Monday, December 27, 2010

BOLA: mentaliti laser

LOL.ROFL.LEMAU,eh silap LMAO.hahahaha.Ouh.mula mula nak ucap tahniah kat team bola rimau malaya,sebab menang 3-0.Yehuuuu.Aku dapat tahu berita ni pon dalam FB.(tak tengok sebab dewan TV ramai dak laki,sampai dyeorang menjerit pon aku dengar sampai ke blok aku,which is SERAM).


Sejak semalam kecah pasal Malaysia menang sebab penonton meLASER pemain Indo.Waloa.!Memang kecah se kecah kecah nya lebih lebih lagi dikalangan rakyat Indo samada yang berada di Indo atau yang ada di Malaysia.Apa yang menyebabkan mereka kecah?Pertama,sebab mereka tak menang seperti dijangkakan.Kedua,mereka anggap timnas mereka tak menang sebab pancaran LASER oleh penyokongs Malaysia.Macam wadehel la kan?


Hahahahaha.Oke,disini aku nak usulkan kenapa mereka tak patut kecah kecah,hina hina dan bising bising pasal isu LASER ni;



  • Ingat tak masa Malaysia lawan Indonesia di Senayan yang mana Malaysia kalah 5-1.Masa tu golkeeper Malaysia kena laser masa Irfan Bachdim buat gol ke 5 beliau.So,sekarang bila dilaser balik,Indo sepatutnya tak melatah la kan?Kaji dulu beb.
  • Aku rasa kebanyakkan surat khabar,rakyat,pemimpin,bla bla blah sana bangkitkan isu laser ni sebab dyeorang nak kaver malu dyeorang pasal terlalu mengangkat team dyeorang sebelum perlawanan.Terlampau yakin dan sombong bodoh sehingga semua mende tuh makan diri dey ol balek.Tuh yang dey ol taknak ngaku salah team sendiri,tapi rakyat Malaysia di babi kan.Vavi betol.!
  • Kononnya ada bukti gambar penonton Malaysia menembak laser,yang sah sah bukan menunjukkan ciri ciri penyokong Malaysia.Frankly,even Kelantanese pon tak pakai serban pi stadium masa tengok team bola dyeorang lawan.
  • TAK PATUT laser dijadikan isu sebagai pematah semangat Indonesia lawan Malaysia.Hello?!Adakah sangat parah bila dilaser oleh laser 20posen sehingga menyebabkan kemalangan jiwa?Takkan lah sebab laser tiba tiba kau rasa "Ouc,aku dilaser,sakit dan takdapat main dengan betul".Very wadehel.
  • Ketiga tiga gol yang dijaringkan Malaysia berlaku SELEPAS insiden melaser,bukan SEMASA golkeeper Indo dilaser.
see?itu golkeeper Malaysia
adakah rakyat Malaysia sudah habis dikacukkan dengan Arab Maghribi?


saat dilaser 4:06 dan keatas

Tak boleh ke biarkan saja team rakyat Malaysia menikmati kemenangan terunggul sebab jarang jarang kadang kadang je team kami boleh menang?Tak boleh ke biar kami perasan macam team kami tuh team Spain yang menang FIFA aritu?Perlu ke iri sedangkan korang dah menang 5-1 aritu.Amboi,baru kalah sket nak bising.Kami yang selalu kalah ni tak kecah pon dengan negara korang,kecah dalam negara je,tak main libat libat orang lain.Very immature.

Yang Malaysia pon,jangan cepat riak,baru 1st leg bro,2nd bakal mari...Kang buat team Indonesia pasang buluh runcing disana kang,tak ke naya.2nd leg disana,bukan disini.Hehehehehe.Apa apa pun,main secara sehat,jangan cepat melatah atas apa yang terjadi.Dan yang penting,kaji kesalahan diri sendiri,bukan kaji untuk mengambing hitamkan orang lain bagi menutup kesalahan diri.

hasil edit rakyat Indo sendiri.dyeorang meme kreatif.

Oke la,taknak kutuk tulis banyak banyak.Nanti kena hack dengan blogger Indonesia.Wuuuu ~~Takutnya takutnya...Renung renungkan dan selamat beramal! =) dan XOXOXOXO <-wadehel buat smiley face,siap kisses and hugs.!dem it!

lagi kredit di sini

Wednesday, December 22, 2010

nak tunjuk OTAI biarlah bertempat

Wahhh.Entri macam nak cari gaduh jek.Well,memang nak cari gaduh,tapi bukan aku yang nak cari gaduh,tapi orang yang tak dikenali yang macam nak cari gaduh dengan aku.Sebelum,start bergosip memberi teladan,izinkanlah aku yang tak brape nak lurus ni bagi nasihat yang sangat pendek,iaitu,nak tunjuk otai biar bertempat.(erk,pendek ke?).Yelah,tak kesah la kalau kau tuh otai di kampung kau ataupun otai dikalangan orang orang yang kau kenal,tapi bile berada di kawasan awam bersama orang awam (orang yang kau tak kenal),sila kurangkan perangai otai anda.


trade mark nyer.


Apa itu OTAI?Otai itu adalah perkataan yang dipinjam dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Old Timer,iaitu orang yang lebih makan garam,berpengalaman macam ayah dan mak mak kita.So?Orang yang macam nak cari gaduh ngan aku tuh peringkat umur ibu abah aku la?Bukan.Sebab perkataan otai yang aku pinjam digunakan untuk mewakili orang bajek bagus diva kampung sebelah.Arghhhhh.!


respect the old timer.


Oke.Habis dengan pengenalan.Sekarang,baru aku boleh cerita.Pada sekian hari seperti dijadualkan oleh kampus aku,blok aku DIWAJIBKAN turun masjid untuk solat berjemaah.Sapa yang tak pergi,maka dye tak boleh tick untuk kedatangan ke masjid,dan sapa yang tak tick maka dye kantoi tak pergi masjid,dan bila dye kantoi tak ke masjid,maka dye dicatat kesalahan tak turun masjid.


Alkisah sesudah kami selesai solat berjemaah tuh,maka aku pun berpusu pusu lah nak men tick nama aku supaya kedatangan aku diambil,maka aku tak dicatat kesalahan tak turun masjid.Masa aku siap pegang pen nak tick nama aku,tiba tiba ada sorang yang tak dikenali ni,rampas kertas kedatangan dari aku dengan selamber otai diva nya,belek belek nak cari nama dye.Dan aku macam .......... wadehel?HALLO???Tak nampak ke saya sudah hampir nak tick nama saya?Dan kenapa awak tibe tibe boleh rampas kertas itu.


Tak habis disitu,sedang dye belek belek,dye dengan kasarnya cakap "bak sini pen tuh" sambil ambil terus tanpa sempat aku hulurkan.Oh,terima kasih,sebab kau,aku dah boleh list satu lagi sifat manusia yang pernah aku jumpa dalam hidup aku.Masa dye ambil pen tuh dari aku,aku ingatkan dye dah dapat cari nama dye,dan aku macam,Alhamdullillah,cepat cepat la dye dapat cari nama dye,dan cepat cepat la dye boleh bla dan habiskan drama indon ini.


Rupa rupanya,seperti dijangkakan,drama indon mana boleh habis setakat 32 episod macam drama korea,paling kurang mahu 100++ episod,termasuk babak muka dekat mata dijegilkan 10minit serta flashback dan monolog dalaman 15minit.Arghhh,rupanya dye masih belum dapat mencari namanya.Belek punya belek,last last dye give up,dan trus belah.Mungkin faktor give up dibantu apabila ada orang bunyi bunyi dibelakang.


drama indon,bawang putih bawang merah yang tersangat panjang.Zzzzz


Wadehel?!Kenapa give up?Kau da la habiskan masa aku sedangkan aku hampir hampir nak tick nama aku.Hanya sebab lagak otai kau yang tak bertempat tuh,memang layak lah kau dimaki dan tolonglah jangan buat lagi kalau sekadar nak tunjuk otai tapi menyusahkan aku.Please dong ah.!

Friday, December 17, 2010

kfc whipped potato wannabe

Wah..Excited nyer rasa bila nak cerita pasal makanan..Sampai dah rasa macam kat tekak dah mende tuh..nyum nyum.!Biasa la kalau da debab tuh semua benda pasal makanan mesti dah terbayang bayang,sampai meleleh saliva,yucks.!haha. Oke,trus kepada entri.fokus ain fokus ain.Bukan apa,ni aku nak story,aritu masa aku cuti balek rumah,si angah menggedik gedik mintak ibu buatkan whipped potato ala ala KFC.Gedik gila,sampai nak ala ala KFC.huh.!


Maka,pada sekian sekian hari,ibu pun bercadang la nak tunaikan harapan dan impian angah tuh.Si angah pon janji nak tolong ibu buat.Tapi last last hampeh keluar ngan kawan kawan dye,last last aku yang ingatkan nak lari dari tanggungjawab ni pun terpaksa la menolong.Dasar pemalas.!Nak nak disebabkan si baby asik mengendeng ngendeng kat ibu,jadi,ibu hanya beri arahan dan aku lah yang tukang menyukat,mengacau,mengupas,so on.


Sambil sambil tuh aku bermonolog dalaman marah pada si angah,sebab aku yakin dan pasti muka dye mesti aku terpacul saat kfc whipped potato wannabe tuh dah siap.Huh.!Biasalah,iri hati terhadap adik tak pernah hilang.muehehehe. Jahat punya statement. 


And buat punya buat punya buat,jadilah KFC WHIPPED POTATO WANNABE.Rasa nyer?Rasa nyer oke la,tak de la sejibik cam whipped potato KFC tuh.Alah,nama pon wannabe dan ini first time pun kami buat.haha.Lagipun,bukan ke KFC guna berbagai jenis rempah ratus rahsia,secret recipe punyer la ape la hingga menjilat jari la,eh,chop,tuh fried chicken dye la.Oke nvm..Janji aritu dapat makan my handmade (tangan sendiri buat) version whipped potato,oke,walaupun bukan 100% my handmade.


the gravy.nampak macam almost the same kan?
ini angah punya.

Ouh,lupa nak bagitau,kredit kepada blogger ini sebab kasi resepi cambest.Terima kasih awak.!

Tuesday, December 7, 2010

lakukan penghijrahan...

Assalamualaikum w.b.t...Firstly,aku nak ucapkan selamat tahun baru bagi semua umat islam,salam maal hijrah.!!Alhamdullillah,kita dah selamat memasuki tahun baru dalam kalendar Islam.hehehhe.Sebagai umat Islam,kita patut tahu yang Maal hijrah ini adalah peristiwa bersempena dengan penghijrahan Rasullullah swt dari Mekah ke Madinah yang dikenali sebagai Yathrib pada masa tu.Baiklah,pada Maal hijrah ini,terdapat beberapa siri penghijrahan dalam hidup aku.Yang pertama,aku dah berhijrah ke blok baru,yang lebih selesa dan lebih baik rupanya.


ihsan GOOGLE


Yang kedua,yeah,yang ni the hardest thing la kiranya yang baru baru berlaku dalam kehidupan seorang pelajar aku.Kenapa terjadinya perpisahan disaat kita baru nak berintim.Ceh.!Ayat nak berintim,tak bley blah kau.!hahahahha.Okey,jangan salah sangka disebabkan ayat itu.Apa yang aku maksudkan adalah perpisahan dengan kawan sekelas/sekuliah dengan aku,sebab aku TERpaksa berhijrah kelas. T-T ...Sungguh sedih.!Tapi mungkin ade udang di sebalik mee,eh eh,silap perumpamaan,mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Mungkin aku akan bertambah baek dari segi prestasi,kendiri,dll lah kan.Apa apa pun,,naseb kau la labuuuu.


Okey,disini aku ingin list kan  beberapa penghijrahan dari segi mentaliti dan perangai yang aku nak lakukan,insyaallah =) ;



  1. Nak duduk barisan depan dalam bilik kuliah
  2. Nak tumpu perhatian dalam kelas
  3. Hindari syaiton tenggek atas mata (mengantuk dalam erti laen)
  4. Taknak buat vandalisme (conteng meja)
  5. Taknak buat lawak bodo acapkali
  6. Nak selalu update blog
  7. Catat apa yang lect cakap,bukan bergantung pada kawan
  8. Taknak study last minute,sekurang kurangnya seminggu sebelum,bukan seminit sebelom exam bermula.
  9. Nak rajin memasak,dan lain lain kerja rumah
  10. Nak menyimpan uang <-kalau mampu buat aku memang terror.!
  11. Etc etc etc,kalau listkan takkan abes
Okey,tuh aku punya siri penghijrahan dan list penghijrahan,korang bagaimana??

Friday, December 3, 2010

yang wajib wajib tukar

Sila sebut yang wajib wajib tukar tuh dengan nada lagu yang sedang sedang saja (dangdut).Geli oh.!hahahahha.Oke,nvm.Ouh,sebelum tulis pasal entri,aku nak bagitau walaupun korang tak nak ambil tahu,yang aku dah selamat daftar sem baru,yeah,sem 4.!(kecoh).Dan buat pertama kalinya dalam banyak banyak sem yang tak seberapa banyak,aku dapat roommate senior a.k.a akak.Show off duh.!Yelah,selama ni menumpang kawan aku punyer akak roommate je,skang ni aku plak ade akak..wahwah.Bragging yang ntah hape hape.


akak rumate aku macam tudung biru tuh.yee.!

Cukup dengan kelalutan yang melampau.!Entri yang aku tulis kali ni bukan ade kene mengena dengan benda wajib wajib tukar time raya macam cat,perabot,pinggan,bini?! whatsoeva.Entri kali ni of coz la bincang pasal bende yang aku wajib wajib tukar setiap kali masuk sem baru.!

Seriously,aku tak perasan pon benda ni aku wajib wajib tukar setiap sem.Baru je terlintas semasa aku menyeterika bajuan kurungan,selain daripada baru terlintas sebab aku terlupa nak bawak benda tuh sampai aku kene pi jamban pakai crocs sebab ianya adalah satu satu nya kasut getah kalis air yang aku ada.


Haaa.Da dapat hint bukan?Yeahhh.Benda tuh adalah SELIPAR JAMBAN. Btw,selipar jamban tuh bukanlah nama yang sesuai sebab aku selalu pakai selipar itu untuk ke cafe,ke cyber cafe,koperasi,etc etc,memandangkan aku bukanlah jenis yang cerewet seperti sesetengah perempuan yang memakai wedges didalam kampus/asrama/kolej.


selipar getah cap PANDA


Nvm again,berbalik kepada topik.Aku perasan setiap kali masuk sem baru,selipar jamban aku mesti bertukar wajah.!Dari coklat ke biru,dari adidas ke asadi ke yin yin (jenama china). Berbagai?!Alkisahnya terjadi penukaran ni mestilah ada kisahnya sebab aku bukanlah sengaja nak bazirkan duit parents,gedik gedik nak tukar selipar jamban acap kali.wadehek.!


Alkasih,toib,maka setiap kali habis sem dan bermula cuti sem aku mesti bawak balik selipar jamban aku supaya aku boleh pakai kat rumah sekadar untuk menyidai kain atau dipakai ke pasar.Tapi setiap kali aku bawak balik tuh la ada aje kes selipar aku tinggal sebelah je taktau yang lagi sebelah tercampak mana,selipar aku jadi buruk sebab adik bawak main baling selipar,adik pakai sampai rabak tapak sebab basikal brek tak makan lalu selipar dijadikan brek,dan 1001 alasan.


permainan yang boleh bawa gaduh


Maka terpaksalah aku menukar selipar untuk setiap sem.Toib.!Cerita ini adalah cerita benar.Aiiwaa.!

Wednesday, December 1, 2010

aku pandai masak part II

Oke.ini bukan kesinambungan daripada entri aku yang lepas,aku pandai masak.Bukannya tentang aku nak belebey pasal masak untuk laki kau,maid,bla bla bla.Ini pasal aku memang dah pandai masak.!!Yeayyy.!Belum abes lagi la.Pasal aku pandai masak/buat karipap.Haahahahhahaha.Cheh.!Tuh pun dibawah pantauan mem (maam) besar,siapa lagi kalau bukan chef Balkhis.

Sapa kata tak best masak?!Best la.Nak nak buat karipap tadi.Sape kata meng uli tuh memenatkan dan melecehkan.Oke,memang penat.Tapi best la,sambil uli tepung sampai jadi doh tu,kalau kau ada dendam kesumat terpendam dalam hati,masa ni la kau bole lepaskan.Masa uli tuh kau bayangkan manusia yang kau tengah marahkan tuh sebagai doh yang kau uli.So,time tuh la kau boleh tenyeh tenyeh,tumbuk tumbuk,tekan tekan,tengking tengking (kalau rasa perlu lah) kat 'manusia' tuh tadi.Selain daripada boleh lepaskan geram,tindakan menenyeh dengan kuat tuh boleh hasilkan doh yang mantop.

pelbagai bentuk dan saiz O.o

Oke,selesai dengan uli.Pas uli,steps yang seterusnya adalah masukkan inti dan kelepetkan atau bahasa baku kelimkan karipap kau supaya ia tak bocor dan inti bersepah time kau goreng.Well,part nak gelek doh dan acukan jadi bulat aku serah kepada mem besar.Aku cuma buat part kelepet karipap.Seronok kot.Kelepet kelepet.Kalau kelepet tuh cantik lagi seronok.hehe.Kelepet yang aku buat bolehlah tahan.mwehehehe.Tapi tak boleh celen (challenge) mem besar punya kelepet.hehehe..Biasalah old timer.

tangan saya tuh tengah kelepet karipap
aku kelepet
mem besar kelepet. beza kan.

Oke,lastly,time untuk goreng.!Sory,gambar goreng tak disertakan sebab tak sempat nak tunggu abes goreng,dah licin pinggan.Laku sungguh.!Kalau bukak gerai karipap pun laku..Cheh.!Angkat bakul sendiri.

aku pandai masak

Gila ke hape kau ni ain,entri nak puji diri sendiri.hahahaha.Ekceli,aku bukanlah pandai masak sangat,macam chef wan atau paling top macam ibu aku.Tapi bolehlah nak harap ke aku kalau setakat nak masak air,masak nasi,masak megi,rebus telur,goreng telur.hahahahha.Entah ape ape.Basic pun nak masuk kategori boleh diharapkan,kalau setakat tuh,budak darjah 5 pun tau.hehe.Yela,kalau dulu mungkin susah la nak masak/tanak nasi tuh,sebab dulu dulu masak pakai arang/kayu api gitu gitu lah.Pastu bukan boleh main letak pastu tinggal je,kena gak tengoktengok,takut kang kalau terlebih lama hangit,terkurang masak kang nasi mentah.Kita skang maen pakai periuk nasi karen,dah masak tutup  letrik,selesai.


cooking


Bila aku nak pandai masak nih.Aku benar benar maksudkan nih.Aku nak pandai masak.!!Gila,kalau nak pandai masak belajar la,tuh pun nak kecoh.Aku tau tuh yang terlintas dihati korang an.Tapi kalau malas camne?Tak bole ke kalau tak belajar masak pastu terus pandai masak.Another stupidol question.Jangan jawab dalam hati kalau meluat.Tuh hanya angan angan aku.


Oke.Terus kepada main point.Jangan melalut,nanti korang meluat nak baca yang selanjut (aku dapat rasakan yang ada orang cakap "dah meluat dah pun").Nvm.Sebenarnya,aku ada plan ni.Aku nak attend kelas memasak bila aku cuti sem 4.Kenafe sem 4?Sebab sem 4 aku cuti panjang,weepee.!Cheh,tanya and jawab sendiri.Kelas memasak celah mana tu?Kelas memasak kat rumah aku la,oleh chef Balkhis.Grand gile..hahaha.


masa kecik rajin la,da besau...


Oke.Yang tuh aku masuk dalam wish list aku la,merangkap azam tahun 2011.Harap harap azam tahun 2011 boleh tercapai memandangkan azam dulu dulu sebagai contoh nak berlakun dalam mana mana cerita Disney Movie,nak terbang dengan penyapu terbang macam HP,dan nak karoake depan peeps sekalian masa majlis hari guru TAK TERCAPAI.


Yelah,bagi aku walaupun terlalu awal nak fikirkan (terlalu awal bagi orang zaman sekarang) pasal kemahiran memasak ni,tapi kita kena la prepare awal awal dulu kan.Cuba bayangkan,betapa malunya sebagai seorang menantu pergi rumah mertua bila diajak ke dapur tak reti nak buat apa apa.Atau betapa malunya bila seorang suami yang ada bini (nama pun suami,bukan duda/bujang) tapi hari hari makan/tapau makanan luar.Bagi aku,walau se ranggi,se kaya,se besar mana pun pangkat,sebagai isteri,kene la bertanggungjawab prepare segala makan pakai keluarga kan.


Takkan la kau nak harap laki kau hire seorang pembantu rumah atau bibik atau apa apa je la yang kau panggil.Pastu dye la yang masakkan makanan untuk laki kau untuk anak kau.Perghhh.Habis?Baik pembantu rumah tu je jadi bini kepada laki kau,sebab dye yang laksanakan tugas sebagai seorang isteri,ibu.Yelah,kena faham gak pasal pembantu tuh,mungkin nak ringankan beban,nak nak yang bekerja,anak pulak ramai,nasib baikla perempuan boleh kawen satu je,kalau suami pun ramai,aku tak tau la.Yang kalau busy tahap gaban tuh,boleh la difahami.Ni kalau yang sesaja nak perabih duit laki suh upah pembantu sedangkan mampu buat sendiri segala kerja tuh memang melampau la.hahahha.Takpelah kalau kau dah kaya sangat, tapi takut terjadi 'sesuatu' kang.
dapat maid camni,memang bermadu la kau
kalau camni lagi parah,keje joget 24 jam.membazir je hire

Dah,sudah melalut.Aku memang selalu camtu.Oke,yang penting aku tetap nak belajar memasak dengan ibu aku.Sematkan dalam hati,jadikan satu tekad.Wuaahh,ayat nak vasssssss.Haaahahha.Sem 4,insyaallah. =)