Saturday, January 15, 2011

ada lelaki camni???

Assalamualaikum  w.b.t. Nak title macam tak puas hati dengan lelaki je..Walloah.! Chillax.Aku gadis yang sopan tapi tak reti menggedik. Yeke? Sebab tuh la lelaki selalu tak boleh first crush kat aku,melainkan fist crush.Haahahaha. Baiklah.Entri kali ni memang takde niat langsung nak buruk burukkan lelaki,melainkan memuji sikap tersembunyi para lelaki.




Terpuji?Boleh pakai ke?Yelah,kadang geram gak.Lelaki ni bila time bercouple ape sume ni,nak cari stock baek punya.Buat sedap sedap,geli geli.Meh aku bagi penampor,mesti sedap sedap kan.Tapi bila nak kawen,terhegeh hegeh cari calon isteri keibuan, solehhah, fatanah, berakhlak mulia, macam wanita wanita yang disebut dalam lagu nasyid.Atau wanita wanita contoh yang tersenarai namanya dalam buku SRIKANDI ISLAM ZAMAN RASULLULLAH s.w.t.


Konon nak benihnya dikandung oleh wanita yang baik. Abah anda.! Dah masa kapel,tak pulak nak bimbing ke jalan diredhai melainkan bimbing ke lorong maksiat port lepak para syaitooonn. Camne bro bro sekalian nak dapat stock bini solehah, kalau abes sume nak dijahanamkan?


Oi oi,menyimpang dari nawaitu asal ni, iaitu memuji lelaki. Baiklah. Hari tu aku ada pinjam majalah kesukaan golongan selepas kanak kanak iaitu,majalah Remaja. Belek punya belek punya belek, tibalah ke mukasurat 'anda tanya saya jawab'.Oke la,ada satu surat daripada abang ni yang berbunyibertulis begini;


CINTA DALAM DIAM


Aduhai pening saya memikirkan masalah saya ini. Saya meminati seorang gadis di kampus. Orangnya cukup sederhana tetapi itulah yang menarik minat saya. Biar berbadan gempal dan berkulit hitam manis itu tidak menghalang saya untuk menaruh rasa cinta yang mendalam terhadapnya. Cuma masalahnya kini si dia macam enggan menerima saya sebagai kekasihnya kerana rupa paras saya. Bagi saya apalah ada pada rupa paras yang penting hati yang ikhlas dan sebagai lelaki saya melihat itu lebih dari segala-galanya. Benar saya ini berdarah kacukan Melayu, Arab dan mat salleh dan saya sendiri merupakan atlit sama dengannya. Saya yakin minat yang sama ini pasti mengeratkan kasih sayang kami. Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk memenangi hatinya?


Oke, begitulah isi kandungan cerita yang abang tuh sampaikan,aku copy and paste sejibik you.!Betul atau palsu cerita tu,wallahualam. Kepada abang yang tulis surat ni,saya pinjam surat abang ye.Oke,tak perlu lah aku nak cakap panjang,sebab ada bro yang da tolong jawabkan untuk abang tuh.Aku cuma nak tambah sket je.Sket je. >_<

Ada lagi lelaki camni.Yelah,lelaki yang kachak tertarik menarik tapi suka perempuan yang adooo.Maksud aku,dye ada aset,dye seorang kacak dan mix dan atlit,dengan aset dye tuh,dye boleh pilih mana-mana perempuan comel,anggun mahupun fashioNISTAbelaka. Tapi,sebaliknya,dye pilih perempuan yang cukup sederhana. Yelah,setau aku,lelaki kalau korang tengok blambas yang tak kacak, tapi awek nak cun gilak vavi.! Sebab pada dasarnya, bila perempuan dah tangkap leleh ayat semanis madu lelaki,dah tak pandang rupa bla bla bla. Berlainan dengan lelaki,mereka memandang rupa sebab gf dijadikan sebagai aset penting untuk show-off dihadapan rakan taulan dan masyarakat.Tolongla,so lame.Tapi itulah fact.


lelaki kachak
lelaki jambu walaupun botak

Jadi,cuba bayangkan,abang tersebut yang muka banyak punya hensem,tapi awek sedang sedang saja,mungkin abang itu bakal jadi bahan dikalangan rakannya yang layak diberi maki,ataupun masyarakat setempat.Silap haribulan mereka yang pandai mengata dari memahami ni boleh plak menabur fitnah cakap gadis itu guna ubat pengasih,vodoo bla bla dan bla.Itu point dye,lelaki tersebut tidak kesah dengan paras rupa,tapi perempuan tu yang kesah,sebab mungkin lelaki yang kene bahan tetapi yang dicaci maki adalah perempuan. Jadi perempuan sangat sangat memikirkan hal sensitif ini,yang mungkin bagi lelaki tidak penting sama sekali.Again, sebab itu lelaki kurang kachak berani men GF kan perempuan cun. Sebab mereka tak amik port mende remeh ni.


Tapi,itulah sifat terpuji para lelaki.Bila sudah suka,semua belakang kira.Kau cantik kau tak itu laen kira,yang penting dua hati jadi satu.Wek, sila muntah. Apa apa pun aku salute la abang tuh,sebab dye tak menilai perempuan berdasarkan rupa,tapi hati.Jadi,betullah ada lagi kaum Adam yang menitikberatkan "hati yang suci sukar dicari".Tak sangka kan,ada lagi lelaki camni ye?Anyway,laen mata laen citarasa,cinta yang mulus jatuh dari hati,bukan dari mata.Uih,dah macam dR love da aku.Wassalam.


perempuan hot sila menjerit diselaputi rasa cemburu

No comments:

Post a Comment

Jemput Komen: