Monday, June 22, 2020

Vatertag! (Father's Day)

Assalamualaikum w.b.t.

Phewww, punya la perah otak nak menulis kali ini. Taip-taip, baring berangan setengah jam, dah bangun blur lagi. Ughhh rasa macam otak kurang function!

Okay, first of all. Happy Papa's Day! (sambil pasang lagu Papa Jahat dari The Fabulous Cat - okay tau, tak releven). This post goes to my man, the love of my life; my first hero, and always be - ABAH.

Blog Therapy, Therapy, Therapy Blog, Blogging Therapy, Therapy,..

To the coolest abah.

Dalam circle kawan-kawan aku, kebanyakannya cerita yang ayah depa garang-garang, tapi abah is quite the opposite. I can jokes with him, bickering and teasing. Basically macam kawan-kawan. Tapi dalam sempoi dia bukanlah takde ketegasan langsung. Kembali ke 20 tahun yang lalu. Aku penah yakinkan abah untuk beli patung untuk Epa (biasalah guna nama adik untuk kepentingan sendiri hahaha). Aku bagitau harga dalam belas-belas ringgit je. Pastu, abah bagi sekeping note 50. Bersinar mata time tu weh. Dan sebab aku ingat abah ni laid-back, aku berani guna duit tu untuk beli patung lain yang harganya RM 49.90, tanpa kebenaran.

Anda rasa dapat apa? Tempeleng la. RM 50 zaman tu boleh dapat penuh satu troli dengan barang dapur kot. Tapi bukan tempeleng free-free. Datang dengan pakej nasihat, "Don't break a trust, kepercayaan tu susah nak dapat". Lebih kurang gitu la tak ingat ayat penuh.

Aku percaya, siapa diri aku yang sekarang adalah hasil dari didikan (directly or indirectly) dari abah. Masih aku ingat, umur 4 tahun. Kampung Batu Hitam. Rumah papan. Bau taik kambing bawah rumah. Radio Sony CFS dan cassette reggae milik abah. My first real music experience, layan sambil pijak-pijak radio oii. Ahhh I still remember the rhythm, UB40 - Kingston Town.

Rumah Batu Hitam, circa 1994. Geng pijak radio.

I must admit that the courage I've developed inside me mostly comes from abah. Abah's trust - is real. Abah always encouraged me to be brave. Dari kecik abah ajar lepaskan aku, sendiri with minimal observation. I believe as a parent it's not easy, lebih-lebih lagi sebab aku ni perempuan. But he trust me. Dan kepercayaan dia yang membina keberanian dalam diri aku. Sungguh! Because naturally and originally, I am a very timid person.

Abah, thanks for everything. Especially for your trust and supports (morally, physically and financially). And for your hard work and dedication for us to live in comfort. Me fated to be your daughter is one of the blessing from Allah. Alhamdulillah Allah, for blessing me with the coolest parents.

A clingy daughter, I'll always be. So bare with it. I'll never leave your side, macam orang kuning Digi dalam iklan ku bersamamu hahahaha. 

Happy Father's Day. Love you, xoxo.

"Ooh baby baby, it's a wild world,
It's hard to get by just upon a smile.

Ooh baby baby, it's a wild world. And I'll always remember you like a child, girl"             - Cat Steven

p.s: Nak jadi ayah, anak, suami mahupun manusia yang baik, jadikanlah Rasulullah sebagai idola. Muhammad s.a.w - the best father to his children, the best husband to his wives, the best leader to his tribe, and simply the best person.

Sunday, June 7, 2020

Umrah Journey: Subuh Sebelum Raudhah

Assalamualaikum w.b.t.

Tiba-tiba teringat satu kejadian di Masjid Nabawi. Satu kejadian yang selamanya akan terpahat dalam ingatan aku. Walaupun cerita ni bukan tentang kisah ajaib dan boleh dianggap sekadar cerita picisan, tapi cerita ni memberi kesan bagi aku. Cerita tentang pertemuan.

Kubah hijau penanda aras Raudhah

Kira-kira malam ketiga kami di Madinah, adik ipar aku, Yana ada ajak aku dan ibu menziarah Raudhah selepas solat subuh. Oh ye, waktu untuk masuk ke dalam Raudhah bagi para Hajjah terhad tau. Pintu ke Raudhah untuk kaum wanita masuk hanya dibuka selepas subuh hingga sebelum dhuha; seusai zohor hingga sebelum asar; dan sesudah isyak hingga ke tengah malam. Waktu lain tak dibenarkan masuk.

Utamakan Keperluan Diri Sebelum Melangkah ke Tanah Suci - Semasa ...
Pintu masuk ke ruangan solat dalam Masjid Nabawi

Yana ada mengajak kami untuk stay awal sebelum masuk subuh di Masjid Nabawi, supaya nanti dapat cop tempat di ruang solat Pintu 25. Ruangan solat wanita Pintu 25 memang cepat penuh, sebab nilah satu-satunya pintu untuk masuk ke Raudhah bagi para Hajjah. Plan memang nak ikut Yana, tapi malam tu ibu tak berapa sihat. Dan sebagai bodyguard tak rasmi ibu, maka tak dapatlah nak ikut Yana merasa "bermalam" disana.

Kami geng gigih hihihi

Dalam dekat jam 5 pagi aku tersedar; check phone ada mesej dari Yana masuk. Aku baca mesej yang di send pukul 3 pagi tu. "Kaklong yana kat masjid Pintu 24, kalau nak pergi Raudhah lepas subuh dia buka untuk perempuan". Rupanya Yana dah standby kat sana dari jam 2 pagi lagi. Kuat betul semangat adik aku yang sorang ni! Lepas dapat mesej dari Yana, terus aku kejut ibu dan kami siap-siap untuk ke masjid. 

Mesej lain masuk, pesanan dari Yana supaya kami segera kesana, ruang dah makin penuh dengan jemaah. Orang putih kata chances are slim. Dalam hati dah redha; takpelah kalau takde rezeki, kami solat kat luar je, masuk Raudhah lambat sikit pun takpe, asalkan dapat masuk. Tiba-tiba Yana mesej bagitau dia mintak tolong sorang jemaah ni save kan tempat untuk kami. Alhamdulillah, masih ada peluang.

"Nak cari Yana pun satu hal jugak ni bu". Phone kami dua-dua takde line internet. Jadi kami tawakkal saje la. Last mesej dari Yana suruh masuk Pintu 25, belok kiri. Kami bertindak mengikut arahan. Mata melilau sambil dalam hati mintak dipermudahkan berjumpa Yana. Alhamdulillah, jumpa Yana! Nasib baik la adik ipar aku ni lain sikit patternnya, senang nak dicam

Yana tepuk belakang sosok badan wanita tua berusia lingkungan 60-70an. Segera dia ketepi buka ruang untuk kami. Aku mula-mula was-was, muat ke untuk kami berdua kat situ. Alhamdulillah sekali lagi, selepas adjust kanan kiri muat la ruang reserve tu untuk kami dua beranak. Duduklah aku disebelah mbak dari Indonesia, dan ibu disebelah gadis Africa. 

Mbak (telekung putih) jagakan tempat. Gambar courtesy to Yana


"Hajjah, khuruj! Khuruj!" terdengar lantang suara petugas wanita Arab. Nasib baik tadi kami sempat masuk, tak kena halau. Kalau dengar diaorang sebut khuruj (keluar) tu maksudnya ruang solat dah penuh. Sambil menunggu masuk waktu solat subuh, aku berborak dengan mbak dengan berbekalkan tatabahasa Indonesia aku yang limited edition, hasil pembelajaran dari sinetron tayangan TV3 jam 2, 10 tahun yang lalu. 

"Mbak, makasih ya udah tinggal ruang buat kami". sambil aku memeluk bahunya. Aku bukan sekadar berbasa-basi. Memang aku bersyukur sebab mbak sudi jaga tempat untuk kitaorang. Boleh je mbak tu refuse untuk simpankan, yela, kita tak kenal, dan ramai jenis suka-suka menyelit dan menghimpit, asalkan boleh masuk saf. Tapi mbak tetap bersungguh jaga space untuk kami.

"Sama-sama", mbak senyum. Banyak kami borakkan. Mbak bagitau itu kali keenam dia ke Tanah haram. Last time tahun 2017 dia bawak satu family, termasuk cewek anak lelakinya (sekarang dah jadi menantu). Bukan besher-besher mbak ni siap boleh tanggung kos umrah cewek anak dia. Maybe mbak orang ada-ada, tak sempat pulak aku merisik berapa ratus juta rupiah dalam account bank mbak. 

"Ibu! Buang! Delete!", macam guruh suara petugas Arab tu. Tanjat gegel, terbantut sesi sembang dengan mbak. Didorong rasa ingin tau, aku toleh kebelakang, arah suara petugas tu. Aku tengok dia duk tunjuk phone sorang jemaah dari Indonesia ni. Ohhh, suruh buang gambar. Taktau la gambar apa dia amek tu. Lepas cewek tu buang gambar dalam phone dia, petugas tu mintak untuk double check. Dah berpuas hati, dia berlalu pergi. Fuhh bikin suspen je.

Mbak pesan, "Kalau mau dijemput kesini lagi, harus betul-betul yakin berdoa sama Allah, insyaAllah Allah ijinkan". Mungkin berkat doa bersungguh-sungguh mbak, maka Allah murahkan rezeki dia untuk ke Haramain berulang-kali. Dan melihat akhlak mbak, aku rasa sebab tu jugak Allah mudahkan jalan dia kesana, sebab dia memudahkan urusan orang lain.

"Kamu asal Makassar ya?", tiba-tiba mbak tanya aku. Aik pelik, muka aku ada rupa orang Makassar ke? Rupa orang Makassar macam mana ye? Haha. "Ngak mbak, saya asal Malaysia. Saya seperti orang Makassar ya mbak?". Kekdahnya mbak bagitau aku punya loghat macam orang daerah tu. Lolz, aku main tembak je, ingat loghat Jakarta, rupanya bunyi macam Makassar. Hahaha.

Selesai solat subuh dan solat sunat jenazah, kami terus siap-siap nak masuk ke Raudhah. Sedih nak tinggalkan mbak, walaupun singkat pertemuan, tapi rasa macam dah kenal lama. Macam nenek-nenek kita. Mbak, semoga mbak baik-baik saja.

Duduk menunggu sebelum dibenarkan masuk ke dalam Raudhah

Alhamdulillah, hari tu sekejap je kami tunggu untuk boleh masuk ke dalam Raudhah. Tak sampai sejam, berbanding dengan first day, kami kena tunggu dekat 2 jam camtu. Merasa la kami menjadi antara jemaah terawal masuk ke dalam sana. Tapi haritu memang berasak sikit la. Berkicap jugak kat dalam tu, sebab masuk sekali dengan geng mokcik Arab dan India kuikuikui. Gasak la!

Okay, maka habis sudah cerita picisan aku. Mulai dari sekarang, marilah kita memudahkan urusan orang lain. Tak kisah la dari sekecil-kecil perkara sekalipun. Contohnya tolong susun selipar ke, tolong-tolong mak kat dapur ke, maupun tolong ubah statusku dari bujang menjadi isterimu, eh? hahaha. Apa-apapun, kita tolong orang, Allah tolong kita. Dadaaaaa.

p.s: Maaf sis tak mampu nak bagi tips masuk ke Raudhah pasal sis pun belum master. InsyaAllah kalau diberi kesempatan kesana lagi kali kedua/ketiga, sis cuba mantopkan teknik masuk ke sana dengan smooth dan tenang, baru leh bagi tips chuols ;)

Thursday, June 4, 2020

Umrah Journey: Makkah Shopping

Assalamualaikum w.b.t.

Semangat nak cerita bab shopping kat Makkah ni. Ye la, nak ke sana bukannya macam dari KL ke Kuantan, 3 jam naik kereta tempuh 4 tol. Dan kalau ada banyak duit sekalipun, tapi Allah belum bukakan jalan untuk ke sana pun tak jadi jugak. So, haruslah shopping barang-barang dari bumi Haramain ni untuk dijadikan kenang-kenangan dan sebagai tanda ingatan buat keluarga serta rakan-rakan. 

Kita citer pasal currency kat sana dulu. Makkah al-Mukarramah ni terletak didalam Arab Saudi, jadi kat sana dia pakai matawang Saudi Riyal (SR). Time aku gi aritu beza matawang SR dengan RM takde la besar sangat jurangnya. RM 1 = SR 0.9 camtu. Jadi takyah la pening nak convert, hitung tolak tambah rugi untung. Setakat berapa sen tu buat-buat pejam mata je la yek. Kuikuikui.

Shopping kat Makkah ni takyah keluar jauh dari Al-Haram, sebab tempat shopping ada dimana-mana. Keluar je dari Masjidil Haram melalui King Abdul Aziz Gate, jalan depan sikit lebih kurang 200 meter, dah jumpa shopping mall. Kalau tak kenal gate, cari landmark paling femes dan senang nampak kat situ; Makkah Royal Clock Tower (menara jam). Keluar pintu ikut arah menara jam tu. Sekitar menara jam tu bersepah mall. Pilih je nak masuk yang mana satu. Aku dulu stay kat hotel dalam Al Safwah tower, betul-betul depan Al-Haram. Yang untungnya, dalam Al Safwah tower ni dah siap ada mall sekali. Turun je tingkat bawah, dah jumpa mall. Senang.


Belakang tu menara jam. Cantikkan? Bangunan biru tu Al Safwah tower
Cara Mudah Menghafal Pintu Masjidil Haram | Haji.Dream.co.id
King Abdul Aziz gate. Sumber gambar: https://haji.dream.co.id/kabar-haji/cara-mudah-menghafal-pintu-masjidil-haram-1807287.html
Jangan salah sangka pulak, mall kat sana setakat dua tiga buah yang aku masuk takde la jual high-end brands. Kebanyakknnya kedai-kedai menjual pakaian marhaen, souvenir, kurma, dan perfume & oud. Beli baju dalam mall pun boleh siap tawar-menawar lagi hokay! Kalau nak suasana yang meriah, bolehlah lajak ke kedai disepanjang jalan menuju ke kawasan hotel-hotel kecik. Tapi kalau nak dibandingkan, harga barangan dalam mall dengan dekat street tak banyak beza pun sebenarnya. Ikut la pada kesesuaian dan keselesaan korang yek.

Dataran Al-Haram. Sebelah kanan tu bangunan-bangunan mall, hotel dan kedai.
Jalan menuju hotel low cost
Selain kedai, sepanjang jalan tu korang boleh jumpa penjual kaki lima ni. Harga memang murah, tapi hati-hati beli kat situ. Kalau kena time polis serbu; samada korang hilang duit atau dapat barang free. Sebab diaorang lari kalah Usain Bolt time tu
Ramai jugak peminta sedekah warga Afrika. Kat sini jangan pelik pulak kalau jumpa wheelchair wakaf, diaorang main rembat je 
Macam-macam adaa~
Pasal harga barang kat sana, jangan risau, boleh kawtim kaw kaw! Dan kebanyakkan peniaga kat sana boleh berbahasa Melayu dengan lancar. Dalam sesi tawar-menawar, for starting korang letak harga paling rendah dulu. Tapi jangan la sampai tak masuk akal, nanti dicop bakhil pulak. Diaorang ni jenis cakap lepas, kalau tak puas hati habis di BAKHILnya engko nanti hahaha. "Hajjah/hajj, bakhil!" 


"Malaysia bagus!". Ayat tu la korang dapat kalau sarung beg ada bendera Malaysia
Tapi kalau tak jalan, korang resolve dengan letak harga ditengah-tengah. Normally dia akan accept harga tengah-tengah tu (win-win situation).   


Lepas penat tawar-menawar, rehat dulu. Tengok dan bagi makan kat merpati
Antara barang yang aku rasa berbaloi dan dicadangkan untuk dibeli kat sana, tak kisah la untuk kegunaan sendiri maupun sebagai souvenir; *drum roll*
  • Sejadah (serendah SR 5; ikut saiz, corak dan material)
  • Jubah/Abaya (paling murah pernah tengok SR 25, kalau kat Malaysia mana nak dapat Jenab oiii!)
  • Beg/purse (paling cikai boleh dapat SR 2)
  • Inai (Kebiasaannya SR 12 sekotak, harga paling murah aku dapat SR 10 sekotak)
  • Wangian (yang ni ikut saiz botol dan kepekatan. Aku beli aritu perfume Raudhah harganya SR 10 sebotol mini size)
  • Kayu sugi/miswak (bagi yang nak menghidupkan sunnah, bagus ni. Selalunya dijual seikat dalam SR 5 camtu)
  • Accessories (aku aritu beli gelang biji-biji, harganya SR 1 seutas)
A treat for myself. Purse ni SR 8 je. Cantik!
Walaupun korang berada dalam tanah haram, still kena berhati-hati tau! Jangan yakin sangat jalan sorang-sorang macam kat Malaysia. Aku sendiri pernah kena time tengah shopping kat satu kedai Pakistan ni. Tengah syok pilih-pilih gelang, datang sorang mamat jaga kedai tu. "You belilah ini, cantik" sambil tersengih dia capai tangan aku dan pakaikan gelang tu. Tangkas pergerakan dia. "Dasar bajingan main usik je!" tapi getus dalam hati je la. Aku cepat-cepat tarik tangan dan sekadar berbasa-basi aku jawab "Okay, I tengok dulu".  Padahal time tu aku bukan sorang-sorang, dengan mahram kut. Cuma dia lepak luar kedai la time tu.

Jarang nak nampak muka melayu area ni. Didominasi Bangladeshi, Pakistani dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang ada la nampak few indonesian. Taktau la melayu suka shopping mana haha. Btw sini pun banyak kedai 2 Riyal hokay
Ada bran jalan sorang-sorang?
The infamous ice cream Makkah! Ada banyak perisa. Harus cuba
Tengah berjalan, terjumpa Hotel Tabung Haji. Jauh jugak jaraknya ke Masjidil Haram. Terbayang penatnya la jemaah Malaysia yang tua/sakit berulang-alik
Okaylah, kalau nak khatamkan bab shopping ni maunya takkan habis hahaha. So kita berenti takat sini je la ye. Oh ye, ni baru shopping kat Makkah tau. Belum masuk Madinah lagi. Haa, insyaAllah kalau diizinkan aku cerita pulak dalam bab kedua; Madinah Shopping! Hakikatnya, perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan kuikuikui. Yela, shopping ni selingan sambil beribadah, nak-nak lepas penat ditolak-tolak time tawaf peak hour dan berlari-lari anak masa saie. We need to release our tension, right ladies? Okaylah, till next time. Ma'asalama ;)

p.s: Teringat pulak terjengket-jengket kaki time shopping kat area kedai yang ramai Bangladeshi. Ludahannya masyaAllah! Haha