aku ni" atau tengah tengah lepak ngan rerakan, tetiba korang kena kutukan ringan sedas tapi korang amek mende tu serius? 


Atau korang ada tak ciri-ciri seperti dibawah;



source:wikipedia



Kalau ada, aku ucapkan; WELCOME TO MY PARANOIA LIFE.

Monday, July 4, 2011

diskriminaracist

Assalamualaikum w.b.t.


Mengaku jelah, yang semua orang memang racist.


Setakat belajar dasar apartheid dalam buku teks sejarah tak cukup kalau kau jumpa orang kulit hitam sambil buat muka jilaka 


macam ni

Pesan aku, tak payah sembang lebat pasal ketidakadilan dalam dasar apartheid lah kalau pemikiran racist tersemat kukuh didada.Piirahhh.!!

p/s:buku teks sejarah harus digubal kerana tidak memberi impak serta perubahan positif terhadap pemikiran rakyat Malaysia.

Thursday, June 30, 2011

berselera MPOP

Assalamaulaikum w.b.t. Kalau sebelum ni Max 24:7 dan Gula Gula menghilangkan selera dan harapan aku terhadap Mpop, tapi dengan kemunculan anak buah KRU, V.I.P, sedikit sebanyak kepercayaan aku terhadap Mpop bertambah kembali.






Introduction to V.I.P. Fadlan tuh handsome wooo..haha


Siapa  dan apa itu V.I.P? V.I.P iaitu Versatility in Performance adalah kumpulan pop dibawah syarikat KRU dan AicoProduction dianggotai oleh Adam, Fadlan, Marlon, Ryan, dan Yandy. Mula mula aku dengar lagu dyeols dalam radio jek, 'Lagu Sedih'. Masa aku dengar tuh aku dah agak, dengar rentak je dah tau tuh lagu KRU. Jadi, aku takde lah nak amek port sangat sebab aku bukanlah peminat tegar KRU. 




Tapi taktau lah kenapa gatai sangat tangan tekan keyboard and search V.I.P 'LAGU SEDIH' ni. Genre dan konsepnye, well, korang awal awal lagi tahu, opkos lah pop dan penuh dengat tarian. Aku rasa agak menarik jugak ah tarian dye. Walaupun tak se gah macam Kpop, tapi nice try lah untuk first single. Ala, lagi pun mende baru kenz. Yang penting, takde lah seburuk 24:7. opss i did it again..






Jadi ni pendapat aku dari segi:


Lagu


Dah nama pun under KRU, mesti lah bercorak KRU. Kalau korang first time dengar pun dah boleh agak lagu ni dikompos oleh adik beradik KRU. Aku harap untuk lagu lagu akan datang, kurangkan lah sikit klon KRU tuh. Tak pun hire komposer laen ke. Aku bagi 5/10. Takdelah suka sangat dan takdelah tak suka sangat. Setakat nak dengar tuh takdelah la sampai bernanah telinga.






Tarian/Choreo


Aku rasa kalau dyeols banyak praktis mesti lagi kemas. choreo takdelah gempak mana, tapi best dan energetic woooo. Boleh bagi improvement lagi pada koreografi tuh. hehe. 7/10.


Energy


Aku suka tengok group ni. Sebab masa dyeorang perform live, tak tercungap cungap dan vokal maintain wooo.. Ingat senang ke joget sambil nyanyi? Kpop groups pun banyak miming kut masa live. Kalau tak miming pun, suara kekadang ke laut. Haha. Jadi aku agak berbangga lah disitu. 9/10




Untuk sesuatu yang baru dan tak secincai dari percubaan sebelum ni, aku bagi 10/10!!! C'mon la peeps, takkan sepanjang zaman asyik nak ulang kolesksi rock leleh Spoon Spin Spring je, bagi lah peluang kat mereka. Create new era in Malaysia music industry la guys!


errrr..excessive makeup.

Tuesday, June 28, 2011

harapan

Assalamualaikum w.b.t.


Harapan aku cuma


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku tak tulis sesuatu yang bila aku baca balik 10, 20 tahun akan datang akan membuatkan aku mengeluarkan ayat dan melakukan perbuatan seperti;




"YA ALLAH!!APA YANG KAU TULIS NI AIN!!"




atau


"WHY I WROTE THESE CRAPS?!"


atau


"MALUNYER AKUH!!"


atau


.....berdarah mata tengok entries sendiri.....




atau



tutup account blogger




Jadi, untuk itu, aku harap korang dapat bersabar dengan aku yang jarang update ni sebab aku nak hasilkan sesuatu yang insyaAllah takkan buat aku malu nak baca semula pada masa akan datang. Biar lambat, asal berkualiti. Trimas atas kerjasama dan kesabaran korang sebab tak unfollow aku.. Trimas trimas trimas!!!



Sunday, June 19, 2011

mengaku takde dara?no hal je....

Assalamualaikum w.b.t. Aku tau, aku agak lambat untuk berita macam ni. Maksud aku, banyak berita aku kena amek tahu selain cerita ni, contohnya berita demonstrasi pihak pembangkang di ibu kota, respon datuk datuk yang pro BN terhadap demonstrasi pihak pembangkang, kesan buruk demonstrasi besar besaran pihak pembangkang, dan yang sewaktu dengannya. Jadi, mana ade masa nak amek tau pasal berita hot yang aku baru dapat tahu tuh beb??!!


Baiklah, aku mengaku, aku 'senyapkan' diri dari dunia blogger skejap. Nvm. Baru tadi aku bukak blog terfaktab dan baru aku dapat tahu pasal berita itu. Maaflah, bunyi macam berita sensasi dari website Oh! Artis atau Beutiful Nara, tapi sebenarnya, tak pun kalau nak banding dengan dunia hiburan. Erk.. Yeke tak?


dari dulu konsep artis berbikini tepi kolam mesti ade

orang kampung macam aku je letak gambar artis pergi clubbing.haha


Tapi bagi orang Islam konservatif macam aku atau kalau budak budak metropolitan yang urban panggil , 'kampung' macam aku ni memang la mende ni hal yang besar,, BESAR beb!! Maksud aku, budak yang baru akhil baligh boleh ngaku terang terangan dalam blog yang dye dah takde dara sebab penah main dengan bf dye yang mungkin lambat sikit akhil baligh dari dye...! BUDAK!! Faham tak BUDAK!! Jadi perkara tuh memang a BIG deal bagi aku.


Aku taktau la camne dye boleh berfikiran terbuka sangat sampai mende camtu pun dye boleh bagitau terang terangan. Maksud aku, kalau letak kat blog, bukan stakat orang yang kau tak kenal, mak kau bapak kau jiran kau cikgu kau berkemungkinan akan bukak since blog kau berkonsepkan terbuka. Dah tuh terang terangan dalam blog letak plak gambor muke kau setepek, kalau display gambor Lindsay Lohan ke Hannah Montana ke takde la orang tau.. 


courtesy to Adinda Evans' .klik kalau rasa nak naikkan traffic dia.


Kang aku cakap bodoh, takut aku kawen ngan abang kau, yang aku bodohkan tu jugak la jadi adek ipar aku. Ape pun tak boleh (2X)!! 


Aku yakin mende ni patut dipandang serius. Cuba kita reflect balik, sebelum sebelum ni, couple, yang  pegang tangan pun dah dipandang serong. Tapi lama kelamaan orang mula buat adjustment, dan mula set dalam kepala otak masing masing, setakat pegang tangan tu no hal lah! Tu benda wajib lah! Tak titanic la kalau tak pegang tangan! ... Dan lihat balik apa jadi skang akibat adjustment yang awal2 kita buat, even skang taktau dosa haram kalau pegang tangan, perkataan dosa bila pegang pegang dah jadi sejarah, mak bapak pun kalau tengok anak pompuan bawak balik bf ke kampung sambil berjinjing tangan boleh tersenyum riang.


Dan cuba bayang, cuba bayang kalau sekali lagi kita buat adjustment mind setting kita terhadap mende mende yang dianggap konservatif, kita set kan minda kita sekali lagi dengan 'it's okay if you are not a virgin anymore, coz who cares?' Dan tengok macam mana mende tuh ubah negara kita dari negara Islam yang dicanang canangkan ke negara Islam yang tapi serupa kafir. Amerika la katakan. Mungkin masa tu a muslim youth Facebooker akan keluarkan status berbaur "Hey guys, I'm not a virgin nmore since yesterday!!Its rock u guys!!" ...Jelik kan? Tapi tu la kuasa mind setting..


Jadi, aku sarankan, kerajaan mahupun pihak pembangkang, apa kata jangan saling berbalah dan terus nak cari kesilapan masing masing yang kadang kadang dibuat buat tuh. Apakata, kita betulkan dulu, mende yang 'remeh' ni, dan tinggalkan sebentar perkara yang 'besar' yang selalu korang debatkan dalam parlimen tuh. Kalau perhimpunan besar besaran tuh dijangka boleh menimbulkan kekecohan dalam jangka masa pendek, mende remeh ni dijangkakan akan menimbulkan kekecohan dalam jangka masa panjang. Wallahualam.


Btw, aku dapat pengajaran dari tagline(?) dalam post budak tu. Pengajaran berbaur begini; 


bia orang nak pandang hina kat kita. asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)


Maruah diri?Good(?) point.


nota kuku: 
kalau nak cari budak tuh, cari sendiri ah. Pastu kalau nak nasihat ke hape ke avatar jangan pakai ko tengah kiss pipi b/gf ko, buat stok gelak budak tuh jek. taknak susah jadi anon je,tapi tak femes la. Takyah la nasihat sampai keluar hadis ke hape,budak macam tu bukan amek port. okebabai.

Saturday, May 21, 2011

should/shouldn't we give them a chance?

Assalamualaikum w.b.t. Tapi petang baru lepas jumpa 2 rakan terbaek Si Peah dan Semoh. Terlanjur bersama mereka, topik yang kami bincangkan termasuk Kpop Malaysia ataupun lebih sedap didengar sebagai Mpop (Malay Pop).. Dua kumpulan yang terjebak dengan Korea wave (hallyu) ni termasuk Gula Gula (girl group) dan Max 24:7 (boy group). Sedap juga la kutuk depa sebakul, sebab aku penah tengok gambar photoshoot Max 24:7 tu. Dan ia agak menggelikan usus perut.


suju Malaysia?

you need chinese/korean look to be Kpop.Muka Jawa?Out.

Are you for real? It's Wayyy too far..Surat khabar yang penuh kegebangan.


Tapi setelah difikirkan balik, kenapa perlu aku kutuk depa, sedangkan aku belum tengok performance mereka? So, aku mengambil inisiatif untuk mencari video mereka di youtube. Cari punya cari dan aku jumpa ini:


gula gula

dan ini:

Max 24:7

Setelah dilihat dari sudut tarian, nyanyian, lagu, attitude, aku mampu cakap: Just go home and practice, a lots of practice.. Aku takde masalah pasal nak tiru kpop ke apa, sebab kalau nak bilang mende ape yang kite tak tiru sebelum ni dari segi muzik, sikit, yang betul asli asal dari Malaysia, keroncong, zapin, makyong, dan beberapa lagi yang mungkin tidak mampu diterima remaja masa kini, yang laen macam hiphop, rap, boy band, rock band, jazz, etc semua diterap dari budaya luar, jadi kalau korang nak gebang lebat pasal dyeorang tiru kpop adalah sesuatu diluar tabii, i'm gonna say, i don't give a damn, guys, aunts, fat guy with a long beard over there.. Sebab kite dah terbiasa dengan budaya copy paste.

aww..aren't they adorable? kekeke

to be Kpop you must be super skinny.sigh~~

manly or gayly?huhu.

Tapi apa yang aku tak sokong adalah kegelabahan untuk meniru. Maksud aku, kalau nak buat sesuatu tu, buat dengan betul, bukan main taram je. Dah kena kondem selori padan muka. Takde lah, kalau betul nak tiru kpop, tiru betul betul, tiru cara diaorang training, audition, choreography. Kau ingat dyeorang audition hari ni, bulan depan terus debut? No wayyy.. Sebab dyeorang dah fikir pasal mutu. Itu baru professional. Ni tak, mentang mentang korean wave (hallyu) melanda hebat kat Malaysia, ingat boleh terus naik dan diterima macam groups Korean diluar sana..? Really, are u kiddin me??


yang baju biru ditengah tu menarik kalbu. NickKhun~~

FYI, untuk sesebuah korean group tuh ditubuhkan memakan masa yang agak lama, dalam bertahun, contoh macam SM Entertaiment buat, satu nama yang gah dalam industri muzik korea. Mereka akan start cari bakal group kpop yang mereka nak hasilkan ni bertahun tahun sebelum group tu ditubuhkan, macam yang pernah aku tengok, nama nama besar macam Yoona, Seo Hyun, Kibum, Micky yang bawah SM, dyeorang start audition dalam lingkungan umur dyeorang 10-15 tahun, lepas pass audition, dyeorang jadi trainee under SM dan dilatih dalam masa 2 tahun ke atas sebelum dyeorang debut. Jadi, disitu kualiti dihasilkan.


