Saturday, January 8, 2011

hoi minah.!Lu pehal kerek nak jual mahal?!

Assalamualaikum w.b.t ..Jual mahal dan perempuan sangat sinonim kan?Asal bile perempuan taknak bergedik jual nombor kat lelaki je,mesti dicop sebagai jual mahal.Macam wattefish je kan?Oke,intro tuh,chillax dulu yon. Baiklah. Bende ni slalu jadi kat aku masa aku chatting,diulangi chatting.Kenapa la pria pria ni hanya agresif dengan aku masa chatting je,masa aku jalan jalan ke hape ke,takde pula sape sape nak mintak nombor.Bukan terdesak,tapi realiti. Yela,mana taknya,kalau profile pic aku ke semua nyer di edit cube tengok realiti.Memang takla nak mintak nombor.HAHAHAHAHAHHA.


Kalau time chat,mesti last last skali mintak nombor,hape memang aim chatting tuh memang nak mintak nombor je ke?Bajet aku jual nombor ke hape nak mintak. Selalunya aku akan tolak dengan baek permintaan mereka. Haa, mesti masing masing da setat kata "memang kerek pon,jual mahal gile,bajet cantek trime je la".Squezzeee me,bukan sebab aku bajet hot aku tolak semua tuh,tuh sebab aku sedar diri,bak kata Fasha Sanda dalam ikelan GarnierGrannier,ukurlah baju dibadan sendiri,tuh sebab dye dah taknak pakai sexy,sebab baru tau ukuran baju sendiri.




Aku penah kena dengan sorang mamat ni masa chatting.Mula mula elok je borak,setat lama sket,dye dah mula tanya soalan tipikal yang laki selalu tanya;


L:Awk,bf xmrh ke chatting ni?
P:bf tu ape?
L:(lempang gak budak ni kang)Yela,pakwe awk la..
P:Ouhhh,tade bf cmne nak mrh?
L:yeke?
P:yela,buat apa nk tpu..huhu.Lgpon xde spe ah nk kt sy.
L:yeke?ke awk yg jual mahal.
P:jgnkn nak jual mahal,yang nk beli pon takde. T__T
L:sah la tuh awk yg jual mahal.
P: ..... (aku lempang 360 darjah kang baru tau,degil.!)


Kalau berada dalam alam realiti aku,mesti dye takkan tanya.Jangankan tanya mende tuh,tegur pon jauh sekali dua kali dan seterusnya.Mengaku je la,mana ada laki tak pandang rupa.Mana ada first first nak pandang hati budi ke hape ke.Mesti pandang rupa,dari mata jalangmu turun ke hati buayamu.Mana ada macam ni:


"mak kata,baju kotor boleh dicuci,tapi,hati yang suci sukar dicari.."


bushiet je tuh.Ada ke lelaki ngorat kau tanya,hati awak suci tak?Takde kan?Tak pon,ade tak dye tanya,awak ni suci lagi ke tak?Memang kene pelempang barang sedas dua la kan.Masyarakat terutama Melayu,ada satu sick mentality yang memang dari dulu dipegang, kurus=perfect,putih=cantik.Hey c'mon la,jangan butthurt sangat.Memang betul kan?Orang yang dipuji tuh mesti ada ciri ciri ni;cantik dye tuh,dahlah putih gebu meletops,badan pon mantop, bertuah la sape yang dapat dye.Ada ke orang cakap Ain Najlaa lagi comel dari Fatin Liyana?Kalau ade meh aku belanja KFC snakesnack plate.


muka cantik tapi hati tak suci


Disini,adakah jika seseorang itu gemuk dan hitam,tetapi ada hati suci yang sukar dicari,orang yang dapat dye tak bertuah?So,ni lah yang aku cakap, bullshit je iklan tuh,sekadar nak lakukan produk,takyah nak maen sebut hati hati,sebab semua tuh da tak pakai la weihhh..To make it simple,lelaki melayu taknak perempuan muka yang adoooo je,lelaki melayu nak perempuan yang hot,even mat rempit yang wasting time berpeleseran di hot spot yang dipandang serong masyarakat,pon nak chikaro yang cun.Ko ingat senang nak jadi chikaro mat rempit?Muka mesti cun,rambut mesti blond(atau karat),badan mesti 36-24-36.Punya sikit nak sama dengan kriteria untuk stewardess.




Bukan la aku nak kutuk semua jejaka Malaya,sebab abah aku,adek aku,semua melayu,takde kacuk kacuk ni.Ramai je yang tak pandang muka,tapi kapel jek.Oke,tu pun sebab masa kenal dalam social network,tengok minah cun je dalam display picture,ngorat,kapel,jumpa,rupa rupanya yang adoo je,awek tuh guna pic orang laen,wa tertipu,tapi teruskan je perhubungan tuh.Takpun kenal dalam sms,pasrah,dan kapel.Lelaki,perempuan yang dyeorang idamkan sekurang kurangnya nak  iras macam Jessica Simpson,Gisele Bundchen, takpun selera pelik sket, Lady Gaga(nightmare).. Ada ke yang nak Oprah Winfrey? Oke, mungkin ade,anak ikan.


gisele/oprah/tak kenal?


Oke la terbebel pulak.Jangan panas panas,skang musim hujan,sejuk.Sedap tido.Daaa...

2 comments:

peninggal komen: