Thursday, February 23, 2023

Of Polytech and Foodnian

 Assalamualaikum w.b.t.

MEMORI

Dah menjadi rutin harian aku selepas bangun pagi untuk terus capai handphone, pertama-tama untuk check mesej masuk. Seperti biasa, tiada mesej manis ucapan selamat pagi dari yang tersayang (ketawa dalam tangis). Dan secara automatik jari pantas beralih ke aplikasi Facebook. Habit.

Belum sempat skroll ke bawah, bola mata aku melekat pada imej yang terpampang keluar dari "your memory from" dekat homepage.

Imej memory dari tahun 2012 mengingatkan aku pada memoir zaman diploma, lebih kurang 13 tahun yang lalu.


Gambar ihsan FB POLISAS (Jabatan Teknologi Makanan)


TANGGAPAN

Itulah zaman transisi aku dari dunia remaja ke arena kedewasaan (konon). Dua belas, tiga belas tahun yang lalu aku hanyalah seorang budak hingusan tanpa prospek kehidupan. Kalau mengikut kamus urban (ver. 2021) gelaran paling sesuai adalah 'budak baru nak up'. Ahahaha.

Aku lepasan Diploma Teknologi Makanan; Batch '12



"Mesti terer masak macam chef ni", antara ayat cliche yang kerap sangat aku dapat. Awak, kita ni masak megi pun kadang-kadang kuah bergenang, ada hati nak digelar chef. Tak layak lah! 

Masa tu agak annoyed juga la. Eh kita penat tau masuk lab itu ini, belajar teori pasal makanan itu ini, bukan main masak-masak la! Tapi tak boleh salahkan diaorang pun. Nak buat macam mana kalau lalu kat sebelah makmal Jabatan Teknologi Makanan (JTM) mesti akan terbau semerbak aroma makanan. 

Itu baru tanggapan cliche dari kenalan berlainan kos, belum masuk dari jiran dan sanak saudara. 10 kali jumpa, 10 kali tanya, 10 kali juga nak kena explain. Haa tepok! Kahkahkah. 

Jujurnya aku sendiri pun tak pernah dengar kos food tech ni. First aku cakna pun dekat rumah Amoi, masa apply UPU sebelum kena kerah masuk PLKN (a.k.a Malaysia 'summer camp'). Kami berdua apply kos ni, atas recommendation kakak dia. Penyudahnya Amoi dapat sambung matrikulasi, dan aku insan bertuah untuk mengenali dunia food tech yang penuh warna-warni.


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Dari kos Teknologi Makanan la aku baru faham tentang luasnya ilmu sains tu. Seperti kanak-kanak yang lain, fikiran aku berkaitan sains ni secara automatik akan dibawa kepada bayangan seorang prof kusut di dalam sebuah makmal dengan ujikaji gila. Atau segerombolan saintis dengan projek roket ke angkasa. Itulah imej sebuah sains dalam benak otak naif dan daif aku dulu-kala. 


Cliche

Kita tak diberi pendedahan tentang cabang-cabang sains kan? Atau lebih tepat sistem pembelajaran kita pada waktu itu tak memberikan kita peluang untuk mengenali wujudnya sains sebegitu dan sebegini. Okay dah. Malas dengan politikus.


DUNIA BARU

Macam-macam la benda baru yang aku belajar bila dah masuk ke alam pembelajaran ilmu sains dan teknologi rumahtangga makanan dulu - secara teori dan praktikal. Dan penat macam mana pun dengan lambakan lab reports, kuiz 2-3 kali seminggu, kelas dari seawal 8 pagi bawak ke lewat petang, kena kejar meon masa otw balik ke kamsis (asrama) - semua masih boleh kawtim

Salah satu faktor pada pendapat aku adalah bila kau belajar pasal benda yang kau nampak dan konsum hari-hari (i.e, makanan), dia punya perasaan masa belajar tu bawa dari otak turun ke hati. Atau dalam bahasa mudah seronok belajar. Dia macam "Ooo baru faham rupanya begini yang berlaku ya". 

Faktor kedua bagi aku subjek-subjek diploma tak berat dan silibus yang lebih mudah difahami berbanding dengan SPM. Mungkin sebab masa diploma ni dia lebih spesifik - wicis sains dan teknologi untuk makanan sahaja. My two cent la. Tapi bila sambung degree dia lain cerita. Enjoy jugak tapi perit HAHAHAHAHA.


AKHIR KALAM

Waktu menjadi lepasan SPM dulu, aku adalah salah satu manusia yang taktau hala tuju karier aku. (Cita-cita yang aku tanam sedari umurnya 7 tahun nak jadi doktor sebab nak sarung lab coat putih & gantung stethoscope 24 jam).

Lepas je terima sekeping sijil SPM, tanpa wawasan yang jelas, aku teruskan dengan random click je pilihan-pilihan kos masa isi borang UPU. 

Dan alhamdulillah, dapat sambung belajar dan masih berpeluang menyarung lab coat putih - di dalam makmal makanan. Sudah begitu aturan Allah, hehehe.

Kerana aturan Allah itulah aku berkesempatan untuk menimba ilmu disitu, berkenalan dengan orang ini dan itu, bekerja disana dan sini. Sehinggalah membentuk diri ini sebegini - improved walau masih banyak celanya. 

Semuanya bermula dengan kehendak Allah untuk aku menyambung pengajian di POLISAS - atau lebih spesifik di Jabatan Teknologi Makanan. *Insert lagu 'Thnks fr th mmrs' - Fall Out Boy*


P/s: Panjang tapi tak boleh lukis. Begitu syulitt~~

Ruang Keinginan

 Assalamualaikum w.b.t.

Kadang hati ni teringin sangat sesuatu benda. Pagi, petang, bawak ke malam asyik memikirkan keinginan tu. 

Tapi seringkali, keinginan tu tak tercapai, tak tergapai. Hingga hilang rasa keinginan itu, diganti dengan keinginan yang lain. Begitulah seterusnya. Circle yang sama.

Kadang terfikir, mana silapnya?

Doa sudah. Berkali-kali berdoa. Tapi kenapa tetap tak dimakbulkan? Bersungguh-sungguh meminta, terkadang diiringi air mata yang mencurah. Adakah sebab doa tak didengar?

Bersangka baik dengan Allah. 

"Aku tergantung prasangka hambaKU"  

Saat kita mengisi penuh fikiran kita dengan keinginan duniawi, dimana kita letak Allah? 


P/s: Nota tergantung dari draft - ketandusan idea (2021)