Aku tak menolak sebuah Mpop group yang hebat tertarik cun mutu keunggulan dan setaraf dengan Kpop akan terhasil di Malaysia. Dan aku gembira mengalu alukannya, since we love everything about korea. Tapi, tolonglah berlatih dulu betul betul, jangan rakus sangat, kami cuma mahukan mutu. Pleasee..

tidak mustahil untuk menjadi seperti mereka

Tak mustahil Amir Raja Lawak akan menjadi sangat lawak dan popular setelah semakin matang, begitu juga dengan tidak mustahil the first ever Mpop akan muncul dan mendapat sambutan hebat di Malaysia.

muka yang mampu menyejukkan isi perut.Mungkin Amir wave satu hari nanti?

p/s: aku rasa kawaii stuff ni asal dari Jepun, tapi Korea tiru. So? Takde masalah pun dengan tiru meniru ni.

Sunday, May 8, 2011

ibu dan gelaran yang sewaktu dengannya

Assalamualaikum w.b.t. Yehhuuuu, hari ni hari ibu. Walaupun belum menjadi ibu, tapi aku ade reason untuk meraikan hari ibu ni sebab alhamdullilah, aku masih ada ibu. 






Kita tak mempunyai sebab untuk tidak mencintai ibu kita. Yelah, takkan la untuk menyayangi ibu korang, orang yang paling dekat ngan korang, korang tengok penampilan dye, atau intelektual dye. Takkan la sebab mak kau takde rupa macam Megan Fox, kau terus reject dye sebagai seorang ibu, atau suara dye tak semerdu Britney Spears kau taknak ngaku dye sebagai ibu, mahupun citarasa terhadap fesyen tidak sehebat Lady Gaga kau break hubungan dengan dye?






Kau patut hargai ibu dan waktu yang sesuai adalah pada hari ibu sebab waktu tu kau ada reason untuk tunjukkan penghargaan ataupun tidak mahu dicop 'buang tebiat' kalau bagi kad pada hari hari biasa. Walaupun mungkin mak kau tak macam aweks/pakwes kau yang sebok ngendeng ngendeng mintak hadiah bunga itu ini waktu hari kekasih walaupun jasa mereka tak seinci pun boleh menandingi jasa mak kau, ataupun mungkin mak kau sendiri tak tahu bila jatuh hari ibu, tapi sebagai anak kita patut tunjukkan penghargaan sempena hari ibu, walaupun mende tuh tak wajib.Ibu tak kompleks sangat, kadang kadang sebaris ucapan penghargaan dan kasih sayang yang kau coretkan pun dah cukup membuatkan ibu bahagia.




Tunjuk penghargaan atas segala penat lelah mereka melahirkan kita. Dah la tu, lepas melahirkan, kena pulak galas tanggungjawab lain, masakkan, jagakan, belikan pakaian, mendidik, membebel menasihati (tugas paling berat woo), dan kalau ada yang lagi dramatik, bukak day care free untuk jaga cucu, jagakan rumah anak tanpa gaji, phewww. Betapa penatnya menjadi ibu, tapi mereka jarang sekali mengeluh. Aku ingat lagi, aku tanya mak aku, best tak jadi suri rumah, mak aku tak mengeluh, malah dye bangga menjawab, walaupun penat, tapi seronok.










Jadi disini aku ingin mengucapkan selamat hari ibu, ibu!! You are the best mom in the whole world (cheh,ayat cliche seorang anak yang hanya mampu diucapkan dalam penulisan). Ouh, and Happy Mother's Day jugaklah kepada semua mak, ummi, ibu, mek, mami, amma, mama, omma, dll. THANKS MOMS FOR BEING OUR 'SUPERMOMS'.




AKU MENCINTAIMU IBU..


Sekian.