Baiklah, aku mengaku, aku 'senyapkan' diri dari dunia blogger skejap. Nvm. Baru tadi aku bukak blog terfaktab dan baru aku dapat tahu pasal berita itu. Maaflah, bunyi macam berita sensasi dari website Oh! Artis atau Beutiful Nara, tapi sebenarnya, tak pun kalau nak banding dengan dunia hiburan. Erk.. Yeke tak?
dari dulu konsep artis berbikini tepi kolam mesti ade
orang kampung macam aku je letak gambar artis pergi clubbing.haha
Tapi bagi orang Islam konservatif macam aku atau kalau budak budak metropolitan yang urban panggil , 'kampung' macam aku ni memang la mende ni hal yang besar,, BESAR beb!! Maksud aku, budak yang baru akhil baligh boleh ngaku terang terangan dalam blog yang dye dah takde dara sebab penah main dengan bf dye yang mungkin lambat sikit akhil baligh dari dye...! BUDAK!! Faham tak BUDAK!! Jadi perkara tuh memang a BIG deal bagi aku.
Aku taktau la camne dye boleh berfikiran terbuka sangat sampai mende camtu pun dye boleh bagitau terang terangan. Maksud aku, kalau letak kat blog, bukan stakat orang yang kau tak kenal, mak kau bapak kau jiran kau cikgu kau berkemungkinan akan bukak since blog kau berkonsepkan terbuka. Dah tuh terang terangan dalam blog letak plak gambor muke kau setepek, kalau display gambor Lindsay Lohan ke Hannah Montana ke takde la orang tau..
courtesy to Adinda Evans' .klik kalau rasa nak naikkan traffic dia.
Kang aku cakap bodoh, takut aku kawen ngan abang kau, yang aku bodohkan tu jugak la jadi adek ipar aku. Ape pun tak boleh (2X)!!
Aku yakin mende ni patut dipandang serius. Cuba kita reflect balik, sebelum sebelum ni, couple, yang pegang tangan pun dah dipandang serong. Tapi lama kelamaan orang mula buat adjustment, dan mula set dalam kepala otak masing masing, setakat pegang tangan tu no hal lah! Tu benda wajib lah! Tak titanic la kalau tak pegang tangan! ... Dan lihat balik apa jadi skang akibat adjustment yang awal2 kita buat, even skang taktau dosa haram kalau pegang tangan, perkataan dosa bila pegang pegang dah jadi sejarah, mak bapak pun kalau tengok anak pompuan bawak balik bf ke kampung sambil berjinjing tangan boleh tersenyum riang.
Dan cuba bayang, cuba bayang kalau sekali lagi kita buat adjustment mind setting kita terhadap mende mende yang dianggap konservatif, kita set kan minda kita sekali lagi dengan 'it's okay if you are not a virgin anymore, coz who cares?' Dan tengok macam mana mende tuh ubah negara kita dari negara Islam yang dicanang canangkan ke negara Islam yang tapi serupa kafir. Amerika la katakan. Mungkin masa tu a muslim youth Facebooker akan keluarkan status berbaur "Hey guys, I'm not a virgin nmore since yesterday!!Its rock u guys!!" ...Jelik kan? Tapi tu la kuasa mind setting..
Jadi, aku sarankan, kerajaan mahupun pihak pembangkang, apa kata jangan saling berbalah dan terus nak cari kesilapan masing masing yang kadang kadang dibuat buat tuh. Apakata, kita betulkan dulu, mende yang 'remeh' ni, dan tinggalkan sebentar perkara yang 'besar' yang selalu korang debatkan dalam parlimen tuh. Kalau perhimpunan besar besaran tuh dijangka boleh menimbulkan kekecohan dalam jangka masa pendek, mende remeh ni dijangkakan akan menimbulkan kekecohan dalam jangka masa panjang. Wallahualam.
Btw, aku dapat pengajaran dari tagline(?) dalam post budak tu. Pengajaran berbaur begini;
bia orang nak pandang hina kat kita. asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)
Maruah diri?Good(?) point.
nota kuku:
kalau nak cari budak tuh, cari sendiri ah. Pastu kalau nak nasihat ke hape ke avatar jangan pakai ko tengah kiss pipi b/gf ko, buat stok gelak budak tuh jek. taknak susah jadi anon je,tapi tak femes la. Takyah la nasihat sampai keluar hadis ke hape,budak macam tu bukan amek port. okebabai.
No comments:
Post a Comment
Jemput Komen: