Monday, August 23, 2010

ibu, nak BUKAK puasa...sob sob...

Pertamanya aku nak kasitau cerita nih bukan lah citer sedih syahdu seperti drama slot akasia tv3, dan keduanya yeah,ini cerita zaman tuatua aku. ala zaman tu laa. ala,zaman YANGYANG YOK,PAGI PAGI BUKAK PERIUK..hehe...zaman tuh la paling seronot dan banyak yang bukanbukan bebagai..hehe..


hamboi kau siap masok dalam periuk.!

Okay,memang ada banyak kesahkisah time akuh kecikkecik dolu..Salah satunya yang nak aku sharekan..hehehe...yeah,,kisah puasa YANG YANG YOK aku yang cambest eva in my whole life..hehe...puasa yangyang yok aku,bukanlah buka periuk pada paginya,dan periuk selalunya takkan dibuka untuk membukakan puasa tak penuh aku kerana resultnya amatla kurang memberangsangkan sebab nasi dan lauk selalunya habis untuk bersahur.. T_T .. selalunya aku akan berbuka (layakkah dipanggil begitu?) dengan jajan cekedis yang aku beli kat kedai CIK MINAH LAZIM..


Okay,aku akui aku bukanlah seorang yang rajin nak buat muke seposen atau beberapa posen lalu ditunjukkan pada ibu aku sambil merayurayu untuk berbuka.hehe..jap nak ketawa..aku selalunya akan berbuka dengan cara paling jahat gila vavi yang budakbudak baik jarang buat melainkan aku..aku selalunya akan makan CURI untuk membatalkan puasa aku,,bukan mencuri makanan untuk berbuka,tapi makan soroksorok, bagi u'ols yang takpaham..


seposen sangatla muka baby bean nih.gambar hiasan

Dan selalunya geng aku untuk buat kerja jahat nih adalah adik akuh dan bapak sedara aku(tua setahun daa),dan akulah kepala ZARGON untuk segala rancangan jahat nih,atau di simplify;MASTERMIND..selalunya budak berdua tuh ikut aku sebab dyeorang pun taktahan gila GABAN menggelabah nak berbuka,dan selalunya kalau mintak kat mak akuh nak berbuka confirm takdapat sebab ibu suruh try habiskan puasa...OW GOSH,kami memang bukan juara berpuasa..maafkan kami..


gini la rupe kami bertiga,da taktahan.comel kan?.gambar hiasan

Kadangkadang kalau aku taktahan sangat kehausan selepas main tengteng atau zerofine dengan kawan aku ZULIA dalam bulan puasa,aku akan curicuri minum air paip,pastu keluar dari bilik air buat muka blur dan penat,poyo je lebeh kau ni..


haa,kantoi takpose.gambar hiasan

Port aku untuk berbuka puasa yangyang yok selalunya kat belakang rumah nenet aku sebab belakang tuh hutan,dan ada la tiga empat batang pokok buah hakmilik nenet aku..kat situ port yang best sebab damai dan orang takdapat tau punya,confirm.!dan selalunya perlakuan tak senunuh kami undercover.. hahaha..mission impossible accomplished.!ouh,saatsaat bengong sengal taktau malu itu memang susah nak dilupakan..hehe..memang jahat aku masetuh,naseb sekarang dah baek,takcaya tanya ibu saya *kerdipkerdip mata*



Barang yang pergi usah dikenang,,wahwah,ada kena mengenakah pepatah itu.? Okay maksud akuh memori tuh memang lah dahberlalu ,tp boleh je nak kenang.. Tapi kalau kau nak buat macam tuh sekarang (melainkan onk onk) memang kau dapatlah naik van jenazah pusing satu kampung tulis "SAYA DITANGKAP TIDAK BERPUASA DI BULAN PUASA".. ou,malu doe..hehe.. tapi ada je insan yang wajib puasa tapi buatbuat macam tak akhil baligh lagi,.. uh,malu je awak.! so,selamatlah anda menjalani IBADAH PUASA anda dengan lancar dan penuh keberkatan,,ececeh,ucapan nak serius..hehe..


jum kita tawarikh,eh eh,tarawikh. =)

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: