Wednesday, January 5, 2011

idea LELAKI HOT dimata aku

Oke.Tak perlu bebelan,straight to the points.Lelaki yang nampak hot dimata aku:


1.lelaki penyayang
"OMG.Tengok laki tuh,mesranya dye dengan anak jiran dye,pandai betul dye layan budak budak." Percayalah,bila seorang perempuan (yakni aku) berkata begitu,memang tahap ke"panas"an korang meningkat ah.!Perempuan,macam aku memang sukakan pada kelembutan.Jadi bila tengok lelaki yang berhati lembut ni (oke take note berhati lembut,bukan beraksi lembut) memang cair la.Jangan terkejutlah kalau friend request anda meningkat dalam FB/ramai yang follow twitter/blog anda sejurus selepas kejadian korang menolong budak kecil yang terjatuh didepan gadiss.


2.Rajin
Oke,disebabkan aku masih seorang penuntut di IPT,skop aku hanya meluas dikalangan pelajar lelaki yang rajin membuat esaimen.Mungkin bagi kebanyakan lelaki menganggap mereka kurang macho/nerd/tak cool bila dyeorang berjaya siapkan walaupun satu esaimen daripada 8 asaimen yang diberikan,sebagai contoh.Atau mungkin juga lelaki adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan 9akal tetapi 1001 kemalasan untuk menyiapkan esaimen atau report.Percayalah,lelaki yang siapkan kerja dye sememangnya hot kerana korang tak menyusahkan kawan perempuan korang dan tak perlu kehilangan kemacho an gelabah merayu orang meminjamkan esaimen.


3.Ada hubungan baek dengan keluarga
Oke,berdasarkan kata kata akak bilik aku yang dye petik dari sebuah buku H.M Tuah Iskandar,beliau mengatakan bahawa jika seseorang lelaki ade hubungan yang baek dengan keluarganya,insyaAllah lelaki tersebut adalah lelaki yang baik,yang boleh korang harapkan.Memang lelaki tuh nampak hot bila dye dengar cakap ibubapa dye dan dan ade hubungan baek dengan adek beradek dye.Jelas menunjukkan lelaki itu matang.Dan bila matang,lelaki itu serta merta menjadi seorang yang bertanggungjawab dimata perempuan.Bukankah bila seseorang lelaki yang bersedia memikul tanggungjawab sangat macho dan cool dan dan HOT?!..


4.Bukan pokok christmas
Oke,maksud aku tak ade nak gantung gantung atau guna guna hiasan wanita,macam gelang,rantai,etc etc.Taktau kenapa,aku bukan anti,tapi pantang dengan lelaki yang pakai hiasan wanita.Yelah,maksud aku kenapa lelaki harus rasa berminat untuk pakai hiasan wanita?Kenapa?Bukan haram ke bagi lelaki memakai hiasan wanita.Tapi,yang penting lelaki yang pada mulanya hot dimata aku,tapi lepas nampak dye pakai hiasan wanita,terus jatuh saham bertubi tubi,again,di mata aku.(tibe tibe mood "dari kerana mata").


5.Straight
Straight maksud aku disini adalah dari segi orientation.Yelah,adakah selepas kau mengetahui Adam Lambert seorang gay selepas melihat klip video yang seperti you soo gay,make up yang juga seperti you sooo gay,dan cover album yang seperti you sooo gay,anda masih menganggap dye hot?Oke,ketepikan bakat,lontaran suara,bla bla itu.Adakah anda anggap dye hot?Mungkin anda anggap dye hot.Tapi bukan saya.Biarlah se metroseksual manapun lelaki itu,tapi kalau orientation cacat,sertamerta dye tidak hot bagi saya.


6.Matang dalam perhubungan
Nak cakap aku banyak pengalaman dalam hubungan opposite sex ni tak juga.Tapi ni hanya pandangan aku.Aku rasa lelaki tuh sangat hot dan matang bila dye matang dalam hubungan.Maksud matang kat sini adalah lelaki yang bukan jenis ambil kesempatan.Yelah,laki kan suke test market la pastu merosakkan perempuan la.Aku pelik,kenapa kalau kapel,lelaki wajib nak sentuh perempuan?Wajib.Kenapa?Bukan kalau dyeorang sayang,sepatutnya dyeorang protect perempuan ke?Satu lagi sick mentality lelaki ni adalah awek dyeorang gunakan untuk ringan ringan,tapi kalau nak cari bini,nak cari yang solehhah,yang pegang prinsip "suamiku kekasihh pertamaku"..macam waddehel la kan?


7.Kemas
Oke,kemas yang aku maksudkan bukanlah lelaki itu harus metroseksual atau ketagih fesyen atau bla bla.Kemas cukuplah dengan rambut tak  serabai (tapi jangan la pakai krim rambut sekilo sampai berkilat giler dari jauh dah bersinar),pakaian kemas (kolar tak bertahi lalat),kuku pendek,etc etc.Cukup dngan tuh,lelaki tuh dah kire hot dimata aku.Tak perlu baju bunga bunga.Tak perlu,tak perlu.!!!


8.Sensitif
Bukan cepat tacing.Maksud aku,contoh situasi:dalam bas yang padat,ada makcik yang uzur takdapat seat,lepas tuh ada sorang laki bangun offer tempat duduk kat makcik tuh.See?Tuh pun dah kira hot.Yelah,mesti dalam hati setiap pompuan terlintas: OMG,sensitifnya lelaki tuh,sangat macho bila dye offer tempat duduk dye.Biarpun muka laki tuh macam err guna bahasa sopan la macam Sunyo(watak dalam doraemon),dye tetap hot dimata aku.Bukan macam sesetengah lelaki yang buat buat tido,atau buat buat pandang luar tingkap, atau atau buat buat tengah rancak berborak tak sedar dunia.Useless,kata je kudrat kuat,tapi..perempuan juga yang offer.Takpayah la aku citer pengalaman aku,banyak sangat wehhhh.JARANG jumpe lelaki nak offer tempat duduk kat orang yang lebih memerlukan. T____T


Oke,get it?Tak perlu berwajah tampan untuk jadi hot.Peribadi yang penting.Oke,memang first impression macam wajah,gaya,bla bla tuh memang main peranan untuk nilai hotness tuh,tapi percayalah,lepas ko dah kenal seseorang dengan lebih mendalam,keperibadian yang mempengaruhi hotness.Anyway,ni adalah pandangan ke hotness an bagi aku.Mungkin tak sama dengan korang.Bak kata aku,hotness lies on the eyes of the beholder.


p/s:bagi aku Justin Long lebih hot dari Ben Affleck dalam He Just Not That Into You..


hot

hotter???

No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: