Saturday, January 15, 2011

kau yakin ke kau tak makan babi?

Assalamualaikum w.b.t.Babi atau nama sopannya khinzir atau nama saintifiknya Sus scrofa adalah binatang yang haremjadah dimakan oleh umat Islam. Sesiapa yang makan sumber berasaskan babi/anjing/kacukan kedua duanya (tidak diketahui samada genuine pig adalah kacukan babi atau tak), amatlah berdosa dan kalau kantoi,akan dipulau masyarakat . Kenapa diharamkan? Sebab babi adalah binatang tersangatlah kotor dan memudaratkan.Cuba bayangkan anda lalu dikawasan yang baru berlaku kemalangan melibatkan lori membawa babi.Adakah anda sanggup tunggu lama lama,menolong sambil menghirup bauan babi?Tidak bagi saya.Biarlah orang yang bertanggungjawab sahaja menguruskannya.


comel rasa nak cubit hidung.oh lupe,haram.


Oke.Itu pengenalan.Sekarang aku nak citer pasal betapa korang tak boleh yakin bahawa korang tak pernah makan makanan haram.Babi itu simbolik kepada makanan haram. Disini,aku juga ingin menyatakan bahawa aku bukan nak senaraikan list jenama makanan haram.


Baiklah.Korang cukup yakin ke mengatakan "aku makan mende halal je,tak penah makan benda haram,nanti jadi darah daging" selepas membaca cerita "Artis Melayu makan ba*i" dalam majalah Mastika. Apa yang membuatkan korang sangat yakin? Oke.Aku sekarang mengambil jurusan Teknologi Makanan, dan dari kursus yang aku ambil ni,banyak bagi faedah,sebab dari situ aku tau realiti makanan yang nampak halalan toyibba dimata,tetapi lebih haram jadah dari babi.


Kebanyakan lecturer aku adalah dikalangan orang yang pernah bekerja dikilang makanan ataupun kamcheng dengan orang kilang makanan. Jadi mereka suka berkongsi cerita tentang makanan yang kita tak pernah terlintas tahap ke halal an dye. Jadi,marilah kita berkongsi cerita.


Korang suka makan bihun?Sedap kan?Korang tahu tak bihun tuh buat camne? Kalau korang nak tau,bihun tuh bukan boleh maen taram je buatnya,dari tepung uli uli jadi bihun. Dye mesti lalu beberapa peringkat. Ada satu peringkat penapisan ni, bihun akan ditapis dengan sejenis tulang atau dipanggil bone charcoal. Benda ni memang WAJIB ada untuk buat bihun. Korang tau tak dari mana datangnya bone charcoal? Kalau bagi syarikat yang menitikberatkan isu halal ni,mungkin tak guna bone charcoal harem,tapi bagi syarikat sedia tanggung dosa populasi manusia,bone charcoal yang digunakan adalah dari tulang babi. Btw,bone charcoal juga digunakan untuk menghasilkan gula tebu.




Jadi,disini permasalahannya. Kalau korang setakat masak sendiri,mungkin boleh elak mende ni dengan memilih produk yang betul betul diperakui halalnya. Tapi,kalau korang kaki makan luar,korang sure ke pemilik restoran tuh guna bahan halal? Korang pi check dapur depa ke tengok satu persatu bahan yang digunakan tuh halal atau tak.Bukan aku nak tuduh semua camtu,tapi berapa kerat sangat pemilik kedai yang ambil berat pasal mende ni? So, korang yakin lagi ke, sekali pun korang tak pernah makan benda harem?


So, walau camne pon korang cuba elak, korang tak boleh yakin korang betul betul tak pernah makan benda haram. Adakah dengan statement ini,korang tak akan makan lagi diluar?Makan diluar kadang kadang bukan suatu kehendak kita, kadang kadang mende tuh disebabkan keterpaksaan. Contoh macam aku, makan diluar adalah suatu keperluan memandang aku adalah pelajar. Aku tak boleh elak kemungkinan makanan haram, sebab hanya pihak cafe saja yang mengetahui dari mana datangnya sumber bahan makanan yang digunakan :'(


Bukan senang nak menentukan halal haram makanan yang menjadi darah daging kita,lagi lagi di zaman moden ni. Setiap ciptaan tuhan dijadikan sebagai bahan untuk membuat makanan. Kita amik contoh babi sekali lagi. Dari usus babi ke lemak babi sampai tulang babi,semua mereka boleh manfaatkan untuk dijadikan bahan penambah dalam makanan,dengan hanya menukar nama seperti gelatin,etc. Dengan ini,adakah korang nampak makanan yang dihasilkan dari bahagian ghaib babi ini turut diletakkan dalam seksyen NON HALAL bersama-sama dengan daging babi? Tidak bukan. Jadi,seberapa yakinkah anda bila membeli barangan daripada seksyen tak termasuk dalam NON HALAL adalah betul betul halal.



btw,gelatin ada juga yang dibuat dari lembu :)


Susahkan nak jaga halal haram bahan yang in and out dalam badan korang. Tak semestinya warung yang diterajui Pak Mat contohnya,yang jelas jelas orang melayu Islam, menyediakan makanan halal. Mungkin bukan salah Pak Mat sebab tidak tahu kenapa adanya bihun halal/haram, atau tidak tahu gelatin itu apa. Jadi,berhati-hatilah dipasaraya; terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan ,semua jadi taik gakakhirnya menjadi darah daging kita.

4 comments:

Jemput Komen: