Assalamualaikum w.b.t.
Salam memperingati Israk Mikraj.
Just a brief history. Israk dan Mikraj adalah dua buah perjalanan yang ditempuhi baginda Rasulullah s.a.w; bermula dengan Israk iaitu dari Mekah ke Baitul Maqdis (Palestin) diikuti dengan Mikraj iaitu dari Baitul Maqdis naik sehingga tujuh petala langit ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini terjadi dalam tempoh satu malam sahaja.
Fakta ihsan google maps: Jarak antara Mekah ke Palestin adalah sekitar 1400 km!
So, in one night? Hurmm. Kalau ikut logika manusia, memang tak tembus dek akal. Yela, jarak macam tu dalam satu malam? Zaman tu usahkan kapal terbang, kuda merah (Ferrari) pun tak wujud lagi. Onta merah mungkin ada la kot hihi.
Jadi harus ditanamkan di dalam benak fikiran kita bahawa peristiwa ini berlaku bukan pakai logika akal homosapien yang terbatas ni, tapi logika Rabb. Kun Fayakun. Nothing is impossible.
IMAN.
Kisah yang menjentik hati aku tentang peristiwa Israk Mikraj adalah tentang keimanan Abu Bakar r.a sehingga beliau mendapat gelaran as Siddiq; iaitu yang membenarkan.
Andai kita hidup pada zaman itu, apa reaksi yang kita akan bagi jika seseorang bagitau kita yang dia tempuh satu perjalanan yang jauh, tapi dalam masa singkat, dan ke tempat yang takde siapa terbayangkan. Gila! Yup, itulah yang orang-orang Mekah katakan bila Rasulullah s.a.w sampaikan cerita perjalanan baginda.
Diriwayatkan cerita ini sampai ke telinga Abu Bakar r.a bila ada yang mengadu pada beliau "Abu Bakar, sahabat kau dah gila. Ada ke dia kata dia travel dari Mekah ke Palestin semalaman je, dahtu naik tujuh lapis langit. Gila kali itu orang".
Lalu apa jawab Abu Bakar?
"Jika memang itu yang beliau ucapkan, maka benarlah kerana beliau adalah orang yang jujur. Aku membenarkan beliau seandai berita tersebut lebih dari yang kalian khabarkan."
-hadis sahih yang diriwayatkan Aisyah r.a
Bukan kaleng-kaleng beliau punya keimanan terhadap Rasulullah s.a.w. Langsung tak mempertikaikan setiap kata al-Amin.
Jika kita di zaman itu? Agaknya #teamAbuBakar atau #teamAbuJahal gamaknya ye?
Tanya sama hati. Dimana letak paras keimanan kita? Ya, sebagai muslim kita wajib beriman pada rukun yang ditetapkan. Tapi pada tingkat mana keimanan kita? Pada tahap mana kita mengakui dan yakin akan kebesaran Allah s.w.t?
Mampukah kita semantap as Siddiq?
sumber yang diolah:
Ustaz Hanan Attaki
No comments:
Post a Comment
Jemput Komen: