Saturday, February 26, 2011

hantu tepung gomak

Assalamualaikum. Entry pendek. Berdasarkan pemerhatian aku, kenapa hantu hantu kat Mesia ni mesti hantu jenis tepung gomak. Hantu tepek bedak sejuk. Tak paham aku, kalau part hantu betina mesti rambut tak terurus pastu muka kalah hantu JU-ON. Putih amat macam pakai pencuci muka Temulawak.


takde kaitan,tapi rancangan febret.saja nak bagitau,okefine.


Tak boleh ke buat buat normal macam Hantu Kak Limah? Kan seram jugak tengok muka dye tuh. Huhuhuhuhu.


kak limah yang gemarkan lagu rakyat enjet enjet semut


Tengok Kak Limah siap berkain batik dan berbaju kurung kedah jek sempoi tak yah kecoh kecoh cari baju putih kusam rabik, still memberi kesan dihati..

Wednesday, February 16, 2011

saya tak nak beli pun anak mak cik tu

Assalamualaikum w.b.t. Manusia stereotaip kan? Perangai kita ada yang sama sebenarnya tanpa mengira kaum. Yang aku nak tekankan dalam entri ni adalah kisah jaja anak. Mungkin ramai yang kata orang Melayu kuat jaja kelebihan anak itu ini. Tapi korang tau tak? Mende ni bukan setakat menular dikalangan orang Melayu je, tapi kaum lain pun buat gak mende ni. Tapi ada korang nampak? Yang korang nampak kaum kita entah apa apa itu ini, kaum lain didik anak bagus, rajin buat duit, pandai. Oke, mungkin ada benarnya kalau tengok dari sudut ekonomi kita. Oke sudah.


Tapi kita ada nampak, yang sesetengah perangai buruk yang kita rasa hanya mak bapak kaum Melayu je yang buat, tapi mak bapak kaum lain pun buat jugak. Dan berbalik kepada tajuk yang tertera, aku nak diskus tentang makcik menjaja anak yang perfek. Ye, saya tahu, tak salah nak bangga dengan kelebihan anak masing masing. No hal, tak kena saman pun nak berbangga bangga. Tapi biarlah berpada pada jangan sampai buat orang lain naik muak. Kalau anak masuk Universiti kat Amerika ke ape ke, aku respekla gak. Ni nak bangga pasal anak dye la ratu cantik kat kampung sekian sekian. 




Mana taknya, sebagai contoh, pegi rewang dok citer pasal anak dye kena ngorat la, anak dye kapel ngan drebar kapal terbang. Simpan ketat ketat sudah cerita tuh, buat santapan kisah di meja makan sewaktu dinner sekeluarga. Ni duk citer masa rewang pekes? Nak bagi makcikz lain jeles, oke, mungkin ada terdetik dihati perasaan jeles, tapi selebihnya takut jadi bahan umpatan saudara sesama Islam je.


i can feel the hotness. kaulah ratu!


Manusia. Biasalah, tak lekang dari gossip, nak nak kalau yang dengar masa tuh musuh ketat yang ada anak dara naib ratu kampung, apalagi, bukan setakat gossip, takut fitnah ditabur, manusia, bagai ragam, aku yang baru setat nak makan garam ni pun dah mulai kenal sedikit demi sedikit ragam manusia, dan yeah, drama tv3 yang ko hadap tuh memang realiti. Contoh dialog makcik jaja anak yang boleh buat anda mual; 


(caution: this dialog may cause nausea and several symptoms such as heart burn)


Mak Mah: Tak ke pasor kau Pah?
Cik Pah Janda Meletops: Belom lagi, nunggu si Melor ni hah nak ajok ke pasor.
Mak Mah: Dah ngapenye ko nak bawak si Melor tuh skali? Mai la numpang vespa aku ni, kita pi sekali.
Cik Pah Janda Meletops: Aku ni kalau ke pasor memang bawak anak dara aku skalik, boleh la dapat diskaun 50% harga ikan, almaklumlah, anak dara aku cantik, dia kenyit kenyit mata sket,  dapatlah harga murah nanti.
Mak Mah: Herm, aku pegi dulu le kalau gitu ye! (cheh, ingat lawo sangat la anak dara dye tuh, hak tuihh! tuh la kalau manusia berpikiran tak globalisasi)




The truth is, dialog tuh memang benar, tapi telah diubahsuai dan nama tuh bukan nama sebenar. Amacam? Hebat tak makcik tuh punya strategi jaja kelebihan anak? Ye, orang macam ni lah yang kita nak jana. Pandai menggunakan kelebihan anak. I loike. Tapi apa kata orang sekeliling? Arghhh, persetankan itu. Janji anak aku yang terbaik! Apa orang nak cakap belakang kira, mereka jeles tuh. 


Tapi, kita hidup bermasyarakat. Kena jaga hati dan perasaan setiap orang. Lain la kalau ko tuh sekeluarga Tarzan, memang kaulah yang terbaik dalam masyarakat kelompok hutan. Tapi kita harus sadar, manusia tak lari dari sifat cemburu, seyakin manakah cerita pum pam pum pam pasal anak tuh tak menyakitkan hati manusia. Mungkin ada manusia yang boleh bear with it, atau buat donno je sebab dah lama hidup bermasyarakat ngan dye, tapi ramaikah yang sebegitu? Sebab mengikut teori aku, semakin lama kita hidup bersama, semakin banyak mende yang buruk yang kita nampak. Jadi, adakah setelah mengetahui perangai masing masing anda boleh elak dari perasaan panas hati?


Jadi, silalah kurangkan aktiviti menjaja anak demi menjaga ukhuwah sesama insan, dan demi untuk mengurangkan bahan umpatan. Tak kisah, kalau anda nak beritahu semua orang dengan mengadakan majlis kesyukuran meraikan anak diterima ke Harvard atau ke Giatmara. Tapi mende yang anda nak bangga banggakan pasal anak anda tuh biarlah berpada pada, jangan pulak dicop sebagai ibu bapa over sebab berbangga bangga dengan kecantikan anak anda contohnya, sebab, sekalipun anak anda ratu dikampung, tak semestinya keluar dari kampung, dye jugalah ratu. 


Sekian, bicari semanis kurma dari saya. Saya suwet kan menulis ini? Jaja la pasal saya pulak! Ahakz!


pesanan dari abang ikan:


ikan, ikan! sekilo 5 riya, adik hop manis abe kasi sekilo 2 riya stengoh, diskaun 50 persen!

Tuesday, February 15, 2011

Segmen khas: Saya Nak Kenal Awak

Assalamualaikum w.b.t. Kali ni aku join segmen yang ditaja khas oleh Kamaliah @ Aliah si budak kurus . Segmen ni berkisarkan tentang si budak kurus tuh nak berkenalan dengan lebih intim. Walaupun aku dah berkenalan dengan dye siap dah set nak belanja kat warung Pak Munawer, aku tetap nak join segmen ni demi menyokong hasrat murni beliau dan membina titian persahabatan diantara saya, budak gemuk dan kamaliah, budak kurus.


Well, sepanjang masa yang tak seberapa panjang aku blogging, aku tak pernah nak join mana mana kontes atau segmen yang dianjurkan oleh mana mana blogger. Kay, ko bace ni mesti terharu kan. Hahahahha. Okey, back to bussiness, aku nak mulakan pengenalan pasal diri aku. Are you ready kids?


Nama samaran. Hurm, nama samaran aku tak seberapa samar, iaitu Ain. Itu yang biasa biasa orang panggil. Kalau kat rumah, nama samaran aku Kaklong. Kalau masa kecik dulu abah aku ade bagi nama manja kat aku; antinakapahantina.... uih,sangat panjang dan macam nama orang Siam dah aku rasa. Nasib baik sekarang nama tuh dah tak lekat. Cuba bayangkan, time aku graduate nanti, abah aku jerit panggil "antinakapahantina!!". Urghhh, nightmare. Oke, kalau dikalangan teman teman rapat, dyeorang lagi suka panggil aku yon, atau ion. Spesel kan nama yang ditubuhkan khas untuk aku.


Asal mana. Urmm, soalan rumit ni, aku asal dari London, pastu pindah Capetown dalam masa setahun gitu, pastu pindah pulak kat Brisbane pastu abah dapat tawaran kat NYC, last sekali baru pindah Malaysia. Hahahaha. Oke, tipu, aku menumpang spital Segamat, Johor, tapi mostly hidup aku tertumpu di Pahang. Dulu masa aku kecik, aku tinggal kat Kuantan, pastu abah aku dapat kerja kat Mentakab, pastu abah dapat tawaran kerja lagi yang menyebabkan aku end up tinggal kat Keratong. Dan mungkin memang jodoh aku dengan Pahang, aku sambung belajar pun di Kuantan, Pahang. Jadi aku boleh dikategorikan sebagai anak jati Pahang la kan?


Hobi. Hobbies aku buat masa sekarang ni adalah facebooking dan blogging. Aku adalah heavy facebooker, oke bukan maksudnya aku berat, ohh, baiklah aku memang berat, tapi lebih kepada aku memang addict kepada FB. Blogging plak adalah hobi latest aku, memandangkan aku suka menulis, jadi aku suka blogging. Selain itu blogging membantu aku mengurangkan menulis status FB dengan panjangnya sampai tak cukup space untuk meluahkan perasaan, oke, mungkin sekarang masih buat. Tapi dah kurang sket oke! Ouh, hobi aku sejak azali adalah makan. Aku suka makan, dan aku bermimpi pasal makanan. Arghh, heaven.


Sejak bila berblogging. Aku setat berblogging tahun lepas. Iaitu pada 20 Ogos 2010. Blogger first yang aku adore adalah Hanis Zalikha u'olls! Masa tuh Hanis Zalikha tak keluar Metro lagi. Dan dye la antara sebab aku setat blogging. Amacam? Terharu tak Hanis Zalikha? Oke la,kalau dye baca ni mesti dye terharu kan? 


Entri best. Hurm, soalan yang agak sukar, bukan sebab aku banyak entri best, sebab tak banyak yang cambest. Okela, entri yang bolehhh la setakat nak buat bedtime story korang adalah entri isu tudung yang hot and spicy. Entri ni terhasil apabila aku tiba tiba rasa jengkel dengan orang yang berkerja keras troll perempuan bertudung.


Peristiwa tak dapat dilupakan. Banyak. Tak terkata. Sebab bagi aku hari hari ada peristiwa yang tak dapat dilupakan. Herm, yeke? Contohnya ari selasa  peristiwa crush minta tolong ambil sos cili yang ada kat meja korang, ari rabu peristiwa korang jatuh tangga library, ari khamis peristiwa korang kantoi meniru masa kuiz, dan sebagainya. Itu contoh. Jadi, bagi aku, peristiwa tak dapat dilupakan banyak sebab semua menda yang kita anggap penting mungkin tak dapat dilupakan dan kalau aku listkan pon nanti termuntah darah korang membacanya.


Tiga rakan bertuah yang aku tagged;



Monday, February 14, 2011

cintaku hentak sebelah kaki

Assalamualaikum w.b.t. Bosan. Bosan dengan ayat cintaku bertepuk sebelah tangan, jadi aku guna ayat lain, cintaku hentak sebelah kaki. Walaupun hentak sebelah kaki tetap berbunyi, tapi, arghhhh, ikut suka aku la. Tapi kalau cintaku bagai lambaian tak berbalas pon sedap gak, arghhh, lagi skali, sudah la stuck dengan mende yang bukan main point ni.



ini bukan segitiga Freemason


Yeah, semua orang pernah mengalami cinta cinta ini; cinta ungka,cinta pandang rupa pertama, cinta sejati sampai mati, cinta pertama dalam masa yang sama dengan dua orang, cinta fotokopi?, gila gila cinta?. Tapi aku? Aku tak macam korang. Aku tak pernah alami jenis jenis cinta kat atas tuh, yang aku pernah, cinta hentak sebelah kaki. Ye, itu saja cinta yang pernah hadir sepanjang 19 tahun lebih aku hidup.




Cinta itu menyakitkan yet menyeronokkan. Cinta macam ko main Dota, kadang kadang misi ko berjaya, kadang kadang tak. Oke, cakap pasal dota memang susah sebab aku tak main Dota. Kita ubah, bercinta macam main game mario, kadang kadang level ko up, kadang kadang ko mati sebab tersentuh cendawan jahat. Walaupun aku tak pernah bercinta, tapi bercinta seorang diri banyak bagi aku pengalaman pasang naik cinta.

Ada orang rasa cinta hentak sebelah kaki tuh pathetic. Baiklah, disini aku nak berkongsi apa kelebihan dan kekurangan cinta jenis ini.


Kelebihan


Komitmen. Korang tak terikat dengan komitmen. Ye, bercinta memerlukan komitmen antara pasangan. Kalau takde komitmen, korang akan gagal dalam bercinta. Dan disebabkan cinta hentak sebelah kaki adalah satu hubungan yang unofficial, korang terselamat dari komitmen yang menyeksakan seperti, repot aktiviti harian, tanya khabar setiap hari, kejutkan untuk solat subuh, bawa jumpa mak bapak, etc etc.




Bebas. Bebas disini bukan setakat membawa maksud korang berhak untuk memilih sesiapa untuk dibawa menonton wayang tanpa kantoi pabila si dia juga menonton wayang yang sama. Bebas disini juga bermaksud, korang boleh menukar orang yang korang target nak suka setiap hari. Contohnya, hari Isnin korang suka Sopi Jikan yang kebetulan teman kuliah korang yang paling hot, pada hari Khamis korang boleh suka si Man Kacang, pemain ragbi yang berlatih di padang ragbi berhadapan dengan kolej korang. Ye, saya tahu, mengujakan bukan? Perasaannya sama macam korang memiliki dua atau lebih jejaka dalam satu masa, erm, sort of.


Untung. Yes, ni adalah salah satu fakta yang penting. Untung dari segala segi, duit, masa, kredit tepon. Cinta hentak sebelah kaki sangat menguntungkan sebab korang tak perlu nak telefon/sms sepanjang masa, jadi anda tak perlu mencacar menopup setiap hari, duit poket anda tak lebur, ibu bapa turut senang! Mungkin anda hanya perlu menambah baki telefon anda 2 minggu sekali, atau topup sebanyak 5 ringgit tahan selama sebulan! Oh, i see your excitement face right there. 




Jimat space otak. Haha, yang ni penting, berbanding dengan orang bercinta, orang hentak sebelah kaki, otak dyeorang memang kosong, bukan maksudnya bodoh. Tapi, ruang otak memang safe ah. Sebab apa? Sebab korang tak payah nak ingat berbagai jenis tarikh. Tarikh besday pasangan, tarikh first day kapel, tarikh clash, tarikh sambung balik, tarikh first time jumpa parents pasangan, tarikh bawa pasangan jumpa parents, dan pelbagai lagi. Korang ingat senang nak ingat tarikh. Sedangkan masa sekolah dulu, time blaja Sejarah, tarikh bila Albuquerque datang Melaka pon susah nak ingat, tarikh Jepun serang tanah melayu pun semput nak hafal, tarikh rombongan Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman ke London pun kena google balik, ni kan nak ingat tarikh tarikh yang belum tentu bermakna dalam kehidupan kita untuk masa akan datang. But, what to do, otak perlu dipadatkan dengan tarikh tertentu, sebab nanti pasangan kata takda komitmen pulak. pffft.




