Assalamualaikum w.b.t. Pernah tak dalam sesuatu masa, wujud konflik dalam diri korang contohnya macam, "eh,kenapa budak tuh pandang aku lain macam, huduh sangat ke aku ni" atau tengah tengah lepak ngan rerakan, tetiba korang kena kutukan ringan sedas tapi korang amek mende tu serius?
Assalamaulaikum w.b.t. Kalau sebelum ni Max 24:7 dan Gula Gula menghilangkan selera dan harapan aku terhadap Mpop, tapi dengan kemunculan anak buah KRU, V.I.P, sedikit sebanyak kepercayaan aku terhadap Mpop bertambah kembali.
Introduction to V.I.P. Fadlan tuh handsome wooo..haha
Siapa dan apa itu V.I.P? V.I.P iaitu Versatility in Performance adalah kumpulan pop dibawah syarikat KRU dan AicoProduction dianggotai oleh Adam, Fadlan, Marlon, Ryan, dan Yandy. Mula mula aku dengar lagu dyeols dalam radio jek, 'Lagu Sedih'. Masa aku dengar tuh aku dah agak, dengar rentak je dah tau tuh lagu KRU. Jadi, aku takde lah nak amek port sangat sebab aku bukanlah peminat tegar KRU.
Tapi taktau lah kenapa gatai sangat tangan tekan keyboard and search V.I.P 'LAGU SEDIH' ni. Genre dan konsepnye, well, korang awal awal lagi tahu, opkos lah pop dan penuh dengat tarian. Aku rasa agak menarik jugak ah tarian dye. Walaupun tak se gah macam Kpop, tapi nice try lah untuk first single. Ala, lagi pun mende baru kenz. Yang penting, takde lah seburuk 24:7. opss i did it again..
Jadi ni pendapat aku dari segi:
Lagu
Dah nama pun under KRU, mesti lah bercorak KRU. Kalau korang first time dengar pun dah boleh agak lagu ni dikompos oleh adik beradik KRU. Aku harap untuk lagu lagu akan datang, kurangkan lah sikit klon KRU tuh. Tak pun hire komposer laen ke. Aku bagi 5/10. Takdelah suka sangat dan takdelah tak suka sangat. Setakat nak dengar tuh takdelah la sampai bernanah telinga.
Tarian/Choreo
Aku rasa kalau dyeols banyak praktis mesti lagi kemas. choreo takdelah gempak mana, tapi best dan energetic woooo. Boleh bagi improvement lagi pada koreografi tuh. hehe. 7/10.
Energy
Aku suka tengok group ni. Sebab masa dyeorang perform live, tak tercungap cungap dan vokal maintain wooo.. Ingat senang ke joget sambil nyanyi? Kpop groups pun banyak miming kut masa live. Kalau tak miming pun, suara kekadang ke laut. Haha. Jadi aku agak berbangga lah disitu. 9/10
Untuk sesuatu yang baru dan tak secincai dari percubaan sebelum ni, aku bagi 10/10!!! C'mon la peeps, takkan sepanjang zaman asyik nak ulang kolesksi rock leleh Spoon Spin Spring je, bagi lah peluang kat mereka. Create new era in Malaysia music industry la guys!
aku tak tulis sesuatu yang bila aku baca balik 10, 20 tahun akan datang akan membuatkan aku mengeluarkan ayat dan melakukan perbuatan seperti;
"YA ALLAH!!APA YANG KAU TULIS NI AIN!!"
atau
"WHY I WROTE THESE CRAPS?!"
atau
"MALUNYER AKUH!!"
atau
.....berdarah mata tengok entries sendiri.....
atau
tutup account blogger
Jadi, untuk itu, aku harap korang dapat bersabar dengan aku yang jarang update ni sebab aku nak hasilkan sesuatu yang insyaAllah takkan buat aku malu nak baca semula pada masa akan datang. Biar lambat, asal berkualiti. Trimas atas kerjasama dan kesabaran korang sebab tak unfollow aku.. Trimas trimas trimas!!!
Assalamualaikum w.b.t. Aku tau, aku agak lambat untuk berita macam ni. Maksud aku, banyak berita aku kena amek tahu selain cerita ni, contohnya berita demonstrasi pihak pembangkang di ibu kota, respon datuk datuk yang pro BN terhadap demonstrasi pihak pembangkang, kesan buruk demonstrasi besar besaran pihak pembangkang, dan yang sewaktu dengannya. Jadi, mana ade masa nak amek tau pasal berita hot yang aku baru dapat tahu tuh beb??!!
Baiklah, aku mengaku, aku 'senyapkan' diri dari dunia blogger skejap. Nvm. Baru tadi aku bukak blog terfaktab dan baru aku dapat tahu pasal berita itu. Maaflah, bunyi macam berita sensasi dari website Oh! Artis atau Beutiful Nara, tapi sebenarnya, tak pun kalau nak banding dengan dunia hiburan. Erk.. Yeke tak?
dari dulu konsep artis berbikini tepi kolam mesti ade
orang kampung macam aku je letak gambar artis pergi clubbing.haha
Tapi bagi orang Islam konservatif macam aku atau kalau budak budak metropolitan yang urban panggil , 'kampung' macam aku ni memang la mende ni hal yang besar,, BESAR beb!! Maksud aku, budak yang baru akhil baligh boleh ngaku terang terangan dalam blog yang dye dah takde dara sebab penah main dengan bf dye yang mungkin lambat sikit akhil baligh dari dye...! BUDAK!! Faham tak BUDAK!! Jadi perkara tuh memang a BIG deal bagi aku.
Aku taktau la camne dye boleh berfikiran terbuka sangat sampai mende camtu pun dye boleh bagitau terang terangan. Maksud aku, kalau letak kat blog, bukan stakat orang yang kau tak kenal, mak kau bapak kau jiran kau cikgu kau berkemungkinan akan bukak since blog kau berkonsepkan terbuka. Dah tuh terang terangan dalam blog letak plak gambor muke kau setepek, kalau display gambor Lindsay Lohan ke Hannah Montana ke takde la orang tau..
courtesy toAdinda Evans' .klik kalau rasa nak naikkan traffic dia.
Kang aku cakap bodoh, takut aku kawen ngan abang kau, yang aku bodohkan tu jugak la jadi adek ipar aku. Ape pun tak boleh (2X)!!
Aku yakin mende ni patut dipandang serius. Cuba kita reflect balik, sebelum sebelum ni, couple, yang pegang tangan pun dah dipandang serong. Tapi lama kelamaan orang mula buat adjustment, dan mula set dalam kepala otak masing masing, setakat pegang tangan tu no hal lah! Tu benda wajib lah! Tak titanic la kalau tak pegang tangan! ... Dan lihat balik apa jadi skang akibat adjustment yang awal2 kita buat, even skang taktau dosa haram kalau pegang tangan, perkataan dosa bila pegang pegang dah jadi sejarah, mak bapak pun kalau tengok anak pompuan bawak balik bf ke kampung sambil berjinjing tangan boleh tersenyum riang.
Dan cuba bayang, cuba bayang kalau sekali lagi kita buat adjustment mind setting kita terhadap mende mende yang dianggap konservatif, kita set kan minda kita sekali lagi dengan 'it's okay if you are not a virgin anymore, coz who cares?' Dan tengok macam mana mende tuh ubah negara kita dari negara Islam yang dicanang canangkan ke negara Islam yang tapi serupa kafir. Amerika la katakan. Mungkin masa tu a muslim youth Facebooker akan keluarkan status berbaur "Hey guys, I'm not a virgin nmore since yesterday!!Its rock u guys!!" ...Jelik kan? Tapi tu la kuasa mind setting..
Jadi, aku sarankan, kerajaan mahupun pihak pembangkang, apa kata jangan saling berbalah dan terus nak cari kesilapan masing masing yang kadang kadang dibuat buat tuh. Apakata, kita betulkan dulu, mende yang 'remeh' ni, dan tinggalkan sebentar perkara yang 'besar' yang selalu korang debatkan dalam parlimen tuh. Kalau perhimpunan besar besaran tuh dijangka boleh menimbulkan kekecohan dalam jangka masa pendek, mende remeh ni dijangkakan akan menimbulkan kekecohan dalam jangka masa panjang. Wallahualam.
Btw, aku dapat pengajaran dari tagline(?) dalam post budak tu. Pengajaran berbaur begini;
bia orang nak pandang hina kat kita. asalkan kitaade MARUAH DIRI ! thankyou :)
Maruah diri?Good(?) point.
nota kuku: kalau nak cari budak tuh, cari sendiri ah. Pastu kalau nak nasihat ke hape ke avatar jangan pakai ko tengah kiss pipi b/gf ko, buat stok gelak budak tuh jek. taknak susah jadi anon je,tapi tak femes la. Takyah la nasihat sampai keluar hadis ke hape,budak macam tu bukan amek port. okebabai.
Assalamualaikum w.b.t. Tapi petang baru lepas jumpa 2 rakan terbaek Si Peah dan Semoh. Terlanjur bersama mereka, topik yang kami bincangkan termasuk Kpop Malaysia ataupun lebih sedap didengar sebagai Mpop (Malay Pop).. Dua kumpulan yang terjebak dengan Korea wave (hallyu) ni termasuk Gula Gula (girl group) dan Max 24:7 (boy group). Sedap juga la kutuk depa sebakul, sebab aku penah tengok gambar photoshoot Max 24:7 tu. Dan ia agak menggelikan usus perut.
suju Malaysia?
you need chinese/korean look to be Kpop.Muka Jawa?Out.
Are you for real? It's Wayyy too far..Surat khabar yang penuh kegebangan.
Tapi setelah difikirkan balik, kenapa perlu aku kutuk depa, sedangkan aku belum tengok performance mereka? So, aku mengambil inisiatif untuk mencari video mereka di youtube. Cari punya cari dan aku jumpa ini:
gula gula
dan ini:
Max 24:7
Setelah dilihat dari sudut tarian, nyanyian, lagu, attitude, aku mampu cakap: Just go home and practice, a lots of practice.. Aku takde masalah pasal nak tiru kpop ke apa, sebab kalau nak bilang mende ape yang kite tak tiru sebelum ni dari segi muzik, sikit, yang betul asli asal dari Malaysia, keroncong, zapin, makyong, dan beberapa lagi yang mungkin tidak mampu diterima remaja masa kini, yang laen macam hiphop, rap, boy band, rock band, jazz, etc semua diterap dari budaya luar, jadi kalau korang nak gebang lebat pasal dyeorang tiru kpop adalah sesuatu diluar tabii, i'm gonna say, i don't give a damn, guys, aunts, fat guy with a long beard over there.. Sebab kite dah terbiasa dengan budaya copy paste.
aww..aren't they adorable? kekeke
to be Kpop you must be super skinny.sigh~~
manly or gayly?huhu.
Tapi apa yang aku tak sokong adalah kegelabahan untuk meniru. Maksud aku, kalau nak buat sesuatu tu, buat dengan betul, bukan main taram je. Dah kena kondem selori padan muka. Takde lah, kalau betul nak tiru kpop, tiru betul betul, tiru cara diaorang training, audition, choreography. Kau ingat dyeorang audition hari ni, bulan depan terus debut? No wayyy.. Sebab dyeorang dah fikir pasal mutu. Itu baru professional. Ni tak, mentang mentang korean wave (hallyu) melanda hebat kat Malaysia, ingat boleh terus naik dan diterima macam groups Korean diluar sana..? Really, are u kiddin me??
yang baju biru ditengah tu menarik kalbu. NickKhun~~
FYI, untuk sesebuah korean group tuh ditubuhkan memakan masa yang agak lama, dalam bertahun, contoh macam SM Entertaiment buat, satu nama yang gah dalam industri muzik korea. Mereka akan start cari bakal group kpop yang mereka nak hasilkan ni bertahun tahun sebelum group tu ditubuhkan, macam yang pernah aku tengok, nama nama besar macam Yoona, Seo Hyun, Kibum, Micky yang bawah SM, dyeorang start audition dalam lingkungan umur dyeorang 10-15 tahun, lepas pass audition, dyeorang jadi trainee under SM dan dilatih dalam masa 2 tahun ke atas sebelum dyeorang debut. Jadi, disitu kualiti dihasilkan.
Aku tak menolak sebuah Mpop group yang hebat tertarik cun mutu keunggulan dan setaraf dengan Kpop akan terhasil di Malaysia. Dan aku gembira mengalu alukannya, since we love everything about korea. Tapi, tolonglah berlatih dulu betul betul, jangan rakus sangat, kami cuma mahukan mutu. Pleasee..
tidak mustahil untuk menjadi seperti mereka
Tak mustahil Amir Raja Lawak akan menjadi sangat lawak dan popular setelah semakin matang, begitu juga dengan tidak mustahil the first ever Mpop akan muncul dan mendapat sambutan hebat di Malaysia.
muka yang mampu menyejukkan isi perut.Mungkin Amir wave satu hari nanti?
p/s: aku rasa kawaii stuff ni asal dari Jepun, tapi Korea tiru. So? Takde masalah pun dengan tiru meniru ni.
Assalamualaikum w.b.t. Yehhuuuu, hari ni hari ibu. Walaupun belum menjadi ibu, tapi aku ade reason untuk meraikan hari ibu ni sebab alhamdullilah, aku masih ada ibu.
Kita tak mempunyai sebab untuk tidak mencintai ibu kita. Yelah, takkan la untuk menyayangi ibu korang, orang yang paling dekat ngan korang, korang tengok penampilan dye, atau intelektual dye. Takkan la sebab mak kau takde rupa macam Megan Fox, kau terus reject dye sebagai seorang ibu, atau suara dye tak semerdu Britney Spears kau taknak ngaku dye sebagai ibu, mahupun citarasa terhadap fesyen tidak sehebat Lady Gaga kau break hubungan dengan dye?
Kau patut hargai ibu dan waktu yang sesuai adalah pada hari ibu sebab waktu tu kau ada reason untuk tunjukkan penghargaan ataupun tidak mahu dicop 'buang tebiat' kalau bagi kad pada hari hari biasa. Walaupun mungkin mak kau tak macam aweks/pakwes kau yang sebok ngendeng ngendeng mintak hadiah bunga itu ini waktu hari kekasih walaupun jasa mereka tak seinci pun boleh menandingi jasa mak kau, ataupun mungkin mak kau sendiri tak tahu bila jatuh hari ibu, tapi sebagai anak kita patut tunjukkan penghargaan sempena hari ibu, walaupun mende tuh tak wajib.Ibu tak kompleks sangat, kadang kadang sebaris ucapan penghargaan dan kasih sayang yang kau coretkan pun dah cukup membuatkan ibu bahagia.
Tunjuk penghargaan atas segala penat lelah mereka melahirkan kita. Dah la tu, lepas melahirkan, kena pulak galas tanggungjawab lain, masakkan, jagakan, belikan pakaian, mendidik, membebel menasihati (tugas paling berat woo), dan kalau ada yang lagi dramatik, bukak day care free untuk jaga cucu, jagakan rumah anak tanpa gaji, phewww. Betapa penatnya menjadi ibu, tapi mereka jarang sekali mengeluh. Aku ingat lagi, aku tanya mak aku, best tak jadi suri rumah, mak aku tak mengeluh, malah dye bangga menjawab, walaupun penat, tapi seronok.
Jadi disini aku ingin mengucapkan selamat hari ibu, ibu!! You are the best mom in the whole world (cheh,ayat cliche seorang anak yang hanya mampu diucapkan dalam penulisan). Ouh, and Happy Mother's Day jugaklah kepada semua mak, ummi, ibu, mek, mami, amma, mama, omma, dll. THANKS MOMS FOR BEING OUR 'SUPERMOMS'.