Monday, February 7, 2011

countdown for "hari berkasih-kasih"??ROFL

Assalamualaikum w.b.t. "Hari berkasih-kasih"? Mungkin bagi korang yang agak lurus dan tak dapat tangkap atau mungkin tak perasan, tak lama lagi hari kekasih datang lagi! Ye, hari dimana bakal keluar artikel seperti "sebanyak pom pam pom pam pasangan dicekup di hotel bla bla bla", atau "gadis dirogol kekasih selepas meraikan valentine pertama mereka" atau lebih tragis "remaja hilang teruna diperkosa gadis", what a world. Oke, aku tak  mau cakap pasal kenapa valentine tidak patut disambut oleh umat Islam sebab akan datang korang akan dihadap dengan post post atau lambakan status hujah hujah dalam FB korang. Atau mungkin juga perang tweet antara pihak yang meraikan Valentine dengan yang tidak.




Apa yang aku nak tekankan disini, apa relevannya meraikan Valentine? Untuk meraikan kekasih korang? Tidak bagi aku. Adakah korang hanya memberi hadiah yang spesel kepada kekasih korang hanya pada hari kekasih? Neah, jangan bohong la yang setuju dalam hati tuh. Habis kalau kekasih korang suruh beli ini itu pada hujung minggu 29 Januari haritu, korang tak beli la? Habis yang duk perabih duit time burfday, time kekasih dapat CGPA cambes, time kekasih naik pangkat, tuh bukan spesel?




Atau adakah hanya pada Valentine saja korang buat benda benda cambest cam candylight dinner atau menonton wayang kegemaran korang atau picnic? Aku rasa tak, sebab benda benda ni aku boleh tengok dilakukan oleh pasangan kekasih pada hari hari biasa. Jadi apa yang membuatkan Valentine ni sangat istimewa? Kerana namanya? Kerana tarikhnya? Kerana korang rasa kalau buat apa apa pada hari Valentine, semuanya romantik? Uwekkk.


Adakah hanya pada hari Valentine, ramai gadis hilang kesucian? Sebab merasakan hari itu adalah hari yang "remarkable" untuk memberi "sesuatu" yang sangat berharga kepada kekasih hati? Tak, sebab nafsu pasangan kekasih tidak hanya membuak buak pada hari kekasih, malah pada hari yang biasa biasa, mende ni tetap boleh berlaku. Manusia yang lemah iman dikawal oleh nafsu, tetapi nafsu tidak boleh dikawal oleh manusia yang lemah iman. Nafsu tak boleh diarah untuk hanya dilempiaskan pada hari kekasih sahaja. 




Jadi berita tentang hari Valentine paling ramai pasangan mengawan tidak boleh dipakai 100%, sebab secara fakta, manusia mengawan setiap hari. Cuma mende ini dipanaskan, sebab hari itu adalah hari spesel, dan penguatkuasa jabatan agama beroperasi besar besaran pada hari itu. Cuba kalau hari hari biasa pun buat operasi besar besaran,mesti banyak gak kan kes.


Kenapa hari kekasih dianggap penting pada mata korang? Nak tau sebab apa? Sebab mende ni terlalu digembar gemburkan oleh media. Macam majalah, tengoklah nanti, adalah edisi Valentine, tips kekasih, tips tempat romantik harus pergi, pum pam pum pam. Padahal tips tuh dah berapa kali dyeorang recycle, cuma edit sana situ. Padahal sebelum Valentine banyak je tips kekasih berkasih ni, tapi ia jadi hot tips masa Valentine. Lepas tuh cara nak tarik orang adalah dengan buat cover depan paling romantik didunia. LMAO.


Pastu nanti adalah tayang cerita romantik 24/7 kat mana mana channel TV, macam selama ni cerita romantik tak ditayangkan. Urghh.


Atau mana mana pihak yang sengaja memperbesarkan hari kekasih ini dengan mempromosikan produk atau sesuatu yang takde pada hari hari biasa, contohnya set makan malam pasangan kekasih, atau atau mee goreng yang dihidangkan dalam pinggan berbentuk hati. Well,ini adalah taktik perniagaan. Memandangkan hari itu dianggap istimewa, jadi ramai pasangan tak kisah untuk perabis duit khas untuk hari itu. Last last siapa yang untung? Korang? Neahhhh. Apa? Untuk kepuasan korang? Tengoklah berapa lama korang puas.




Konklusi yang aku boleh buat, setiap hari adalah hari kekasih, setiap hari adalah hari untuk disayangi, tak payah nak konon konon "sambut" hari spesel tuh. Sebab kalau korang perasan, even korang makan kat gerai tepi jalan pada hari hari yang biasa ngan pasangan korang, itu pun dah cukup spesel. Yang penting, jadikan hubungan korang lots of love, bukan lots of lust. teehee~~






Okelah, nak dengar lagu Indigo-Istimewa. Memang terasa istimewa walaupun untuk orang macam aku yang menyendiri bukan saja pada hari kekasih, tetapi juga pada hari hari biasa. It's not pathetic okay!

p/s:pada yang nak sangat sambut Valentine's day tuh, wish u lots of luck, sebab Valentine's day jatuh pada hari  Isnin. Nak buat apa? Postpone? Nanti tak spesel la sebab bukan 14 February.  ROFL. 

2 comments:

  1. sekuntum bunga pun mahal hari tu.
    zaman remaja riang ria dulu teruja gak sekarang tak.sebab tarikh bermakna saya mungkin jatuh pada 24@25 disember.bukan 14 februari.

    ReplyDelete
  2. haah,,betul la tuh..tu la taktik perniagaan,..macam2 manusia,,mungkin jatuh???erm..hehe

    ReplyDelete

peninggal komen: