Sunday, May 31, 2020

Umrah Journey: The City of Taif / Kota Taif

Assalamualaikum w.b.t.

Harini rasa rajin sikit nak bercerita tentang pengalaman aku ke Kota Taif masa umrah January-February lepas. Untuk umrah ni, kami sekeluarga amek pakej under Tiram Travel. Trip ke Taif selalunya tak termasuk dalam pakej basic umrah. Jadi untuk jemaah yang berminat nak ke Taif, boleh join trip tambahan dengan bayaran lebih kurang RM 100 sekepala. Bab bayaran ni boleh jadi vary mengikut kepada travel agencies ye. Bagi aku, sesiapa yang ada duit dan kudrat lebih tu, disarankan untuk join trip tambahan ni. InsyaAllah berbaloi, sebab bukan senang-senang nak sampai ke bumi Haramain ni, melainkan Allah jemput sebagai tetamuNya. So please grab every opportunities, jangan malas-malas!

Taif ni adalah sebuah kota kecik yang jaraknya lebih kurang 90 Km dari Makkah dan memakan masa approximately sejam untuk sampai kesana. On the way ke sana, mutawwif dah pesan siap-siap kat driver van kami yang berbangsa Pakistan; jangan drive serupa pelesit kalau taknak kena report dengan company. Aku rasa kalau drive style dia, boleh jadi kurang sejam dah sampai Taif.

Di sepanjang perjalanan ke Kota Taif, kita akan dihidangkan panorama bukit-bukau ye. Ni time singgah miqat di Masjid Qarnul Manazil
Bagi aku, Taif ni kalau kita nak samakan dengan tempat kat dalam Malaysia ni, aku boleh katakan dia lebih kurang macam Cameron Highland atau Genting Highland la kot, based on landscape dan cuacanya. Disebabkan cuaca di Taif yang sentiasa sejuk, orang-orang kaya kat Makkah dan sekitarnya selalu jadikan Taif ni sebagai rumah kedua diaorang time musim panas. So kalau pergi time musim sejuk macam aku aritu, korang jangan heran kalau nampak rumah-rumah besar tak berpenghuni dan mini theme park yang tak beroperasi sepanjang perjalanan ke Kota Taif tu.

Dari segi sirah Nabi, Taif ni adalah sebuah kota yang menyaksikan betapa besar pengorbanan dan jiwa Rasul kesayangan kita ni. Rasulullah (bersama Zaid) datang ke Taif dalam waktu baginda berduka atas kematian dua insan kesayangannya, Khadijah dan Abu Talib dan ketika penduduk Makkah mula menentang Rasullullah. Niat baginda untuk berdakwah kepada penduduk Taif disambut dengan hinaan dan ejekan. Tak cukup dengan tu, baginda turut disakiti. 

Sedang Rasul berdoa mengadu pada Allah tentang dugaan yang dia hadapi, datang malaikat Jibrail offer nak hempap kota Taif dengan dua gunung. Tapi Rasul tak kasi, instead, baginda berdoa supaya Allah turunkan rahmat dan hidayah kepada penduduk Taif. Berkat doa baginda, penduduk Taif sampai sekarang majoriti Muslim yang beriman kepadanya. Mulianya Rasulullah, langsung tak berdendamKalaulah kita diperlakukan hal yang sama, dan diberi mukjizat macam Rasulullah, kemungkinan besar dah hancur Kota Taif ni, langsung terkubur dalam sejarah macam Kota Sodom. 

Okay, back to the main topic, trip Taif kami dimulakan dengan lawatan ke kilang proses bunga rose. Kat sini pelbagai jenis produk berasaskan rose korang boleh dapat. Mula-mula sampai pun kami disambut dengan secangkir teh rose, wangi sangat teh ni! Lepastu adalah dia promote wangian berasaskan rose; sabun, losyen, perfume, etc. Seriously wangi sangat, dan harga takdelah mahal mana, mampu milik.

Pekena teh rose free sambil dikelilingi bauan rose, peghh. Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?
Selepas kilang rose, kami bergerak ke Kota Taif yang comel dan kecik. Dalam bandar ni kami melawat deretan rumah dan kedai sekitarnya. Ada jugak tourist guide kami tunjukkan dua buah rumah tinggalan zaman Rasulullah. Yang bestnya, sepanjang kami berjalan sekitar bandar tu, bauan enak pastry memenuhi ruang hidung kami, umm dap! Apa yang aku perasan, kebanyakkan kedai kat situ jual madu lebah. Tak sempat pulak nak tanya, kalau-kalau madu tu salah satu produk utama kat situ.

Rumah lama yang diubahsuai jadi cafe hipster
Lepas santap nasi Arab dan Kunafa, kami dibawa ke gerai-gerai yang menjual buah-buahan tempatan Taif. Macam-macam jenis buah ada kat sana; ceri, delima, mangga, strawberry, eh macam-macam la. Selain tu ada jual jugak teh, jus delima dan jagung bakar. Jagung bakar dia lain tau dari Malaysia, dia bakar hardcore style okay, campak terus setongkol jagung tu dalam bara api. Hahaha. Cerita pasal jagung ni, mutawwif kami bagitau yang orang kat situ beli jagung bukan untuk makan sendiri, tapi untuk diberi makan pada baboon yang duduk kat bukit-bukit sepanjang jalan di Taif ni. Sahih tak sahih, wallahualam.


Kunafa tu makan panas-panas, Khuzairi lalu belakang pun aku tak heran okay. Hahaha
Gerai buah-buahan kat Taif
Selesai lawatan di gerai buah-buahan, maka berakhirlah trip Taif kami. Alhamdulillah, aku bersyukur diberi kesempatan melawat Kota Taif ni. Lepas trip tu, aku dapat mendalami pengorbanan Rasulullah dalam menyebarkan Islam. Dan salah satu sikap baginda yang patut kita contohi adalah SABAR. Sebab dalam kesabaran itu ada kemanisan. Maka kalau kita berjaya conquer masalah kita dengan sabar, insyaAllah, Allah akan kurniakan kebaikan selepas tu.

p.s: Teringat pulak anak Syeikh tour guide kami kat Taif aritu. Hensem baq ang! Eh? Haha.

No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: