Tuesday, April 19, 2011

It's not that i'm being too picky,it's just i want a perfect muslim husband

Assalamualaikum w.b.t. Yeah, jangan salah sangka, walaupun tajuk entri adalah dalam bahasa inggeris, ia hanya gimik, atau bak kata Dayah sahabat sekuliah,koENG(koya England). Terpanggil untuk menulis entri ini adalah berkenaan dengan status aku. (aku sendiri pun annoyed)




Oh, sekali lagi, tak habis habis pasal status. Oke masyarakat sedia tahu bahawa aku single dari dulu sampai sekarang dan seperti terlekat perkataan single di atas dahi aku ni ha sampai kalau jumpa boleh agak status aku. Kadang kadang agak merimaskan bila perkataan yang orang slalu tujukan kat aku bila dapat tahu aku single adalah; MEMILIH. Kadang rasa macam pandangan yang diberikan kat aku "senang je kot nak kaple cari kat internet ke buat buat salah nombor ke. memilih bajet bagus!"


love is not a gamble


I mean hello... Cari kat internet? Buat buat salah nombor? Btw, tujuan aku untuk memulakan satu hubungan bukan untuk suka suka. Atau buang masa, atau sebagai memenuhi kehendak hormon remaja aku. Maaf, pemikiran aku bukan macam tu, pemikiran aku konservatif, pemikiran aku kolot, tapi sekurang kurangnya aku ada pendirian, Alhamdullillah, pendirian yang masih tegak berdiri dengan kukuhnya. Alhamdullillah, Allah masih sayang aku.


Aku tak memilih, bukan aku nak gebang besar punyer, tapi dari segi muka, latarbelakang, pelajaran, bla bla bla,i don't give sh** on it. Sebab mende tuh tak menjanjikan kebahagian dunia akhirat pun. Cakap macam ayat dalam buku kan? Memang, kita akan tertarik dengan faktor faktor kat atas, dah nama pun manusia, sapa tak suka tengok jejaka kachak, awek gebu, kereta sport Ferrari, Lisa Surihani, 2PM Nichkhun. Aku akui, aku pun suka. Tapi suka lain dengan cinta. Cinta tu lahir dari perasaan, suka pulak lahir dari pandangan.




Aku cuma nak suami aku betul betul muslim, bukan muslim atas faktor keturunan, sebab diberanakkan sebagai muslim, sebab K/P tulis Islam menunjukkan kau muslim, atau sebab kau bersunat macam orang muslim. Tapi perfect muslim. Sekurang kurangnya yang sudi membetulkan aku kalau aku ada buat salah, cuba bayangkan aku yang sedia berbengkak bengkok jalannya kalau dapat suami fake muslim, aku rasa boleh jadi roller coaster dah pusing 360 darjah.






I mean, kau nak ke kahwin dengan orang yang tak boleh imamkan kau? Orang yang tak boleh ajar kau atau anak kau mengaji, orang yang tak reti nak azankan/iqamat anak sendiri, orang yang bangga menunjukkan aset kau dikhalayak ramai sedangkan kau milik tatapan dia sorang? How pathetic kan? Aku rasa knowledge sorang bakal suami masih belum cukup setakat belajar menjadi jujur, atau belajar menjadi suami/bapa yang baik kalau dye belum khatam ILMU AGAMA, itu adalah teras seteras terasnya bagi bakal pemimpin rumahtangga. Bukan nak suruh sampai kaji kitab kitab, cuma sekurang kurangnya ada ilmu yang wajib tau bagi seorang muslim.







Sape kata perfect muslim husband hanya datang dari pelajar SMA? Atau pelajar fakulti Usuluddin dan Syari'ah di Al Azhar? Oke, mungkin itu adalah bonus bagi mereka sebab memang dah sah sah belajar mendalami agama. Tapi perfect muslim husband boleh datang dari pelbagai latar belakang. Mungkin mereka dulu mat rempit, atau muka paling kerap masuk pejabat guru disiplin, watsoevah! Siapa kesah? Mak cik kepochi yang suka jaja kisah orang je yang kesah. Leave the past in the past. Manusia boleh berubah, malah dalam sekelip mata, malam  ni kau jumpa dye dekat Zouk Club, entah malam esok kau jumpa dye dekat Masjid Jamek Kampung Baru. Jangan menidakkan kuasa Allah. Sebab tuh aku berani cakap, aku tak amek port tentang latarbelakang dye, asalkan in present, dye adalah a perfect muslim husband-to-be.




Macam  mana kalau aku tak amek kesah pasal mende ni? Memang, ada yang dapat hidayah walau same same zero dalam akhlak, tapi hidayah tak datang bergolek. Sebab tu perfect muslim husband penting. Melainkan kau sorang perempuan yang cukup kuat untuk memimbing suami kau. Dah terbalik namanya, sapa yang leader sekarang ni? Macam mana kalau aku tak cukup kuat untuk mende tuh? Biar sama sama tenggelam dengan duniawi walau dah kerepot? Jiwa perempuan lemah beb, sebab tu lelaki lebih berwibawa sebagai leader. Perempuan walau seteguh mana pun kau tengok, last last sekali dalam nak buat keputusan akan refer balek laki dye yang kau nampak macam senyap hopeless tuh.




Mungkin kata korang; "alahh, kapel untuk suka suka kot, bukan serious matter pun, bab cari suami laen, bab cari boyfie laen." . Tak serious bagi kau, tapi bagi aku serious. Sebab aku seboleh bolehnya nak elak dari menjatuhkan air mata aku demi lelaki yang tak layak untuk dapat tu. Aku taknak beri cinta SEPENUHNYA kepada seorang lelaki selagi dye belum ucap "aku terima nikahnya..". Oh, kepada lelaki, sebelum berani nak meminang anak dara orang, perkasakan ilmu agama korang dulu untuk masa depan anak bini korang.






Bercinta itu tidak dilarang dalam Islam. Tapi bercintalah secara halal. =)



No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: