Monday, January 17, 2011

ye ye aku first.!

Assalamualaikum w.b.t.Entri kali ni nak ringan ringan je,topik pon tak berat sangat kot.Korang selalu post first kat mana mana comment section tak? Takde lah,mana mana aku pi mesti ade umat 'first' ni. Adakah ini trend baru? Adakah aku dianggap ketinggalan sebab tak maen i'm first,you are second,you are loser


cuci mata jop.!


Masa mula mula jumpa kaum ni,aku tercari-cari, "Ada kontes ke kat sini? Semua nak first. Dapat Bugatti sebijik gamoknya kalau tulis jadi first. 


Siyesly,kalau kau jenguk mana mana website/blog/social network yang popla, mesti ade je komen berbau "sampah masyarakat" ini. Sampah masyarakat? Tak tak,aku tak anti ngan orang yang suka komen first ni. Aku no hal, kau kau,aku aku, tapi ramai masyarakat yang annoyed dengan kaum ni. Dan kadang-kadang biar pon kau orang yang ke-100 mengomen, tapi tatap nak tulis first. Tak pandai kira apa? Atau saja bersikap sarkaslestik?


Adakah dengan menulis first,traffic/friend requests meningkat. Siyesly,kalau betul,aku nak ikut golongan ni. Aku rasa bagus gak taktik ni,sebab dengan menulis first,orang akan tend untuk membuka kau punyer blog maka traffic kau akan naik. Atau orang akan add kau kat dalam FB semata-mata untuk maki kau, maka populiaristik kau akan meningkat.


Tapi,part aku paling suka bila kaum first ni kena caci ngan pengomen laen. Bukan aku suka sebab "yes.!padan muka kau kena caci" dan "amek kau sape suruh tulis mende annoying, hakk tuih.!". Bukan,aku suka sebab biarpun dimaki,tup tup bawah komen maki tuh ade lagi tulis first.HAHAHAHAHHA.Kau memang standing in the eyes of the world la bab kata kak El gedikmanja. So, don't messed up with first lovers. Nanti kau makin annoyed.


Kau nak buat ape dengan kaum ni?Middle finger?Bolayan.F words?Bolayan kuasa dua. Pendek kata,hati mereka cekal, tak mudah putus asa untuk membuat orang terus jelik dan jelik hanya dengan perkataan first. Majulah first untuk gagasan Satu Malaysia.!


Ramai kot yang nak jadi first.Aku? Kenkadang keinginan itu singgah dihati, tapi cepat cepat aku buang keinginan duniawi itu. Takde keroje.!


p/s:I ended up posting this crap rather than finishing my tomorrow you should submit it or u are dead meat lab report.demmit.!

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: