Thursday, October 6, 2011

kenapa suka telan tanpa periksa?

Assalamualaikum w.b.t. Aku buka FB. Aku check recent stories. Aku scroll bawah. Lalu aku jumpa ni:


Okay, aku bukan nak sebarkan keajaiban kalimah Allah diatas. Tapi aku nak suruh korang fikir. Adakah korang seorang yang jenis telan je apa yang orang bagi, atau korang jenis yang suka experimental.

Kalau korang jenis suka telan saja, maknanya anda tak sihat. Tapi kalau korang seorang yang experimental, korang akan buat ni:


Maaflah, sebelum ekstrimis bantai aku, dok cakap aku ni memperlekehkan kalimah Allah, aku nak bagi point kenapa aku buat camtu.

Korang perasan kan hasil yang akan korang dapat dari merenung tiga titik tu kan? Korang akan nampak bayangan magis bentuk objek dalam gambar tersebut terbentuk di mana mana objek legap yang anda lihat.

Jadi, bagi orang yang jenis telan tanpa periksa, dyeorang akan menerima bulat bulat dan menganggap bahawa ia adalah keajaiban. Takpe la kalau yang jenis telan ni jumpa keajaiban ni atas kalimah Allah. 

Cuba kalau mubaligh atau orang yang berlainan agama menggunakan 'keajaiban' yang sama keatas objek keagamaan dyeorang. Dan sasaran dye adalah orang yang jenis telan ni. Dan orang jenis telan ni belum jumpa 'keajaiban' yang sama ke atas kalimah Allah. Cuba bayangkan consequences nya.

Sebab tu jangan jadi orang yang suka telan tanpa periksa, jadilah orang yang suka membuat eksperiman. Sama juga la macam konsep fitnah, jangan cepat sebarkan mende yang belum tentu betul.

Aku bukan menyokong idealism Nacho Libre, yang tak percayakan tuhan dan menolak kuasa tuhan dan hanya mempercayai sains, tapi aku cuma nak dedahkan, bahawa semua itu hanyalah salah satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada manusia yang kreatif dengan permainan mata ciptaanNya.

p/s:Apa yang korang buat pada kedua-dua gambar tu adalah optical illusion. Alah,kan femes mende ni. Allah Maha Hebat sebab mencipta manusia yang pandai mengilusikan pandangan.
btw,mende ni dah lama femes dikalangan pengikut Nabi Isa. Dan deorang tak panggil ia keajaiban,tapi optical illusion.

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: