Tuesday, August 25, 2020

Ohaiyou Nippon: Kansai Trip

Assalamualaikum w.b.t.

Mina-sannn, ogenki-desu ka? (translate: Ape kabo aokmer wehh) 


Trip ke Kansai, Jepun ni sebenarnya dah lama dah, tahun 2017 dulu. So, aku cerita pengalaman kat sana berdasarkan apa yang aku mampu recall je la yek. Aku ke sana bertiga; dengan adik aku, Epa dan Bee, classmate zaman sekolah.

Trip gegadis

Okay, sebelum tu, kita introduce dulu pasal Kansai region yek. Jepun ni terdiri daripada beberapa buah kepulauan, dan setiap pulau ni terbahagi kepada beberapa region, antaranya; Kyushu, Kanto, Chubu, Chugoku, Tohoku, Hokkaido, dan of course la Kansai! Dan dalam Kansai region ni terdapat beberapa buah bandar iaitu Kyoto, Osaka, Nara, Hyogo, Shiga, Mie, dan Wakayama. Dengan waktu yang terhad, kami sempat pergi main cities je, iaitu Kyoto, Osaka dan Nara. Tu pun tak semua attractions boleh cover tau dalam masa 7 hari tu.

Japan's Regions and Prefectures | Lovely Japan

Trip ke Jepun ni antara yang teristimewa bagi aku. Sebab for most part, aku yang plan untuk trip kami. Yelah, masa tu aku penganggur berjaya, so banyak la masa terluang. Epa busy dengan kuliah, Bee pulak bekerja. Pening jugak lah planning untuk itinerary trip ni. Hahaha. Nasib baik join group travel Jepun kat FB. Situlah tempat rujukan untuk itinerary aku. Alhamdulillah, sifu-sifu dalam tu banyak membantu. Arigato senpai!

Kami ke sana pertengahan bulan Oktober dan stay selama 7 hari 6 malam. Masa tu baru nak masuk musim autumn. Disebabkan YAKIN permulaan autumn tak sejuk (info dari google suhu 25°C), maka tak prepare la baju tebal. Tiba hari kami nak fly, dapat berita Jepun dilanda typhoon; suhu jadi drop sampai 16°C kau! Gelabah pak karim! Nasib baik aku ada beli 3 helai baju sejuk bundle. Sebab planning mula-mula nak pergi time winter, jadi dah beli siap la awal-awal. Jadinya kami bertiga rotate la pakai baju sejuk yang sama. Asal boleh je!



Kami bergerak kat sana mostly by train dan pakai kaki. Untuk train kami decide untuk beli day-pass. Day-pass (JR company) beli siap-siap kat Malaysia, order dengan travel agency; harga RM200/person. Untuk pass ni memang takde choice, kena beli kat Malaysia jugak. Lepas beli, agency tu pos surat (Exchange Order) untuk ditukar sebagai ticket once dah sampai Jepun. Dengan day-pass tu, kami boleh naik JR train/bus ke mana saja (area Kansai) dalam tempoh 3 hari. Untuk route yang JR tak cover, kami guna train dari company lain. Yang ni beli tiket kat sana je.


Ni la exchange order form untuk ditukar kepada ticket

Menkala untuk penginapan, kami cari guna Airbnb. Kami pilih homestay sebab senang nak masak, dan of course lagi murah berbanding hotel. Harga homestay sana semestinya berangan la nak dapat cam kat Malaysia. Rumah kecik namampos tapi mahalnya berganda baq ang! Kami guna Airbnb untuk kedua-dua lokasi utama kami; Kyoto dan Osaka. Bila difikirkan, aku rasa membazir stay kat Kyoto. Sepatutnya just stay kat Osaka je, sebab kalau nak diikutkan homestay kat Osaka lagi murah dan banyak pilihan berbanding Kyoto. Lesson learnt.

Instructions untuk ke rumah di Kyoto. Sesat jugaklah nak sampai kesana tu.

Depan homestay di Kyoto

Apartment kat Osaka. Dekat dengan Ebisucho station

Untuk budget pulak, setelah dikira-kira, tambah tolak, kami spent untuk trip Jepun ni lebih kurang RM 5k. Well, whattaya expect meng? Jepun memang negara yang serba mahal, ditambah pulak time tu currency kita jatuh teruk, JADINYA rabak jugak la. Tu pun kami dah berhabis jimat dengan masak sendiri. Mungkin ada lagi cara untuk kurangkan total perbelanjaan tu. Tapi what's the point of travelling kalau semua benda pun nak cut cost, yedak? Berpada-padalah mengikut kemampuan, asalkan boleh enjoy the moment. Kan?





Okaylah. InsyaAllah panjang umur, takde aral, dan diberi kerajinan, aku sambung untuk part jalan-jalan dalam posting lain. Tak larat nak baca kalau muatkan dalam satu posting ni. Sebab setiap tempat best, jadi kena cerita secara detail. Manalah tau ada yang berminat nak pergi ke Jepun pasca-covid19 nanti, bolehlah dapat idea kan? Hihihihi. Doakan aku terus rajin menulis. 

p.s: Kalau Mia Adriana mampu untuk buat Khuzairi jatuh cinta pada dia semula dalam masa 7 hari, Jepun pulak mampu buat aku jatuh cinta padanya pada hari 1st aku kat sana. Acenggitue! KihKihKih!