Friday, May 20, 2011

should/shouldn't we give them a chance?

Assalamualaikum w.b.t. Tapi petang baru lepas jumpa 2 rakan terbaek Si Peah dan Semoh. Terlanjur bersama mereka, topik yang kami bincangkan termasuk Kpop Malaysia ataupun lebih sedap didengar sebagai Mpop (Malay Pop).. Dua kumpulan yang terjebak dengan Korea wave (hallyu) ni termasuk Gula Gula (girl group) dan Max 24:7 (boy group). Sedap juga la kutuk depa sebakul, sebab aku penah tengok gambar photoshoot Max 24:7 tu. Dan ia agak menggelikan usus perut.


suju Malaysia?

you need chinese/korean look to be Kpop.Muka Jawa?Out.

Are you for real? It's Wayyy too far..Surat khabar yang penuh kegebangan.


Tapi setelah difikirkan balik, kenapa perlu aku kutuk depa, sedangkan aku belum tengok performance mereka? So, aku mengambil inisiatif untuk mencari video mereka di youtube. Cari punya cari dan aku jumpa ini:


gula gula

dan ini:

Max 24:7

Setelah dilihat dari sudut tarian, nyanyian, lagu, attitude, aku mampu cakap: Just go home and practice, a lots of practice.. Aku takde masalah pasal nak tiru kpop ke apa, sebab kalau nak bilang mende ape yang kite tak tiru sebelum ni dari segi muzik, sikit, yang betul asli asal dari Malaysia, keroncong, zapin, makyong, dan beberapa lagi yang mungkin tidak mampu diterima remaja masa kini, yang laen macam hiphop, rap, boy band, rock band, jazz, etc semua diterap dari budaya luar, jadi kalau korang nak gebang lebat pasal dyeorang tiru kpop adalah sesuatu diluar tabii, i'm gonna say, i don't give a damn, guys, aunts, fat guy with a long beard over there.. Sebab kite dah terbiasa dengan budaya copy paste.

aww..aren't they adorable? kekeke

to be Kpop you must be super skinny.sigh~~

manly or gayly?huhu.

Tapi apa yang aku tak sokong adalah kegelabahan untuk meniru. Maksud aku, kalau nak buat sesuatu tu, buat dengan betul, bukan main taram je. Dah kena kondem selori padan muka. Takde lah, kalau betul nak tiru kpop, tiru betul betul, tiru cara diaorang training, audition, choreography. Kau ingat dyeorang audition hari ni, bulan depan terus debut? No wayyy.. Sebab dyeorang dah fikir pasal mutu. Itu baru professional. Ni tak, mentang mentang korean wave (hallyu) melanda hebat kat Malaysia, ingat boleh terus naik dan diterima macam groups Korean diluar sana..? Really, are u kiddin me??


yang baju biru ditengah tu menarik kalbu. NickKhun~~

FYI, untuk sesebuah korean group tuh ditubuhkan memakan masa yang agak lama, dalam bertahun, contoh macam SM Entertaiment buat, satu nama yang gah dalam industri muzik korea. Mereka akan start cari bakal group kpop yang mereka nak hasilkan ni bertahun tahun sebelum group tu ditubuhkan, macam yang pernah aku tengok, nama nama besar macam Yoona, Seo Hyun, Kibum, Micky yang bawah SM, dyeorang start audition dalam lingkungan umur dyeorang 10-15 tahun, lepas pass audition, dyeorang jadi trainee under SM dan dilatih dalam masa 2 tahun ke atas sebelum dyeorang debut. Jadi, disitu kualiti dihasilkan.


Aku tak menolak sebuah Mpop group yang hebat tertarik cun mutu keunggulan dan setaraf dengan Kpop akan terhasil di Malaysia. Dan aku gembira mengalu alukannya, since we love everything about korea. Tapi, tolonglah berlatih dulu betul betul, jangan rakus sangat, kami cuma mahukan mutu. Pleasee..

tidak mustahil untuk menjadi seperti mereka

Tak mustahil Amir Raja Lawak akan menjadi sangat lawak dan popular setelah semakin matang, begitu juga dengan tidak mustahil the first ever Mpop akan muncul dan mendapat sambutan hebat di Malaysia.

muka yang mampu menyejukkan isi perut.Mungkin Amir wave satu hari nanti?

p/s: aku rasa kawaii stuff ni asal dari Jepun, tapi Korea tiru. So? Takde masalah pun dengan tiru meniru ni.

3 comments:

  1. haram jadah pe ni yon? hahaha..
    cam tenuk mnari je aku tgk..

    ReplyDelete
  2. yg penting,,jgn salahkan ibu yg mengandung...

    ReplyDelete
  3. kenapa mesti ikut Korea ? just be Malaysian , the true malaysian . kalau Korea boleh cipta nama seluruh dunia , kenapa Malaysia tidak ?

    ReplyDelete

peninggal komen: