Friday, March 18, 2011

cinta itu:saya tanya saya jawab.

Assalamualaikum w.b.t. Saja nak ambil feeling edisi soal jawab bersama dr love. Tapi ni edisi saya tanya saya jawab. Okey,korang boleh panggil ia perasan. I don't give a damn. Okestart.




"asal takde pakwe?"


sebab aku single.


"kenapa single?"


sebab aku takde pakwe la +%$#@!!!


"oke,serious,anti lelaki ke?"


aku tak anti lelaki. abah aku lelaki, adik aku lelaki, atuk aku lelaki, pak cik aku lelaki, kawan aku lelaki. so, macam mana aku nak anti lelaki kalau kebanyakan lelaki ada kaitan ngan aku.


"ke jual mahal?"

saya tak jual lagi macam mana nak tahu mahal ke murah. oke, taklah, aku tak jual mahal, sebab takde sape pun yang nak beli.




"memilih mungkin?"


sapelah aku nak memilih, aku bukan miss perfect, bila penat muka berminyak, wangi pun tak, jangankan bau bvlgari, hot perfume pun jangan harap boleh dapat.. tapi ya, mungkin memilih jika calon tuh terlampau teruk, tak boleh diharap, bapak ayam, drugger(note:ayat sendiri), drunker, dreber. tak masuk list calon suami soleh langsung. oh, btw, list jerks yang dinyatakan diatas tak pernah pun usya aku. saja sembang lebat bajet hot macam nora danish nak rejek rejek orang.


"anticlockwise antisosial ke?"

nak kata antisosial, kawan ade je,pergi mana mana berteman, kawan laki pun ada,tapi tak pernah lagi la clubbing ke hot spot mat rempit ke, konsert sure heboh ke.


"pernah minat lelaki?"


gilo soalan ni tak lepas sirim langsung. of course la perasaan tuh ade, aku masih manusia okeh. dan yeah, bukan pernah, tapi masih, dan cuma meminati, tak lebih dari itu.






"pernah kapel?"


ape tu? ouh couple, bahase budak melayu, maksudnya dating ea? erm, tak pernah la. macam mana ea kapel? best tak?


"pernah tak kena usya?"


Ada la, first time masa kat PLKN, rasanya mamat tuh juling air kot. Mula mula best la layan kawan ngan dye, then pas dye laen macam, aku cabut, lama lama aku dengar cerita dye dah ade awek. No hard feeling. Cinta persinggahan PLKN. sigh sigh.


"pernah tak mengusya orang"


ko nak tengok aku kena usya parang ngan abah aku ke?! Nope, aku tak sehebat Siti Khadijah, yang berani merisik Rasullullah s.a.w. Cuma masih belum.


"tak takut andartu?"


masih terlalu awal nak mempersoalkan tentang andartu hanya kerana aku tak pernah bercinta. Perancangan Allah itu maha hebat.


"takkan tak pernah cinta cyber world kot"

tak. aku tau senang nak cari cinta masa chatting. tapi sejauh mana cinta chatting tu adalah berdasarkan kejujuran? ya, mungkin ada yang bina masjid melalui cinta dalam dunia siber, tapi tak ramai. dan sejauh mana aku tau orang tu betul betul ikhlas sukakan aku sedangkan kami tak pernah berjumpa. mungkin dye hanya suka aku dalam dunia siber tuh, bukan aku dalam dunia realiti. aku taknak kecewakan seseorang dengan realiti aku.


"tak rasa rugi terlepas cinta zaman remaja?"


aku nak tanya, adakah rugi untuk terlepas daripada benda yang tak bermakna? bukan aku nak condemn budak cinta ungka, tak, cuma aku rasa mende tuh useless untuk rasa rugi.






"tak pernah cuba; taip ON CINTA?"


!@#@$!%, maksud ko berkenalan melalui sms? refer balik pasal chatting, hah, mende sama la tuh.


"tak jeles tengok kawan kapel?"

ermm, tak. sebab melalui kawan yang berpacar aku dapat kenal apa itu kapel dan kadang kadang ambil part time jadi kaunselor rumah tangga dyeorang. pengalaman orang lain itu kadang kadang lebih mengajar kita tentang sesuatu.






"tak pernah make up kot, tuh laki tak suka"


herm, aku rasa salah satu faktor gak tuh, sebab lelaki suka mende yang cantik. oke, aku take note.


"soalan last, bila nak bercinta?"


bila-bila bila cinta itu datang. :)


 

3 comments:

  1. bila2 pun blh bercinta, tggu je kan. :)

    ReplyDelete
  2. haah. ingat weh, ko nak 21 dah. get ready bebeh !! hahaha

    ReplyDelete
  3. kamihidup::yup..bila2 je dengan dengan kehendak Allah... =)
    pateh::hahahhahahahhaha...nervous la konon nyer ni...

    ReplyDelete

Jemput Komen: