Sunday, June 7, 2020

Umrah Journey: Subuh Sebelum Raudhah

Assalamualaikum w.b.t.

Tiba-tiba teringat satu kejadian di Masjid Nabawi. Satu kejadian yang selamanya akan terpahat dalam ingatan aku. Walaupun cerita ni bukan tentang kisah ajaib dan boleh dianggap sekadar cerita picisan, tapi cerita ni memberi kesan bagi aku. Cerita tentang pertemuan.

Kubah hijau penanda aras Raudhah

Kira-kira malam ketiga kami di Madinah, adik ipar aku, Yana ada ajak aku dan ibu menziarah Raudhah selepas solat subuh. Oh ye, waktu untuk masuk ke dalam Raudhah bagi para Hajjah terhad tau. Pintu ke Raudhah untuk kaum wanita masuk hanya dibuka selepas subuh hingga sebelum dhuha; seusai zohor hingga sebelum asar; dan sesudah isyak hingga ke tengah malam. Waktu lain tak dibenarkan masuk.

Utamakan Keperluan Diri Sebelum Melangkah ke Tanah Suci - Semasa ...
Pintu masuk ke ruangan solat dalam Masjid Nabawi

Yana ada mengajak kami untuk stay awal sebelum masuk subuh di Masjid Nabawi, supaya nanti dapat cop tempat di ruang solat Pintu 25. Ruangan solat wanita Pintu 25 memang cepat penuh, sebab nilah satu-satunya pintu untuk masuk ke Raudhah bagi para Hajjah. Plan memang nak ikut Yana, tapi malam tu ibu tak berapa sihat. Dan sebagai bodyguard tak rasmi ibu, maka tak dapatlah nak ikut Yana merasa "bermalam" disana.

Kami geng gigih hihihi

Dalam dekat jam 5 pagi aku tersedar; check phone ada mesej dari Yana masuk. Aku baca mesej yang di send pukul 3 pagi tu. "Kaklong yana kat masjid Pintu 24, kalau nak pergi Raudhah lepas subuh dia buka untuk perempuan". Rupanya Yana dah standby kat sana dari jam 2 pagi lagi. Kuat betul semangat adik aku yang sorang ni! Lepas dapat mesej dari Yana, terus aku kejut ibu dan kami siap-siap untuk ke masjid. 

Mesej lain masuk, pesanan dari Yana supaya kami segera kesana, ruang dah makin penuh dengan jemaah. Orang putih kata chances are slim. Dalam hati dah redha; takpelah kalau takde rezeki, kami solat kat luar je, masuk Raudhah lambat sikit pun takpe, asalkan dapat masuk. Tiba-tiba Yana mesej bagitau dia mintak tolong sorang jemaah ni save kan tempat untuk kami. Alhamdulillah, masih ada peluang.

"Nak cari Yana pun satu hal jugak ni bu". Phone kami dua-dua takde line internet. Jadi kami tawakkal saje la. Last mesej dari Yana suruh masuk Pintu 25, belok kiri. Kami bertindak mengikut arahan. Mata melilau sambil dalam hati mintak dipermudahkan berjumpa Yana. Alhamdulillah, jumpa Yana! Nasib baik la adik ipar aku ni lain sikit patternnya, senang nak dicam

Yana tepuk belakang sosok badan wanita tua berusia lingkungan 60-70an. Segera dia ketepi buka ruang untuk kami. Aku mula-mula was-was, muat ke untuk kami berdua kat situ. Alhamdulillah sekali lagi, selepas adjust kanan kiri muat la ruang reserve tu untuk kami dua beranak. Duduklah aku disebelah mbak dari Indonesia, dan ibu disebelah gadis Africa. 

Mbak (telekung putih) jagakan tempat. Gambar courtesy to Yana


"Hajjah, khuruj! Khuruj!" terdengar lantang suara petugas wanita Arab. Nasib baik tadi kami sempat masuk, tak kena halau. Kalau dengar diaorang sebut khuruj (keluar) tu maksudnya ruang solat dah penuh. Sambil menunggu masuk waktu solat subuh, aku berborak dengan mbak dengan berbekalkan tatabahasa Indonesia aku yang limited edition, hasil pembelajaran dari sinetron tayangan TV3 jam 2, 10 tahun yang lalu. 

"Mbak, makasih ya udah tinggal ruang buat kami". sambil aku memeluk bahunya. Aku bukan sekadar berbasa-basi. Memang aku bersyukur sebab mbak sudi jaga tempat untuk kitaorang. Boleh je mbak tu refuse untuk simpankan, yela, kita tak kenal, dan ramai jenis suka-suka menyelit dan menghimpit, asalkan boleh masuk saf. Tapi mbak tetap bersungguh jaga space untuk kami.

"Sama-sama", mbak senyum. Banyak kami borakkan. Mbak bagitau itu kali keenam dia ke Tanah haram. Last time tahun 2017 dia bawak satu family, termasuk cewek anak lelakinya (sekarang dah jadi menantu). Bukan besher-besher mbak ni siap boleh tanggung kos umrah cewek anak dia. Maybe mbak orang ada-ada, tak sempat pulak aku merisik berapa ratus juta rupiah dalam account bank mbak. 

"Ibu! Buang! Delete!", macam guruh suara petugas Arab tu. Tanjat gegel, terbantut sesi sembang dengan mbak. Didorong rasa ingin tau, aku toleh kebelakang, arah suara petugas tu. Aku tengok dia duk tunjuk phone sorang jemaah dari Indonesia ni. Ohhh, suruh buang gambar. Taktau la gambar apa dia amek tu. Lepas cewek tu buang gambar dalam phone dia, petugas tu mintak untuk double check. Dah berpuas hati, dia berlalu pergi. Fuhh bikin suspen je.

Mbak pesan, "Kalau mau dijemput kesini lagi, harus betul-betul yakin berdoa sama Allah, insyaAllah Allah ijinkan". Mungkin berkat doa bersungguh-sungguh mbak, maka Allah murahkan rezeki dia untuk ke Haramain berulang-kali. Dan melihat akhlak mbak, aku rasa sebab tu jugak Allah mudahkan jalan dia kesana, sebab dia memudahkan urusan orang lain.

"Kamu asal Makassar ya?", tiba-tiba mbak tanya aku. Aik pelik, muka aku ada rupa orang Makassar ke? Rupa orang Makassar macam mana ye? Haha. "Ngak mbak, saya asal Malaysia. Saya seperti orang Makassar ya mbak?". Kekdahnya mbak bagitau aku punya loghat macam orang daerah tu. Lolz, aku main tembak je, ingat loghat Jakarta, rupanya bunyi macam Makassar. Hahaha.

Selesai solat subuh dan solat sunat jenazah, kami terus siap-siap nak masuk ke Raudhah. Sedih nak tinggalkan mbak, walaupun singkat pertemuan, tapi rasa macam dah kenal lama. Macam nenek-nenek kita. Mbak, semoga mbak baik-baik saja.

Duduk menunggu sebelum dibenarkan masuk ke dalam Raudhah

Alhamdulillah, hari tu sekejap je kami tunggu untuk boleh masuk ke dalam Raudhah. Tak sampai sejam, berbanding dengan first day, kami kena tunggu dekat 2 jam camtu. Merasa la kami menjadi antara jemaah terawal masuk ke dalam sana. Tapi haritu memang berasak sikit la. Berkicap jugak kat dalam tu, sebab masuk sekali dengan geng mokcik Arab dan India kuikuikui. Gasak la!

Okay, maka habis sudah cerita picisan aku. Mulai dari sekarang, marilah kita memudahkan urusan orang lain. Tak kisah la dari sekecil-kecil perkara sekalipun. Contohnya tolong susun selipar ke, tolong-tolong mak kat dapur ke, maupun tolong ubah statusku dari bujang menjadi isterimu, eh? hahaha. Apa-apapun, kita tolong orang, Allah tolong kita. Dadaaaaa.

p.s: Maaf sis tak mampu nak bagi tips masuk ke Raudhah pasal sis pun belum master. InsyaAllah kalau diberi kesempatan kesana lagi kali kedua/ketiga, sis cuba mantopkan teknik masuk ke sana dengan smooth dan tenang, baru leh bagi tips chuols ;)

No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: