Thursday, June 30, 2011

berselera MPOP

Assalamaulaikum w.b.t. Kalau sebelum ni Max 24:7 dan Gula Gula menghilangkan selera dan harapan aku terhadap Mpop, tapi dengan kemunculan anak buah KRU, V.I.P, sedikit sebanyak kepercayaan aku terhadap Mpop bertambah kembali.






Introduction to V.I.P. Fadlan tuh handsome wooo..haha


Siapa  dan apa itu V.I.P? V.I.P iaitu Versatility in Performance adalah kumpulan pop dibawah syarikat KRU dan AicoProduction dianggotai oleh Adam, Fadlan, Marlon, Ryan, dan Yandy. Mula mula aku dengar lagu dyeols dalam radio jek, 'Lagu Sedih'. Masa aku dengar tuh aku dah agak, dengar rentak je dah tau tuh lagu KRU. Jadi, aku takde lah nak amek port sangat sebab aku bukanlah peminat tegar KRU. 




Tapi taktau lah kenapa gatai sangat tangan tekan keyboard and search V.I.P 'LAGU SEDIH' ni. Genre dan konsepnye, well, korang awal awal lagi tahu, opkos lah pop dan penuh dengat tarian. Aku rasa agak menarik jugak ah tarian dye. Walaupun tak se gah macam Kpop, tapi nice try lah untuk first single. Ala, lagi pun mende baru kenz. Yang penting, takde lah seburuk 24:7. opss i did it again..






Jadi ni pendapat aku dari segi:


Lagu


Dah nama pun under KRU, mesti lah bercorak KRU. Kalau korang first time dengar pun dah boleh agak lagu ni dikompos oleh adik beradik KRU. Aku harap untuk lagu lagu akan datang, kurangkan lah sikit klon KRU tuh. Tak pun hire komposer laen ke. Aku bagi 5/10. Takdelah suka sangat dan takdelah tak suka sangat. Setakat nak dengar tuh takdelah la sampai bernanah telinga.






Tarian/Choreo


Aku rasa kalau dyeols banyak praktis mesti lagi kemas. choreo takdelah gempak mana, tapi best dan energetic woooo. Boleh bagi improvement lagi pada koreografi tuh. hehe. 7/10.


Energy


Aku suka tengok group ni. Sebab masa dyeorang perform live, tak tercungap cungap dan vokal maintain wooo.. Ingat senang ke joget sambil nyanyi? Kpop groups pun banyak miming kut masa live. Kalau tak miming pun, suara kekadang ke laut. Haha. Jadi aku agak berbangga lah disitu. 9/10




Untuk sesuatu yang baru dan tak secincai dari percubaan sebelum ni, aku bagi 10/10!!! C'mon la peeps, takkan sepanjang zaman asyik nak ulang kolesksi rock leleh Spoon Spin Spring je, bagi lah peluang kat mereka. Create new era in Malaysia music industry la guys!


errrr..excessive makeup.

Tuesday, June 28, 2011

harapan

Assalamualaikum w.b.t.


Harapan aku cuma


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku tak tulis sesuatu yang bila aku baca balik 10, 20 tahun akan datang akan membuatkan aku mengeluarkan ayat dan melakukan perbuatan seperti;




"YA ALLAH!!APA YANG KAU TULIS NI AIN!!"




atau


"WHY I WROTE THESE CRAPS?!"


atau


"MALUNYER AKUH!!"


atau


.....berdarah mata tengok entries sendiri.....




atau



tutup account blogger




Jadi, untuk itu, aku harap korang dapat bersabar dengan aku yang jarang update ni sebab aku nak hasilkan sesuatu yang insyaAllah takkan buat aku malu nak baca semula pada masa akan datang. Biar lambat, asal berkualiti. Trimas atas kerjasama dan kesabaran korang sebab tak unfollow aku.. Trimas trimas trimas!!!



Sunday, June 19, 2011

mengaku takde dara?no hal je....

Assalamualaikum w.b.t. Aku tau, aku agak lambat untuk berita macam ni. Maksud aku, banyak berita aku kena amek tahu selain cerita ni, contohnya berita demonstrasi pihak pembangkang di ibu kota, respon datuk datuk yang pro BN terhadap demonstrasi pihak pembangkang, kesan buruk demonstrasi besar besaran pihak pembangkang, dan yang sewaktu dengannya. Jadi, mana ade masa nak amek tau pasal berita hot yang aku baru dapat tahu tuh beb??!!


Baiklah, aku mengaku, aku 'senyapkan' diri dari dunia blogger skejap. Nvm. Baru tadi aku bukak blog terfaktab dan baru aku dapat tahu pasal berita itu. Maaflah, bunyi macam berita sensasi dari website Oh! Artis atau Beutiful Nara, tapi sebenarnya, tak pun kalau nak banding dengan dunia hiburan. Erk.. Yeke tak?


dari dulu konsep artis berbikini tepi kolam mesti ade

orang kampung macam aku je letak gambar artis pergi clubbing.haha


Tapi bagi orang Islam konservatif macam aku atau kalau budak budak metropolitan yang urban panggil , 'kampung' macam aku ni memang la mende ni hal yang besar,, BESAR beb!! Maksud aku, budak yang baru akhil baligh boleh ngaku terang terangan dalam blog yang dye dah takde dara sebab penah main dengan bf dye yang mungkin lambat sikit akhil baligh dari dye...! BUDAK!! Faham tak BUDAK!! Jadi perkara tuh memang a BIG deal bagi aku.


Aku taktau la camne dye boleh berfikiran terbuka sangat sampai mende camtu pun dye boleh bagitau terang terangan. Maksud aku, kalau letak kat blog, bukan stakat orang yang kau tak kenal, mak kau bapak kau jiran kau cikgu kau berkemungkinan akan bukak since blog kau berkonsepkan terbuka. Dah tuh terang terangan dalam blog letak plak gambor muke kau setepek, kalau display gambor Lindsay Lohan ke Hannah Montana ke takde la orang tau.. 


courtesy to Adinda Evans' .klik kalau rasa nak naikkan traffic dia.


Kang aku cakap bodoh, takut aku kawen ngan abang kau, yang aku bodohkan tu jugak la jadi adek ipar aku. Ape pun tak boleh (2X)!! 


Aku yakin mende ni patut dipandang serius. Cuba kita reflect balik, sebelum sebelum ni, couple, yang  pegang tangan pun dah dipandang serong. Tapi lama kelamaan orang mula buat adjustment, dan mula set dalam kepala otak masing masing, setakat pegang tangan tu no hal lah! Tu benda wajib lah! Tak titanic la kalau tak pegang tangan! ... Dan lihat balik apa jadi skang akibat adjustment yang awal2 kita buat, even skang taktau dosa haram kalau pegang tangan, perkataan dosa bila pegang pegang dah jadi sejarah, mak bapak pun kalau tengok anak pompuan bawak balik bf ke kampung sambil berjinjing tangan boleh tersenyum riang.


Dan cuba bayang, cuba bayang kalau sekali lagi kita buat adjustment mind setting kita terhadap mende mende yang dianggap konservatif, kita set kan minda kita sekali lagi dengan 'it's okay if you are not a virgin anymore, coz who cares?' Dan tengok macam mana mende tuh ubah negara kita dari negara Islam yang dicanang canangkan ke negara Islam yang tapi serupa kafir. Amerika la katakan. Mungkin masa tu a muslim youth Facebooker akan keluarkan status berbaur "Hey guys, I'm not a virgin nmore since yesterday!!Its rock u guys!!" ...Jelik kan? Tapi tu la kuasa mind setting..


Jadi, aku sarankan, kerajaan mahupun pihak pembangkang, apa kata jangan saling berbalah dan terus nak cari kesilapan masing masing yang kadang kadang dibuat buat tuh. Apakata, kita betulkan dulu, mende yang 'remeh' ni, dan tinggalkan sebentar perkara yang 'besar' yang selalu korang debatkan dalam parlimen tuh. Kalau perhimpunan besar besaran tuh dijangka boleh menimbulkan kekecohan dalam jangka masa pendek, mende remeh ni dijangkakan akan menimbulkan kekecohan dalam jangka masa panjang. Wallahualam.


Btw, aku dapat pengajaran dari tagline(?) dalam post budak tu. Pengajaran berbaur begini; 


bia orang nak pandang hina kat kita. asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)


Maruah diri?Good(?) point.


nota kuku: 
kalau nak cari budak tuh, cari sendiri ah. Pastu kalau nak nasihat ke hape ke avatar jangan pakai ko tengah kiss pipi b/gf ko, buat stok gelak budak tuh jek. taknak susah jadi anon je,tapi tak femes la. Takyah la nasihat sampai keluar hadis ke hape,budak macam tu bukan amek port. okebabai.