Thursday, October 28, 2010

filem stereotaip dan klise Malaysiaku..

Tadi baru pas tengok filem David Teoh yang latest: Cuti Cuti Cinta...Zzzzz..Dan aku agak tak puas ati la dengan cerita nih,oke,bukan agak,tapi memang tak puas hati,maksud aku,jalan cerita dye cam whata hell.!Mula mula excited,memang excited macam ultramen taro nak menyerang raksasa sotong kurita.!Setting kedudukan badan yang paling best,keluarkan nugget smuggled yang murah beli kat carrefour (memandang makanan yang bukan under GSC tak dibenarkan dibawa masuk),buat muka teruja,dan tunggu untuk movie setat..And then,first five minutes:

aku bermonolog dalam hati:arghhh,crap.!habisla terperangkap dengan cerita                             entah hapahapa..arghhh.!!!terseksa,menyeksa.!!

Aku rasa tertipu sebab setelah puas aku berlawan dengan hati aku yang nak tengok cerita RED,sebab semangat nak sokong cerita melayu,nih yang dyeorang bagi:C.R.A.P.!arghhhh.!shitty.5minit pertama memang ada rasa tak sedap hati,tapi aku sedapkan hati dengan kata,takpetakpe,baru setat kut,nanti best la tuh..and then,and then,,aku tunggu another 5 minutes, 30 minutes, 1 hour, 1 hour and 15 minutes(movie end),apa yang aku dapat.?!KETIDAKPUASAN HATI.!Masa tu rasa cam nak tuntut balik je RM 7..Baik aku tengok cerita Barney la weih..Erm,tapi teletubies pun oke gak.

Oke,berbalik kepada tajuk asal,filem sterotaip dan klise Malaysia,apa yang aku perhatikan  ada beberapa movie yang diarahkan oleh pengarah yang sama mempunyai jalan cerita yang sama dan seakan akan dan STEROTAIP.!arghh,memang nak kene fire.Oke contohnya movies hasil karya Prof Madya A.Razak Mohaideen.Korang perasan tak ada satu masa tuh,ceritas yang dia hasilkan jalan cerita dye same,tentang mende yang sama.!

Ada satu masa tuh,dye selalu hasilkan ceritas pasal anak mami,anak mami kembali,anak mami kawen,anak mami dapat cucu,anak mami junior,anak penang,anak haram(erk,salah movie)..etc etc..macam WTF(what the fish) la kan..tau la dye asal sana,utara..Tapi paham tak?Kami,penonton masa kini nak sesuatu yang fresh,segar dan mantop,bukan sesuatu yang basi,busuk dan hampeh.!klise sangat la encik pengarah.!

poster yang penuh dengan ciri2 anak mami

Lagi satu,dye agak sterotaip plus klise dalam pemilihan pelakon.. haa..haa..perasan tak dari dulu sampai sekarang,dye mesti guna pelakon sama;APEK,macam takde orang lain,amek la Ben Affleck ke,Josh Hartnett ke,nih APEK?!Kenapa mesti Apek?adekah sebab lawak slapstick dye?Lawak Slapstick=lawak mintak pelempang kayu.!Bukan la aku nak keji si Apek tuh,tapi cuba la bagi peluang kat orang lain,hello,Malaysia ada banyak lagi la artis,haa,kalau tak apa fungsi reality shows?AF,Bintang RTM,Anak Wayang,Raja Lawak...Takkan reality shows ni ditubuhkan untuk membuang masa dan duit dan tenaga(pergi konsert/show) viewers?!

Tapi aku bukan anti ngan semua filem Malaysia walaupun kebanyakan nyer pernah mengecewakan aku hingga melumat hati jantung ku.!(rasa cam taknak beli tiket filem melayu)..Tapi ada beberapa ceritas Malaysia yang berjaya mengubah perspektif aku terhadap filems Malaysia.Oke here is the list:

  1. Magika
  2. Magika
  3. Cicakman
  4. Syurga Cinta
  5. Adnan Sempit
  6. banyak lagi kot tak ingat
Ceritacerita tuh memang aku tabik spring sampai spring tuh tercabut la..Contoh Magika,CGI dye memang terbaik di Malaysia lah.!Aku bangga dengan filem anak melayu yang camtuh..hehehehe...Bagus KRU..Good job.!Filems tuh la menyelamatkan nama baik filems se-Malaya...

Oke,stop rumbling,lapar.! :s

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: