Assalamualaikum w.b.t. Pelik rasanya bila aku sebagai blogger yang tak terkenal langsung bagi tips mengenai macam mana nak jadi blogger termasyur. Oke, berdasarkan title di atas, aku bukan nak bagi tips sangat, tapi nak membuka jalan dan mata korang yang nak sangat jadi blogger terkenal. So, here the "tips":
COMEL
Oke, sape yang rasa ada aset ni, tahniah.! Kerana anda bakal menjadi blogger terkenal. Kalau korang perasan, ramai blogger yang famous ade aset penting ni. Oke, ni especially untuk chicks ye. Asalkan anda tahu nak gunakan aset anda ni, anda akan jadi famous sekelip mata. Caranya mudah je, blogwalking, bersosial dengan blogger lain, post gambar camwhore anda banyak banyak, sedar tak sedar, anda famous. Lepas tuh tak payah nak susah susah blogwalking, ada je orang nak jenguk blog korang. Especially laki laki yang nak usha ke chomelan anda sekaligus usha num phone anda. Jangan risau, selagi ada lelaki, selagi tu anda famous. =)
FASHIONISTA
Yeah, fashionista terdiri dari kaum yang pandai bergaya enak berkrim lemak manis dipandang. Mereka selalunya sangat popular sebab ramai antara mereka menjadi rujukan fashion bagi mereka mereka pencinta up to date fashion dan mereka yang tak reti berfesyen atau mereka gadis kampung baru belajar nak jadi minah bandar. Fashionista tak perlu memanggil manggil orang untuk tingkatkan trafik mereka, malahan follower mereka tertunggu tunggu setiap post yang membabitkan tips kecantikan, latest fashion dan gambar semasa mereka photoshoot. Baiklah, kalau anda fashionista, jangan simpan bakat anda ketat ketat, silalah post gambar anda berfesyen.! =)
ARTIS
Yang ni tak payah cakap la. Nak nak yang ada fanclub, letak je link blog, terus beriban riban followers. Yang ni tak layak untuk anda jeles, sebab mereka memang sedia famous walaupun tak blogging. Menjadi artis adalah satu kelebihan sebab status artis tuh sendiri dah mempromote blog mereka. Tapi, ni pun bergantung kepada tahap populariti sebagai artis dan berapa banyak mereka bikin kontroversi. Sebagai contoh, cuba korang bandingkan jumlah followers antara paknil dan hajjah ini. Walaupun dua dua berjiwa tisu, tapi perbezaan mereka amat ketara mengikut prestasi dalam dunia hiburan. So,sapa nak jadi blogger terkenal dengan cara sangat mudah, sila sertai mana-mana program realiti sekarang.! =)
ONLINE SHOPPING
Oke, yang ni memang senang nak jadi terkenal. Sebab zaman Malaysia ada angkasawan ni, semua mende nak online shopping. Kuih, kek, buku, baju, shawl, tudung bawal, sampai ikan bawal pun nak online shopping.! Jadi mana lagi tempat nak online shopping yang cepat dan mudah selain daripada websites macam amazon, mudah.com etc etc? Apa lagi kalau bukan blog.! Sekarang kalau tengok bersepah blog online shopping. Blog online shopping memang famous nak nak kalau perkhidmatan bagus. Semakin ramailah followers+pelanggan. Kalau keluarga kau ada berniaga kain pasang karpet segala, silalah buka blog online shopping. Ouh, bonus kepada online shop blog yang ada tutorial. =)
BLOG MASAKAN
Hah, sama macam blog kat atas, blog masakan tak kurang hebatnya. Asal kau rajin post resepi menarik terbaru dan sedap, memang traffic laju je naik. Followers apatah lagi. Asal kau jangan kopipes resipa orang sudah.! Kang kalau pemilik resipi tuh claim balik hak dye, bukan setakat reputasi jatuh, followers pun ramai hilang. Kalau nak kopipes pun, silalah link blog pemilik asal.
(SARKAS+LASTIK)-LAS=SARKASTIK
Haaaa..Kalau yang ni,aku masih dalam percubaan. Kalau tengok sekarang, orang suka baca entri yang penuh sarcastism, tak berlapik, ayat yang kalau abah kau baca boleh pengsan. Aku rasa sebab disebalik sarkastik tuh, ada kebenaran yang orang cari. Kira membuka mata gak lah. Dan kadang kadang bikin bakar hati yang terkena. Sebab tuh sesetengah blog sarkastik ni identiti dirahsiakan, sebab takut kut. Tak pun nak stay as mysterious. Tapi ada je berani mati letak gambar siap camwhoring lagi, hahahahahaha.
BLOG HIBURAN DAN GOSSIP
Yang ni serius gila babas famous. Sebab asal search pasal artis si polan tuh buat jahat dengan datuk XXXL, ada je lah keluar list blog blog hiburan dan gossip. Yang ni jangan ditanya mengapa famous, tapi takpelah aku jawabkan. Sebab kau orang sumer suka amek tahu pasal dunia artis kan, kan , kan.???! Nak jadi famous cara ni, sentiasa up to date dengan berita artis, yang penting, HARIAN METRO wajib beli. Dan jangan lupa follow twitter/facebook artis. =)
KOPIKET
Haaaa. Jalan singkat nak jadi popular. Kau pergi dekat blog blogger cambest, cari entri paling mengancam, kopi, tepek dalam blog kau. Pastu, blogwalking dan link entri korang tadi dalam setiap blog yang korang pergi. Tunggu dan tunggu, trafik korang akan naik.! Kalau bernasib baik, followers korang akan bertambah.! Oke, buat lagi kerja ni sampai korang kantoi. Masa tuh apa jadi. Tunggu nanti pemilik asal akan buat satu entri pasal korang mencuri bla bla bla plus ada link ke blog korang. Dabel bonus.! Dabel glamer.! Cara senang nak jadi glamer.! Tapi hadap la korang segala cacian dan cemuhan. Silap aribulan blog korang kena hack. So, dah besar panjang, pikir pikirkan lah sebelum mencuri ea. =(
KOMBINASI RAJIN DAN BLOGWALKING
Haaa. Yang ni memang bagus. Ada usaha nak jadi famous. Ni baru betul. Hehehehe. Korang kena rajin blogwalking blog orang lain. Lepas dah blogwalking, jangan belah macam tuh,macam aku. Korang kena tinggalkan jejak korang, supaya blogger tuh boleh bagi feedback kat korang. Nak lagi bagus, link kan sekali entri terbaik korang. Ingat.! Entri terbaik, supaya mereka lekat nak baca lebih lanjut entries dalam blog korang. Aku? Aku tak rajin nak blogwalking. Aku selalu follow up blog yang aku suka je. Ini sangat tak baik untuk kesihatan trafik anda. Lepas tuh, kalau aku blogwalking pon, aku selalu tak tinggal jejak. I'm more prefer to be a silent reader. =)
Oke? Tak puas hati dengan tips tapi bukan tips yang aku kemukakan? Hade haku kesah??? Hauhauhauhauhau....
ahaks..sy pn suke jadi silent reader je..
ReplyDeletehhahahahahha...tu la,malas nak komen kan...hehe...
ReplyDeletetapi tahukah anda comment itu mmberi duit pada kiter???
ReplyDeletehahahaahahha..iyakah??bagaimanakah???saya juga ingin....
ReplyDeleteanda kenalah letak nuffnang 2..trafik byk..komen byk..duit byk..xkesh follower kte ckit..jnj trafik n komen ader..
ReplyDeletek,,ajar la saya....saya tak reti...saya da buat acc nuffnang,,tapi taktau nakletk mane kod html tuh...huuuu~~~gue lemah bab2 html....
ReplyDeletefollow me .
ReplyDeletehttp://sarsazhar.blogspot.com/
:)