Tuesday, April 19, 2011

It's not that i'm being too picky,it's just i want a perfect muslim husband

Assalamualaikum w.b.t. Yeah, jangan salah sangka, walaupun tajuk entri adalah dalam bahasa inggeris, ia hanya gimik, atau bak kata Dayah sahabat sekuliah,koENG(koya England). Terpanggil untuk menulis entri ini adalah berkenaan dengan status aku. (aku sendiri pun annoyed)




Oh, sekali lagi, tak habis habis pasal status. Oke masyarakat sedia tahu bahawa aku single dari dulu sampai sekarang dan seperti terlekat perkataan single di atas dahi aku ni ha sampai kalau jumpa boleh agak status aku. Kadang kadang agak merimaskan bila perkataan yang orang slalu tujukan kat aku bila dapat tahu aku single adalah; MEMILIH. Kadang rasa macam pandangan yang diberikan kat aku "senang je kot nak kaple cari kat internet ke buat buat salah nombor ke. memilih bajet bagus!"


love is not a gamble


I mean hello... Cari kat internet? Buat buat salah nombor? Btw, tujuan aku untuk memulakan satu hubungan bukan untuk suka suka. Atau buang masa, atau sebagai memenuhi kehendak hormon remaja aku. Maaf, pemikiran aku bukan macam tu, pemikiran aku konservatif, pemikiran aku kolot, tapi sekurang kurangnya aku ada pendirian, Alhamdullillah, pendirian yang masih tegak berdiri dengan kukuhnya. Alhamdullillah, Allah masih sayang aku.


Aku tak memilih, bukan aku nak gebang besar punyer, tapi dari segi muka, latarbelakang, pelajaran, bla bla bla,i don't give sh** on it. Sebab mende tuh tak menjanjikan kebahagian dunia akhirat pun. Cakap macam ayat dalam buku kan? Memang, kita akan tertarik dengan faktor faktor kat atas, dah nama pun manusia, sapa tak suka tengok jejaka kachak, awek gebu, kereta sport Ferrari, Lisa Surihani, 2PM Nichkhun. Aku akui, aku pun suka. Tapi suka lain dengan cinta. Cinta tu lahir dari perasaan, suka pulak lahir dari pandangan.




Aku cuma nak suami aku betul betul muslim, bukan muslim atas faktor keturunan, sebab diberanakkan sebagai muslim, sebab K/P tulis Islam menunjukkan kau muslim, atau sebab kau bersunat macam orang muslim. Tapi perfect muslim. Sekurang kurangnya yang sudi membetulkan aku kalau aku ada buat salah, cuba bayangkan aku yang sedia berbengkak bengkok jalannya kalau dapat suami fake muslim, aku rasa boleh jadi roller coaster dah pusing 360 darjah.






I mean, kau nak ke kahwin dengan orang yang tak boleh imamkan kau? Orang yang tak boleh ajar kau atau anak kau mengaji, orang yang tak reti nak azankan/iqamat anak sendiri, orang yang bangga menunjukkan aset kau dikhalayak ramai sedangkan kau milik tatapan dia sorang? How pathetic kan? Aku rasa knowledge sorang bakal suami masih belum cukup setakat belajar menjadi jujur, atau belajar menjadi suami/bapa yang baik kalau dye belum khatam ILMU AGAMA, itu adalah teras seteras terasnya bagi bakal pemimpin rumahtangga. Bukan nak suruh sampai kaji kitab kitab, cuma sekurang kurangnya ada ilmu yang wajib tau bagi seorang muslim.







Sape kata perfect muslim husband hanya datang dari pelajar SMA? Atau pelajar fakulti Usuluddin dan Syari'ah di Al Azhar? Oke, mungkin itu adalah bonus bagi mereka sebab memang dah sah sah belajar mendalami agama. Tapi perfect muslim husband boleh datang dari pelbagai latar belakang. Mungkin mereka dulu mat rempit, atau muka paling kerap masuk pejabat guru disiplin, watsoevah! Siapa kesah? Mak cik kepochi yang suka jaja kisah orang je yang kesah. Leave the past in the past. Manusia boleh berubah, malah dalam sekelip mata, malam  ni kau jumpa dye dekat Zouk Club, entah malam esok kau jumpa dye dekat Masjid Jamek Kampung Baru. Jangan menidakkan kuasa Allah. Sebab tuh aku berani cakap, aku tak amek port tentang latarbelakang dye, asalkan in present, dye adalah a perfect muslim husband-to-be.




Macam  mana kalau aku tak amek kesah pasal mende ni? Memang, ada yang dapat hidayah walau same same zero dalam akhlak, tapi hidayah tak datang bergolek. Sebab tu perfect muslim husband penting. Melainkan kau sorang perempuan yang cukup kuat untuk memimbing suami kau. Dah terbalik namanya, sapa yang leader sekarang ni? Macam mana kalau aku tak cukup kuat untuk mende tuh? Biar sama sama tenggelam dengan duniawi walau dah kerepot? Jiwa perempuan lemah beb, sebab tu lelaki lebih berwibawa sebagai leader. Perempuan walau seteguh mana pun kau tengok, last last sekali dalam nak buat keputusan akan refer balek laki dye yang kau nampak macam senyap hopeless tuh.




Mungkin kata korang; "alahh, kapel untuk suka suka kot, bukan serious matter pun, bab cari suami laen, bab cari boyfie laen." . Tak serious bagi kau, tapi bagi aku serious. Sebab aku seboleh bolehnya nak elak dari menjatuhkan air mata aku demi lelaki yang tak layak untuk dapat tu. Aku taknak beri cinta SEPENUHNYA kepada seorang lelaki selagi dye belum ucap "aku terima nikahnya..". Oh, kepada lelaki, sebelum berani nak meminang anak dara orang, perkasakan ilmu agama korang dulu untuk masa depan anak bini korang.






Bercinta itu tidak dilarang dalam Islam. Tapi bercintalah secara halal. =)



Friday, April 15, 2011

sejenak bersama senjakala

Assalamualaikum w.b.t. Aku nak ambil sedikit masa yang sepatutnya aku gunakan untuk study sebab aku ada final paper Isnin minggu depan untuk me review sedikit dan tidak banyak tentang filem terbaru yang aku tonton di layar putih iaitu Senjakala. Btw, aku tak rancang dan takde tujuan pun nak tengok movie ni, trailer pun tak tengok. Jadi, bermodalkan poster yang bajet seram serta ketidakinginan menonton movie dokumentasi remaja lelaki Hollywood popular bersuara gadis, aku menggagahkan diri membeli tiket Senjakala. 






Mengambil sedikit iktibar dari kata kata vlogger favorite aku, "tu diaa,Anwaq Hadi!" iaitu kita harus melihat dari sudut positif dan kebaikan yang kita dapat dari movie yang kita tonton daripada melihat sudut negatif dan kerugian yang kita perolehi selepas membaziaqkan wang saku dengan membeli tiket wayang tersebut. Jadi, aku akan bagi kebaikan dan cuba melihat, mengkaji dan memberi komen dari sudut positif.


Antara sudut positif;



  1. Anda sukakan cerita yang bergenre seram, tapi anda adalah seorang yang penakut. Jadi aku sarankan korang tengok cerita ni sebab bagi aku penampilan Kak Limah lagi menakutkan daripada hantus dalam cerita ni.
  2. Sesuai untuk kapel yang nak ambil peluang untuk mendekatkan silaturrahim sesama mereka sebab filem ini diselitkan dengan ramai jeritan perempuan dan sound effect yang over keluar secara mengejut, jadi ini memudahkan perkara perkara seperti "ops saya terpeluk awak" berlaku.
  3. Sesuai bagi orang yang tak sukakan kelainan atau pembaharuan dalam filem hantu melayu tipikal dan mende yang boleh dijangkakan.
  4. Suka filem hantu arahan Ahmad Idham sebelum ini seperti Jangan Pandang Belakang, Momok, Damping Malam, Congkak, dll. Sebab jalan cerita Senjakala satu spesies dengan movies diatas.
  5. Menjamu mata melihat kemontokan tubuh aktress sampingan serta babak lucah murahan.
  6. Menyokong industri tempatan dengan meningkatkan jumlah kutipan tiket wayang lantas membuat pengarah perasan bahawa filem haprak yang dia hasilkan adalah mengikut standard kita. Majulah industri seni untuk negara.
  7. Seperti cerita cerita sebelumnya, Senjakala dapat menguatkan lagi kepercayaan bahawa sangat mudah untuk membuang 'mende alah tuh' dengan hanya menyebut "aku berseru keatas tuhan yang Maha Berkuasa..keluar...bla bla bla..Allahuakhbar!" dan hantu akan hilang.
  8. Sukakan watak Opah yang sinonim dengan pelakon veteran, Ruminah Sidek. Sebab dalam filem ni, Ruminah Sidek tetap tegar melakonkan watak yang sama. Jadi, opah yang sama, cuma bertukar cucu.
  9. Mengalami kesukaran untuk tidur? Menonton Senjakala adalah jawapannya.
hantu yang membuatkan aku tak kering gusi!

Ruminah Sidek the series


Aku rasa tuh je la yang aku boleh komen sedikit sebanyak pasal Senjakala arahan Ahmad Idham ni. Apa apa pun, secara kesuluruhan, aku berharap sangat Ahmad Idham tidak terus mengeluarkan cerita cerita picisan yang dibuat tidak bersungguh sungguh yang kita boleh dapat dalam drama drama tv. Please jangan recycle idea idea penceritaan yang sama. Buat la cerita sekurang kurangnya setaraf dengan movie hantu Thailand macam Nang Nak ke. 



Kanak kanak pun taknak tengok la cerita recycle ni!

Wednesday, April 6, 2011

semua itu hanya relationSHIT

Assalamualaikum w.b.t. Maaf saya memang lembat menghupdet blog. Maaf saya memang jarang post entri sekarang. Gome~~~~ Oke teruskan dengan topik. Sekarang ni WAJIB bagi setiap manusia berkapel, kalau kau tak berkapel tuh memang kau tak urban la, kau tak western la, kau tak laku la, kau geek la, dan kau PELIK. Memang, dunia sekarang dah terbalik. Tapi dalam korang sibuk nak ber relationship nih, korang yakin ke hubungan yang korang bina tuh adalah relationship, bukannya relationshit? 






Oke meh sini aku kasitau. Relationship tuh bagi aku la kan, hubungan yang lebih mendalam dan matang dan bersedia untuk melangkah kedepan. Dan bagi aku lagi relationshit tu pula bermaksud adakan sesuatu hubungan tuh untuk suka suka, untuk isi masa lapang, untuk nafsu atau untuk tidak dicop sebagai manusia pelik yang suka bersendirian dan loner. Bak kata orang, ber relationshit biar berjuta kali, sebab mende tuh bukan perkara yang serius.






Apa beza kedua dua jenis relation ni?







Relationship bukan macam relationshit. Kalau dalam ber relationshit, semua sebok nak show off pasangan masing masing, konon girl dye supermodel,konon boy dye hot stuff siap dilengkapi six packs. Betul ke dye sayang kau tanpa sebab, atau dye sayang kau sebab bibir kau mungil, pipi kau putih gebu kemerah merahan, body shape kau 36-24-36 bak Barbie doll? Lelaki akan commit relationship ngan korang bila dye tak expect kau jadi sangat perfect dimata duniawi, cukuplah kau cantik dimata dye. Sebab dyeorang nak relationship ni diteruskan sampai sama sama keropot, masa tuh semua aset kau da pudar, yang tinggal adalah kenangan untuk dibangga banggakan kepada anak cucu. Kalau relationshit, yakin ke ia akan bertahan kalau tiba tiba tuhan tarik aset kau biar belum lanjut usia?





Lelaki adalah sejenis makhluk yang penyayang (buwekkk), dan perempuan pula adalah sejenis makhluk comel yang ingin disayangi. Tetapi dalam korang asyik berkapel tuh, betul ke hubungan tuh dibina atas dasar kasih sayang, bukan dasar nafsu serakah? Lelaki sangat menjaga hak wanita bila dye hendak memulakan relationship, maksud aku hak wanita macam jaga kesucian bla bla bla. Jangan la nak dicopy paste sangat budaya barat yang barai tuh, sebab kita bukan macam dyeorang, yang bab kesucian dipandang enteng. Tapi lelaki yang commit relationshit ni tak kesah tentang kesucian awek dye, hubungan ni tak dianggap serius, dan kalaupun awek tuh da tak suci, tuh biar padan muka bakal laki dye ah! Tidak menjadi tanggungjawab dye selagi hubungan mereka tidak sah. Yang penting nafkah batin secara haram tetap masyuk.




Easy come easy go. Relationshit ni macam touch and go, u da touch, u can go. Bila da puas, cari yang lain la bro. Apa barang, asyik pakai barang sama. Nama pun relationSHIT, shit semata mata, mainan hawa nafsu. Lagipun bukan nak ber relationship, buat hubungan dengan perempuan hot tuh bukan sebab nak jadikan dye sebagai calon isteri, saja nak berkapel, nak taste aset perempuan tuh, sambil sambil tuh boleh jadi modal untuk dibanggakan. Kata lelaki relationshit: "Nak break up?Break up la.. Wat to do, kita takde jodoh, I da rasa u, dan u dah tak special pun sekarang, sikit punya rendah dari taraf pelacur, coz pelacur amek bayaran, but not u. U pun da puas dapat kasih sayang palsu I kan". Sebab tuh la kita banyak dengar kes video xxx disebar oleh bekas teman lelaki, pastu mula la malu malu badak nak hadap masyarakat. Nah, itu dye penangan relationshit. Senang kapel,senang putus,senang dapat malu.






Ber urban tuh biarlah kena caranya, jangan sampai terperangkap dengan relationshit. Aku puas perah otak cari point, so, ikut korang la samada nak ber relationshit atau ber relationship. But, please do not commit a relationshit. =)