Kekurangan


Jiwa sunyi. Ye, sapa kata cinta hentak sebelah kaki selalu happy? Takde masalah? Kadang kadang ada masalah dalam percintaan lebih menyeronokkan daripada tak bercinta. Sebab itu adalah pengalaman, pengalaman untuk menjadi lebih matang dalam memilih pasangan. Biarpun nampak bodoh bila bergaduh pasal hal yang remeh temeh macam "kenapa u tak nak tolong basuh stokin i ea?" atau "I benci u sebab taknak ponteng kelas teman i pergi mall", tapi mende tuh la yang mematangkan diri. Tapi untuk si cinta hentak sebelah kaki, nak cari pengalaman ni camna? Takkan hari hari nak bayangkan tiang eletrik tuh orang yang kite crush, tak feel la.




Stalker. Ye, jadi stalker orang kita crush memang memenatkan. Tunggu dye update status pasal diri dye, then kalau status pasal harini dye nak makan tempoyak tapi tak dapat, so dye sedih harini, jadi kita pun turut bersedih, takpun kalau GF/BF dye tulis mushy stuff kat wall dye, kita rasa sakit hati, pastu kalau dye update status gaduh ngan GF/BF dye, kita senang hati, takpun kalau dye tak update status langsung, kita tertanya tanya, susah hati. Ianya memenatkan? Tau? Amat memenatkan untuk hanya berani menjadi stalker tapi tak berani nak PM dye atau chat nagn dye, atau beri komen kat status dye.




Penyeksaan jiwa. Sangat menyeksakan. Nak nak bila cinta hati si hentak sebelah kaki ni hanyalah orang yang dekat atau selalu ada depan mata. Menyeksakan bila kita ada peluang nak confess, tapi takut untuk confess.  Orang yang pernah / sedang mengalami perasaan ni mesti faham. Hati memberontak nak bagitau yang kita suka dye, peluang sentiasa ada, tapi tak berani nak ambil tindakan, sebab takut dirijek, jadi lebih selesa dengan status cinta hentak sebelah kaki. Taknak perasaan macam ucap saya cinta awak kat Johnny Depp tapi tak pernah dapat respon. Sebab lagi selamat untuk mencintai, bukan dilukai. Tapi still, perasaan tidak berupaya untuk confess cinta kat orang yang kita crush dan hanya boleh simpan perasaan ni jauh dilubuk hati sangat sangat menyeksakan. sigh.


---------------------------------------------------------------
Wah, dah macam dr love dah aku ni. Okey, cukuplah disini saja untuk kali ini, kang kalau aku tulis banyak banyak kang berdarah plak mata korang membacanya. Baiklah, nak buat lab report dulu, daaaa... Have a nice day, and to all hentak sebelah kaki lovers, we stay cool~~~

Friday, February 11, 2011

Dan Amerika pun mula bertepuk tangan.

Assalamualaikum w.b.t. Biar aku habiskan ayat seperti yang tertera pada tajuk entri. Dan Amerika pun mula bertepuk tangan pabila Mesir mulai kucar. Yeah! Masa yang amat sesuai bagi pihak pihak anasir untuk cucuk jarum. Masa aku tengok berita si Obama bagi ucapan pasal isu Mesir, aku dapat rasakan aura, ye aura cucuk jarum.




Ye, tatkala kita mula risau pasal nasib warga Malaysia di Mesir, mungkin, MUNGKIN mereka sudah menyiapkan strategi menjatuhkan Mesir sedikit demi sedikit. Mungkin keadaan yang sama seperti Iraq dimana kepincangan pemimpin menjadi isu untuk si kuasa veto mengambil alih, kemudian bukan membaikpulih keadaan negara tuh, malah makin mengucarkan keadaan.






Ohhh dunia. Dunia yang penuh konspirasi. Ye, konspirasi dunia yang korang takut takutkan. Konspirasi dunia yang hebat diperkatakan salah satunya hot topic zaman kini ialah Freemason. Bukan! Aku bukan nak cerita pasal Freemason. Tapi, mungkin juga Freemason adalah konspirasi dunia yang sengaja diada adakan untuk menutup konspirasi yang lain. Ye, pening. Aku pun.



pengajaran:jangan buat ini kalau anda tidak mahu disalahsangka


Mungkin harini kita aman, tapi esok lusa siapa tahu. Dunia mungkin dipegang oleh konspirasi yang menakutkan, really! Tapi akhirnya konspirasi juga boleh dijatuhkan bila yang Maha Kuasa mengatakan "kun".


p/s:politik dunia, remaja patut ambil tahu! sampai bila kita nak buta politik?

Monday, February 7, 2011

countdown for "hari berkasih-kasih"??ROFL

Assalamualaikum w.b.t. "Hari berkasih-kasih"? Mungkin bagi korang yang agak lurus dan tak dapat tangkap atau mungkin tak perasan, tak lama lagi hari kekasih datang lagi! Ye, hari dimana bakal keluar artikel seperti "sebanyak pom pam pom pam pasangan dicekup di hotel bla bla bla", atau "gadis dirogol kekasih selepas meraikan valentine pertama mereka" atau lebih tragis "remaja hilang teruna diperkosa gadis", what a world. Oke, aku tak  mau cakap pasal kenapa valentine tidak patut disambut oleh umat Islam sebab akan datang korang akan dihadap dengan post post atau lambakan status hujah hujah dalam FB korang. Atau mungkin juga perang tweet antara pihak yang meraikan Valentine dengan yang tidak.




Apa yang aku nak tekankan disini, apa relevannya meraikan Valentine? Untuk meraikan kekasih korang? Tidak bagi aku. Adakah korang hanya memberi hadiah yang spesel kepada kekasih korang hanya pada hari kekasih? Neah, jangan bohong la yang setuju dalam hati tuh. Habis kalau kekasih korang suruh beli ini itu pada hujung minggu 29 Januari haritu, korang tak beli la? Habis yang duk perabih duit time burfday, time kekasih dapat CGPA cambes, time kekasih naik pangkat, tuh bukan spesel?




Atau adakah hanya pada Valentine saja korang buat benda benda cambest cam candylight dinner atau menonton wayang kegemaran korang atau picnic? Aku rasa tak, sebab benda benda ni aku boleh tengok dilakukan oleh pasangan kekasih pada hari hari biasa. Jadi apa yang membuatkan Valentine ni sangat istimewa? Kerana namanya? Kerana tarikhnya? Kerana korang rasa kalau buat apa apa pada hari Valentine, semuanya romantik? Uwekkk.


Adakah hanya pada hari Valentine, ramai gadis hilang kesucian? Sebab merasakan hari itu adalah hari yang "remarkable" untuk memberi "sesuatu" yang sangat berharga kepada kekasih hati? Tak, sebab nafsu pasangan kekasih tidak hanya membuak buak pada hari kekasih, malah pada hari yang biasa biasa, mende ni tetap boleh berlaku. Manusia yang lemah iman dikawal oleh nafsu, tetapi nafsu tidak boleh dikawal oleh manusia yang lemah iman. Nafsu tak boleh diarah untuk hanya dilempiaskan pada hari kekasih sahaja. 




Jadi berita tentang hari Valentine paling ramai pasangan mengawan tidak boleh dipakai 100%, sebab secara fakta, manusia mengawan setiap hari. Cuma mende ini dipanaskan, sebab hari itu adalah hari spesel, dan penguatkuasa jabatan agama beroperasi besar besaran pada hari itu. Cuba kalau hari hari biasa pun buat operasi besar besaran,mesti banyak gak kan kes.


Kenapa hari kekasih dianggap penting pada mata korang? Nak tau sebab apa? Sebab mende ni terlalu digembar gemburkan oleh media. Macam majalah, tengoklah nanti, adalah edisi Valentine, tips kekasih, tips tempat romantik harus pergi, pum pam pum pam. Padahal tips tuh dah berapa kali dyeorang recycle, cuma edit sana situ. Padahal sebelum Valentine banyak je tips kekasih berkasih ni, tapi ia jadi hot tips masa Valentine. Lepas tuh cara nak tarik orang adalah dengan buat cover depan paling romantik didunia. LMAO.


Pastu nanti adalah tayang cerita romantik 24/7 kat mana mana channel TV, macam selama ni cerita romantik tak ditayangkan. Urghh.


Atau mana mana pihak yang sengaja memperbesarkan hari kekasih ini dengan mempromosikan produk atau sesuatu yang takde pada hari hari biasa, contohnya set makan malam pasangan kekasih, atau atau mee goreng yang dihidangkan dalam pinggan berbentuk hati. Well,ini adalah taktik perniagaan. Memandangkan hari itu dianggap istimewa, jadi ramai pasangan tak kisah untuk perabis duit khas untuk hari itu. Last last siapa yang untung? Korang? Neahhhh. Apa? Untuk kepuasan korang? Tengoklah berapa lama korang puas.




Konklusi yang aku boleh buat, setiap hari adalah hari kekasih, setiap hari adalah hari untuk disayangi, tak payah nak konon konon "sambut" hari spesel tuh. Sebab kalau korang perasan, even korang makan kat gerai tepi jalan pada hari hari yang biasa ngan pasangan korang, itu pun dah cukup spesel. Yang penting, jadikan hubungan korang lots of love, bukan lots of lust. teehee~~






Okelah, nak dengar lagu Indigo-Istimewa. Memang terasa istimewa walaupun untuk orang macam aku yang menyendiri bukan saja pada hari kekasih, tetapi juga pada hari hari biasa. It's not pathetic okay!

p/s:pada yang nak sangat sambut Valentine's day tuh, wish u lots of luck, sebab Valentine's day jatuh pada hari  Isnin. Nak buat apa? Postpone? Nanti tak spesel la sebab bukan 14 February.  ROFL. 

Saturday, February 5, 2011

nak tutorial untuk blog korang?sila jenguk blog ini!

Assalamualaikum w.b.t.Hye korang! Harini aku gembira sebab renovated aku punyer blog, walaupun korang mungkin tak nampak apa yang di renovate kan. See, title untuk post tuh pun aku bagi sedebuk sedebik sebijin sebijik, takde maksud tersirat, melainkan tersurat semuanya. 


Baiklah. Disebabkan aku baik mood aku baik hari ni, aku nak share ngan korang bagaimana mahu pandai main korang punya html. Oke, bukan aku yang ajar okay, aku just nak share blog yang boleh ajar korang.


Okay, here is it; misztrex ..Anda disana tuh, ye anda yang sedang membaca ini dan memang tercari cari bagaimana nak perbaikan blog anda, sila jangan segan untuk klik ke link yang aku bagi ye!!


Tapi kalau ada yang korang nak tau tapi tak ada tutorial pasal mende tuh, sori eah, biasa la, nobody perfect, blogger ni bukan buat 100% blog tutorial, hehe.


Okey, tak perlu berterima kasih pada aku. Tak perlu aku cakap! Oke, baiklah, samew samew sama sama. (jangan annoyed kalau korang tak berniat nak berterima kasih pada aku, arigato!)


p/s:aku tak dibayar oleh misztrex untuk mempromote blog beliau, malah kami tak pernah berhubung secara fizikal,maya,mahupun biologi.

Thursday, February 3, 2011

dear my dearest animals abusers.

Assalamualaikum w.b.t. Tadi aku login facebook aku dan check top news. Pastu ada satu video dari Oh! Media pasal dog abusers from Malaysia. Dem this  skinny chinese tattoo man.! Kau dah rosakkan pagi aku.Aku benci orang yang dera binatang lebih dari aku benci orang yang dera amah/bibik dyeorang. Sebab aku tahu, manusia berakal,kalau dyeorang kene dera, dyeorang pandai nak laporkan mende ni, tapi kalau binatang, makhluk Allah ni nak mengadu kat sapa?? Sushi (nama anjing poodle ni) antara binatang yang bertuah sebab nasibnya bakal terbela. Tuh pun sebab kebetulan ada seseorang ni terjumpa thumb drive yang ada video abuse tuh dan upload dalam FB. Skang sume orang ngah nak tegakkan keadilan bagi Sushi.


how dare they abused this little fella like that
taken from here
Figure out this sohai clearly.
kalau nampak ahbeng ni sila tempeleng kepala dye sambil keluarkan kata kata kesat.

ya dan benda ni dah kecah kat singapore,even singaporean amek berat sal ni. Oh dan kecoh juga di Taiwan. dan juga Hong Kong.


Korang ketawa? Korang rasa binatang tak patut dibela. Mesti ada yang cakap; alaaa, setakat binatang je kot, kalau mati bukan masuk neraka ke hape. Lagipun nak kisah apa pasal binatang haram tuh. Disini aku nak pesan: Abahh kauuu!!! Kau ingat binatang tak reti rasa sakit macam kau. Go to hell la orang macam ni. Aku taktau kenapa, aku memang sangat tersentuh dan menangis bila tengok video haiwan yang kena dera, sedangkan kalau tengok kabhi kushi kabhi ghum pon aku tak nangis, sebab tuh abah bagi gelaran hati  kering kat aku. Tapi bila tengok haiwan, hati aku tersentuh gila vavi.


Aku tak kesah binatang tuh haram ke halal ke, sekalipun binatang tuh seekor babi, kalau kene dera, memang aku sensitif. Laju je mulut ni menyumpah. Sebelum Sushi, ada satu lagi video yang mengalir air mata aku bila tengok. Video anak kucing ni. Yang ni lagi haruu.

membunuh dengan bahagia dan rasa bangga. what a whore.

Videos binatang yang didera ni memang banyak. Tu pun kebetulan kita dapat tengok sebab dyeorang yang bodoh dan rasa mende tuh lawak rakam and upload. Tapi kalau yang tak rakam tuh, dan yang tak upload tuh macam mana? Mesti banyak kan? Ada binatang yang nasib terbela, tapi macam mana yang masih bernasib buruk kat luar tuh?


Sampingan
Satu lagi, aku benci orang yang memilih bulu. Nak layan kucing bulu lebat je. Cop, maksud aku bukan pilih bulu nak kucing bulu lebat, takde kutu, bulu warna gold. Maksud aku, kalau kucing kurap lalu, pandang sebelah mata, apalagi kalau kucing tuh mengendeng ngendeng,laju je bagi penyepak. Apasal nak rasict ngan binatang, lain la kalau babi yang ngendeng kau, yang tuh memang la aku sarankan kau halau. Ni asal kurap sikit mula la jebek, geli, benci, Tolonggg la orang yang macam ni jangan cakap dye suka binatang, aku geli dengar. Sungguh, aku rasa cam nak lempang je manusia cam ni.


Suka binatang bukan bermaksud kau suka yang comel comel bersih bersih je, tapi mesti suka tak kisah contohnya kucing kampung ke kucing kurap ke kucing keding ke. Tolong jangan buat aku muak dengan sikap racist korang. Dahlah sesama manusia pun korang nak racist, ngan binatang pon korang nak kelas kelas kan. Bladihel.!


Ouh,btw video Malaysian dog abusers tuh pasal skinny chinese tattoo man (Allan Tan) yang dera anjing dengan menyuruh Sushi berdiri guna kakinya yang kecik sambil dirakam oleh amoi (Doreen Loo) pemilik poodle tu. Macam what the fak kan? Anjing berdiri? Dalam kartun boleh la kau buat, tuh la pengaruh kartun melampau. Kalau aku suh kau terbang boleh tak? Kalau kau tak boleh aku hempuk dengan hammer. Aku rasa boleh kau terbang, sebab superman pun boleh buat, takkan kau  tak boleh buat kot?? And dalam video tuh kalau kauorang tengok muka Sushi masa berdiri tuh kesian sangat sebab si poodle tuh bertahan nak kekal berdiri dengan kaki yang kecik tuh supaya ahbeng sohai tu tak pukul Wuaaaaa,sob sob... ㅠ.ㅠ .. 


p/s: korang boleh tengok kat Oh! Media, sebab aku cari kat utube video ni dah kena flagged..