Saturday, January 8, 2011

lelaki?perempuan?takde bezanya.

Assalamualaikum.Salam dunia blogger,dunia tanpa sempadan untuk cacian,makian,pujian segalanya ada disini.Sebenarnya aku baru sangat je balik dari aktiviti main polis sentri anjuran kampus.Oke,ekceli,larian ala ala merentas desa gitu lah.Aku tak suka aktiviti larian,aku suka maen ting ting dengan zero fine,fain,fail(ntah camne ejaan tapi camtu la sebutnya).pffft.Balek bilik terus on lappy dan update blog.


Sini ada satu benda yang dah lama aku pendam dan arini aku nak kongsikan. Ramai orang kata lelaki dan perempuan berbeda,ngak ada samanya, berbeda ama skali.!!(cakap dengan nada sinetron Alisa).Siap ada lagu tuh,ala yang liriknya,na na na na bagai zurah dan marikh,la la hum hum hum.(humming sebab taktau lirik).Sampai camtu lagi nak tunjuk perbezaan tuh.


Baiklah.Bukan dari segala sudut lelaki sama dengan perempuan,kang ada yang marah ngan aku samakan perempuan dengan lelaki,yelah perempuan kan cute,comel,lemah lembut berbeza dengan lelaki yang kasar,bulu kaki lebat,badan katang,etc etc.Tapi harus diingatkan ada lelaki yang hampir semua sama dengan perempuan, kadang kadang lebih dia daripada perempuan, PONDAN.


Oke,back to the bussiness.Bisnes apa pulak kejadahnye ni?Ingat aku stokis dR Romzey ke?Oh,please sekarang orang tak kecah pasal Jusmate5 la,skang da ada dR baru yang penting rambut tak cendawan,iaitu DR JISM.Lagi hensem,yang penting rambut 'pacak lagi' broooo.


Oke ni dia:


Kaki umpat


Sape kata perempuan kuat ngumpat?!Sape?!Lelaki kan yang banyak cakap camtu.Perempuan ni pantang kumpul ramai ramai la,nanti penuh bakul dengan "ketupat" la..Ape la.Hey,please,ye,mungkin kami memang suka gossip (lebih senonoh didengar),kami akui,tapi teruk lagi lelaki yang tak sedar mereka sebenarnya lagi kuat mengumpat dari perempuan.Haaa,haaa,yang laki semua dah berasap telinga tuh.NANTI dulu,dengar point aku ni.Kebanyakan lelaki tak sedar bila dyeorang mengumpat.Percaya tak?






"Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya." (al-Hujurat: 12) 

Rasulullah s.a.w. berkehendak akan mempertajam pengertian ayat tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang dimulai dengan cara tanya-jawab, sebagaimana tersebut di bawah ini: 

"Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa'i) 

Manusia tidak suka kalau bentuknya, perangainya, nasabnya dan ciri-cirinya itu dibicarakan. Seperti tersebut dalam hadis berikut ini: 

"Dari Aisyah ia berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek, maka jawab Nabi: Sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut niscaya akan bercampur." (Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi) 



Oke aku bagi situasi.Contohnya ada sekumpulan lelaki(5 orang ke atas),duduk lepak ramai ramai kat kedai kopi atau kat tangga atau kat tepi tepi simpang,pastu ada perempuan ni lalu,kalau yang cantik takde la kena bahan, ni kalau yang kepudaran rupa dan bentuk badan,ringan je mulut masing masing cakap; "Oi,oi anak badak lalu",atau atau "Oi,tengok muka dye dengan jalan raya same kaler je",HAHAHAHAHHAHA(sambil ketawa besar).Wat de hellllllll.Nak je lempang laju laju sekor sekor,dengan tanpa was was.


Korang tau tak tuh sebenarnya dah dikira umpat.Umpat bukannyer bermaksud kau cakap dibelakang orang,malahan kalau korang kutuk depan orang tuh,lalu saketkan hati orang tuh,tuh dikira umpat tau.So,laki cube bayangkan dalam banyak banyak kali korang kumpul ramai ramai dah berapa bakul korang kumpul ketupat.Sambil tuh dapat dosa kering je sebab hiris perasaan orang, buat kalau dye tak maafkan korang,mana korang nak cari budak tuh kat Padang Masyar nanti?!See,perempuan laki kaki umpat,semua buat benda haremjadah.. Piiiraahh..






See,apa yang berbeza laki perempuan dari sudut ni.Ni sikit sikit asyik nak keluar ayat,"Laki pompuan lain,korang kalau kumpul ramai ramai mula la nak buat ektiviti ngumpat",dem.!Aku tak nak jadi perempuan sinikal.Tak nak,aku nak jadi macam perempuan biasa biasa yang gedik bila jumpa laki,sigh sigh.   -.-" ...Tapi sifat semulajadi lelaki yang aku jumpa tu yang membuatkan aku menjadi sinikal.Jangan jadikan saya seorang yang sinikal.please. :'( ROFL

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: