Monday, February 14, 2011

cintaku hentak sebelah kaki

Assalamualaikum w.b.t. Bosan. Bosan dengan ayat cintaku bertepuk sebelah tangan, jadi aku guna ayat lain, cintaku hentak sebelah kaki. Walaupun hentak sebelah kaki tetap berbunyi, tapi, arghhhh, ikut suka aku la. Tapi kalau cintaku bagai lambaian tak berbalas pon sedap gak, arghhh, lagi skali, sudah la stuck dengan mende yang bukan main point ni.



ini bukan segitiga Freemason


Yeah, semua orang pernah mengalami cinta cinta ini; cinta ungka,cinta pandang rupa pertama, cinta sejati sampai mati, cinta pertama dalam masa yang sama dengan dua orang, cinta fotokopi?, gila gila cinta?. Tapi aku? Aku tak macam korang. Aku tak pernah alami jenis jenis cinta kat atas tuh, yang aku pernah, cinta hentak sebelah kaki. Ye, itu saja cinta yang pernah hadir sepanjang 19 tahun lebih aku hidup.




Cinta itu menyakitkan yet menyeronokkan. Cinta macam ko main Dota, kadang kadang misi ko berjaya, kadang kadang tak. Oke, cakap pasal dota memang susah sebab aku tak main Dota. Kita ubah, bercinta macam main game mario, kadang kadang level ko up, kadang kadang ko mati sebab tersentuh cendawan jahat. Walaupun aku tak pernah bercinta, tapi bercinta seorang diri banyak bagi aku pengalaman pasang naik cinta.

Ada orang rasa cinta hentak sebelah kaki tuh pathetic. Baiklah, disini aku nak berkongsi apa kelebihan dan kekurangan cinta jenis ini.


Kelebihan


Komitmen. Korang tak terikat dengan komitmen. Ye, bercinta memerlukan komitmen antara pasangan. Kalau takde komitmen, korang akan gagal dalam bercinta. Dan disebabkan cinta hentak sebelah kaki adalah satu hubungan yang unofficial, korang terselamat dari komitmen yang menyeksakan seperti, repot aktiviti harian, tanya khabar setiap hari, kejutkan untuk solat subuh, bawa jumpa mak bapak, etc etc.




Bebas. Bebas disini bukan setakat membawa maksud korang berhak untuk memilih sesiapa untuk dibawa menonton wayang tanpa kantoi pabila si dia juga menonton wayang yang sama. Bebas disini juga bermaksud, korang boleh menukar orang yang korang target nak suka setiap hari. Contohnya, hari Isnin korang suka Sopi Jikan yang kebetulan teman kuliah korang yang paling hot, pada hari Khamis korang boleh suka si Man Kacang, pemain ragbi yang berlatih di padang ragbi berhadapan dengan kolej korang. Ye, saya tahu, mengujakan bukan? Perasaannya sama macam korang memiliki dua atau lebih jejaka dalam satu masa, erm, sort of.


Untung. Yes, ni adalah salah satu fakta yang penting. Untung dari segala segi, duit, masa, kredit tepon. Cinta hentak sebelah kaki sangat menguntungkan sebab korang tak perlu nak telefon/sms sepanjang masa, jadi anda tak perlu mencacar menopup setiap hari, duit poket anda tak lebur, ibu bapa turut senang! Mungkin anda hanya perlu menambah baki telefon anda 2 minggu sekali, atau topup sebanyak 5 ringgit tahan selama sebulan! Oh, i see your excitement face right there. 




Jimat space otak. Haha, yang ni penting, berbanding dengan orang bercinta, orang hentak sebelah kaki, otak dyeorang memang kosong, bukan maksudnya bodoh. Tapi, ruang otak memang safe ah. Sebab apa? Sebab korang tak payah nak ingat berbagai jenis tarikh. Tarikh besday pasangan, tarikh first day kapel, tarikh clash, tarikh sambung balik, tarikh first time jumpa parents pasangan, tarikh bawa pasangan jumpa parents, dan pelbagai lagi. Korang ingat senang nak ingat tarikh. Sedangkan masa sekolah dulu, time blaja Sejarah, tarikh bila Albuquerque datang Melaka pon susah nak ingat, tarikh Jepun serang tanah melayu pun semput nak hafal, tarikh rombongan Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman ke London pun kena google balik, ni kan nak ingat tarikh tarikh yang belum tentu bermakna dalam kehidupan kita untuk masa akan datang. But, what to do, otak perlu dipadatkan dengan tarikh tertentu, sebab nanti pasangan kata takda komitmen pulak. pffft.




Kekurangan


Jiwa sunyi. Ye, sapa kata cinta hentak sebelah kaki selalu happy? Takde masalah? Kadang kadang ada masalah dalam percintaan lebih menyeronokkan daripada tak bercinta. Sebab itu adalah pengalaman, pengalaman untuk menjadi lebih matang dalam memilih pasangan. Biarpun nampak bodoh bila bergaduh pasal hal yang remeh temeh macam "kenapa u tak nak tolong basuh stokin i ea?" atau "I benci u sebab taknak ponteng kelas teman i pergi mall", tapi mende tuh la yang mematangkan diri. Tapi untuk si cinta hentak sebelah kaki, nak cari pengalaman ni camna? Takkan hari hari nak bayangkan tiang eletrik tuh orang yang kite crush, tak feel la.




Stalker. Ye, jadi stalker orang kita crush memang memenatkan. Tunggu dye update status pasal diri dye, then kalau status pasal harini dye nak makan tempoyak tapi tak dapat, so dye sedih harini, jadi kita pun turut bersedih, takpun kalau GF/BF dye tulis mushy stuff kat wall dye, kita rasa sakit hati, pastu kalau dye update status gaduh ngan GF/BF dye, kita senang hati, takpun kalau dye tak update status langsung, kita tertanya tanya, susah hati. Ianya memenatkan? Tau? Amat memenatkan untuk hanya berani menjadi stalker tapi tak berani nak PM dye atau chat nagn dye, atau beri komen kat status dye.




Penyeksaan jiwa. Sangat menyeksakan. Nak nak bila cinta hati si hentak sebelah kaki ni hanyalah orang yang dekat atau selalu ada depan mata. Menyeksakan bila kita ada peluang nak confess, tapi takut untuk confess.  Orang yang pernah / sedang mengalami perasaan ni mesti faham. Hati memberontak nak bagitau yang kita suka dye, peluang sentiasa ada, tapi tak berani nak ambil tindakan, sebab takut dirijek, jadi lebih selesa dengan status cinta hentak sebelah kaki. Taknak perasaan macam ucap saya cinta awak kat Johnny Depp tapi tak pernah dapat respon. Sebab lagi selamat untuk mencintai, bukan dilukai. Tapi still, perasaan tidak berupaya untuk confess cinta kat orang yang kita crush dan hanya boleh simpan perasaan ni jauh dilubuk hati sangat sangat menyeksakan. sigh.


---------------------------------------------------------------
Wah, dah macam dr love dah aku ni. Okey, cukuplah disini saja untuk kali ini, kang kalau aku tulis banyak banyak kang berdarah plak mata korang membacanya. Baiklah, nak buat lab report dulu, daaaa... Have a nice day, and to all hentak sebelah kaki lovers, we stay cool~~~

No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: