Assalamualaikum w.b.t.
Semangat nak cerita bab shopping kat Makkah ni. Ye la, nak ke sana bukannya macam dari KL ke Kuantan, 3 jam naik kereta tempuh 4 tol. Dan kalau ada banyak duit sekalipun, tapi Allah belum bukakan jalan untuk ke sana pun tak jadi jugak. So, haruslah shopping barang-barang dari bumi Haramain ni untuk dijadikan kenang-kenangan dan sebagai tanda ingatan buat keluarga serta rakan-rakan.
Kita citer pasal currency kat sana dulu. Makkah al-Mukarramah ni terletak didalam Arab Saudi, jadi kat sana dia pakai matawang Saudi Riyal (SR). Time aku gi aritu beza matawang SR dengan RM takde la besar sangat jurangnya. RM 1 = SR 0.9 camtu. Jadi takyah la pening nak convert, hitung tolak tambah rugi untung. Setakat berapa sen tu buat-buat pejam mata je la yek. Kuikuikui.
Shopping kat Makkah ni takyah keluar jauh dari Al-Haram, sebab tempat shopping ada dimana-mana. Keluar je dari Masjidil Haram melalui King Abdul Aziz Gate, jalan depan sikit lebih kurang 200 meter, dah jumpa shopping mall. Kalau tak kenal gate, cari landmark paling femes dan senang nampak kat situ; Makkah Royal Clock Tower (menara jam). Keluar pintu ikut arah menara jam tu. Sekitar menara jam tu bersepah mall. Pilih je nak masuk yang mana satu. Aku dulu stay kat hotel dalam Al Safwah tower, betul-betul depan Al-Haram. Yang untungnya, dalam Al Safwah tower ni dah siap ada mall sekali. Turun je tingkat bawah, dah jumpa mall. Senang.
|
Belakang tu menara jam. Cantikkan? Bangunan biru tu Al Safwah tower |
Jangan salah sangka pulak, mall kat sana setakat dua tiga buah yang aku masuk takde la jual high-end brands. Kebanyakknnya kedai-kedai menjual pakaian marhaen, souvenir, kurma, dan perfume & oud. Beli baju dalam mall pun boleh siap tawar-menawar lagi hokay! Kalau nak suasana yang meriah, bolehlah lajak ke kedai disepanjang jalan menuju ke kawasan hotel-hotel kecik. Tapi kalau nak dibandingkan, harga barangan dalam mall dengan dekat street tak banyak beza pun sebenarnya. Ikut la pada kesesuaian dan keselesaan korang yek.
|
Dataran Al-Haram. Sebelah kanan tu bangunan-bangunan mall, hotel dan kedai. |
|
Jalan menuju hotel low cost |
|
Selain kedai, sepanjang jalan tu korang boleh jumpa penjual kaki lima ni. Harga memang murah, tapi hati-hati beli kat situ. Kalau kena time polis serbu; samada korang hilang duit atau dapat barang free. Sebab diaorang lari kalah Usain Bolt time tu |
|
Ramai jugak peminta sedekah warga Afrika. Kat sini jangan pelik pulak kalau jumpa wheelchair wakaf, diaorang main rembat je |
|
Macam-macam adaa~ |
Pasal harga barang kat sana, jangan risau, boleh kawtim kaw kaw! Dan kebanyakkan peniaga kat sana boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Dalam sesi tawar-menawar, for starting korang letak harga paling rendah dulu. Tapi jangan la sampai tak masuk akal, nanti dicop bakhil pulak. Diaorang ni jenis cakap lepas, kalau tak puas hati habis di BAKHILnya engko nanti hahaha. "Hajjah/hajj, bakhil!".
|
"Malaysia bagus!". Ayat tu la korang dapat kalau sarung beg ada bendera Malaysia |
Tapi kalau tak jalan, korang resolve dengan letak harga ditengah-tengah. Normally dia akan accept harga tengah-tengah tu (win-win situation).
|
Lepas penat tawar-menawar, rehat dulu. Tengok dan bagi makan kat merpati |
Antara barang yang aku rasa berbaloi dan dicadangkan untuk dibeli kat sana, tak kisah la untuk kegunaan sendiri maupun sebagai souvenir; *drum roll*
- Sejadah (serendah SR 5; ikut saiz, corak dan material)
- Jubah/Abaya (paling murah pernah tengok SR 25, kalau kat Malaysia mana nak dapat Jenab oiii!)
- Beg/purse (paling cikai boleh dapat SR 2)
- Inai (Kebiasaannya SR 12 sekotak, harga paling murah aku dapat SR 10 sekotak)
- Wangian (yang ni ikut saiz botol dan kepekatan. Aku beli aritu perfume Raudhah harganya SR 10 sebotol mini size)
- Kayu sugi/miswak (bagi yang nak menghidupkan sunnah, bagus ni. Selalunya dijual seikat dalam SR 5 camtu)
- Accessories (aku aritu beli gelang biji-biji, harganya SR 1 seutas)
|
A treat for myself. Purse ni SR 8 je. Cantik! |
Walaupun korang berada dalam tanah haram, still kena berhati-hati tau! Jangan yakin sangat jalan sorang-sorang macam kat Malaysia. Aku sendiri pernah kena time tengah shopping kat satu kedai Pakistan ni. Tengah syok pilih-pilih gelang, datang sorang mamat jaga kedai tu. "You belilah ini, cantik" sambil tersengih dia capai tangan aku dan pakaikan gelang tu. Tangkas pergerakan dia. "Dasar bajingan main usik je!" tapi getus dalam hati je la. Aku cepat-cepat tarik tangan dan sekadar berbasa-basi aku jawab "Okay, I tengok dulu". Padahal time tu aku bukan sorang-sorang, dengan mahram kut. Cuma dia lepak luar kedai la time tu.
|
Jarang nak nampak muka melayu area ni. Didominasi Bangladeshi, Pakistani dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang ada la nampak few indonesian. Taktau la melayu suka shopping mana haha. Btw sini pun banyak kedai 2 Riyal hokay |
|
Ada bran jalan sorang-sorang? |
|
The infamous ice cream Makkah! Ada banyak perisa. Harus cuba |
|
Tengah berjalan, terjumpa Hotel Tabung Haji. Jauh jugak jaraknya ke Masjidil Haram. Terbayang penatnya la jemaah Malaysia yang tua/sakit berulang-alik |
Okaylah, kalau nak khatamkan bab shopping ni maunya takkan habis hahaha. So kita berenti takat sini je la ye. Oh ye, ni baru shopping kat Makkah tau. Belum masuk Madinah lagi. Haa, insyaAllah kalau diizinkan aku cerita pulak dalam bab kedua; Madinah Shopping! Hakikatnya, perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan kuikuikui. Yela, shopping ni selingan sambil beribadah, nak-nak lepas penat ditolak-tolak time tawaf peak hour dan berlari-lari anak masa saie. We need to release our tension, right ladies? Okaylah, till next time. Ma'asalama ;)
p.s: Teringat pulak terjengket-jengket kaki time shopping kat area kedai yang ramai Bangladeshi. Ludahannya masyaAllah! Haha
No comments:
Post a Comment
Jemput Komen: