Saturday, January 29, 2011

dedicated to anak anak ROSDAN

Yeah Rosdan tuh abah aku, bukan abah kau dan bukan abah kamu juga. Yeah anak anak rosdan tuh aku dan adik beradik aku. Hari ni aku ada perasaan nak cerita pasal adik beradik aku yang ramai gila babas bagi manusia era permodenan dan kehancuran ni. Aku ada 8 orang ada beradik dan aku anak sulung. Yeah, aku seorang wanitagadis berumur 20 tahun dan masih ada 7 adik. Sangad meriah. Bukan?



zaman bertiga dan suci


Oke ni list nama adik beradik aku:
  1. Ain Najlaa
  2. Jongos
  3. Mr Crab Senior
  4. Jiwa kacau Second Generation 
  5. Mamat Korea
  6. Minah Korea
  7. Mr Crab Junior
  8. Tumbesaran melampau
Sweet kan nama adik beradik aku? Ekceli, tu bukan nama sebenar. Takde gamoknya parents aku nak letak nama sebegitu rupa. Yeah, hanya aku yang tergamak meletak nickname sebegitu kepada adiks aku.

Oke, Jongos adalah anak lelaki sulung dalam family aku. Dye lah adik merangkap abang aku. Kenapa abang? Sebab KADANG KADANG dye berlagak seperti abang. Bukan berlagak, tapi...macam abang lah. Tapi tu kadang kadang. Tapi selalu selalu nya dye hanyalah adik lelaki normal yang malas susah hendak ke pasar membeli lauk pauk. 

Mr Crab Senior pula sangat kedekut. Handphone dye rosak abah bagi duit tapi dye lebih rela guna handphone cikai dari guna duit tersebut untuk beli Blackberry,  Iphone, Nokia C5 Nokia3310 yang baru. Ouh, dia juga baru beralih dari zaman jiwa kacau. Sekarang dye jiwa puppy love. Weks. Aku tak restu sebab dye langkah bendul. Bengong.! T_________T

Selepas Mr Crab beralih ke jiwa puppy love, jiwa kacau di pass kepada Jiwa kacau Second Generation. Oke, memang taknak tulis banyak pasal dye, sebab jiwa dye complicated dan sukar difahami. Sekian.

Oke, Mamat Korea dan Minah Korea adalah nama timangan yang aku bagi bukan sebab mereka mempunyai slanted big eyes with super pinkish white flawless face. Tidak, mereka mempunyai rupa seperti anak Melayu yang biasa. Mereka adalah duo korea sebab mempunyai minat yang sama. Iaitu gila sangat dengan koreans, semua korea; movie, drama, kpop. Aku suka mereka sebab mereka up to date dengan MV kPOP korea yang baru, jadi aku hanya balik dan kopipes lagu yang mereka download ke dalam lappy aku, selepas itu boleh berlagak lagak dengan kawan aku yang lain aku tau pasal update kPOP.

Mr Crab Junior adalah acuan perfect dari Mr Crab Senior. Ye, Junior sangat kedekut sampai suruh belanja aiskrim Malaysia 2posen pun sangat kedekut. Dan dye sangat terel Math berbanding adik beradik yang lain sebab sejak dari usia 5 tahun dye sudah boleh congak penambahan dengan imaginasi. Sebab dye sangat suka duit. Dan dye hanya pandai menambah masa tu sebab dye suka jumlah yang meningkat, bukan menurun (keuntungan). Ya, dye sangat selfish, dye sudah cop kereta ibu awal awal sebab dye kata bila besar dye taknak beli kereta, tapi nak pakai kereta ibu je.. -.-"

Tumbesaran melampau adalah ahli keluarga terbaru. Dye sangat comel dan suka melompat dan suka berjoget apabila dengar lagu kPOP hasil download Mamat dan Minah Korea. Dye berusia 1 tahun 10 bulan. Dye boleh imitate tarian dalam MV Tell Me- Wondergirls. Sekarang dye sudah boleh hafal semua nama panggilan ahli keluarga termasuk bapak sedara aku. Dye juga sudah boleh hafal anggota badan manusia. Bagi aku itu sangat mengkagumkan walaupun dye bukan hafal anatomi manusia. 













Oke. Itu saja. Nanti kalau adik beradik aku bertambah lagi, aku update lagi.. Yeah~~ And happy holidays!


ditulis dengan penuh keikhlasan oleh kakakmu,
Ain Najlaa

Wednesday, January 26, 2011

tips tapi bukan tips: menjadi blogger terkenal

Assalamualaikum w.b.t. Pelik rasanya bila aku sebagai blogger yang tak terkenal langsung bagi tips mengenai macam mana nak jadi blogger termasyur. Oke, berdasarkan title di atas, aku bukan nak bagi tips sangat, tapi nak membuka jalan dan mata korang yang nak sangat jadi blogger terkenal. So, here the "tips":






COMEL
Oke, sape yang rasa ada aset ni, tahniah.! Kerana anda bakal menjadi blogger terkenal. Kalau korang perasan, ramai blogger yang famous ade aset penting ni. Oke, ni especially untuk chicks ye. Asalkan anda tahu nak gunakan aset anda ni, anda akan jadi famous sekelip mata. Caranya mudah je, blogwalking, bersosial dengan blogger lain, post gambar camwhore anda banyak banyak, sedar tak sedar, anda famous. Lepas tuh tak payah nak susah susah blogwalking, ada je orang nak jenguk blog korang. Especially laki laki yang nak usha ke chomelan anda sekaligus usha num phone anda. Jangan risau, selagi ada lelaki, selagi tu anda famous. =)




FASHIONISTA
Yeah, fashionista terdiri dari kaum yang pandai bergaya enak berkrim lemak manis dipandang. Mereka selalunya sangat popular sebab ramai antara mereka menjadi rujukan fashion bagi mereka mereka pencinta up to date fashion dan mereka yang tak reti berfesyen atau mereka gadis kampung baru belajar nak jadi minah bandar. Fashionista tak perlu memanggil manggil orang untuk tingkatkan trafik mereka, malahan follower mereka tertunggu tunggu setiap post yang membabitkan tips kecantikan, latest fashion dan gambar semasa mereka photoshoot. Baiklah, kalau anda fashionista, jangan simpan bakat anda ketat ketat, silalah post gambar anda berfesyen.! =)




ARTIS
Yang ni tak payah cakap la. Nak nak yang ada fanclub, letak je link blog, terus beriban riban followers. Yang ni tak layak untuk anda jeles, sebab mereka memang sedia famous walaupun tak blogging. Menjadi artis adalah satu kelebihan sebab status artis tuh sendiri dah mempromote blog mereka. Tapi, ni pun bergantung kepada tahap populariti sebagai artis dan berapa banyak mereka bikin kontroversi. Sebagai contoh, cuba korang bandingkan jumlah followers antara paknil dan hajjah ini. Walaupun dua dua berjiwa tisu, tapi perbezaan mereka amat ketara mengikut prestasi dalam dunia hiburan. So,sapa nak jadi blogger terkenal dengan cara sangat mudah, sila sertai mana-mana program realiti sekarang.! =)


ONLINE SHOPPING
Oke, yang ni memang senang nak jadi terkenal. Sebab zaman Malaysia ada angkasawan ni, semua mende nak online shopping. Kuih, kek, buku, baju, shawl, tudung bawal, sampai ikan bawal pun nak online shopping.! Jadi mana lagi tempat nak online shopping yang cepat dan mudah selain daripada websites macam amazon, mudah.com etc etc? Apa lagi kalau bukan blog.! Sekarang kalau tengok bersepah blog online shopping. Blog online shopping memang famous nak nak kalau perkhidmatan bagus. Semakin ramailah followers+pelanggan. Kalau keluarga kau ada berniaga kain pasang karpet segala, silalah buka blog online shopping. Ouh, bonus kepada online shop blog yang ada tutorial. =)


BLOG MASAKAN
Hah, sama macam blog kat atas, blog masakan tak kurang hebatnya. Asal kau rajin post resepi menarik terbaru dan sedap, memang traffic laju je naik. Followers apatah lagi. Asal kau jangan kopipes resipa orang sudah.! Kang kalau pemilik resipi tuh claim balik hak dye, bukan setakat reputasi jatuh, followers pun ramai hilang. Kalau nak kopipes pun, silalah link blog pemilik asal.


(SARKAS+LASTIK)-LAS=SARKASTIK
Haaaa..Kalau yang ni,aku masih dalam percubaan. Kalau tengok sekarang, orang suka baca entri yang penuh sarcastism, tak berlapik, ayat yang kalau abah kau baca boleh pengsan. Aku rasa sebab disebalik sarkastik tuh, ada kebenaran yang orang cari. Kira membuka mata gak lah. Dan kadang kadang bikin bakar hati yang terkena. Sebab tuh sesetengah blog sarkastik ni identiti dirahsiakan, sebab takut kut. Tak pun nak stay as mysterious. Tapi ada je berani mati letak gambar siap camwhoring lagi, hahahahahaha.


BLOG HIBURAN DAN GOSSIP
Yang ni serius gila babas famous. Sebab asal search pasal artis si polan tuh buat jahat dengan datuk XXXL, ada je lah keluar list blog blog hiburan dan gossip. Yang ni jangan ditanya mengapa famous, tapi takpelah aku jawabkan. Sebab kau orang sumer suka amek tahu pasal dunia artis kan, kan , kan.???! Nak jadi famous cara ni, sentiasa up to date dengan berita artis, yang penting, HARIAN METRO wajib beli. Dan jangan lupa follow twitter/facebook artis. =)


KOPIKET
Haaaa. Jalan singkat nak jadi popular. Kau pergi dekat blog blogger cambest, cari entri paling mengancam, kopi, tepek dalam blog kau. Pastu, blogwalking dan link entri korang tadi dalam setiap blog yang korang pergi. Tunggu dan tunggu, trafik korang akan naik.! Kalau bernasib baik, followers korang akan bertambah.! Oke, buat lagi kerja ni sampai korang kantoi. Masa tuh apa jadi. Tunggu nanti pemilik asal akan buat satu entri pasal korang mencuri bla bla bla plus ada link ke blog korang. Dabel bonus.! Dabel glamer.! Cara senang nak jadi glamer.! Tapi hadap la korang segala cacian dan cemuhan. Silap aribulan blog korang kena hack. So, dah besar panjang, pikir pikirkan lah sebelum mencuri ea. =(


KOMBINASI RAJIN DAN BLOGWALKING
Haaa. Yang ni memang bagus. Ada usaha nak jadi famous. Ni baru betul. Hehehehe. Korang kena rajin blogwalking blog orang lain. Lepas dah blogwalking, jangan belah macam tuh,macam aku. Korang kena tinggalkan jejak korang, supaya blogger tuh boleh bagi feedback kat korang. Nak lagi bagus, link kan sekali entri terbaik korang. Ingat.! Entri terbaik, supaya mereka lekat nak baca lebih lanjut entries dalam blog korang. Aku? Aku tak rajin nak blogwalking. Aku selalu follow up blog yang aku suka je. Ini sangat tak baik untuk kesihatan trafik anda. Lepas tuh, kalau aku blogwalking pon, aku selalu tak tinggal jejak. I'm more prefer to be a silent reader. =)


Oke? Tak puas hati dengan tips tapi bukan tips yang aku kemukakan? Hade haku kesah??? Hauhauhauhauhau....

Monday, January 24, 2011

hey peeps,chillax..KEPALA HOTAK KAU.!

Assalamualaikum w.b.t. Hai,bertemu kembali dalam rancangan kau ingat kau hebat,abah kau.! Oke,ketepikan tajuk rancangan itu. Topik kali ini, jalan raya malaysia paling sucks noktah. Berapa orang setuju? Angkat kening cepat.! Kenapa aku cakap camtu? Sebab aku tak dapat bandingkan lagi antara jalan raya di Malaysia dengan mana-mana negara seperti Indonesia, Afrika, Vietnam etc etc. Jadi, mungkin ada antara korang yang pernah pergi ke mana-mana negara lain dan mendapati jalan raya di Malaysia way better than others. Hade aku kesah?! Sekarang aku nak cerita pasal jalan raya di Malaysia.


selalu jumpa ini?


Berapa orang pernah bocor/letup/rosak tayar sebab struktur jalan raya Malaysia yang teruk? Berapa orang yang pernah eksiden sebab nak ngelak jalan raya lubang lubang? Berapa orang pernah tengok/alami termasuk dalam lubang yang layak dibuat perigi yang terdapat di jalan raya? Berapa orang pernah rasa macam surfing dipantai walhal berada di jalan raya Malaysia akibat daripada struktur jalan yang berombak? Berada orang pernah dapat pengalaman "kiss my ass, then you pay it" kereta orang depan akibat orang depan emergency brake ngelak jalan rosak?


Yeah,kita harus akui, jalan raya Malaysia sangat teruk. Sebab apa? Sebab kenderaan berat yang dahlah berat,pastu terlebih muatan guna jalan raya yang ada sehabis mungkin. Dahlah tar yang diturap tuh made by bende yang tersangat murah dan cepat rosak dan cepat pecah, dah kalau bende berat kerap lalu,memang pecah la tar tu. Ibarat macam giant memijak busut. O.o




Usul aku yang tak logik dan tak mungkin diterima dimana-mana negara, kerajaan harus sediakan jalan yang berasingan untuk kenderaan berat dan kenderaan ringan. Jalan yang rosak tuh mungkin tak effect sangat kenderaan berat sebab ia besar dan kalau pun langgar mana mana lubang, tayar yang plus plus plus size takde la seteruk mana kesannya berbanding tayar kereta biarpun cap Silverston mahupun cap Bridgestone. Lagi satu, kau turap la berbilion kali pon jalan tuh, kalau dah selalu sangat kenderaan berat lalu rosak jugak.


Kalau aku jadi PM,takyah la aku sibuk duk pikir pastuh nak perabih duit rakyat buat bina HUB HIBURAN MALAYSIA, baik utamakan masalah jalan raya ni. Ada faedah, semua merasa, ni hub hiburan, semua rakyat mesia dapat merasa ke? Takkan yang pakai serban duk dengar ceramah kat masjid tetiba nak pi hub hiburan pekejadahnya tuh. Ingat,semua rakyat Malaysia adalah pengguna jalan raya, tetapi bukan semua rakyat Malaysia akan menggunakan hub hiburan. Think wisely,use wisely,kemalangan jiwa kurang,jiwa aman,segala jenis OPS! pun dapat dikurangkan. =)


we don't want this
 this
 and this
but we spend a lot on this


nak buat esaimen, okebai

Tuesday, January 18, 2011

ye ye aku first.!

Assalamualaikum w.b.t.Entri kali ni nak ringan ringan je,topik pon tak berat sangat kot.Korang selalu post first kat mana mana comment section tak? Takde lah,mana mana aku pi mesti ade umat 'first' ni. Adakah ini trend baru? Adakah aku dianggap ketinggalan sebab tak maen i'm first,you are second,you are loser


cuci mata jop.!


Masa mula mula jumpa kaum ni,aku tercari-cari, "Ada kontes ke kat sini? Semua nak first. Dapat Bugatti sebijik gamoknya kalau tulis jadi first. 


Siyesly,kalau kau jenguk mana mana website/blog/social network yang popla, mesti ade je komen berbau "sampah masyarakat" ini. Sampah masyarakat? Tak tak,aku tak anti ngan orang yang suka komen first ni. Aku no hal, kau kau,aku aku, tapi ramai masyarakat yang annoyed dengan kaum ni. Dan kadang-kadang biar pon kau orang yang ke-100 mengomen, tapi tatap nak tulis first. Tak pandai kira apa? Atau saja bersikap sarkaslestik?


Adakah dengan menulis first,traffic/friend requests meningkat. Siyesly,kalau betul,aku nak ikut golongan ni. Aku rasa bagus gak taktik ni,sebab dengan menulis first,orang akan tend untuk membuka kau punyer blog maka traffic kau akan naik. Atau orang akan add kau kat dalam FB semata-mata untuk maki kau, maka populiaristik kau akan meningkat.


Tapi,part aku paling suka bila kaum first ni kena caci ngan pengomen laen. Bukan aku suka sebab "yes.!padan muka kau kena caci" dan "amek kau sape suruh tulis mende annoying, hakk tuih.!". Bukan,aku suka sebab biarpun dimaki,tup tup bawah komen maki tuh ade lagi tulis first.HAHAHAHAHHA.Kau memang standing in the eyes of the world la bab kata kak El gedikmanja. So, don't messed up with first lovers. Nanti kau makin annoyed.


Kau nak buat ape dengan kaum ni?Middle finger?Bolayan.F words?Bolayan kuasa dua. Pendek kata,hati mereka cekal, tak mudah putus asa untuk membuat orang terus jelik dan jelik hanya dengan perkataan first. Majulah first untuk gagasan Satu Malaysia.!


Ramai kot yang nak jadi first.Aku? Kenkadang keinginan itu singgah dihati, tapi cepat cepat aku buang keinginan duniawi itu. Takde keroje.!


p/s:I ended up posting this crap rather than finishing my tomorrow you should submit it or u are dead meat lab report.demmit.!

Saturday, January 15, 2011

kau yakin ke kau tak makan babi?

Assalamualaikum w.b.t.Babi atau nama sopannya khinzir atau nama saintifiknya Sus scrofa adalah binatang yang haremjadah dimakan oleh umat Islam. Sesiapa yang makan sumber berasaskan babi/anjing/kacukan kedua duanya (tidak diketahui samada genuine pig adalah kacukan babi atau tak), amatlah berdosa dan kalau kantoi,akan dipulau masyarakat . Kenapa diharamkan? Sebab babi adalah binatang tersangatlah kotor dan memudaratkan.Cuba bayangkan anda lalu dikawasan yang baru berlaku kemalangan melibatkan lori membawa babi.Adakah anda sanggup tunggu lama lama,menolong sambil menghirup bauan babi?Tidak bagi saya.Biarlah orang yang bertanggungjawab sahaja menguruskannya.


comel rasa nak cubit hidung.oh lupe,haram.


Oke.Itu pengenalan.Sekarang aku nak citer pasal betapa korang tak boleh yakin bahawa korang tak pernah makan makanan haram.Babi itu simbolik kepada makanan haram. Disini,aku juga ingin menyatakan bahawa aku bukan nak senaraikan list jenama makanan haram.


Baiklah.Korang cukup yakin ke mengatakan "aku makan mende halal je,tak penah makan benda haram,nanti jadi darah daging" selepas membaca cerita "Artis Melayu makan ba*i" dalam majalah Mastika. Apa yang membuatkan korang sangat yakin? Oke.Aku sekarang mengambil jurusan Teknologi Makanan, dan dari kursus yang aku ambil ni,banyak bagi faedah,sebab dari situ aku tau realiti makanan yang nampak halalan toyibba dimata,tetapi lebih haram jadah dari babi.


Kebanyakan lecturer aku adalah dikalangan orang yang pernah bekerja dikilang makanan ataupun kamcheng dengan orang kilang makanan. Jadi mereka suka berkongsi cerita tentang makanan yang kita tak pernah terlintas tahap ke halal an dye. Jadi,marilah kita berkongsi cerita.


Korang suka makan bihun?Sedap kan?Korang tahu tak bihun tuh buat camne? Kalau korang nak tau,bihun tuh bukan boleh maen taram je buatnya,dari tepung uli uli jadi bihun. Dye mesti lalu beberapa peringkat. Ada satu peringkat penapisan ni, bihun akan ditapis dengan sejenis tulang atau dipanggil bone charcoal. Benda ni memang WAJIB ada untuk buat bihun. Korang tau tak dari mana datangnya bone charcoal? Kalau bagi syarikat yang menitikberatkan isu halal ni,mungkin tak guna bone charcoal harem,tapi bagi syarikat sedia tanggung dosa populasi manusia,bone charcoal yang digunakan adalah dari tulang babi. Btw,bone charcoal juga digunakan untuk menghasilkan gula tebu.




Jadi,disini permasalahannya. Kalau korang setakat masak sendiri,mungkin boleh elak mende ni dengan memilih produk yang betul betul diperakui halalnya. Tapi,kalau korang kaki makan luar,korang sure ke pemilik restoran tuh guna bahan halal? Korang pi check dapur depa ke tengok satu persatu bahan yang digunakan tuh halal atau tak.Bukan aku nak tuduh semua camtu,tapi berapa kerat sangat pemilik kedai yang ambil berat pasal mende ni? So, korang yakin lagi ke, sekali pun korang tak pernah makan benda harem?


So, walau camne pon korang cuba elak, korang tak boleh yakin korang betul betul tak pernah makan benda haram. Adakah dengan statement ini,korang tak akan makan lagi diluar?Makan diluar kadang kadang bukan suatu kehendak kita, kadang kadang mende tuh disebabkan keterpaksaan. Contoh macam aku, makan diluar adalah suatu keperluan memandang aku adalah pelajar. Aku tak boleh elak kemungkinan makanan haram, sebab hanya pihak cafe saja yang mengetahui dari mana datangnya sumber bahan makanan yang digunakan :'(


Bukan senang nak menentukan halal haram makanan yang menjadi darah daging kita,lagi lagi di zaman moden ni. Setiap ciptaan tuhan dijadikan sebagai bahan untuk membuat makanan. Kita amik contoh babi sekali lagi. Dari usus babi ke lemak babi sampai tulang babi,semua mereka boleh manfaatkan untuk dijadikan bahan penambah dalam makanan,dengan hanya menukar nama seperti gelatin,etc. Dengan ini,adakah korang nampak makanan yang dihasilkan dari bahagian ghaib babi ini turut diletakkan dalam seksyen NON HALAL bersama-sama dengan daging babi? Tidak bukan. Jadi,seberapa yakinkah anda bila membeli barangan daripada seksyen tak termasuk dalam NON HALAL adalah betul betul halal.



btw,gelatin ada juga yang dibuat dari lembu :)


Susahkan nak jaga halal haram bahan yang in and out dalam badan korang. Tak semestinya warung yang diterajui Pak Mat contohnya,yang jelas jelas orang melayu Islam, menyediakan makanan halal. Mungkin bukan salah Pak Mat sebab tidak tahu kenapa adanya bihun halal/haram, atau tidak tahu gelatin itu apa. Jadi,berhati-hatilah dipasaraya; terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan ,semua jadi taik gakakhirnya menjadi darah daging kita.

ada lelaki camni???

Assalamualaikum  w.b.t. Nak title macam tak puas hati dengan lelaki je..Walloah.! Chillax.Aku gadis yang sopan tapi tak reti menggedik. Yeke? Sebab tuh la lelaki selalu tak boleh first crush kat aku,melainkan fist crush.Haahahaha. Baiklah.Entri kali ni memang takde niat langsung nak buruk burukkan lelaki,melainkan memuji sikap tersembunyi para lelaki.




Terpuji?Boleh pakai ke?Yelah,kadang geram gak.Lelaki ni bila time bercouple ape sume ni,nak cari stock baek punya.Buat sedap sedap,geli geli.Meh aku bagi penampor,mesti sedap sedap kan.Tapi bila nak kawen,terhegeh hegeh cari calon isteri keibuan, solehhah, fatanah, berakhlak mulia, macam wanita wanita yang disebut dalam lagu nasyid.Atau wanita wanita contoh yang tersenarai namanya dalam buku SRIKANDI ISLAM ZAMAN RASULLULLAH s.w.t.


Konon nak benihnya dikandung oleh wanita yang baik. Abah anda.! Dah masa kapel,tak pulak nak bimbing ke jalan diredhai melainkan bimbing ke lorong maksiat port lepak para syaitooonn. Camne bro bro sekalian nak dapat stock bini solehah, kalau abes sume nak dijahanamkan?


Oi oi,menyimpang dari nawaitu asal ni, iaitu memuji lelaki. Baiklah. Hari tu aku ada pinjam majalah kesukaan golongan selepas kanak kanak iaitu,majalah Remaja. Belek punya belek punya belek, tibalah ke mukasurat 'anda tanya saya jawab'.Oke la,ada satu surat daripada abang ni yang berbunyibertulis begini;


CINTA DALAM DIAM


Aduhai pening saya memikirkan masalah saya ini. Saya meminati seorang gadis di kampus. Orangnya cukup sederhana tetapi itulah yang menarik minat saya. Biar berbadan gempal dan berkulit hitam manis itu tidak menghalang saya untuk menaruh rasa cinta yang mendalam terhadapnya. Cuma masalahnya kini si dia macam enggan menerima saya sebagai kekasihnya kerana rupa paras saya. Bagi saya apalah ada pada rupa paras yang penting hati yang ikhlas dan sebagai lelaki saya melihat itu lebih dari segala-galanya. Benar saya ini berdarah kacukan Melayu, Arab dan mat salleh dan saya sendiri merupakan atlit sama dengannya. Saya yakin minat yang sama ini pasti mengeratkan kasih sayang kami. Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk memenangi hatinya?


Oke, begitulah isi kandungan cerita yang abang tuh sampaikan,aku copy and paste sejibik you.!Betul atau palsu cerita tu,wallahualam. Kepada abang yang tulis surat ni,saya pinjam surat abang ye.Oke,tak perlu lah aku nak cakap panjang,sebab ada bro yang da tolong jawabkan untuk abang tuh.Aku cuma nak tambah sket je.Sket je. >_<

Ada lagi lelaki camni.Yelah,lelaki yang kachak tertarik menarik tapi suka perempuan yang adooo.Maksud aku,dye ada aset,dye seorang kacak dan mix dan atlit,dengan aset dye tuh,dye boleh pilih mana-mana perempuan comel,anggun mahupun fashioNISTAbelaka. Tapi,sebaliknya,dye pilih perempuan yang cukup sederhana. Yelah,setau aku,lelaki kalau korang tengok blambas yang tak kacak, tapi awek nak cun gilak vavi.! Sebab pada dasarnya, bila perempuan dah tangkap leleh ayat semanis madu lelaki,dah tak pandang rupa bla bla bla. Berlainan dengan lelaki,mereka memandang rupa sebab gf dijadikan sebagai aset penting untuk show-off dihadapan rakan taulan dan masyarakat.Tolongla,so lame.Tapi itulah fact.


lelaki kachak
lelaki jambu walaupun botak

Jadi,cuba bayangkan,abang tersebut yang muka banyak punya hensem,tapi awek sedang sedang saja,mungkin abang itu bakal jadi bahan dikalangan rakannya yang layak diberi maki,ataupun masyarakat setempat.Silap haribulan mereka yang pandai mengata dari memahami ni boleh plak menabur fitnah cakap gadis itu guna ubat pengasih,vodoo bla bla dan bla.Itu point dye,lelaki tersebut tidak kesah dengan paras rupa,tapi perempuan tu yang kesah,sebab mungkin lelaki yang kene bahan tetapi yang dicaci maki adalah perempuan. Jadi perempuan sangat sangat memikirkan hal sensitif ini,yang mungkin bagi lelaki tidak penting sama sekali.Again, sebab itu lelaki kurang kachak berani men GF kan perempuan cun. Sebab mereka tak amik port mende remeh ni.


Tapi,itulah sifat terpuji para lelaki.Bila sudah suka,semua belakang kira.Kau cantik kau tak itu laen kira,yang penting dua hati jadi satu.Wek, sila muntah. Apa apa pun aku salute la abang tuh,sebab dye tak menilai perempuan berdasarkan rupa,tapi hati.Jadi,betullah ada lagi kaum Adam yang menitikberatkan "hati yang suci sukar dicari".Tak sangka kan,ada lagi lelaki camni ye?Anyway,laen mata laen citarasa,cinta yang mulus jatuh dari hati,bukan dari mata.Uih,dah macam dR love da aku.Wassalam.


perempuan hot sila menjerit diselaputi rasa cemburu

Sunday, January 9, 2011

lelaki?perempuan?takde bezanya.

Assalamualaikum.Salam dunia blogger,dunia tanpa sempadan untuk cacian,makian,pujian segalanya ada disini.Sebenarnya aku baru sangat je balik dari aktiviti main polis sentri anjuran kampus.Oke,ekceli,larian ala ala merentas desa gitu lah.Aku tak suka aktiviti larian,aku suka maen ting ting dengan zero fine,fain,fail(ntah camne ejaan tapi camtu la sebutnya).pffft.Balek bilik terus on lappy dan update blog.


Sini ada satu benda yang dah lama aku pendam dan arini aku nak kongsikan. Ramai orang kata lelaki dan perempuan berbeda,ngak ada samanya, berbeda ama skali.!!(cakap dengan nada sinetron Alisa).Siap ada lagu tuh,ala yang liriknya,na na na na bagai zurah dan marikh,la la hum hum hum.(humming sebab taktau lirik).Sampai camtu lagi nak tunjuk perbezaan tuh.


Baiklah.Bukan dari segala sudut lelaki sama dengan perempuan,kang ada yang marah ngan aku samakan perempuan dengan lelaki,yelah perempuan kan cute,comel,lemah lembut berbeza dengan lelaki yang kasar,bulu kaki lebat,badan katang,etc etc.Tapi harus diingatkan ada lelaki yang hampir semua sama dengan perempuan, kadang kadang lebih dia daripada perempuan, PONDAN.


Oke,back to the bussiness.Bisnes apa pulak kejadahnye ni?Ingat aku stokis dR Romzey ke?Oh,please sekarang orang tak kecah pasal Jusmate5 la,skang da ada dR baru yang penting rambut tak cendawan,iaitu DR JISM.Lagi hensem,yang penting rambut 'pacak lagi' broooo.


Oke ni dia:


Kaki umpat


Sape kata perempuan kuat ngumpat?!Sape?!Lelaki kan yang banyak cakap camtu.Perempuan ni pantang kumpul ramai ramai la,nanti penuh bakul dengan "ketupat" la..Ape la.Hey,please,ye,mungkin kami memang suka gossip (lebih senonoh didengar),kami akui,tapi teruk lagi lelaki yang tak sedar mereka sebenarnya lagi kuat mengumpat dari perempuan.Haaa,haaa,yang laki semua dah berasap telinga tuh.NANTI dulu,dengar point aku ni.Kebanyakan lelaki tak sedar bila dyeorang mengumpat.Percaya tak?






"Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya." (al-Hujurat: 12) 

Rasulullah s.a.w. berkehendak akan mempertajam pengertian ayat tersebut kepada sahabat-sahabatnya yang dimulai dengan cara tanya-jawab, sebagaimana tersebut di bawah ini: 

"Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa'i) 

Manusia tidak suka kalau bentuknya, perangainya, nasabnya dan ciri-cirinya itu dibicarakan. Seperti tersebut dalam hadis berikut ini: 

"Dari Aisyah ia berkata: saya pernah berkata kepada Nabi: kiranya engkau cukup (puas) dengan Shafiyah begini dan begini, yakni dia itu pendek, maka jawab Nabi: Sungguh engkau telah berkata suatu perkataan yang andaikata engkau campur dengan air laut niscaya akan bercampur." (Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi) 



Oke aku bagi situasi.Contohnya ada sekumpulan lelaki(5 orang ke atas),duduk lepak ramai ramai kat kedai kopi atau kat tangga atau kat tepi tepi simpang,pastu ada perempuan ni lalu,kalau yang cantik takde la kena bahan, ni kalau yang kepudaran rupa dan bentuk badan,ringan je mulut masing masing cakap; "Oi,oi anak badak lalu",atau atau "Oi,tengok muka dye dengan jalan raya same kaler je",HAHAHAHAHHAHA(sambil ketawa besar).Wat de hellllllll.Nak je lempang laju laju sekor sekor,dengan tanpa was was.


Korang tau tak tuh sebenarnya dah dikira umpat.Umpat bukannyer bermaksud kau cakap dibelakang orang,malahan kalau korang kutuk depan orang tuh,lalu saketkan hati orang tuh,tuh dikira umpat tau.So,laki cube bayangkan dalam banyak banyak kali korang kumpul ramai ramai dah berapa bakul korang kumpul ketupat.Sambil tuh dapat dosa kering je sebab hiris perasaan orang, buat kalau dye tak maafkan korang,mana korang nak cari budak tuh kat Padang Masyar nanti?!See,perempuan laki kaki umpat,semua buat benda haremjadah.. Piiiraahh..






See,apa yang berbeza laki perempuan dari sudut ni.Ni sikit sikit asyik nak keluar ayat,"Laki pompuan lain,korang kalau kumpul ramai ramai mula la nak buat ektiviti ngumpat",dem.!Aku tak nak jadi perempuan sinikal.Tak nak,aku nak jadi macam perempuan biasa biasa yang gedik bila jumpa laki,sigh sigh.   -.-" ...Tapi sifat semulajadi lelaki yang aku jumpa tu yang membuatkan aku menjadi sinikal.Jangan jadikan saya seorang yang sinikal.please. :'( ROFL

Wednesday, January 5, 2011

idea LELAKI HOT dimata aku

Oke.Tak perlu bebelan,straight to the points.Lelaki yang nampak hot dimata aku:


1.lelaki penyayang
"OMG.Tengok laki tuh,mesranya dye dengan anak jiran dye,pandai betul dye layan budak budak." Percayalah,bila seorang perempuan (yakni aku) berkata begitu,memang tahap ke"panas"an korang meningkat ah.!Perempuan,macam aku memang sukakan pada kelembutan.Jadi bila tengok lelaki yang berhati lembut ni (oke take note berhati lembut,bukan beraksi lembut) memang cair la.Jangan terkejutlah kalau friend request anda meningkat dalam FB/ramai yang follow twitter/blog anda sejurus selepas kejadian korang menolong budak kecil yang terjatuh didepan gadiss.


2.Rajin
Oke,disebabkan aku masih seorang penuntut di IPT,skop aku hanya meluas dikalangan pelajar lelaki yang rajin membuat esaimen.Mungkin bagi kebanyakan lelaki menganggap mereka kurang macho/nerd/tak cool bila dyeorang berjaya siapkan walaupun satu esaimen daripada 8 asaimen yang diberikan,sebagai contoh.Atau mungkin juga lelaki adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan 9akal tetapi 1001 kemalasan untuk menyiapkan esaimen atau report.Percayalah,lelaki yang siapkan kerja dye sememangnya hot kerana korang tak menyusahkan kawan perempuan korang dan tak perlu kehilangan kemacho an gelabah merayu orang meminjamkan esaimen.


3.Ada hubungan baek dengan keluarga
Oke,berdasarkan kata kata akak bilik aku yang dye petik dari sebuah buku H.M Tuah Iskandar,beliau mengatakan bahawa jika seseorang lelaki ade hubungan yang baek dengan keluarganya,insyaAllah lelaki tersebut adalah lelaki yang baik,yang boleh korang harapkan.Memang lelaki tuh nampak hot bila dye dengar cakap ibubapa dye dan dan ade hubungan baek dengan adek beradek dye.Jelas menunjukkan lelaki itu matang.Dan bila matang,lelaki itu serta merta menjadi seorang yang bertanggungjawab dimata perempuan.Bukankah bila seseorang lelaki yang bersedia memikul tanggungjawab sangat macho dan cool dan dan HOT?!..


4.Bukan pokok christmas
Oke,maksud aku tak ade nak gantung gantung atau guna guna hiasan wanita,macam gelang,rantai,etc etc.Taktau kenapa,aku bukan anti,tapi pantang dengan lelaki yang pakai hiasan wanita.Yelah,maksud aku kenapa lelaki harus rasa berminat untuk pakai hiasan wanita?Kenapa?Bukan haram ke bagi lelaki memakai hiasan wanita.Tapi,yang penting lelaki yang pada mulanya hot dimata aku,tapi lepas nampak dye pakai hiasan wanita,terus jatuh saham bertubi tubi,again,di mata aku.(tibe tibe mood "dari kerana mata").


5.Straight
Straight maksud aku disini adalah dari segi orientation.Yelah,adakah selepas kau mengetahui Adam Lambert seorang gay selepas melihat klip video yang seperti you soo gay,make up yang juga seperti you sooo gay,dan cover album yang seperti you sooo gay,anda masih menganggap dye hot?Oke,ketepikan bakat,lontaran suara,bla bla itu.Adakah anda anggap dye hot?Mungkin anda anggap dye hot.Tapi bukan saya.Biarlah se metroseksual manapun lelaki itu,tapi kalau orientation cacat,sertamerta dye tidak hot bagi saya.


6.Matang dalam perhubungan
Nak cakap aku banyak pengalaman dalam hubungan opposite sex ni tak juga.Tapi ni hanya pandangan aku.Aku rasa lelaki tuh sangat hot dan matang bila dye matang dalam hubungan.Maksud matang kat sini adalah lelaki yang bukan jenis ambil kesempatan.Yelah,laki kan suke test market la pastu merosakkan perempuan la.Aku pelik,kenapa kalau kapel,lelaki wajib nak sentuh perempuan?Wajib.Kenapa?Bukan kalau dyeorang sayang,sepatutnya dyeorang protect perempuan ke?Satu lagi sick mentality lelaki ni adalah awek dyeorang gunakan untuk ringan ringan,tapi kalau nak cari bini,nak cari yang solehhah,yang pegang prinsip "suamiku kekasihh pertamaku"..macam waddehel la kan?


7.Kemas
Oke,kemas yang aku maksudkan bukanlah lelaki itu harus metroseksual atau ketagih fesyen atau bla bla.Kemas cukuplah dengan rambut tak  serabai (tapi jangan la pakai krim rambut sekilo sampai berkilat giler dari jauh dah bersinar),pakaian kemas (kolar tak bertahi lalat),kuku pendek,etc etc.Cukup dngan tuh,lelaki tuh dah kire hot dimata aku.Tak perlu baju bunga bunga.Tak perlu,tak perlu.!!!


8.Sensitif
Bukan cepat tacing.Maksud aku,contoh situasi:dalam bas yang padat,ada makcik yang uzur takdapat seat,lepas tuh ada sorang laki bangun offer tempat duduk kat makcik tuh.See?Tuh pun dah kira hot.Yelah,mesti dalam hati setiap pompuan terlintas: OMG,sensitifnya lelaki tuh,sangat macho bila dye offer tempat duduk dye.Biarpun muka laki tuh macam err guna bahasa sopan la macam Sunyo(watak dalam doraemon),dye tetap hot dimata aku.Bukan macam sesetengah lelaki yang buat buat tido,atau buat buat pandang luar tingkap, atau atau buat buat tengah rancak berborak tak sedar dunia.Useless,kata je kudrat kuat,tapi..perempuan juga yang offer.Takpayah la aku citer pengalaman aku,banyak sangat wehhhh.JARANG jumpe lelaki nak offer tempat duduk kat orang yang lebih memerlukan. T____T


Oke,get it?Tak perlu berwajah tampan untuk jadi hot.Peribadi yang penting.Oke,memang first impression macam wajah,gaya,bla bla tuh memang main peranan untuk nilai hotness tuh,tapi percayalah,lepas ko dah kenal seseorang dengan lebih mendalam,keperibadian yang mempengaruhi hotness.Anyway,ni adalah pandangan ke hotness an bagi aku.Mungkin tak sama dengan korang.Bak kata aku,hotness lies on the eyes of the beholder.


p/s:bagi aku Justin Long lebih hot dari Ben Affleck dalam He Just Not That Into You..


hot

hotter???