Wednesday, June 29, 2011

berselera MPOP

Assalamaulaikum w.b.t. Kalau sebelum ni Max 24:7 dan Gula Gula menghilangkan selera dan harapan aku terhadap Mpop, tapi dengan kemunculan anak buah KRU, V.I.P, sedikit sebanyak kepercayaan aku terhadap Mpop bertambah kembali.






Introduction to V.I.P. Fadlan tuh handsome wooo..haha


Siapa  dan apa itu V.I.P? V.I.P iaitu Versatility in Performance adalah kumpulan pop dibawah syarikat KRU dan AicoProduction dianggotai oleh Adam, Fadlan, Marlon, Ryan, dan Yandy. Mula mula aku dengar lagu dyeols dalam radio jek, 'Lagu Sedih'. Masa aku dengar tuh aku dah agak, dengar rentak je dah tau tuh lagu KRU. Jadi, aku takde lah nak amek port sangat sebab aku bukanlah peminat tegar KRU. 




Tapi taktau lah kenapa gatai sangat tangan tekan keyboard and search V.I.P 'LAGU SEDIH' ni. Genre dan konsepnye, well, korang awal awal lagi tahu, opkos lah pop dan penuh dengat tarian. Aku rasa agak menarik jugak ah tarian dye. Walaupun tak se gah macam Kpop, tapi nice try lah untuk first single. Ala, lagi pun mende baru kenz. Yang penting, takde lah seburuk 24:7. opss i did it again..






Jadi ni pendapat aku dari segi:


Lagu


Dah nama pun under KRU, mesti lah bercorak KRU. Kalau korang first time dengar pun dah boleh agak lagu ni dikompos oleh adik beradik KRU. Aku harap untuk lagu lagu akan datang, kurangkan lah sikit klon KRU tuh. Tak pun hire komposer laen ke. Aku bagi 5/10. Takdelah suka sangat dan takdelah tak suka sangat. Setakat nak dengar tuh takdelah la sampai bernanah telinga.






Tarian/Choreo


Aku rasa kalau dyeols banyak praktis mesti lagi kemas. choreo takdelah gempak mana, tapi best dan energetic woooo. Boleh bagi improvement lagi pada koreografi tuh. hehe. 7/10.


Energy


Aku suka tengok group ni. Sebab masa dyeorang perform live, tak tercungap cungap dan vokal maintain wooo.. Ingat senang ke joget sambil nyanyi? Kpop groups pun banyak miming kut masa live. Kalau tak miming pun, suara kekadang ke laut. Haha. Jadi aku agak berbangga lah disitu. 9/10




Untuk sesuatu yang baru dan tak secincai dari percubaan sebelum ni, aku bagi 10/10!!! C'mon la peeps, takkan sepanjang zaman asyik nak ulang kolesksi rock leleh Spoon Spin Spring je, bagi lah peluang kat mereka. Create new era in Malaysia music industry la guys!


errrr..excessive makeup.

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: