Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Sunday, May 24, 2020

Ramadhan era Covid-19

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan habiskan Ramadhan tahun ni. Tak dinafikan, Ramadhan tahun ni lain sangat dengan yang sebelum-sebelum ni. Memang kemeriahan tu kurang berbanding tahun-tahun lalu. Semua dek kerana penangan Covid-19. Tapi bagi aku, Ramadhan kali ni lebih mantap & istimewa.


Ramai yang gelisah rindukan masjid ye tahun ni

Selepas lebih kurang 29 tahun hidup di bumi ni, tahun ni barulah aku dapat mengerti & rasa nikmat ibadah dalam bulan puasa dengan lebih mendalam. Pengisian bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna. Sebelum ni, setiap kali Ramadhan, aku lebih kejarkan hal-hal duniawi. Contohnya berbuka luar. Bila dah berbuka luar dengan member-member, selalunya confirm tak buat terawih, drag masa borak-borak lepas makan. Balik rumah, nak mengaji pun jadi malas pasal penat keluar.


"Aokmer jangan base babey sangat, duduk dumoh koi kabo!"

Bila tahun ni dah kena PKP/PKPB, nak keluar merata tanpa tujuan pun tak boleh, nak shopping pun rasa malas. Jadi tahun ni lebih difokuskan untuk beribadah. Aku rasa bukan aku sorang je yang alami benda ni, ramai lagi. Sebab bila hal-hal duniawi ditinggalkan, baru la pengisian Ramadhan tu tepat dengan tujuan asalnya. Ramadhan is indeed month of ibadah.

Aku harap ditahun seterusnya, aku masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat beribadah dalam bulan Ramadhan. Janganlah sampai Allah turunkan bala yang lain untuk menjentik hati ini lagi. Semoga kemanisan ibadah ni terus terpahat dalam hati kita semua.


"Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba" - Too Phat
 Dengarlah nasihat abang flizzow ni gaes


Semoga bertemu lagi kita ditahun yang lain, Ramadhan. Ma'asalama.

p.s: Malam ni malam raya yang paling sunyi tanpa keluarga disisi. Tapi nasib baik ada Cik Kah. 

Thursday, October 6, 2011

rotten apple

Assalamualaikum w.b.t.


Steve Jobs (1955 - 2011)






rotten Apple without Steve Jobs.



Monday, August 15, 2011

kesian

Assalamualaikum w.b.t.


Semakin aku blogging, semakin hilang tujuan asal aku buka akaun blogger. Aku tak pernah impi nak jadi blogger popular apatah lagi celebrity blogger. Aku tak pernah mimpi nak kumpul followers mencecah angka ++k. Aku cuma nak kongsi segala mende yang ada dalam kefala utak aku kedalam medium yang sepatutnya. Tapi semakin lama aku blogging, semakin cetek akal nak menulis. 


Jadi sebagai konklusi, aku kena minum banyak Dumex supaya sel sel otak bergabung. pfffttt.


p/s:selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan yang tinggal separuh je lagi. Selamat berjuang semua!!

Maaf

Assalamualaikum w.b.t.


Maaf, banyak lab report, banyak assignment, banyak kerja untuk final project, banyak test, banyak kuiz, dan yang paling penting, sikit idea untuk entri. Maaf.

Tuesday, February 15, 2011

Segmen khas: Saya Nak Kenal Awak

Assalamualaikum w.b.t. Kali ni aku join segmen yang ditaja khas oleh Kamaliah @ Aliah si budak kurus . Segmen ni berkisarkan tentang si budak kurus tuh nak berkenalan dengan lebih intim. Walaupun aku dah berkenalan dengan dye siap dah set nak belanja kat warung Pak Munawer, aku tetap nak join segmen ni demi menyokong hasrat murni beliau dan membina titian persahabatan diantara saya, budak gemuk dan kamaliah, budak kurus.


Well, sepanjang masa yang tak seberapa panjang aku blogging, aku tak pernah nak join mana mana kontes atau segmen yang dianjurkan oleh mana mana blogger. Kay, ko bace ni mesti terharu kan. Hahahahha. Okey, back to bussiness, aku nak mulakan pengenalan pasal diri aku. Are you ready kids?


Nama samaran. Hurm, nama samaran aku tak seberapa samar, iaitu Ain. Itu yang biasa biasa orang panggil. Kalau kat rumah, nama samaran aku Kaklong. Kalau masa kecik dulu abah aku ade bagi nama manja kat aku; antinakapahantina.... uih,sangat panjang dan macam nama orang Siam dah aku rasa. Nasib baik sekarang nama tuh dah tak lekat. Cuba bayangkan, time aku graduate nanti, abah aku jerit panggil "antinakapahantina!!". Urghhh, nightmare. Oke, kalau dikalangan teman teman rapat, dyeorang lagi suka panggil aku yon, atau ion. Spesel kan nama yang ditubuhkan khas untuk aku.


Asal mana. Urmm, soalan rumit ni, aku asal dari London, pastu pindah Capetown dalam masa setahun gitu, pastu pindah pulak kat Brisbane pastu abah dapat tawaran kat NYC, last sekali baru pindah Malaysia. Hahahaha. Oke, tipu, aku menumpang spital Segamat, Johor, tapi mostly hidup aku tertumpu di Pahang. Dulu masa aku kecik, aku tinggal kat Kuantan, pastu abah aku dapat kerja kat Mentakab, pastu abah dapat tawaran kerja lagi yang menyebabkan aku end up tinggal kat Keratong. Dan mungkin memang jodoh aku dengan Pahang, aku sambung belajar pun di Kuantan, Pahang. Jadi aku boleh dikategorikan sebagai anak jati Pahang la kan?


Hobi. Hobbies aku buat masa sekarang ni adalah facebooking dan blogging. Aku adalah heavy facebooker, oke bukan maksudnya aku berat, ohh, baiklah aku memang berat, tapi lebih kepada aku memang addict kepada FB. Blogging plak adalah hobi latest aku, memandangkan aku suka menulis, jadi aku suka blogging. Selain itu blogging membantu aku mengurangkan menulis status FB dengan panjangnya sampai tak cukup space untuk meluahkan perasaan, oke, mungkin sekarang masih buat. Tapi dah kurang sket oke! Ouh, hobi aku sejak azali adalah makan. Aku suka makan, dan aku bermimpi pasal makanan. Arghh, heaven.


Sejak bila berblogging. Aku setat berblogging tahun lepas. Iaitu pada 20 Ogos 2010. Blogger first yang aku adore adalah Hanis Zalikha u'olls! Masa tuh Hanis Zalikha tak keluar Metro lagi. Dan dye la antara sebab aku setat blogging. Amacam? Terharu tak Hanis Zalikha? Oke la,kalau dye baca ni mesti dye terharu kan? 


Entri best. Hurm, soalan yang agak sukar, bukan sebab aku banyak entri best, sebab tak banyak yang cambest. Okela, entri yang bolehhh la setakat nak buat bedtime story korang adalah entri isu tudung yang hot and spicy. Entri ni terhasil apabila aku tiba tiba rasa jengkel dengan orang yang berkerja keras troll perempuan bertudung.


Peristiwa tak dapat dilupakan. Banyak. Tak terkata. Sebab bagi aku hari hari ada peristiwa yang tak dapat dilupakan. Herm, yeke? Contohnya ari selasa  peristiwa crush minta tolong ambil sos cili yang ada kat meja korang, ari rabu peristiwa korang jatuh tangga library, ari khamis peristiwa korang kantoi meniru masa kuiz, dan sebagainya. Itu contoh. Jadi, bagi aku, peristiwa tak dapat dilupakan banyak sebab semua menda yang kita anggap penting mungkin tak dapat dilupakan dan kalau aku listkan pon nanti termuntah darah korang membacanya.


Tiga rakan bertuah yang aku tagged;