Showing posts with label slot aku pandai masak. Show all posts
Showing posts with label slot aku pandai masak. Show all posts

Friday, December 17, 2010

kfc whipped potato wannabe

Wah..Excited nyer rasa bila nak cerita pasal makanan..Sampai dah rasa macam kat tekak dah mende tuh..nyum nyum.!Biasa la kalau da debab tuh semua benda pasal makanan mesti dah terbayang bayang,sampai meleleh saliva,yucks.!haha. Oke,trus kepada entri.fokus ain fokus ain.Bukan apa,ni aku nak story,aritu masa aku cuti balek rumah,si angah menggedik gedik mintak ibu buatkan whipped potato ala ala KFC.Gedik gila,sampai nak ala ala KFC.huh.!


Maka,pada sekian sekian hari,ibu pun bercadang la nak tunaikan harapan dan impian angah tuh.Si angah pon janji nak tolong ibu buat.Tapi last last hampeh keluar ngan kawan kawan dye,last last aku yang ingatkan nak lari dari tanggungjawab ni pun terpaksa la menolong.Dasar pemalas.!Nak nak disebabkan si baby asik mengendeng ngendeng kat ibu,jadi,ibu hanya beri arahan dan aku lah yang tukang menyukat,mengacau,mengupas,so on.


Sambil sambil tuh aku bermonolog dalaman marah pada si angah,sebab aku yakin dan pasti muka dye mesti aku terpacul saat kfc whipped potato wannabe tuh dah siap.Huh.!Biasalah,iri hati terhadap adik tak pernah hilang.muehehehe. Jahat punya statement. 


And buat punya buat punya buat,jadilah KFC WHIPPED POTATO WANNABE.Rasa nyer?Rasa nyer oke la,tak de la sejibik cam whipped potato KFC tuh.Alah,nama pon wannabe dan ini first time pun kami buat.haha.Lagipun,bukan ke KFC guna berbagai jenis rempah ratus rahsia,secret recipe punyer la ape la hingga menjilat jari la,eh,chop,tuh fried chicken dye la.Oke nvm..Janji aritu dapat makan my handmade (tangan sendiri buat) version whipped potato,oke,walaupun bukan 100% my handmade.


the gravy.nampak macam almost the same kan?
ini angah punya.

Ouh,lupa nak bagitau,kredit kepada blogger ini sebab kasi resepi cambest.Terima kasih awak.!

Wednesday, December 1, 2010

aku pandai masak part II

Oke.ini bukan kesinambungan daripada entri aku yang lepas,aku pandai masak.Bukannya tentang aku nak belebey pasal masak untuk laki kau,maid,bla bla bla.Ini pasal aku memang dah pandai masak.!!Yeayyy.!Belum abes lagi la.Pasal aku pandai masak/buat karipap.Haahahahhahaha.Cheh.!Tuh pun dibawah pantauan mem (maam) besar,siapa lagi kalau bukan chef Balkhis.

Sapa kata tak best masak?!Best la.Nak nak buat karipap tadi.Sape kata meng uli tuh memenatkan dan melecehkan.Oke,memang penat.Tapi best la,sambil uli tepung sampai jadi doh tu,kalau kau ada dendam kesumat terpendam dalam hati,masa ni la kau bole lepaskan.Masa uli tuh kau bayangkan manusia yang kau tengah marahkan tuh sebagai doh yang kau uli.So,time tuh la kau boleh tenyeh tenyeh,tumbuk tumbuk,tekan tekan,tengking tengking (kalau rasa perlu lah) kat 'manusia' tuh tadi.Selain daripada boleh lepaskan geram,tindakan menenyeh dengan kuat tuh boleh hasilkan doh yang mantop.

pelbagai bentuk dan saiz O.o

Oke,selesai dengan uli.Pas uli,steps yang seterusnya adalah masukkan inti dan kelepetkan atau bahasa baku kelimkan karipap kau supaya ia tak bocor dan inti bersepah time kau goreng.Well,part nak gelek doh dan acukan jadi bulat aku serah kepada mem besar.Aku cuma buat part kelepet karipap.Seronok kot.Kelepet kelepet.Kalau kelepet tuh cantik lagi seronok.hehe.Kelepet yang aku buat bolehlah tahan.mwehehehe.Tapi tak boleh celen (challenge) mem besar punya kelepet.hehehe..Biasalah old timer.

tangan saya tuh tengah kelepet karipap
aku kelepet
mem besar kelepet. beza kan.

Oke,lastly,time untuk goreng.!Sory,gambar goreng tak disertakan sebab tak sempat nak tunggu abes goreng,dah licin pinggan.Laku sungguh.!Kalau bukak gerai karipap pun laku..Cheh.!Angkat bakul sendiri.

aku pandai masak

Gila ke hape kau ni ain,entri nak puji diri sendiri.hahahaha.Ekceli,aku bukanlah pandai masak sangat,macam chef wan atau paling top macam ibu aku.Tapi bolehlah nak harap ke aku kalau setakat nak masak air,masak nasi,masak megi,rebus telur,goreng telur.hahahahha.Entah ape ape.Basic pun nak masuk kategori boleh diharapkan,kalau setakat tuh,budak darjah 5 pun tau.hehe.Yela,kalau dulu mungkin susah la nak masak/tanak nasi tuh,sebab dulu dulu masak pakai arang/kayu api gitu gitu lah.Pastu bukan boleh main letak pastu tinggal je,kena gak tengoktengok,takut kang kalau terlebih lama hangit,terkurang masak kang nasi mentah.Kita skang maen pakai periuk nasi karen,dah masak tutup  letrik,selesai.


cooking


Bila aku nak pandai masak nih.Aku benar benar maksudkan nih.Aku nak pandai masak.!!Gila,kalau nak pandai masak belajar la,tuh pun nak kecoh.Aku tau tuh yang terlintas dihati korang an.Tapi kalau malas camne?Tak bole ke kalau tak belajar masak pastu terus pandai masak.Another stupidol question.Jangan jawab dalam hati kalau meluat.Tuh hanya angan angan aku.


Oke.Terus kepada main point.Jangan melalut,nanti korang meluat nak baca yang selanjut (aku dapat rasakan yang ada orang cakap "dah meluat dah pun").Nvm.Sebenarnya,aku ada plan ni.Aku nak attend kelas memasak bila aku cuti sem 4.Kenafe sem 4?Sebab sem 4 aku cuti panjang,weepee.!Cheh,tanya and jawab sendiri.Kelas memasak celah mana tu?Kelas memasak kat rumah aku la,oleh chef Balkhis.Grand gile..hahaha.


masa kecik rajin la,da besau...


Oke.Yang tuh aku masuk dalam wish list aku la,merangkap azam tahun 2011.Harap harap azam tahun 2011 boleh tercapai memandangkan azam dulu dulu sebagai contoh nak berlakun dalam mana mana cerita Disney Movie,nak terbang dengan penyapu terbang macam HP,dan nak karoake depan peeps sekalian masa majlis hari guru TAK TERCAPAI.


Yelah,bagi aku walaupun terlalu awal nak fikirkan (terlalu awal bagi orang zaman sekarang) pasal kemahiran memasak ni,tapi kita kena la prepare awal awal dulu kan.Cuba bayangkan,betapa malunya sebagai seorang menantu pergi rumah mertua bila diajak ke dapur tak reti nak buat apa apa.Atau betapa malunya bila seorang suami yang ada bini (nama pun suami,bukan duda/bujang) tapi hari hari makan/tapau makanan luar.Bagi aku,walau se ranggi,se kaya,se besar mana pun pangkat,sebagai isteri,kene la bertanggungjawab prepare segala makan pakai keluarga kan.


Takkan la kau nak harap laki kau hire seorang pembantu rumah atau bibik atau apa apa je la yang kau panggil.Pastu dye la yang masakkan makanan untuk laki kau untuk anak kau.Perghhh.Habis?Baik pembantu rumah tu je jadi bini kepada laki kau,sebab dye yang laksanakan tugas sebagai seorang isteri,ibu.Yelah,kena faham gak pasal pembantu tuh,mungkin nak ringankan beban,nak nak yang bekerja,anak pulak ramai,nasib baikla perempuan boleh kawen satu je,kalau suami pun ramai,aku tak tau la.Yang kalau busy tahap gaban tuh,boleh la difahami.Ni kalau yang sesaja nak perabih duit laki suh upah pembantu sedangkan mampu buat sendiri segala kerja tuh memang melampau la.hahahha.Takpelah kalau kau dah kaya sangat, tapi takut terjadi 'sesuatu' kang.
dapat maid camni,memang bermadu la kau
kalau camni lagi parah,keje joget 24 jam.membazir je hire

Dah,sudah melalut.Aku memang selalu camtu.Oke,yang penting aku tetap nak belajar memasak dengan ibu aku.Sematkan dalam hati,jadikan satu tekad.Wuaahh,ayat nak vasssssss.Haaahahha.Sem 4,insyaallah. =)