Wednesday, February 16, 2011

saya tak nak beli pun anak mak cik tu

Assalamualaikum w.b.t. Manusia stereotaip kan? Perangai kita ada yang sama sebenarnya tanpa mengira kaum. Yang aku nak tekankan dalam entri ni adalah kisah jaja anak. Mungkin ramai yang kata orang Melayu kuat jaja kelebihan anak itu ini. Tapi korang tau tak? Mende ni bukan setakat menular dikalangan orang Melayu je, tapi kaum lain pun buat gak mende ni. Tapi ada korang nampak? Yang korang nampak kaum kita entah apa apa itu ini, kaum lain didik anak bagus, rajin buat duit, pandai. Oke, mungkin ada benarnya kalau tengok dari sudut ekonomi kita. Oke sudah.


Tapi kita ada nampak, yang sesetengah perangai buruk yang kita rasa hanya mak bapak kaum Melayu je yang buat, tapi mak bapak kaum lain pun buat jugak. Dan berbalik kepada tajuk yang tertera, aku nak diskus tentang makcik menjaja anak yang perfek. Ye, saya tahu, tak salah nak bangga dengan kelebihan anak masing masing. No hal, tak kena saman pun nak berbangga bangga. Tapi biarlah berpada pada jangan sampai buat orang lain naik muak. Kalau anak masuk Universiti kat Amerika ke ape ke, aku respekla gak. Ni nak bangga pasal anak dye la ratu cantik kat kampung sekian sekian. 




Mana taknya, sebagai contoh, pegi rewang dok citer pasal anak dye kena ngorat la, anak dye kapel ngan drebar kapal terbang. Simpan ketat ketat sudah cerita tuh, buat santapan kisah di meja makan sewaktu dinner sekeluarga. Ni duk citer masa rewang pekes? Nak bagi makcikz lain jeles, oke, mungkin ada terdetik dihati perasaan jeles, tapi selebihnya takut jadi bahan umpatan saudara sesama Islam je.


i can feel the hotness. kaulah ratu!


Manusia. Biasalah, tak lekang dari gossip, nak nak kalau yang dengar masa tuh musuh ketat yang ada anak dara naib ratu kampung, apalagi, bukan setakat gossip, takut fitnah ditabur, manusia, bagai ragam, aku yang baru setat nak makan garam ni pun dah mulai kenal sedikit demi sedikit ragam manusia, dan yeah, drama tv3 yang ko hadap tuh memang realiti. Contoh dialog makcik jaja anak yang boleh buat anda mual; 


(caution: this dialog may cause nausea and several symptoms such as heart burn)


Mak Mah: Tak ke pasor kau Pah?
Cik Pah Janda Meletops: Belom lagi, nunggu si Melor ni hah nak ajok ke pasor.
Mak Mah: Dah ngapenye ko nak bawak si Melor tuh skali? Mai la numpang vespa aku ni, kita pi sekali.
Cik Pah Janda Meletops: Aku ni kalau ke pasor memang bawak anak dara aku skalik, boleh la dapat diskaun 50% harga ikan, almaklumlah, anak dara aku cantik, dia kenyit kenyit mata sket,  dapatlah harga murah nanti.
Mak Mah: Herm, aku pegi dulu le kalau gitu ye! (cheh, ingat lawo sangat la anak dara dye tuh, hak tuihh! tuh la kalau manusia berpikiran tak globalisasi)




The truth is, dialog tuh memang benar, tapi telah diubahsuai dan nama tuh bukan nama sebenar. Amacam? Hebat tak makcik tuh punya strategi jaja kelebihan anak? Ye, orang macam ni lah yang kita nak jana. Pandai menggunakan kelebihan anak. I loike. Tapi apa kata orang sekeliling? Arghhh, persetankan itu. Janji anak aku yang terbaik! Apa orang nak cakap belakang kira, mereka jeles tuh. 


Tapi, kita hidup bermasyarakat. Kena jaga hati dan perasaan setiap orang. Lain la kalau ko tuh sekeluarga Tarzan, memang kaulah yang terbaik dalam masyarakat kelompok hutan. Tapi kita harus sadar, manusia tak lari dari sifat cemburu, seyakin manakah cerita pum pam pum pam pasal anak tuh tak menyakitkan hati manusia. Mungkin ada manusia yang boleh bear with it, atau buat donno je sebab dah lama hidup bermasyarakat ngan dye, tapi ramaikah yang sebegitu? Sebab mengikut teori aku, semakin lama kita hidup bersama, semakin banyak mende yang buruk yang kita nampak. Jadi, adakah setelah mengetahui perangai masing masing anda boleh elak dari perasaan panas hati?


Jadi, silalah kurangkan aktiviti menjaja anak demi menjaga ukhuwah sesama insan, dan demi untuk mengurangkan bahan umpatan. Tak kisah, kalau anda nak beritahu semua orang dengan mengadakan majlis kesyukuran meraikan anak diterima ke Harvard atau ke Giatmara. Tapi mende yang anda nak bangga banggakan pasal anak anda tuh biarlah berpada pada, jangan pulak dicop sebagai ibu bapa over sebab berbangga bangga dengan kecantikan anak anda contohnya, sebab, sekalipun anak anda ratu dikampung, tak semestinya keluar dari kampung, dye jugalah ratu. 


Sekian, bicari semanis kurma dari saya. Saya suwet kan menulis ini? Jaja la pasal saya pulak! Ahakz!


pesanan dari abang ikan:


ikan, ikan! sekilo 5 riya, adik hop manis abe kasi sekilo 2 riya stengoh, diskaun 50 persen!

No comments:

Post a Comment

peninggal komen: