Wednesday, March 23, 2011

kita semua penipu.

Assalamualaikum w.b.t. Korang percaya tak kalau aku cakap kita semua penipu? Yeah, semua orang tipu tentang diri mereka sendiri. Berapa ramai sangat yang betul betul tunjukkan sepenuhnya diri mereka yang sebenar. Dan percayalah sekali lagi, orang yang tunjukkan diri mereka yang sebenarnya mudah dibenci orang. Ye, sebab realiti kita membuatkan orang tak senang dengan kita.






Adaptation.
Ye, manusia sangat sangat mementingkan penyesuaian dalam perhubungan sesama mereka. Dan untuk mencapai proses ni, ramai yang TERPAKSA menipu untuk memuaskan hati semua pihak. Kita selalu menipu tentang apa yang kita rasa, atau apa yang kita selesa lakukan demi menjaga perhubungan sesama insan. 


Satisfaction.
Walau kita tau kita tak boleh menipu diri sendiri, tapi antara sedar atau tak, kita secara automatik menipu diri sendiri. Betapa pentingnya menipu pada diri sendiri untuk mencapai kepuasan dalam hidup dan terhadap diri sendiri. Contohnya macam lagu Christina Aguilera, Beautiful, lagu tentang menerima diri kita walau bagaimana buruk pun diri kita dengan menganggap diri kita cantik walau diri kita tak cantik dimata orang. Phewww. Dan aku selalu buat itu.






Tak percaya? Oke aku bagi situasi(s)


Situasi 1


P: Bang mana cantik? Dress beropol ni ke or or dress lip lap lip lap ni? Saya rasa yang beropol la bang. Abang bagaimana?
L: Ekceli, apa yang ayang pilih abang suka je. Dua dua pun cantik. (ahh please pilih yang kosong je).
P: Ala abang ni..Tak nak belanja abang popcorn nanti!
L: Yela yela yang beropol tuh cantik sangat. Sesuai dengan rambut ayang yang baru perm tadi.






Situasi 2


L: Okey, setakat ni je pelajaran kita harini. Kamu semua paham?
P: Paham...!!!! (ala kat bilik nanti aku suruh la Peah ajar balik, dye kan dekan)


Situasi 3


A: Hurm, I rasa I da gemuk la skang ni. Tembam sangat dah ni.
B: Taklah, you oke je ni, ala, tak nampak perubahan pun. (weh,gila naik badan dye skang ni)






Situasi 4


P: Awak, bukan saya taknak kat awak, awak baik sangat, dan saya percaya masih banyak lagi yang terbaik untuk awak, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Siapalah saya kalau nak banding dengan awak. Lagipun saya reti goreng ikan bilis je wak.
L: Tapi itu tak penting, saya sayang awak sangat!
P: Kita tiada jodoh(Dah kalau aku taknak tuh taknak ah, dah la mat despatch je, muka pun tak grand, tak sesuai langsung ngan title aku sebagai ratu kebaya '10 belacan cap Mak Limah)


Situasi 5


B: Dedi dedi, Boboy nak PSP tuh. 
D: Oke, next month bila gaji dedi da masuk, dedi belikan Boboy seploh. 
B: Dedi janji?!Yeah..!!!
D: I swear..(Ala, nanti dye lupa la tuh,budak kecik)






Situasi 6


C: Weh, aku nak pinjam gam ni, weh. Ko kesah tak?
D: Pinjamlah, tak kesah pon. =) (Memang aku beli gam nak bagi ko pinjam je! >:( )


Situasi 7


O: Ala, setakat ada followers 90k pun nak kecah, macam bagus! Tak penting ah followers tuh.
P: Ntah!
O dan P: (Uih,alangkah untungnya jadi dye.sob sob.)


Lihatlah dunia, betapa banyak pembohongan yang kita biasa lakukan yang cukup untuk membuktikan betapa layaknya kita bergelar penipu profesional. Kadang kadang mende yang simple pun kita menipu, dengan alasan menipu sunat untuk kesejahteraan sejagat dan kepuasan diri.






Salutation.
Aku salute tinggi tinggi la kepada orang yang tunjukkan diri dye sebenar tanpa menipu walau sekelumit. Sebab bukan mudah nak buat camtu. Banyak ranjau dan halangan. Banyak menggoreskan hati dan perasaan manusia. Sebab kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak dengan menjadi diri kita sendiri. Percayalah, walau segigih mana kau cuba.


Hypocrite.
Jadi kata kata saya benci orang hipokrit sangat tak releven ye tuan tuan puan puan. Sebab kita tak layak nak keluarkan statement tuh selagi kita sendiri betul betul bebas dari penipuan dengan diri sendiri.


Big fat juicy liar. 
Don't be. Kalau terlampau dasyat penipuan tuh, bukan satu tindakan untuk menjaga hubungan sesama insan, tetapi menghancurkanya. Terlampau obvious menipu sangat sangat patut dihindarkan, sebab takde sesiapa yang mahu berkawan dengan seorang yang menipu tentang segalanya, walaupun dye juga seorang penipu.






Akhir kata, menipulah selagi ianya dapat "menyelamatkan" ukhuwah sesama insan atau selagi ianya mampu menggembirakan korang, tetapi ingat, setiap penipuan yang anda lakukan ada padahnya. Jadi, menipu biarlah berpada pada.

No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: