Showing posts with label saya prihatin. Show all posts
Showing posts with label saya prihatin. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

dear my dearest animals abusers.

Assalamualaikum w.b.t. Tadi aku login facebook aku dan check top news. Pastu ada satu video dari Oh! Media pasal dog abusers from Malaysia. Dem this  skinny chinese tattoo man.! Kau dah rosakkan pagi aku.Aku benci orang yang dera binatang lebih dari aku benci orang yang dera amah/bibik dyeorang. Sebab aku tahu, manusia berakal,kalau dyeorang kene dera, dyeorang pandai nak laporkan mende ni, tapi kalau binatang, makhluk Allah ni nak mengadu kat sapa?? Sushi (nama anjing poodle ni) antara binatang yang bertuah sebab nasibnya bakal terbela. Tuh pun sebab kebetulan ada seseorang ni terjumpa thumb drive yang ada video abuse tuh dan upload dalam FB. Skang sume orang ngah nak tegakkan keadilan bagi Sushi.


how dare they abused this little fella like that
taken from here
Figure out this sohai clearly.
kalau nampak ahbeng ni sila tempeleng kepala dye sambil keluarkan kata kata kesat.

ya dan benda ni dah kecah kat singapore,even singaporean amek berat sal ni. Oh dan kecoh juga di Taiwan. dan juga Hong Kong.


Korang ketawa? Korang rasa binatang tak patut dibela. Mesti ada yang cakap; alaaa, setakat binatang je kot, kalau mati bukan masuk neraka ke hape. Lagipun nak kisah apa pasal binatang haram tuh. Disini aku nak pesan: Abahh kauuu!!! Kau ingat binatang tak reti rasa sakit macam kau. Go to hell la orang macam ni. Aku taktau kenapa, aku memang sangat tersentuh dan menangis bila tengok video haiwan yang kena dera, sedangkan kalau tengok kabhi kushi kabhi ghum pon aku tak nangis, sebab tuh abah bagi gelaran hati  kering kat aku. Tapi bila tengok haiwan, hati aku tersentuh gila vavi.


Aku tak kesah binatang tuh haram ke halal ke, sekalipun binatang tuh seekor babi, kalau kene dera, memang aku sensitif. Laju je mulut ni menyumpah. Sebelum Sushi, ada satu lagi video yang mengalir air mata aku bila tengok. Video anak kucing ni. Yang ni lagi haruu.

membunuh dengan bahagia dan rasa bangga. what a whore.

Videos binatang yang didera ni memang banyak. Tu pun kebetulan kita dapat tengok sebab dyeorang yang bodoh dan rasa mende tuh lawak rakam and upload. Tapi kalau yang tak rakam tuh, dan yang tak upload tuh macam mana? Mesti banyak kan? Ada binatang yang nasib terbela, tapi macam mana yang masih bernasib buruk kat luar tuh?


Sampingan
Satu lagi, aku benci orang yang memilih bulu. Nak layan kucing bulu lebat je. Cop, maksud aku bukan pilih bulu nak kucing bulu lebat, takde kutu, bulu warna gold. Maksud aku, kalau kucing kurap lalu, pandang sebelah mata, apalagi kalau kucing tuh mengendeng ngendeng,laju je bagi penyepak. Apasal nak rasict ngan binatang, lain la kalau babi yang ngendeng kau, yang tuh memang la aku sarankan kau halau. Ni asal kurap sikit mula la jebek, geli, benci, Tolonggg la orang yang macam ni jangan cakap dye suka binatang, aku geli dengar. Sungguh, aku rasa cam nak lempang je manusia cam ni.


Suka binatang bukan bermaksud kau suka yang comel comel bersih bersih je, tapi mesti suka tak kisah contohnya kucing kampung ke kucing kurap ke kucing keding ke. Tolong jangan buat aku muak dengan sikap racist korang. Dahlah sesama manusia pun korang nak racist, ngan binatang pon korang nak kelas kelas kan. Bladihel.!


Ouh,btw video Malaysian dog abusers tuh pasal skinny chinese tattoo man (Allan Tan) yang dera anjing dengan menyuruh Sushi berdiri guna kakinya yang kecik sambil dirakam oleh amoi (Doreen Loo) pemilik poodle tu. Macam what the fak kan? Anjing berdiri? Dalam kartun boleh la kau buat, tuh la pengaruh kartun melampau. Kalau aku suh kau terbang boleh tak? Kalau kau tak boleh aku hempuk dengan hammer. Aku rasa boleh kau terbang, sebab superman pun boleh buat, takkan kau  tak boleh buat kot?? And dalam video tuh kalau kauorang tengok muka Sushi masa berdiri tuh kesian sangat sebab si poodle tuh bertahan nak kekal berdiri dengan kaki yang kecik tuh supaya ahbeng sohai tu tak pukul Wuaaaaa,sob sob... ㅠ.ㅠ .. 


p/s: korang boleh tengok kat Oh! Media, sebab aku cari kat utube video ni dah kena flagged..

Thursday, December 30, 2010

trend baru:coli laser.wadehel wadehel

inspirasi:fashion of the year.tapi ni lagi dasyat O.o.buta terus kalau dipancar


Yeah yeah rimau menang.!Aummm.Sebenarnya bukan excited sebab apa,pasal Malaysia menang bola semalam.Tapi excited sebab Malaysia menang the PM bagi cuti ari esok.!Gumbira la,,extra cuti balek kampung.!Tibe tibe je dapat cuti yang tak catat dalam kalender.HAHAHAHAHHA.Ni rasa nak XOXOXO PM ni..WADD DE???urkkkk.abaikan.Apa apa pun,tahniah Malaysia menjadi juara melalui agregat 4-2.!Malaysia deserve victory.!


OKey,tinggalkan pasal kemenangan Malaysia semalam.Dalam banyak banyak cerita pasal 2nd leg ni,satu yang menarik perhatian aku adalah cerita pasal minah kerek Indo yang bajet terrer.terrer ape?TERRible ade lah...(haa,piki cepat pernah dengar kat mana).Hadeke dye buat statement nak curi tumpuan pemain Malaysia dengan laser,oke bukan calang calang laser.Tapi COLI LASER.Sakit hati benarlah tuh dengan isu laser.ROFL.


Korang mesti sedia maklum kan sape beliau.Alah sape lagi kalau bukan Julia Perez sigh sigh.Atau nama femes dye Jupiter ke hape ea?Ouh Jupe.Gila 'cute' nickname kau.


Jupeter.edit sehabis boleh.


Gila la dye punyer taktik nak balas dendam terhadap pancaran laser yang dikenakan pada kepala licin golkeeper garuda.hahahha.LEMAU."Knock knock.Who is it?Jupe.Jupe who?Jupe the coli loser attacker".pfft.Watashem.
*take note:loser,not laser.i'm not typo*


keratan akhbar.kredit to fitrihadi.com


Tapi memang malang ah sebab hasrat "murni" dye tak tercapai setelah dibantai teruk oleh orang  Indo yang amek kesah.Kalau tak memang cuci mata la tengok dye melaser.hahaahhahahha.Buat malu je kau ni.Lelaki please don't get a little too upset,korang bertuah sebab kauorang takdapat dosa free malam tuh nway.Jupe,apa dye hengat aset dye menarik sangat gamoknyer. Cara murahan untuk mendapat publisiti murahan.Oh pleaseee.Don't act like a bitch even if you are.


Apa apa pun aku rasa Malaysia takkan ter effect dengan laser sebab Malaysia bukan nyer pampered baby yang cepat merengek bila kene teasing dengan pancaran laser.!Nak nak kalau coli laser.Jadi bahan lagi ade la.Masa tuh baru la kau nak sebut"demit,demit".Pffffft.


p/s:Kenapa tak kasi cuti seminggu terus?nih la yang dikatakan bak pepatah; beri kungfu tapak tangan nak kamehamehaa.

Monday, December 27, 2010

BOLA: mentaliti laser

LOL.ROFL.LEMAU,eh silap LMAO.hahahaha.Ouh.mula mula nak ucap tahniah kat team bola rimau malaya,sebab menang 3-0.Yehuuuu.Aku dapat tahu berita ni pon dalam FB.(tak tengok sebab dewan TV ramai dak laki,sampai dyeorang menjerit pon aku dengar sampai ke blok aku,which is SERAM).


Sejak semalam kecah pasal Malaysia menang sebab penonton meLASER pemain Indo.Waloa.!Memang kecah se kecah kecah nya lebih lebih lagi dikalangan rakyat Indo samada yang berada di Indo atau yang ada di Malaysia.Apa yang menyebabkan mereka kecah?Pertama,sebab mereka tak menang seperti dijangkakan.Kedua,mereka anggap timnas mereka tak menang sebab pancaran LASER oleh penyokongs Malaysia.Macam wadehel la kan?


Hahahahaha.Oke,disini aku nak usulkan kenapa mereka tak patut kecah kecah,hina hina dan bising bising pasal isu LASER ni;



  • Ingat tak masa Malaysia lawan Indonesia di Senayan yang mana Malaysia kalah 5-1.Masa tu golkeeper Malaysia kena laser masa Irfan Bachdim buat gol ke 5 beliau.So,sekarang bila dilaser balik,Indo sepatutnya tak melatah la kan?Kaji dulu beb.
  • Aku rasa kebanyakkan surat khabar,rakyat,pemimpin,bla bla blah sana bangkitkan isu laser ni sebab dyeorang nak kaver malu dyeorang pasal terlalu mengangkat team dyeorang sebelum perlawanan.Terlampau yakin dan sombong bodoh sehingga semua mende tuh makan diri dey ol balek.Tuh yang dey ol taknak ngaku salah team sendiri,tapi rakyat Malaysia di babi kan.Vavi betol.!
  • Kononnya ada bukti gambar penonton Malaysia menembak laser,yang sah sah bukan menunjukkan ciri ciri penyokong Malaysia.Frankly,even Kelantanese pon tak pakai serban pi stadium masa tengok team bola dyeorang lawan.
  • TAK PATUT laser dijadikan isu sebagai pematah semangat Indonesia lawan Malaysia.Hello?!Adakah sangat parah bila dilaser oleh laser 20posen sehingga menyebabkan kemalangan jiwa?Takkan lah sebab laser tiba tiba kau rasa "Ouc,aku dilaser,sakit dan takdapat main dengan betul".Very wadehel.
  • Ketiga tiga gol yang dijaringkan Malaysia berlaku SELEPAS insiden melaser,bukan SEMASA golkeeper Indo dilaser.
see?itu golkeeper Malaysia
adakah rakyat Malaysia sudah habis dikacukkan dengan Arab Maghribi?


saat dilaser 4:06 dan keatas

Tak boleh ke biarkan saja team rakyat Malaysia menikmati kemenangan terunggul sebab jarang jarang kadang kadang je team kami boleh menang?Tak boleh ke biar kami perasan macam team kami tuh team Spain yang menang FIFA aritu?Perlu ke iri sedangkan korang dah menang 5-1 aritu.Amboi,baru kalah sket nak bising.Kami yang selalu kalah ni tak kecah pon dengan negara korang,kecah dalam negara je,tak main libat libat orang lain.Very immature.

Yang Malaysia pon,jangan cepat riak,baru 1st leg bro,2nd bakal mari...Kang buat team Indonesia pasang buluh runcing disana kang,tak ke naya.2nd leg disana,bukan disini.Hehehehehe.Apa apa pun,main secara sehat,jangan cepat melatah atas apa yang terjadi.Dan yang penting,kaji kesalahan diri sendiri,bukan kaji untuk mengambing hitamkan orang lain bagi menutup kesalahan diri.

hasil edit rakyat Indo sendiri.dyeorang meme kreatif.

Oke la,taknak kutuk tulis banyak banyak.Nanti kena hack dengan blogger Indonesia.Wuuuu ~~Takutnya takutnya...Renung renungkan dan selamat beramal! =) dan XOXOXOXO <-wadehel buat smiley face,siap kisses and hugs.!dem it!

lagi kredit di sini

Saturday, November 13, 2010

cicak for sale

Macammacam sekarang nih.Korang mesti perasan kan,yang sekarang ni berita paling hot bukan lagi jatuh kepada buah naga hot dipasaran,pokok gaharu menguntungkan,atau projek cacing yang boleh bawa untung beriban riban ringgit.Tapi sekarang ni semua orang (atau sesetengah orang yang amek kesah),sebuk cerita pasal cicak Tokek yang boleh ubati penyakit HIV dan boleh mencapai nilai jutaan ringgit.Bapok ganas cicak nih.!Hidup Tokek.!Tapi yang jadi persoalannya,betulkah?!


Cicak Tokek


Kalau terbuktilah secara perubatan,den kayo.!den kayo.!Sebab belakang umah aku belambas kot si Tokek nih..Dan kalau betullah berita tuh,cicak sedunia seharusnya gerun dan perlu bertindak dengan segera.Kalau akulah jadi cicak tuh,dah lama aku cabut,pergi antartika ke,berhibernasi kat sana..hehehehe..Sejak berita ni keluar,mengubah aktiviti pakcik pakcik yang selama ni duk melepak kat kedai kopi nge teh sambil bergosip pasal isu semasa.Meraka tidak lagi melepak kerana mencari si tokek malang ni..Naseb kau la Tokek..


mati den.!!(begitulah kata si Tokek)


Camne si Tokek ni boleh ubati penyakit HIV?Camni,si cicak Tokek ni lepas dah semakin membesar dan memberat sehingga 350 gram,ia akan setat keluarkan/hasilkan enzim yang boleh mengubati HIV/Aids,yang kita ketahui takde ubat yang boleh hilangkan penyakit nih.Dan bila si Tokek ni dah cecah berat 500gram,bolehlah dijual dengan harga RM 3 juta.. 3juta?! waddehek.?! Den kayo,den kayo..


memberi sinar baru kepada pesakit HIV/Aids

agak kalau besar ni berapa juta boleh dapat?


Kisah aku dan si Tokek;


Oke,actually,ni bukan kesah aku,tapi kesah adek aku.Kisah adek aku dan si Tokek ni diceritakan kembali oleh ibu aku.Ibu aku ade cerita yang adek aku,pernah terjumpa si Tokek ni,kat belakang umah aku.Tapi masa tu si Tokek ni belum popular lagi,so adek aku tak amek port la.Sebelah mata pun tak  pandang.Baru baru ni yang lepas keluar berita sal cicak mahal ni baru la adek aku terkejut beruk (beruk pon tak terkejut lebih dari dye).Yelah,mane taknya,kalau tau si Tokek tuh mahal,sah sah la adek aku simpan si Tokek tuh,bagi makan banyakbanyak lepastuh cepat gemuk.Den kayo.!den kayo.!Tapi nak buat camne,nasi dah jadi bubur.Try again next time keh.!


p/s:Sebelum ni kalau jumpa cicak kita lastik,tapi pasni memang cicak ditatang bagai minyak yang penuh la nampaknya..hehehe..(oke,cicak kat ceiling rumah tuh boleh terus dilastik ea.)

Tuesday, October 26, 2010

perginya seekor peramal bola sepak

Okay,kalau ade seseorang sebut PAUL,mesti orang akan cakap, "ouh,,Paul the octopus tu ye",,walhal seseorang tuh baru nak bergosip pasal Paul si bos atau Paul si jirannya..Oke,nvm..Yes,saya bukan nak citer pasal jiran/kawan/lecturer/bos yang bernama Paul,tapi pasal Paul the octopus..yes,octopus..Tipu la kalau kata tak kenal (padahal ramai je yang tak kenal,contoh mak aku,kalau tanya dye,confirm dye bantai cakap Paul tapir belakang umah kami)..


saat kegemilangan seekor Paul


Yeah,as stated above,"perginya seekor peramal bola sepak",aku nak bagitau kat sini yang Paul dah mam...eh,,mati...yeah,MATI ye kawankawan..erm,,dah ajal kan nak wat camne..Agaknya ni mesti sebab penyokong yang tak puas ati tuh letak racun dalam akuarium si sotong tuh,pastu sotong tuh sedut racun tuh,pastu sotong tuh pon K.O..(oke,ni rekaan saje)..

Actually aku sengaja tak sengaja pandang tv kat cc masa teman kawan aku,pastu ternampak la berita sal si Paul ni dah meninggal dunia..ish..ish..ish...Maka hilanglah seekor peramal yang berjaya dalam arena bola sepak..Takpetakpe,untuk World Cup akan datang aku bagi ayam aku plak ramal eah..haha.(chit,citer pasal kematian,mana bole ketawe,,pangpang->efek bunyi pelempang).

Tapi an,ape ea dyeorang wat kat bangkai si Paul tuh?Diawet ke pastu letak kat muzium?Bakar pastu buang abu kat laut ke?Atau tanam je ke,pastu wat kubu?..Kalau tanya aku la kan,,erm,bakar pon sodap,,pastu cicah air asam,makan dengan nasi...Takpun  buat masak lomak cili api,,perghh,meleleh...!Bak sini la Paul tuh,bagi kat aku..



Paul,u look delicious,nyummy.!Paulicious