Sunday, May 8, 2011

ibu dan gelaran yang sewaktu dengannya

Assalamualaikum w.b.t. Yehhuuuu, hari ni hari ibu. Walaupun belum menjadi ibu, tapi aku ade reason untuk meraikan hari ibu ni sebab alhamdullilah, aku masih ada ibu. 






Kita tak mempunyai sebab untuk tidak mencintai ibu kita. Yelah, takkan la untuk menyayangi ibu korang, orang yang paling dekat ngan korang, korang tengok penampilan dye, atau intelektual dye. Takkan la sebab mak kau takde rupa macam Megan Fox, kau terus reject dye sebagai seorang ibu, atau suara dye tak semerdu Britney Spears kau taknak ngaku dye sebagai ibu, mahupun citarasa terhadap fesyen tidak sehebat Lady Gaga kau break hubungan dengan dye?






Kau patut hargai ibu dan waktu yang sesuai adalah pada hari ibu sebab waktu tu kau ada reason untuk tunjukkan penghargaan ataupun tidak mahu dicop 'buang tebiat' kalau bagi kad pada hari hari biasa. Walaupun mungkin mak kau tak macam aweks/pakwes kau yang sebok ngendeng ngendeng mintak hadiah bunga itu ini waktu hari kekasih walaupun jasa mereka tak seinci pun boleh menandingi jasa mak kau, ataupun mungkin mak kau sendiri tak tahu bila jatuh hari ibu, tapi sebagai anak kita patut tunjukkan penghargaan sempena hari ibu, walaupun mende tuh tak wajib.Ibu tak kompleks sangat, kadang kadang sebaris ucapan penghargaan dan kasih sayang yang kau coretkan pun dah cukup membuatkan ibu bahagia.




Tunjuk penghargaan atas segala penat lelah mereka melahirkan kita. Dah la tu, lepas melahirkan, kena pulak galas tanggungjawab lain, masakkan, jagakan, belikan pakaian, mendidik, membebel menasihati (tugas paling berat woo), dan kalau ada yang lagi dramatik, bukak day care free untuk jaga cucu, jagakan rumah anak tanpa gaji, phewww. Betapa penatnya menjadi ibu, tapi mereka jarang sekali mengeluh. Aku ingat lagi, aku tanya mak aku, best tak jadi suri rumah, mak aku tak mengeluh, malah dye bangga menjawab, walaupun penat, tapi seronok.










Jadi disini aku ingin mengucapkan selamat hari ibu, ibu!! You are the best mom in the whole world (cheh,ayat cliche seorang anak yang hanya mampu diucapkan dalam penulisan). Ouh, and Happy Mother's Day jugaklah kepada semua mak, ummi, ibu, mek, mami, amma, mama, omma, dll. THANKS MOMS FOR BEING OUR 'SUPERMOMS'.




AKU MENCINTAIMU IBU..


Sekian.

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: