Saturday, April 16, 2011

sejenak bersama senjakala

Assalamualaikum w.b.t. Aku nak ambil sedikit masa yang sepatutnya aku gunakan untuk study sebab aku ada final paper Isnin minggu depan untuk me review sedikit dan tidak banyak tentang filem terbaru yang aku tonton di layar putih iaitu Senjakala. Btw, aku tak rancang dan takde tujuan pun nak tengok movie ni, trailer pun tak tengok. Jadi, bermodalkan poster yang bajet seram serta ketidakinginan menonton movie dokumentasi remaja lelaki Hollywood popular bersuara gadis, aku menggagahkan diri membeli tiket Senjakala. 






Mengambil sedikit iktibar dari kata kata vlogger favorite aku, "tu diaa,Anwaq Hadi!" iaitu kita harus melihat dari sudut positif dan kebaikan yang kita dapat dari movie yang kita tonton daripada melihat sudut negatif dan kerugian yang kita perolehi selepas membaziaqkan wang saku dengan membeli tiket wayang tersebut. Jadi, aku akan bagi kebaikan dan cuba melihat, mengkaji dan memberi komen dari sudut positif.


Antara sudut positif;



  1. Anda sukakan cerita yang bergenre seram, tapi anda adalah seorang yang penakut. Jadi aku sarankan korang tengok cerita ni sebab bagi aku penampilan Kak Limah lagi menakutkan daripada hantus dalam cerita ni.
  2. Sesuai untuk kapel yang nak ambil peluang untuk mendekatkan silaturrahim sesama mereka sebab filem ini diselitkan dengan ramai jeritan perempuan dan sound effect yang over keluar secara mengejut, jadi ini memudahkan perkara perkara seperti "ops saya terpeluk awak" berlaku.
  3. Sesuai bagi orang yang tak sukakan kelainan atau pembaharuan dalam filem hantu melayu tipikal dan mende yang boleh dijangkakan.
  4. Suka filem hantu arahan Ahmad Idham sebelum ini seperti Jangan Pandang Belakang, Momok, Damping Malam, Congkak, dll. Sebab jalan cerita Senjakala satu spesies dengan movies diatas.
  5. Menjamu mata melihat kemontokan tubuh aktress sampingan serta babak lucah murahan.
  6. Menyokong industri tempatan dengan meningkatkan jumlah kutipan tiket wayang lantas membuat pengarah perasan bahawa filem haprak yang dia hasilkan adalah mengikut standard kita. Majulah industri seni untuk negara.
  7. Seperti cerita cerita sebelumnya, Senjakala dapat menguatkan lagi kepercayaan bahawa sangat mudah untuk membuang 'mende alah tuh' dengan hanya menyebut "aku berseru keatas tuhan yang Maha Berkuasa..keluar...bla bla bla..Allahuakhbar!" dan hantu akan hilang.
  8. Sukakan watak Opah yang sinonim dengan pelakon veteran, Ruminah Sidek. Sebab dalam filem ni, Ruminah Sidek tetap tegar melakonkan watak yang sama. Jadi, opah yang sama, cuma bertukar cucu.
  9. Mengalami kesukaran untuk tidur? Menonton Senjakala adalah jawapannya.
hantu yang membuatkan aku tak kering gusi!

Ruminah Sidek the series


Aku rasa tuh je la yang aku boleh komen sedikit sebanyak pasal Senjakala arahan Ahmad Idham ni. Apa apa pun, secara kesuluruhan, aku berharap sangat Ahmad Idham tidak terus mengeluarkan cerita cerita picisan yang dibuat tidak bersungguh sungguh yang kita boleh dapat dalam drama drama tv. Please jangan recycle idea idea penceritaan yang sama. Buat la cerita sekurang kurangnya setaraf dengan movie hantu Thailand macam Nang Nak ke. 



Kanak kanak pun taknak tengok la cerita recycle ni!

4 comments:

  1. Tak best ker???

    Tengok di tv..cam best jer...

    Ahmad Idham tak best sangat jadi pengarah...Tengok anak yusof Haslam...samsul yusoff..Nantikan filem terbarunya...Gengstar Kl...

    ReplyDelete
  2. ala...citernya macam citer2 hantu yang dye pernah buat sbelum ni...bolehlah,setakat nak jadi halwa mata...hehehehe

    ReplyDelete
  3. i like ur statement....mmg berpikiran positif tol.....huhuh.....

    ReplyDelete

Jemput Komen: