Saturday, February 26, 2011

Lelaki:Baik kaki berbulu dari hati berbulu.

Assalamualaikum w.b.t. Lelaki. Manusia yang dilahirkan dengan sifat macho ego ganas selumber dan kaki berbulu lebat. Ya, aku annoyed sewaktu aku menikmati mee goreng mamak lalu seorang lelaki ber short pant berbulu kaki lebat kerinting kerinting lalu dihadapan. Gila meremang, kalau laki aku punya bulu kaki takpe lagi, oke taktau yang tuh oke ke tak. Tapi aku lapan puluh kali annoyed dan berbulu hati bila berhadapan dengan lelaki jenis ni:


Macho tapi hancor.


Lelaki yang seperti kita tahu sangat menjaga kemachoan serta keegoan mereka. Sangat. Tapi aku pelik, macam mana seorang lelaki yang berbadan katang plus misai tebal boleh tolak ketepi kemachoan mereka sambil menjijit beg tangan wanita. Oke ayat tak abis, beg tangan rambu rambu kaler pink teman wanita. Erkk, i mean, hello, tak guna la kau jadi jaguh lestik zaman kanak kanak kau kalau dah besar kau sanggup tolak ketepi kemachoan kau sebagai lelaki menjijit tas tangan wanita hanya untuk meringankan beban yang tak berapa besar awek kau tuh. Kalau tolong bawak beg kertas Gucci awek ke beg plastik Mydin yang sarat dengan barang 3.0 kg ke atas ke tak heran la, memang patut tolong, tapi ni. Pfft..


manbag you call. Tolonglah bang pink lagi tuh!


Yang peliknyer, mamat jenis ni anggap mende tuh macho, ye mungkin awek dye touching. Tapi bukankah lebih baik ko tolong mak cik yang bawak bakul sarat dengan barang dibeli dari pasar/raya berbanding dengan tolong bawak beg tangan awek ko yang ntah setakat ade barang make up tisu dompet tuh. Kalau ko tolong mak ciks, bukan setakat kemachoan ko meningkat di mata awek ko, malahan dimata chicks yang lain. 2 in 1, macho dan amal jariah, seimbang gitu.


Konon kudrat lelaki


Aku perasan la kan, laki skang banyak tak gentleman la, yang banyaknya gentelman. Sungguh aku benci situasi ni. Naik bas awam yang sikit lagi nak sama kepadatan tin sardin, dalam ramai ramai yang berdiri tuh ade the old timer or the momma to be dan dalam ramai ramai yang duduk tuh kaum lelaki yang konon konon kudrat bersaiz giant. Tapi dalam ramai ramai tuh sorang pon tak offer tempat duduk kat old timer/wanita mengandung, dan yang selalu offer perempuan. Mana pergi water face korang heh? Ada tuh siap buat buat rancak bertelefon la, rancak berborak la, rancak bertahi mata la. Punya la nak save tempat duduk takut nanti kaki kejang kalau berdiri. Tapi tak takut punggung kematu sebab duduk lama sangat. Pffft. 



erk macam lari topik.lalalalala

Dear gentelman, wateshame bila korang sanggup berdiri untuk sorang gadis berkasut tumit tinggi, tapi tak sanggup berdiri untuk seorang mak cik yang ada osteoporosis. I mean, hell yeah wanita muda lagi hot berkulit licin berbanding mak ciks yang kedut seribu, tapi mana pergi rasa kasihan korang, gentleman korang, kudrat korang, yang boleh regain balik berbanding old timer yang bateri dah kong. Dah lah, tak payah cakap lebih, aku pun malu ah nak toleh kat muka laki bila sorang pompuan yang mula offer tempat duduk pada sorang mak cik. 

Oke fine, dah la bebel, makin berbulu hati aku nak citer pasal mende REMEH ni. Oke la, nak pasang ubat nyamuk, kaki dah berbintat dah ni. Bye.

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: