Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan habiskan Ramadhan tahun ni. Tak dinafikan, Ramadhan tahun ni lain sangat dengan yang sebelum-sebelum ni. Memang kemeriahan tu kurang berbanding tahun-tahun lalu. Semua dek kerana penangan Covid-19. Tapi bagi aku, Ramadhan kali ni lebih mantap & istimewa.
Ramai yang gelisah rindukan masjid ye tahun ni
Selepas lebih kurang 29 tahun hidup di bumi ni, tahun ni barulah aku dapat mengerti & rasa nikmat ibadah dalam bulan puasa dengan lebih mendalam. Pengisian bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna. Sebelum ni, setiap kali Ramadhan, aku lebih kejarkan hal-hal duniawi. Contohnya berbuka luar. Bila dah berbuka luar dengan member-member, selalunya confirm tak buat terawih, drag masa borak-borak lepas makan. Balik rumah, nak mengaji pun jadi malas pasal penat keluar.
"Aokmer jangan base babey sangat, duduk dumoh koi kabo!"
Bila tahun ni dah kena PKP/PKPB, nak keluar merata tanpa tujuan pun tak boleh, nak shopping pun rasa malas. Jadi tahun ni lebih difokuskan untuk beribadah. Aku rasa bukan aku sorang je yang alami benda ni, ramai lagi. Sebab bila hal-hal duniawi ditinggalkan, baru la pengisian Ramadhan tu tepat dengan tujuan asalnya. Ramadhan is indeed month of ibadah.
Aku harap ditahun seterusnya, aku masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat beribadah dalam bulan Ramadhan. Janganlah sampai Allah turunkan bala yang lain untuk menjentik hati ini lagi. Semoga kemanisan ibadah ni terus terpahat dalam hati kita semua.
"Harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba" - Too Phat
Dengarlah nasihat abang flizzow ni gaes
p.s: Malam ni malam raya yang paling sunyi tanpa keluarga disisi. Tapi nasib baik ada Cik Kah.
No comments:
Post a Comment
Jemput Komen: