Monday, October 3, 2011

aib orang sebatu nampak,aib sendiri tak nampak

Assalamualaikum w.b.t. Aku tengah depress. Jadi aku tulis mende yang membawa depression kepada orang yang bakal butthurt. Biar semua depress.


Aku rasa takpayah la duk sebok nak like like kempen menutup aurat. sebelum like kempen tu baik ko tubuhkan kempen menutup mata. 




Apa guna kalau like fanpage kempen ni sambil berhasrat suh anak orang tutup aurat tapi setiap malam ko layan 3gp Maria Ozawa. Atau awek ko sendiri pakai baju tak tutup buntut.Atau kau sendiri suka usya cleavage amoi masa makan kat KFC.


Kalau setakat tekan button like dan berhujah dengan hadis hadis yang dikopi pes dari website keagamaan serta memkhinzirkan orang yang tak tutup aurat dengan betul sekalipun diri ko sendiri pun tak betul,baik tak payah la.


Iman naik turun atau konsisten. Mana ko nak tau kot kot si pemakai legging tu bakal berjubah dan berpurdah. Dan mana ko nak tau entah esok lusa tulat ko yang 'berserban' tu bakal kecundang?Baik berdiam daripada kata-kata memakan diri.


Kempen ni tak salah,tapi kalau yang duk like atau berhujah tu tak semengah mana,trimas je la.Amar maaruf nahi munkar. Tapi start dengan diri sendiri dulu. Takpayah nak hebat berkempen sangatlah.


p/s:post ni macam mengayat dalamkan lelaki.Tak adil?So what?

2 comments:

  1. betullah tu...

    abah hisap rokok, anak hisap rokok dibelasahnya. Hehe, mak suka membebel, anak membebel dimarah, disebatnya. Mak pakai baju ketat, bentuk payudara dan punggung memang obvious, yang remaja pun ikut. Bapak suka lepak minum kopi sampai pagi, bila anak keluar lepak sampai pagi, memang kena sembur. Betullah awak.... awak memang betul :D

    Bak kata pepatah, action speaks louder than words, kan kan kan :D Environement dan jiwa kita statik, pembohong besarlah yang kata kita ini dinamik, kan kan kan :D

    Kan Nabi Yunus berdoa "Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri".

    Menzalimi diri sendiri tu macam mana ek...

    Eh sori, terquote alquran pulak, eh hadis je tak boleh kan, nanti nampak macam ostad jadi-jadian, copy paste le pulak, ye tak, hehehe....

    Quote macam ni boleh kot, lagu raihan.

    Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan, yang beriman dan yang beramal soleh,

    sambung sikit...

    dan mereka pula BERPESAN-PESAN dengan kebenaran serta BERPESAN-PESAN dengan sabar.

    tak berpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar = kerugian = menzalimi diri sendiri. Hehehehe.

    Maaf, maaf, maaf, maaf :D

    ReplyDelete
  2. JANGAN buka AIB orang...Jangan Dedah Aib sendiri
    bila rasa nak buka aib orang..cermin dulu diri sendiri
    bila rasa nak dedah aib sendiri...baik fikir dulu berkali-kali.


    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

    http://hasheenabeevi.blogspot.com

    ReplyDelete

Jemput Komen: