Tuesday, February 15, 2011

Segmen khas: Saya Nak Kenal Awak

Assalamualaikum w.b.t. Kali ni aku join segmen yang ditaja khas oleh Kamaliah @ Aliah si budak kurus . Segmen ni berkisarkan tentang si budak kurus tuh nak berkenalan dengan lebih intim. Walaupun aku dah berkenalan dengan dye siap dah set nak belanja kat warung Pak Munawer, aku tetap nak join segmen ni demi menyokong hasrat murni beliau dan membina titian persahabatan diantara saya, budak gemuk dan kamaliah, budak kurus.


Well, sepanjang masa yang tak seberapa panjang aku blogging, aku tak pernah nak join mana mana kontes atau segmen yang dianjurkan oleh mana mana blogger. Kay, ko bace ni mesti terharu kan. Hahahahha. Okey, back to bussiness, aku nak mulakan pengenalan pasal diri aku. Are you ready kids?


Nama samaran. Hurm, nama samaran aku tak seberapa samar, iaitu Ain. Itu yang biasa biasa orang panggil. Kalau kat rumah, nama samaran aku Kaklong. Kalau masa kecik dulu abah aku ade bagi nama manja kat aku; antinakapahantina.... uih,sangat panjang dan macam nama orang Siam dah aku rasa. Nasib baik sekarang nama tuh dah tak lekat. Cuba bayangkan, time aku graduate nanti, abah aku jerit panggil "antinakapahantina!!". Urghhh, nightmare. Oke, kalau dikalangan teman teman rapat, dyeorang lagi suka panggil aku yon, atau ion. Spesel kan nama yang ditubuhkan khas untuk aku.


Asal mana. Urmm, soalan rumit ni, aku asal dari London, pastu pindah Capetown dalam masa setahun gitu, pastu pindah pulak kat Brisbane pastu abah dapat tawaran kat NYC, last sekali baru pindah Malaysia. Hahahaha. Oke, tipu, aku menumpang spital Segamat, Johor, tapi mostly hidup aku tertumpu di Pahang. Dulu masa aku kecik, aku tinggal kat Kuantan, pastu abah aku dapat kerja kat Mentakab, pastu abah dapat tawaran kerja lagi yang menyebabkan aku end up tinggal kat Keratong. Dan mungkin memang jodoh aku dengan Pahang, aku sambung belajar pun di Kuantan, Pahang. Jadi aku boleh dikategorikan sebagai anak jati Pahang la kan?


Hobi. Hobbies aku buat masa sekarang ni adalah facebooking dan blogging. Aku adalah heavy facebooker, oke bukan maksudnya aku berat, ohh, baiklah aku memang berat, tapi lebih kepada aku memang addict kepada FB. Blogging plak adalah hobi latest aku, memandangkan aku suka menulis, jadi aku suka blogging. Selain itu blogging membantu aku mengurangkan menulis status FB dengan panjangnya sampai tak cukup space untuk meluahkan perasaan, oke, mungkin sekarang masih buat. Tapi dah kurang sket oke! Ouh, hobi aku sejak azali adalah makan. Aku suka makan, dan aku bermimpi pasal makanan. Arghh, heaven.


Sejak bila berblogging. Aku setat berblogging tahun lepas. Iaitu pada 20 Ogos 2010. Blogger first yang aku adore adalah Hanis Zalikha u'olls! Masa tuh Hanis Zalikha tak keluar Metro lagi. Dan dye la antara sebab aku setat blogging. Amacam? Terharu tak Hanis Zalikha? Oke la,kalau dye baca ni mesti dye terharu kan? 


Entri best. Hurm, soalan yang agak sukar, bukan sebab aku banyak entri best, sebab tak banyak yang cambest. Okela, entri yang bolehhh la setakat nak buat bedtime story korang adalah entri isu tudung yang hot and spicy. Entri ni terhasil apabila aku tiba tiba rasa jengkel dengan orang yang berkerja keras troll perempuan bertudung.


Peristiwa tak dapat dilupakan. Banyak. Tak terkata. Sebab bagi aku hari hari ada peristiwa yang tak dapat dilupakan. Herm, yeke? Contohnya ari selasa  peristiwa crush minta tolong ambil sos cili yang ada kat meja korang, ari rabu peristiwa korang jatuh tangga library, ari khamis peristiwa korang kantoi meniru masa kuiz, dan sebagainya. Itu contoh. Jadi, bagi aku, peristiwa tak dapat dilupakan banyak sebab semua menda yang kita anggap penting mungkin tak dapat dilupakan dan kalau aku listkan pon nanti termuntah darah korang membacanya.


Tiga rakan bertuah yang aku tagged;



No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: